mIRC Scripting Tutorial

Bagaimana nak mulakan?

Mula-mula, korang kena download dulu core mIRC (mirc kosong, version aku tak kisah). Tak tahu nak ambik kat mana? korang pergi kat http://www.mirc.co.uk . Bende nih shareware, kalau tak silap... masa aku compose tutorial nih, yang latest skali version 5.91 kot.. tak kisah la.. janji rock.. setiap software mIRC ader dia punyer script editor. korang carik kat menubar dia tuh.

tempat yang aku bulatkan (merah) adalah menu untuk script editor.

Apa itu 'aliases'?

Aliases nih nama orang kot! gurau jer.. alias nih dalam erti kata lain adalah atau '@'. Apa guna dia? dalam script, korang mungkin guna banyak command yang panjang dalam satu script yang melaksanakan proses yang sama. Jika korangmenggunakan alias ke atas command itu, korang tak payah susah-susah lagi nak taip command yang sama untuk buat benda yang sama.

contoh penggunaan:

/op /mode # +ooo $$1 $2 $3
/dop /mode # -ooo $$1 $2 $3
/j /join #$$1 $2-
/p /part #
/n /names #$$1
/w /whois $$1
/k /kick # $$1 $2-
/q /query $$1
/send /dcc send $1 $2
/chat /dcc chat $1
/ping /ctcp $$1 ping

korang hanya perlu taip /op untuk melaksanakan command asalnya iaitu /mode #+ooo $$1 $2 $3. Kan senang? takyah korang taip command panjang-panjang.

$1 = nick yang sedang dituding

$2 = channel yang sedang dituding (Channel sekarang)

$3 = aku tak pasti sangat, nick korang kot!

Alias juga boleh berfungsi sama dengan fungsi (function) dalam C++..

/contoh {
/msg $1 weiii.. blah laaa..
/msg $1 dah..dah..
}

Bila korang taip /contoh skrin akan memaparkan weiii... blah laaaa.. ngan dah..dah.., korang bleh letak apa saja command kat dalam bracket tuh '{' (open) '}' (close).

 

Command yang biasa digunakan:

/JOIN #channel

/PART #channel
-Keluar channel

/LIST [#channel] [-MIN #] [-MAX #]
-Nak tahu jumlah channel yang wujud kat server

contoh: /list
contoh: /list -min 5 -max 20
contoh: /list #mirc
contoh: /list *love*

/ME message
-Sama ngan /action

/me makan nasik .. kalau ko taip camtu dan nick ko masa tu ialah itik, maka yang bakal keluar ialah itik makan nasik..

/MSG nickname message
-Hantar private mesej kat saper²

/QUERY nickname message
-Satu window khas untuk private chat akan dibuka...

/WHOIS nickname
-Tunjuk maklumat seseorang

/NICK nickname
-Tukar nick

/QUIT

/AWAY [away message]
-Jika ko nak away, nih commandnya...

/TOPIC #channel newtopic

/INVITE nickname #channel
-Invite orang masuk channel

/KICK #channel nickname

/MODE #channel|nickname [[+|-]modechars [parameters]]

Senarai Mode (Channel)

b = ban

i = invite only

l = limit

m = moderated (senyap)

n = no external messages

o = operator

p = private

s = secret

k = key

Senarai Mode (User)

i = invisible

o = operator (IRCOP)

s = receive server notice(s)

v = voice on +m channel

 

Jika korang jadi OP

Nak Bagi OP: /mode #channelname +o nickname

Nak Bagi OP Beberapa Orang: /mode #channelname +ooo nick1 nick2 nick3

Nak Buang OP: /mode #channelname -o nickname

Nak Ban: /mode #channelname +b nickname (or user address)

contoh: /mode #irc-script +b M|ku
contoh: /mode #irc-script +b mark@bloggs.edu

Nak Buang Ban: /mode #channelname -b nickname (or user address)

 

Lagi-lagi Command IRC..... (Command nih ditulis oleh Khaled Madam-Bey)

 

Bab 1 | Bab 2

©1999-2002 SejuK-WeH. All Right Reserved