Di Bingkai Cermin

   
 

Di cermin kita tergesa menatap, walaupun bukan menapak
ingatan ini akan berpadu
sesekali merenung hidup, puncak usia, tak sempurna kalau
tidak membuka, jendela duka sejarah kemenangan
apalagi nama-nama silih berganti penegap kewajaran di fajar
Kemerdekaan.

Di sini aku mahu mengembalikan perkasihan dengannya melalui
buku, biodata, universiti dan bendera
bapak kemerdekaan ini terus-menerus mendinding sekularisme
sosialisme komunisme hingga, jejak-jejak dirasai tajam menusuk

Ke dada ke jantung penjajah.
Di hadapan 1989 ini, tirai lama ditarik memungkinkan kata
menyerap ke tubuhku dan melekat dengan bertiti ke hati
berpaling semula ke sana tertimpa, ah, bunga cinta ke merah
tanah!
Dirasai sungguh dingin huian kerana sajak-saj'aknya bukan
terbaik di nesan-nesan
mungkin tinta dan airmata mengenangi makam, sedang kemboja
tumbuh mengharum
anak-anak menghidu wangi sampai cinta akhir mereka berkhabar
pada yang lain.

   
 

Dzuelkifli Mohd Zin
Kota Bharu
12 Disember 1988
 

tutup