RESTORAN SIBER

SATU-SATUNYA RESTORAN DI ALAM SIBER INTERNET

PELBAGAI RESIPI-MAUT MENANTI ANDA DI SINI

 

 

 

RESEPI-NET

RIANG-RIA 2003

PELBAGAI JUADAH

Langganan adalah percuma

 

 

 

 

 

CONTENTS

1. ACAR *

1.1 Acar Buah-Buahan *

1.2 Acar Ikan Tongkol *

1.3 Acar Jeruk Buah-buahan *

2. ALA CARTE *

2.1 Laksa Asam Pulau Pinang *

2.2 Laksa Penang *

2.3 Lontong *

2.4 Char Koew Teow *

2.5 Kue Tiaw Kuah Tauchew *

2.6 Mee Kung-fu *

2.7 Mee Hailam *

2.8 Mee Jawa *

2.9 Mee Kantonese *

2.10 Mee Maggie Special *

2.11 Meehon Berkuah Kampuchea (Samla Namya) *

2.12 Murtabak Maggi *

2.13 Nasi Beriyani *

2.14 Nasi Dagang *

2.15 Nasi kerabu *

2.16 Paprik *

2.17 Lasagne *

2.18 Fresh Spinach Lasagna *

2.19 Macaroni Sup *

2.20 Makaroni berkuah *

2.21 Makaroni Goreng *

2.22 Spaghetti Sayuran *

2.23 Spagetti Bolognese *

2.24 Soto Ayam *

2.25 Soto Perut Lembu Madura *

2.26 Soto Ayam Ringkas *

2.27 Soto & Pelengkap *

2.28 Kuah Soto (ayam/daging) *

3. AYAM *

3.1 Chicken chop *

3.2 Grilled Spice Chicken / Fried Spice Chicken *

3.3 BBQ Ribs atau Chicken Wings *

3.4 Ayam Lemon Madu *

3.5 Lemon Chicken *

3.6 Opor Ayam *

3.7 Piza Ayam *

3.8 Satay Ayam *

3.9 Ayam Goreng Mamak Style *

3.10 Ayam Goreng Spicy & Rangup *

3.11 Ayam Kalio *

3.12 Ayam Lada Hitam *

3.13 Ayam Masak Hitam *

3.14 Ayam Lemak Tempoyak *

3.15 Ayam Pedas Bergajus Bersama Cili Kering *

3.16 Rendang Ala Mak (Tak tumis) *

3.17 Rendang Ayam Berkokok Di Pagi Raya *

3.18 Roast Turkey *

4. BUBUR LAMBUK *

5. DAGING *

5.1 Beef steak - malay style. *

5.2 Penchuk Daging *

5.3 Rendang Dendeng *

5.4 Serunding Daging/Ayam/Ikan *

5.5 Rendang Daging *

5.6 Daging Singang *

5.7 Rendang Tok *

5.8 Dalca *

5.9 Rojak Paru *

5.10 Paru Rebus Cicah Air Asam *

5.11 Paru Goreng Sambal Cili *

5.12 Sup Perut *

5.13 Kerabu Perut *

6. IKAN *

6.1 Kerapu Masam Manis *

6.2 Ikan Kukus London *

6.3 Sambal Tokok Ikan Masin *

6.4 Gulai Ikan Masin Dengan Pucuk Ubi *

6.5 Kerabu Ikan Masin Dengan Dada Ayam *

6.6 Ikan Masin Lada Hitam *

6.7 Ikan Masin Rebus *

6.8 Pais Ikan Temenung Masin *

6.9 Ikan Masin Simple *

6.10 Ikan Merah Kukus *

6.11 Ikan Panggang *

6.12 Ikan Pari Masak Lemak Cili Api *

6.13 Ikan Tenggiri Cili Api *

6.14 Goreng Ikan Pekasam *

6.15 Ikan Siakap Kukus *

6.16 Ikan Tongkol Masak Singgang *

6.17 Ikan Tongkol Masak Sambal *

6.18 Ikan Tongkol Masak Singgang (Terengganu Style) *

6.19 Ikan Tongkol Masak Taucu *

6.20 Rendang Ikan Tongkol *

6.21 Sup Ikan Merah *

6.22 Udang Masak Merah *

6.23 Sotong Goreng Berkari *

6.24 Rendang Pedas Kerang - Aidil Fitri *

6.25 Lala Style China *

6.26 Lala Goreng Sos Tiram *

6.27 Lala Goreng Tauchu *

6.28 Lala Goreng Biasa *

6.29 Lala Sweet Sour *

6.30 Lala Bercili *

7. SAMBAL *

7.1 Sambal Tok-Tok *

7.2 Sambal Tok-Tok Lada Hitam *

7.3 Sambal Kerisik Ikan Tongkol *

7.4 Sambal Goreng *

7.5 Sambal Goreng Jawa *

7.6 Sambal Goreng (Madura) *

7.7 Sambal Ikan Bilis *

7.8 Sambal Ikan Bilis Minangkabau *

7.9 Sambal Ikan & Mangga *

7.10 Sambal Nyor Ikan Masin *

7.11 Sambal Tahun *

7.12 Tauhu Sambal Berkacang *

7.13 Sambal Tauhu Udang *

7.14 Sambal Tempe *

7.15 Sambal Tumis Peria *

8. SAYUR *

8.1 Peria Katak Rangup *

8.2 Masak Pongek dan Peria (Masakan Minang Sumatera) *

8.3 Tumis Peria *

8.4 Kerabu Peria *

8.5 Peria Masak Goreng *

8.6 Peria Goreng Berlada *

8.7 Masak Lemak Peria Dan Udang *

8.8 Brokoli Sos Tomato *

8.9 Gulai Lemak Pisang Muda *

8.10 Kailan Ikan Masin *

8.11 Pajeri Terung/Nenas *

9. TELOR PINDANG *

10. KENTANG PUTAR *

11. THOUSAND ISLAND *

12. RASAM *

13. PETUA *

13.1 Utk Daging Cepat Empuk *

13.2 Petua Kurangkan Pahit Peria *

14. NASI AMBANG *

 

