Di sekolah
dengan guru
kami merakam
lagu hari depan
dari desa ke kota
dari kota ke desa.
Pada setiap hari
kami menyanyi
lagu hari depan
persis tentera.
Namun kini
hanya kenangan
seorang aku
di luar guru.
Betapapun
aku perlu merancang
lagu baru generasiku
bahawa tanahairmu
selalu diganggu
musuh di dalam selimut.
|