Ini sebuah puisi sajak
untukku dan untuk penghuniku
untuk anak-anak zaman baru
untuk anak-anak yang baru mengenal dunia
pantai dan ombak
kampung dan kota
taman dan malam
bunga dan kumbang.
Ketahuilah, dalam kembaraku ini.
aku tidak membawa jamung
aku tidak membawa taming sari
aku sekadar memikul ketul-ketul darah
yang kadang-kadang tercicir
ketika aku membuka kalimah-kalimah
tentang harapan dan keyakinan
dari busaran rongga paling dalam.
Betapa gerun kalau ditafsirkan
tetapi segalanya mesti ditadah
kerana sang lelabah
tidak akan kenal anyaman suteranya
kalau tidak kerana setitis darah
yang tercicir.
engkau carilah peti-peti yang tersembunyi
Engkau carilah peti-peti yang tersembunyi
kerana masih banyak harta perlu diselongkar
kemudian engkau cari kunci-kunci yang tersorok
di celah-celah hutan fikirmu.
|