1. ACAR

1.1 Acar Buah-Buahan

From: noraini noraini@antara1.po.my

Bahan-bahanya

4 biji limau nipis/kasturi jeruk

10 biji belimbing buluh jeruk

20 biji cermai jeruk

5 biji mangga muda jeruk

1 cawan kismis

5 biji buah pala jeruk

1 mangkuk kecil halia jeruk

10 biji prune

250gm buah asam boi - warna merah

5 biji buah bidara jeruk

20 biji bawang merah, biar sebiji-sebiji

5 biji bawang putih, biar sebiji-sebiji

sedikit bijan goreng

1/2 botol kecil cuka putih

2 1/2 cawan gula

1 1/2 cawan cili kering yang telah siap dikisar

2 sudu serbuk ketumbar

1 sudu serbuk jintan manis

1 sudu serbuk jintan putih

sedikit bijan goreng

5 biji bawang merah dihiris

3 biji bawang putih, dihiris

1 cawan minyak untuk menumis

Cara Menyediakannya

Panaskan minyak, tumiskan bawang hiris hingga wangi. kemudian masukkan cili kisar. Bila cili garing, masukkan serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih.

Bila telah wangi, masukkan gula dan cuka. bila gula telah larut dan pekat, masukkan buah-buahan serta bawang. Masaklah hingga pekat dan agak kering.

Akhir sekali, masukkan bijan goreng. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

ps : Acar tahan disimpan selama dua minggu.

Selamat mencuba.

 

1.2 Acar Ikan Tongkol

From: "noor" noor@csam.com.my

Bahan-bahannye :

Ikan tongkol - basuh dan kemudian di goreng macam biasa

1 biji Timun - di kerat-kerat anggaran 3 atau 4 ketul. Kemudian belah dua, buangkan isi nye belah kecik kecik (ikut panjang timun tuh) dalam 1 jari. Kemudian di basuh dan di gaul dengan sedikit kunyit buat seketika.

Bahan A

1 atau 2 inci Halia - dimayang

3 atau 4 biji Bawang kecil - juga di mayang

3 biji Bawang putih - di mayang

10 - 15 biji Cili Api (boleh tambah kan kalau suka pedas)

2 atau 3 biji Bawang besar (belah empat)

2 sm Cili kering + bawang besar yang diblendkan

Cuka

Sedikit air / garam

Cara-cara nye :

Tumis kan bahan yang telah dimayang. Bila agak kekunigan masukkan pula kisaran bawang dan cili kering.

Tumiskan lagi sampai pecah minyak, masukkan pula cuka, air dan garam mengikut rasa dan sedikit air.

Lepas tu masukkan ikan tongkol dan kacau lagi. Di sini rasalah masam/masin nye kuah kite tuh.

Bila dah memuaskan, akhir sekali masuk kan timun sekali dengan cili api and bawang besar yang telah dibelah 4 tadi.

Jangan masak terlalu lama kerana nanti timun dan bawang tadi akan lembik. Cukup sekadar seketika saje. Dan boleh di hidang kan .

Makan dengan nasi panas dan telur asin.

Selamat mencuba.

 

1.3 Acar Jeruk Buah-buahan

From: rozitahe rozitahe@tm.net.my

Bahan:

4 biji jeruk limau kasturi

5 biji mangga jeruk kering

10 ulas bawang merah

4 ulas bawang putih

20 biji buah prune kering

4 biji cili merah } dibuang biji dan

4 biji cili hijau } dipotong memanjang

1 sudu kecil campuran jintan putih + jintan manis

1 camca ketumbar

1/2 camca lada hitam

2 sudu besar cuka

2 inci halia dimayam memanjang

1 sudu makan gula

garam dan serbuk perasa secukupnya

* buah2 asam yg lain boleh dimasukkan mengikut citarasa masing2.

Cara:

Campurkan jintan, ketumbar dan lada hitam dan ditumbuk hingga halus.

Panaskan minyak dlm kuali. masukkan bhn yg ditumbuk tadi. Goreng hingga garing dan pecah minyak. masukkan cuka.

Setelah itu masukkan jeruk kering yg telah disatukan. Kemudian masukkan segelas air sejuk.

Kemudian masukkan bawang putih dan bawang merah yang berulas serta halia yg telah dimayam. Masukkan pula garam dan serbuk perasa dan gula. kacau dan biarkan kering.

* Acar ini boleh disimpan hingga 2-3 bulan...

Selamat mencuba

 

2. ALA CARTE

2.1 Laksa Asam Pulau Pinang

From: noraini noraini@antara1.po.my

1 bungkus laksa - direbus hingga lembut, kemudian dibasuh dengan air sejuk dan toskan

Hiasannya

Timun, salad, bawang besar, daun ceylom dan pucuk gajus dihiris halus

Cili padi atau cili merah, dihiris halus

Sedikit daun pudina, petik daunnya sehelai-sehelai

Limau nipis, telur rebus dan sedikit petis yang dicampur sedikit air panas

Kuahnya:-

1 kg ikan kembung atau tamban- lebih sedap jika guna ikan parang, direbus dengan 1liter air bersama dengan 5 keping asam keping dan garam, asingkan tulang dan isinya kemudian dikisar. Air tulangnya hendaklah ditapiskan.

