Angin Bulan Mei yang Waspada

   
 

Angin bulan Mei yang waspada
mengelus Kuala Lumpur kota tercinta
derunya membentuk kalimat
derunya membentuk wasiat
cinta dan pancaroba
madu atau tuba
Guru penjunjung nilai mulia
pelindung mustika bakti
ilmu dan budi
sari dan seri
daya dan fikir
bacalah tiap liku batin dan zahir
pancangkan tunjang, dirgahayu
bangsa cemerlang.

Angin bulan Mei vang waspada
mengelus Malaysia tanahair tercinta
wahai pahlawan tak bernama
di kota, di desa
tegakkan hakikat perjuangan
robohkan penjajahan budaya kalut
kemelut moral, krisis identiti
asuh anak-anak mengenal warisan
nenek-moyang, teori sulit, harga diri
di bilik-bilik darjah sekolah rendab
di dewan-dewan kuliah universiti
baca dan tatap
sejarah bangsa.

Angin bulan Mei yang waspada
berpuput dari barisan Titiwangsa
tiga dasawarsa semangat terpupuk waja
pecahkan tempurung kejahilan
pecahkan tembok dekadensi
pecahkan falsafah lebai malang
angin perubahan berhembus
pada tiap dimensi:
remaja hilang pegangan, cacat jiwaraga
lumpuh dibius narkotik, marijuana
biadab, liar kesasar
siapa ke tali gantung
lbu mana berwaJah murung
ah, lingkaran-lingkaran setan.
Imalapetaka moden!' katamu
malapetaka menyeringai
mencabar guru kecil, guru besar, maha guru
lingkaran setan, ini. bencana
justeru. kerana malas, alpa membaca
atau salah didik, salah petik
budaya pornografik, filem X,
buku erotik
budaya setengah mati
wah, ini angin Mei mulai luka
titik darahnya
terpalit ke rerumput bisu
dalam wabak
aku terkenang
sukma keindahan ahli fikir
butir-buEir Muqaddimah Ibnu Khaldun
terkelap di langit molek
gagasan pemimpin dan rakyat ideal
sari dan saring
Madinatul-Fadhilah Al-Farabi
jejak-jejak Za'ba di santun pramasastra
tapak-tapak Fansuri, Tuk Kenali, Ammuddin Baki
pada butiran sufisme
Kadir Adabi, Ungku Aziz, Saiyyid Naquib, Ungku Omar
berantaian mutiara berkilau
terupam indah, merubah sikap
bangkit mencapai langit!

Aku terkenang
dinamika Anwar Ibrahim
di hadapan 100 ribu guru negara
di desa, di kota suaranya bergema
yakin pada kebenaran, kerja keras
ia cambuki semangat
profesor, guru besar, guru kecil
'budaya membaca, budaya seumur hayat
pakaian insan sejati
guru pengasas utama
jalan ke puncak jaya!'

Amanatnya menjalar ke jiwa rakyat
berakar ke matabatin
guru dan pelajar berakar
segar dan wajar!

Angin bulan Mei yang waspada, melayah
di kota dan desa
tiap lembar buku bermutu
itu dm'amika jiwa baru
mohon diselam gurindam tamsil
mohon ditafsir maknanya
bersatu huruf dan kata dalam sintaksis
mohon dianalisis
semangat segarnya.

Buku bermutu menghamparkan. sayap cinta
menghamparkan kepak keindahan zaman
menghamparkan peradaban
guru bagai benteng perkasa
landas budaya i1mu
campakkan ke laut seribu ketul emas
tetapi berikan aku sebuah buku bermutu
emas akan hilang
i1mu akan kekal menjadi sahabat.

Guru umpama danau hijau
berkilau mendukung wibawa
menjunjung tradisi
kilat dalam kilau
susila dan iman
awan juga mengandung hujan!

   
 

Kemala
Kuala Lumpur
Mei 1988
 

tutup