|
Selamat pagi anak-anak zaman,
hafalkan namamu baik-baik sampai ke penghujung
dunia: ingat, langit tidak lagi biru
kemilau mata-matamu menusuk kalbu
airmata penuh harao tergenang di celah kelopak
ingat, kita akan kehilangan bulan, matahari dan
angin, tetapi darah kita mengalir bersama
keringat basah menunjangi keperibadian purbawi.
Aduhai anak-anak zaman baru,
warnailah mayapada ini dengan akal warasmu
dan jadikan lembaran mutakhir ini
suatu perencanaan paling utuh
kerana pipih tidak datang melayang
bulat tidak bergolek ke pangkuan kita
dan senyumlah kita bersama dalam segala kepayahan.
|