1 ikat daun kesum, ambil daunnya sahaja

1 kuntum bunga kantan, belah dua

Sedikit air asam jawa

Garam dan serbuk perasa secukupnya

Bahan-bahan perencah (dikisar lumat)

10 biji bawang merah

5 biji bawang putih

10 - 15 biji cili kering

1 batang serai

sedikit kunyit dan halia

1 keping belacan - dibakar

Cara Memasak

Didihkan air rebusan dan air tulang ikan tadi bersama bahan perencah, air asam jawa/asam keping, bunga kantan, daun kesum, garam dan serbuk perasa.

Bila rempahannya telah masak, masukkan isi ikan dan renehkan atas api kecil selama 1 jam.

Kemudian bolehlah dihidangkan bersama-sama laksa dan ulamannya.

 

2.2 Laksa Penang

From: "Ismariza" ismariza@sanma.po.my

1 bungkus laksa (basah/kering) - dicelur dahulu

1 kati ikan curut/sardin (ikan temenung pun boleh tapi tak berapa sedap)

15-20 biji cabai kering - dikisar

2 biji bawang besar- dikisar

1 batang serai - dikisar

Sedikit belacan - dikisar

Sedilit asam keping/asam jawa

1 biji timun

1 pokok daun salad

Sedikit daun pudina & daun cenohong

1 biji bunga kantan

1 biji cili hijau & cili merah

1 biji bawang besar

Garam

Cara-caranya :-

Ikan dibersihkan terlebih dahulu dan direbus.

Keluarkan ikan dan asingkan isi ikan dengan tulang.

Air rebusan ikan tadi ditapis ke dalam periuk yang lain dan bolehlah nyalakan api.

Masukkan bahan yang telah dikisar tadi.

Masukkan pula sedikit bunga kantan (dengan batangnya sekali) serta daun cenohong. Perah air asam atau masukkan asam keping.

Tulang ikan dikisar halus dan ditapis ke dalam periuk tadi.

Akhir sekali masukkan isi ikan ( boleh juga dikisar ) serta garam.

Laksa yang telah siap dicelur bolehlah dimasukkan timun, daun salad, bawang besar, cili, daun pudina serta bunga kantan yang telah dihiris halus.

OPTION

From: Noor Hayati Abdul Manaf NOORHAYATI@uhkl.edu.my

Nak tambah sikit, masukkan lengkuas dan kisar besama-sama dengan bahan lain. Bukan apa untuk wangikan. Tapi kalau kami kat kedah, kuah laksa tak masuk serai. Tapi kalau masuk pun tak der masalah.

Mengenai asam, gunakan dua-dua jenis asam .Ni petua yang saya dapat dari penjual laksa sendiri . Asam keping ialah untuk memasamkan dan asam jawa untuk menambahkan masam dan juga ada juga rasa manis . So kuah laksa tu taklah masam sangat

 

2.3 Lontong

From: noraini noraini@antara1.po.my

Bahan-bahannya

Nasi impit secukupnya

** nasi impit untuk lontong sebenarnya direbus dalam daun pisang.

Sayur lodeh

Sambal kacang

Serunding kelapa

Cara Menyediakannya

Potong nasi impit kecil-kecil dan masukkan dalam mangkuk.

Campurkan sedikit sambal kacang, serunding kelapa dan sayur lodeh.

Hidangkan lontong bersama sambal tumis ikan bilis atau sambal telur rebus, ayam masak merah dsb.

Hidangkan panas-panas.

Sayur lodeh

300gm udang hidup, buang kulitnya

2 bijilada merah,

1 biji bawang besar, dimayang

2 ulas bawang putih,

5 ulas bawang merah,

1 inci kunyit hidup dan

segenggam udang kering ditumbuk

2 batang serai, dititik

minyak untuk menumis dan garam secukup rasa

sedikit fucuk dan suhun, direndam

sayur-sayurannya - dipotong kecil mengikut suka

1 batang karot

1 ikat kacang panjang

½ biji kobis

1 biji sengkuang

3 keping tempe, digoreng

3 keping tauhu digoreng

2 biji kentang, digoreng

Cara Membuatnya

Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk dan serai hingga wangi.

Masukkan udang dan kacau hingga udang masak.

Kemudian masukkan santan, garam dan serbuk perasa diikuti sayur-sayuran, suhun dan fucuk serta lada hidup dan bawang besar. Kacau selalu supaya tidak pecah minyak.

Sambal kacang

RM 1.00 kacang tanah, digoreng dan ditumbuk jangan terlalu lumat

sedikit minyak untuk menumis

sedikit rempah tumis (buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang)

sedikit ketumbar dan jintan, disangai dan ditumbuk halus

garam dan sedikit gula merah

santan pekat ½ biji kelapa

Bahan ditumbuk halus

10 biji lada kering atau ikut pedas yang diingini

5 biji bawang merah

2 biji bawang putih

sedikit belacan

2 batang serai

sedikit lengkuas dan halia

2 biji buah keras

Cara Memasaknya

Panaskan minyak dan tumiskan rempah tumis. Bila wangi, masukkan bahan yang ditumbuk dan kacau hingga garing. Bila telah garing, masukkan garam dan gula serta ketumbar jintan tadi.

Kemudian masukkan santan dan akhir sekali masukkan kacang tanah goreng tadi. Kacau hingga pekat dan pecah minyak.

Sesuaikan rasa dan bolehlah dihidangkan.

