Penyalur Makna

   
 


Apakah yang harus kutuliskan tentang guru
tentang kriteria dan tanggungjawabnya? Kerana tiap jelmaan malam
pasti ada bintang dan tiap kehadiran siang pasti ada mentari
manakala peranannya adalah graf
hitam ke putih atau putih ke bayang.

Apakah yang harus kujelaskan tentang guru
tentang identiti dan kewaJipannya? Kerana semua orang mengetahui
apabila ada daratan pasti ada lautan dan apabila ada lautan
pasti ada warnasari kehidupan dan warnasari kehidupan itulah
uluazmi segala rujukan.

Guru sebenarnya tidak tua sebelum muda dan tidak muda sesudah tua
gagah di waktu bayi dan lemah ketika petang. Namun di tangannya
tergenggam teleskop perubah intelek manusia jadi geliga jadi permata
kanak-kanak jadi serigala jadi unta. Dialahjuga peneroka taiga
jadi desa kota jadi negara.

Di atas jemalanya
tertitip sebuah istana emas purnama
dan seorang maharaja gembira
penyalur makna
komuniti seribu dunia.

   
 
Mat Daud Molly
Puspa Kelantan
 

tutup