Perjalanan Pesaraan

   
 

Pada usia 55 tahun
guru
engkau berdiri gagah
sebagai tokoh gemilang
anugerah cemerlatlg
di harimu.

Guru
dengan lagu sendu lagu syahdu engkau diraikan
mengenang jasa mengenang segala
tercerna pada lukisan. waktu
sebagai pendidik tak kenal erti
jerih dan jemu.

Guru
jasamu dalam ingatan.
tingginya menyapu awan
antara terima kasih dan rasa kehilangan
di atas segala pengorbanan.

Guru
kami iringkan doa
di perjalanan. persaraan sebagai
seorang akademik seorang pendidikan formal
dan
sebagai seorang insan kami juga doakan
semoga Yang Esa jua. melimpahkan
segala kurnia.

   
 

Khasiah Sulong
Kuala Terengganu
9 Disember 1988
 

tutup