Bahan untuk Serunding kelapa

½ biji kelapa parut

garam, gula dan serbuk perasa

sedikit air asam jawa

minyak untuk menumis

Bahan tumbuk

1 batang serai

5 - 6 biji lada kering - lebihkan jika suka pedas

5 biji bawang merah

2 biji bawang putih

sedikit kunyit, lengkuas dan halia

sedikit ketumbar, jintan putih dan jintan manis

segenggam udang kering atau ikan bilis

sedikit belacan

Cara menyediakannya

Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk hingga garing dan wangi.

Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.

Akhir sekali masukkan kelapa. kemudian terus dikacau atas api kecil sehingga agak kering.

Sesuaikan rasa dan angkat.

OPTION

From: "shikien" shikien@sapura.com.my

Nak tahu cara buat kuah lontong, insyaalah saya boleh bagi cara yang biasa saya buat. Simple aje janji udang kering banyak dan campurkan juga udang basah dan sotong rendam.

Sayur yang dipakai jangan merapek taruk macam-macam. Yang penting

tempe di goreng setakat elakkan dia hancur dalam kuah (3/4 masak),

perut tahu dan su'un direndam,

carrot potong dalam 1 1/2",

kobis, kacang panjang,

lada merah belah dua (up to you banyak mana),

tahu digoreng dan potong empat,

dan last campur cendawan yang kerinting warna hitam, some people call it cendawan telinga kera (rendam dulu).

Cara

Bawang merah tengok banyak mana you masak, blend sekali dengan udang kering.

Masukkan dalam periuk yang ada bahan-bahan diatas. Tak payah tumis.

Masukkan santan cair dan last santan pekat. Jaga santan jangan pecah lemak.

Jangan lupa masukkan serai yang dititik dan serbuk kunyit so cantiklah rupanya nanti. Insayallah jadilah kuah lodeh tu nanti. Kalau tak jadi inform I ya. Selamat mencuba.

 

2.4 Char Koew Teow

From: Muhdhatta.Suleiman@ap.sony.com

Untuk masak seorang

1 Senduk kecil Minyak Masak

½ Biji Bawang putih (potong halus2)

1 Biji Telur

4 Ekor Udang (kalu nak lebih lantak koranglah...)

1 Sudu cili (boh @ giling)

1 Gengam Koew Teow (kalau boleh beli yang paling halus)

1 Gengam taugeh

1 Senduk Kicap Char Keow Teow

Sedikit kucai

Cara-Cara Memasak

Panaskan minyak.

Masukkan udang + bawang + koew teow + cili pas tu kacau selama 10 second.

Masukkan taugeh + kucai, kacau sikit dan terus tutup api.

Pecahkan telur dan masukkan kicap, kacau dan terus angkat (kena cepat kalau tak tak de kuah nanti... telur bagi 1/3 masak aje baru ada kuah)

Jangkamasa masak: 40 second (tengok besar mana korang pasang api).

Hidangkan dengan segera... bila dah sejuk keow teow nie nanti nampak beku (telur beku)

 

2.5 Kue Tiaw Kuah Tauchew

From: noraini noraini@antara1.po.my

bahan-bahan

Kuetiaw - dibasuh dgn air sejuk dan toskan

Bawang putih, diketuk

Minyak untuk menumis

Sedikit taucu, dibasuh dan toskan

Air rebusan ayam secukupnya + sedikit tepung jagung

Garam, serbuk perasa dan sedikit gula

Udang besar, dibuang kulit dan dibelah belakang

Sayur kailan, dipotong nipis2 batangnya dan daunya sehelai-sehelai

Cili merah, dipotong serong memanjang

Hiasan

Bawang goreng, daun bawang dan limau nipis

Cara Menyediakannya

Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan taucu.

Kemudian masukkan udang dan batang kailan. Masukkan juga garam, gula dan serbuk perasa.

Bila kailan telah lembut, masukkan air rebusan dan juga daun kailan.

Bila kuah mendidih dan pekat, masukkan kuetiaw dan cili merah. Balik-balikkan sebentar dan angkat.

Taburkan bahan hiasan dan sedia untuk dihidangkan.

 

2.6 Mee Kung-fu

From: Hassan, Harlina hhassan@bechtel.com

1 bungkus yee mee (mee kering yang senang didapat di Pasaraya)

Untuk kuahnya:

2 -3 potong Ayam (dipotong kecil) ikut suka anda

5/6 ekor Udang - saiz ikut suka

Sotong

Kobis - potong kecil

Sawi

Baby corn

Carrot

2 ketul Kiub pati ayam maggi

1 pkt Serbuk bihun sup adabi -

2 biji Telor putih

2-3 sudu teh Sos tiram

Hiasan :

Cili padi/ cili merah

Daun sup @ daun bawang

Bawang goreng

Mula-mula didih kan air untuk membuat kuahnya. Masukkan ayam, dan udang. Biarkan seketika.

Kemudian masakkan sotong (sotong last b'coz dia cepat masak), Masukkan 2 kiub pati ayam maggi dan serbuk bihun sup adabi. Kacau.

Masukkan 3-4 sudu sos tiram. Kacau.

Apabila dah sebati, masukkan sayur-sayuran spt. carrot, babycorn, kobis, dan last sekali sawi.

Jangan jerang terlalu lama, sayur-sayur ini cepat masak.

Agak-agak 5-7mins. masukkan 2 biji telor putih. Caranya:

Asingkan telor putih dan kuning. Tak perlu kacau. Masukkan teros didalam kuah yang tengah mendidih tadi. Biarkan 2 mins. Dan kacau perlahan-perlahan.

Apabila telor masak, kuah anda akan nampak cantik dengan pecahan-pecahan telor yang telah dikacau perlahan tadi.

Laslty, masuk kan tepung jagung. Caranya :

Ambil 2 sudu tepung jagung, campurkan dengan ½ cawan air. Kacau sebati.

