Kubakar Diri Saban Hari
(untuk guru-guru Bumi Kenyalang)

   
 

Kubakar diri saban hari
terperangkap di antara
bahang tuntutan masyarakat
dengan kemahuan peribadi
selalu melemaskan.

Dalam mahu menyempurnakan
kehadiran
dalam mahu memaknakan
kewujudan
kubakar diri
saban hari
dalam kesepian.

   
 
Adi Badiozaman Tuah
Hari Guru 1987
Kapit
 

tutup