Sebuah Hidup Buat Kau Dan Aku
 
hidup ini sudah begitu pucat
bakal menempuh warna-warna pahit
dalam satu zaman
yang langkah-langkah ini
perlu dihitung
tapi
aku tidak bisa berjuang
dengan tekad yang kabur
lantaran
lidah ini hanya mampu hanyut dalam kata-kata

mentari biru
bersama sedunya alam
dan berguguranlah
harapan yang membintangi sebuah hidup
kerana kau dan aku
tidak bisa meniti pelangi
yang merentasi sebuah gurun

keengganan kita melamar
sebuah hidup yang berbicara
membawa kebekuan dalam satu perjalanan
kerana kau dan aku
adalah sebuah hidup yang bukan mati

 
Nilam Baiduri
battlaxe@cyberway.com