Apabila anda ingin mencurahkan kedalam periuk kuah yang didih tadi, pastikan anda menggunakan tapis supaya kuah tidak berketul-ketul. Jika kuah tidak pekat, tambah lagi dengan cara yang sama sehingga kuah agak pekat. Lebih pekat lebih sedap.

Kemudian tutup api dan hidangkan.

Cara hidang:

1. Masukkan seketul yee mee dalam pinggan kuah atau mangkuk cina. Taburkan cili padi atau cili merah, daun sup dan bawang goreng atasnya.

2. Kemudian curahkan kuah yang panas. Gaulkan dengan mee.

3. Siap untuk dimakan. Sedap dimakan waktu panas-panas.

4. Cubalah sendiri, belum cuba belum tahu......dah makan nak masak lagi.

Kemusykilan

From: Siti [SMTP:bsiti@csam.com.my]

Boleh tanya sikit? Bagaimana pulak penyediaan yee mee tersebut? Adakah perlu direndam atau macamana??

Jawapan

From: "Hassan, Harlina" hhassan@bechtel.com

Untuk menghidang, masukkan seketul yee mee dalam mangkuk cina atau pinggan kuah. Jangan hancurkan atau pecah-pecahkan nya. Tak perlu direndam. Ia perlu keras dan rangup.

Kemudian taburkan sedikit cili api/cili merah dan daun sup.

Kemudian masukkan kuah yang panas didih tau. Tak cukup didih tak best.

Lepas tu boleh lah dimakan. Pasti sedap.

 

2.7 Mee Hailam

From: noraini noraini@antara1.po.my

PETUA

Memasak mee hailam atau masakan mee berkuah yang sedap hendaklah menggunakan air rebusan, jangan menggunakan air paip - tak kick..

Mee yang hendak digunakan hendaklah dibasuh terlebih dahulu untuk membuang lebihan minyak dan soda yang digunakan. Dengan cara ini juga mee akan tetap lembut.

Cara-cara menyediakan air rebusan

1kg rangka ayam 1 ½ liter air,

1 labu bawang putih

1 inci halia yang telah diketuk.

Masaklah hingga mendidih dan renehkan hingga airnya berubah menjadi keruh dan tinggal separuh sahaja.

Kemudian ditapis dan dicampurkan sedikit lada sulah dan sedikit tepung jagung. Renehkan hingga pekat.

Sedia digunakan untuk memasak mee/mihun/ kuetiaw

Bahan-bahan MEE HAILAM

Mee kuning

Bawang putih diketuk

sedikit lada kisar, jika suka pedas

minyak untuk menumis

garam dan serbuk perasa

air rebusan ayam + kicap pekat dan sos tiram

sedikit udang/sotong/fishball/ayam

Sayur sawi/kailan/babycorn/karot/bunga kobis

cili merah, dipotong-potong

sedikit daun sadri dan potongan limau nipis.

Cara Menyediakannya

Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan lada kisar. Campurkan udang/sotong/fishball dan isi ayam.

Kemudian masukkan air rebusan, kicap pekat, sos tiram, garam dan serbuk perasa.

Bila telah mendidih, masukkan sayur-sayuran dan akhir sekali mee. Kacau-kacaukan sebentar kemudian bolehlah diangkat.

Ketika menghidang, taburkan sedikit potongan cili merah, daun sadri dan juga potongan limau nipis. Boleh juga dihidangkan bersama cili hijau jeruk.

 

2.8 Mee Jawa

From: noraini noraini@antara1.po.my

Bahan-bahanya

500 gm mee kuning dicelur

sedikit taugeh, dicelur

2 biji cili merah, dihiris

sedikit daun sup dan daun bawang

2 biji telur rebus, dibelah 4

4 biji limau kasturi, dibelah 2

Cara Menyediakannya

Sendukkan mee ke dalam mangkuk.

Taburkan bahan hiasannya dan tuangkan kuah.

Hidangkan.

Kuahnya

4 biji bawang putih, diketuk

1 senduk air asam jawa

Minyak untuk menumis

1 keping dada ayam, dihiris halus

150 gm udang basah, buang kulitnya

sedikit lada sulah

garam, gula dan serbuk perasa

4 helai kobis

2 batang sayur sawi

½ batang karot

sedikit bunga kobis

4 -5 mangkuk air rebusan ayam + 2 sudu besar tepung jagung

Cara Menyediakannya

Panaskan minyak, tumiskan bawang putih.

kemudian masukkan garam dan gula serta serbuk perasa secukup rasa, diikuti dengan isi ayam dan udang dan juga sedikit lada sulah.

Masukkan air asam jawa. Kemudian masukkan sayur-sayuran dan akhir sekali air rebusan ayam yang telah dicampur dengan tepung jagung.

Bila sayur telah empuk dan kuahnya pekat sedikit, bolehlah diangkat. Hidangkan panas-panas.

 

2.9 Mee Kantonese

From: "Yusoff, Rossidah" rcyusoff@bechtel.com

Bahan-bahan nya

½ kg mee kuning - digoreng dengan sedikit minyak

4 ulas bawang putih

2 ekor sotong bersaiz sedang

3 ekor udang

50 gm lobak merah

50 gm jagung muda

350 ml air

2 biji telor - dikacau

25 gm pucuk kailan

2-3 titik minyak bijan

½ sudu kecil pati ayam maggi

Lada sulah dan garam secukup rasa

Cara membuatnya

Tumiskan bawang putih.

Masukkan sotong dan udang. Kacau rata.

Tambahkan air, masukkan jagung muda dan lobak merah.

Masukkan pati ayam& masukkan sekali telur dan kacau rata.

Akhir sekali masukkan pucuk kailan dan minyak bijan serta lada sulah dan garam secukup rasa.

Ketika menghidang, tuangkan kuah ke atas mee dan hiaskan dengan bawang goreng.

 

2.10 Mee Maggie Special

From: zamberi zamberi@sumigw.su.casio.co.jp

Bahan2 :

1 bungkus mee maggie curry

300gm daging ayam/lembu

300gm sotong/udang

50gm taugeh

2 ulas bawang putih

2 biji bawang merah

2 biji cili besar

2 sudu besar kicap manis

3 sudu besar sos cili

minyak/mentega

air

Cara Memasak:

mula2 keluarkan perencah curry, potongan daging, sotong, bawang putih, bawang merah dan cili ikut cita rasa masing2.

nyalakan api, letakkan periuk atas dapur. masukkan sedikit minyak/mentega, biar sampai minyak jadi panas.

masukkan bawang putih dan bawang merah(tomes) dan cili, biar sampai bawang kelihatan agak kekuningan. masukkan daging dan sotong,

masukkan serbuk curry, gaulkan.

masukkan kicap dan sos cili, gaulkan sekali lagi biar sebati.

masukkan air 1 gelas besar.

masukkan mee maggie.

biar lebih kurang 1 minit kemudian masukkan taugeh/sebarang jenis sayur yang anda suka.

biar sampai mendidih.(kalau nak bagi sedap lagi tambah 1 biji telur)

masukkan mee dalam pinggan, sila makan.

 

2.11 Meehon Berkuah Kampuchea (Samla Namya)

From: akadir@1stsi.com

Bahan-bahan;

3 batang serai

10 ulas bawang merah

5 ulas bawang putih - dikisar lumat

15 batang cili kering

2 cm belacan

Minyak sawit (Vesawit) secukupnya

2 peket kecil serbuk kari (udang, ketam dan ikan)

Santan pekat dari 2 biji kelapa (semangkuk besar)

¼ cawan sos ikan atau lebih sedikit

1 cawan kacang tanah digoreng dan ditumbuk kasar-kasar

500 gm isi ikan merah dipotong nipis-nipis

Isi ketam drp 4 ekor ketam yang direbus dahulu

Air limau (3 biji limau)

Bahan-bahan untuk disajikan bersama;

300 gm Meehoon dicelurkan

2 batang timun dibuang tengahnya dan dihiris nipis-nipis

200 gm kacang panjang mentah dihiris nipis-nipis

200 gm taugeh dibuang hujungnya dan disajikan mentah

3 ikat daun kesum dicincang halus

30 biji telur puyuh rebus dan dikupas

6 keping 'fish cake' digoreng dan dihiris nipis-nipis

Cara-caranya:-

Panaskan minyak didalam periuk. Gaulkan rempah kari dengan sedikit air supaya sebati. Apabila minyak panas tumiskan bahan-bahan A sampai ianya kuning.

Pada api yang sederhana, masukkan rempah kari tadi dan digoreng sampai ianya wangi. Setelah itu masukkan santan cair dan didihkan 10 minit lagi.

Setelah itu masukkan santan pekat, dibiarkan mendidih. Sebelum dimasukkan isi ikan merah serta isi ketam dan sos ikan serta sedikit gula dan juga kacang tumbuk. Biarkan mendidih perlahan-lahan 5 minit lagi.

Padamkan api dan masukkan jus limau nipis. (Setelah dirasa barulah ditambahkan garam, gula ataupun air limau lagi jika perlu).

 

2.12 Murtabak Maggi

From: "Fuzie Nasir" r32175@email.sps.mot.com

bahan-bahannya

1 bungkus maggi curry

2 biji telor ayam

1 biji cili merah

5 ulas bawang kecil

cara membuatnya

celur maggi dan toskan.

pukul telor hingga kembang.

masukkan perasa curry yang ada dalam bungkusan maggi kedalam adunan telor tadi.

masukkan juga cili dan bawang kecil di hiris halus

taruh sedikit garam, pukul lagi hingga sebati.

akhir sekali masukkan maggi kedalam adunan telor dan dadarkan dalam kuali yang ada sedikit minyak. buat seperti dadar telor yang biasa kita buat.

 

2.13 Nasi Beriyani

From: "shima ismail" kiniz@hotmail.com

Bahan-bahan

2 pot (tin susu) beras Basmathi

1 labu bawang besar

1 tin kecil minyak sapi

garam secukup rasa

1 paket rempah beriyani Adabi

Cara-cara memasak

Tumiskan minyak sapi dengan bawang besar yang dipotong kecil-kecil. Masukkan air secukupnya (dalam 2 pot tin susu).

Apabila air sudah mendidih masukkan beras basmathi, rempah beriyani serta garam. Kacau dan masak seperti memasak nasi biasa.

Untuk hiasan taburkan bawang goreng dan buah kismis.

 

2.14 Nasi Dagang

From: "Siti Aminah Zainuddin" aminah@bnm.gov.my

(Untuk makan 4 orang)

Bahan-bahannya:-

3 cawan beras siam wangi

1 or ½ cawan beras pulut

½ biji Santan

4 ulas bawang merah (hiris)

Halia agak-agak (hiris)

Halba 2 sudu besar

Garam secukup rasa

Cara membuatnya:-

Beras wangi dan pulut dicampurkan dan di rendam semalaman.

Besoknya, beras di bersihkan dan ditoskan.

Kukus beras untuk 15-20 minutes.

Angkat beras dan campurkan dengan santan sehingga beras tadi kelihatan basah-basah.

Kukus beras kembali selama 15-20 minutes dan angkat beras

Gaulkan beras yang separuh masak tadi dengan campuran santan pekat yang telah dicampurkan dengan halba, bawang merah & halia yang telah dimayang dan garam secukup rasa.

Kukus beras kembali sehingga ianya masak betul.

Note: resipi ini saya ambil daripada makcik di Terengganu

Kuah Nasi Dagang

2 ekor ikan tongkol yang sedang besarnya.

4 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

1 biji kelapa (ambil santan)

2 sudu besar cili boh

sedikit halia

sebatang kayu manis

sedikit bunga lawang

rempah nasi dagang (boleh dibeli di Terengganu). Jika tiada buat sendiri.

(1 sudu besar ketumbar + kayu manis + bunga lawang + cengkih) – ditumbuk menjadi rempah.

sedikit kunyit hidup

Gula melaka

Option - belimbing buluh dan cili api

Cara membuatnya:-

Ikan di potong dan dicuci dan direbus dengan sedikit gula melaka, garam, kunyit hidup dan halia yang di potong nipis.

Bila sudah masak tutup api dan simpan.

Tumis bawang merah, bawang putih dan halia, dengan bunga lawang dan kayu manis.

Bila naik bau, tumis cili boh dan rempah nasi dagang.

Bila telah naik bau dan cukup garing, masukkan santan.

Masak kuah dan bila telah nampak pekat masukkan gula melaka, garam.

Masukkan ikan tongkol yang telah direbus tadi dan masak sehingga masak.

Jika suka masukkan beberapa cili api dan belimbing buluh yang telah dibasuh.

Acar

1 batang timun dihiris seperti kayu api

1 batang lobak merah dihiris seperti diatas

5 ulas bawang merah

1-2 cili hidup

(semua bahan dihiris memanjang)

1-2 sudu besar cuka

garam

gula

Gaulkan semua bahan diatas dan rasa garam dan kemanisannya secukup rasa.

OPTION

From: "shima ismail" kiniz@hotmail.com

½ pot beras pulut - tidak payak direndam

3 pot beras siam/wangi - direndam dengan air sekurang2nya 3 jam

2 paket halba - direndam sekurang2nya 2 jam

10 ulas bawang merah - dihiris halus

Santan pekat - dari 1 biji kelapa

Santan cair - dari ½ biji kelapa

garam secukup rasa

Cara-caranya

Kukus kedua-dua jenis beras sehingga hampir masak.

Langkah seterusnya ialah gaulkan santan cair dan kukus lagi selama kira-kira 20 minit.

Selepas itu, gaulkan santan pekat, bawang merah, halba dan garam kepada beras yang dikukus dan kukus lagi selama kira-kira ½ jam.

Bahan-bahan untuk gulai

1 ekor ikan tongkol/tenggiri/ boleh juga gunakan ayam atau daging tapi kalau ikut resipi Pantai Timur mesti gunakan ikan tongkol baru kick.

5 atau 6 ulas bawang merah ]

2 atau 3 ulas bawang putih ] dimesin/

1/2 inci halia ] tumbuk

1/2 inci kunyit ] halus

5 atau 6 sudu rempah kari ]

Kulit kayu manis

Bunga cengkih

Bunga Lawang

Asam keping - 2 biji

Santan kelapa pekat - dari sebiji kelapa

Garam secukup rasa

Cili besar

Cili kecil

Buah Belimbing

Cara-cara memasak

Tumis bahan yang dimesin sehingga wangi.

Kemudian masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Tumis hingga mengeluarkan minyak.

Masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang serta santan. Masak lagi dalam kira-kira 20 minit.

Masukkan ikan (kalau boleh ikan itu direbus menggunakan air yang sedikit, garam dan asam keping supaya ikan itu tidak hancur bila dicampurkan ke dalam gulai).

Masukkan garam secukup rasa dan masak sehingga sempurna.

 

2.15 Nasi kerabu

From: wanzir@bnm.gov.my

Bahan-bahan untuk nasi

4 pot beras

4 pot air

1 batang serai dititik

2 inci kunyit hidup, ditumbuk lumat

sedikit isi cekur, ditumbuk lumat

Cara memasak nasi

Beras dibersihkan dan ditanak seperti biasa bersama-sama serai dan kunyit dan cekur.

Cara menghidang

Sendukkan nasi ke dalam pinggan.

Letakkkan sedikit sambal kelapa, sambal ikan, cili padi jeruk, tumis budu @ belacan diakhiri dengan ulam.

Gaul rata-rata, bolehlah dihidangkan bersama lauk-lauk yang sesuai seperti solok lada, telur masin, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, keropok goreng, daging bakar, ayam bakar dan juga ikan goreng celup tepung.

Hidangan ini boleh juga dihidangkan bersama lauk-lauk kegemaran yang lain seperti rendang, ayam masak merah, kurma, kerutuk dan lain-lain lauk kegemaran.

Sambal Kelapa

½ biji kelapa parut

1 camca the garam

2 camca besar gula

sedikit gula

5 biji bawang merah, ditumbuk lumat

sehiris halia, ditumbuk lumat

10 biji lada hitam, ditumbuk lumat

cara menyediakannya

Campurkan kesemua bahan dan disangai atas api kecil sehingga agak kering.

Kemudian ditumbuk halus tetapi jangan sampai pecah minyak.

Sambal Ikan

5 ekor ikan kembung, dibakar dan diambil isinya

5 biji bawang merah

sehiris halia

cara menyediakannya

Tumbuk bawang merah, halia, garam dan sedkit gula.

Masukkan isi ikan dan tumbuk lagi sehingga hancur.

Masukkan bahan-bahan ini ke dalam kuali dan sangai hingga kering.

Cili Padi Jeruk

Cili padi anggaran 1 mangkuk kecil, dibuang tangkai. Campurkan 1 camca the garam, 2 sudu besar gula dan ½ cawan cuka.

Perapkan selama 2 jam, kemudian dikisar tapi jangan terlalu lumat.

Tumis Budu @ Belacan (salah satu saja..)

1 senduk budu @ 2 inci belacan, dibakar

5 biji cili kering

5 biji bawang merah ditumbuk l

2 biji bawang putih

sehiris halia

1 batang serai, dititik

sedikit gula merah dan serbuk perasa, jika suka

½ biji kelapa, ambil santan anggaran 2 cawan

2 sudu air asam jawa

cara menyediakannya

Didihkan santan hingga pecah minyak dan pekat.

Masukkan bahan-bahan tumbuk, budu @ belacan, serai, gula merah dan air asam jawa.

Masak lagi hingga pekat dan agak kering.

Sesuaikan rasa dan angkat.

Ulam-Ulaman - kesemua bahan ulam dihiris halus kecuali taugeh.

2 helai daun kunyit

5 helai daun cekur

1 tangkai bunga halia @ kunyit ? jika ada

10 tangkai daun kesum

5 tangkai daun selasih/kemangi

2 batang kangkung

5 batang kacang panjang

1 kuntum bunga kantan

½ biji timun

1 biji bawang besar

5 biji bawang putih jeruk

1 mangkuk kecil taugeh, dibuang ekornya

Solok Lada

10 biji lada hijau, dibelah jangan sampai putus dan buang biji

½ biji kelapa parut putih

5 biji bawang merah

sehiris halia

2 ekor ikan kembung, ambil isinya sahaja

sedikit garam, gula dan serbuk perasa

¼ cawan santan pekat

cara menyediakannya

Tumbuk bawang dan halia hingga lumat. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa dan akhir sekali ikan. Tumbuk lagi hingga lumat.

Campurkan ke dalam kelapa parut dan sebatikan.

Sumbatkan ke dalam lada yang telah dibuang biji tadi.

Susunkan ke dalam periuk. Tuangkan santan pekat dan rebus hingga kering.

Ikan Goreng Celup Tepung

5 ekor ikan, dibersihkan dan tos

½ cawan tpung beras

sedikit air kapur

sedikit serbuk kunyit

garam secukup rasa

minyak untuk menggoreng

cara menyediakannya

Bancuh tepung beras bersama air kaput, serbuk kunyit, garam dan air secukupnya. Pekat cairnya seperti menggoreng pisang.

Panaskan minyak. Celupkan ikan ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga masak.

SELAMAT MENCUBA

PS : Hidangan nasi kerabu lebih sedap sekiranya dihidangkan dengan budu mentah begitu saja dengan memerahkan sedikit limau nipis ke dalam budu tersebut dan tak perlu lagi menggunakan tumis budu atau belacan. Jika suka menggunakan kedua-duanya pun tak menjadi masalah..

OPTION

From: "shima ismail" kiniz@hotmail.com

Nasi - biasanya gunakan nasi putih biasa sahaja

Bahan-bahan serunding

½ biji kelapa - diparut (kelapa jangan terlampau tua atau terlampau muda).

5 ulas bawang kecil - dihiris halus

3 batang serai - dihiris halus

Beberapa biji cili padi /cili besar - dihiris halus

5/6 ekor ikan kembung/sardin - dibakar/direbus dan diambil isinya sahaja, kemudian ditumbuk lumat.

Garam secukup rasa

Campurkan kesemua bahan dan dimasak di atas api yang sederhana sehingga kering/cukup masak (bahan-bahan telah mesra).

Bahan-bahan untuk sambal budu

Budu (secukupnya)

Bawang merah/besar - dihiris halus

Cili kecil/besar - dihiris halus

Goreng bahan-bahan ini menggunakan sedikit minyak lebih kurang 5-7 minit di atas api yang sederhana.

Bahan-bahan ulaman

Daun pegaga,pucuk kunyit, serai, kesum,kacang panjang,kobis (terpulang

kepada kesukaan kita) dihiris halus.

Limau nipis/kasturi - dipotong

 

2.16 Paprik

From: "Roslina Ashikin Muda" roslinaam@tnb.com.my

Satu peket sayur campur (cendawan, cili benggala,

bunga kobis, jagung muda dsb).

3 biji bawang putih

3 biji Cili api (nak pedas tambah lebih)

2-3 helai Daun limau purut

Beberapa keping ayam dipotong kecil2

3 sudu Sos tomato

2 sudu Sos tiram

garam

gula

Cara :

Tumis bawang putih & cili yg telah ditumbuk hingga naik bau.

Masukkan daun limau purut, sos tiram dan sos cili. Masukkan air agar tidak kering.

Juga garam & gula secukup rasa.

Masukkan ayam dan akhir sekali masukkan sayur campur. Kacau sehingga masak. sayur jgn t'lalu empuk. siap dihidangkan.

 

2.17 Lasagne

From: "Amin, Nora" NAmin@christies.com

Lasagne sheets (pilih yang pre-cooked or no cooking required)

Bahan2 utk filling sauce :

Tomato Puree

Cili Boh

Daging cincang

Bawang putih

Bawang merah (dihiris halus)

sedikit herbs

cumin atau jintan manis

gula, garam and pepper

Stock cube daging

Air

Caranya:

Tumis bawang putih dan merah hingga layu. Masukkan cili boh, cumin and tomato puree dan goreng hingga garing. Bila dah Ok, masukkan daging cincag dan kacau hingga sebati. Dah Ok, masukkan air dan stock cube dan masak hingga mendidih. Setelah mendidih, masukkan garam, gula dan pepper secukup rasa.

Hint :

Kalau yang nak merasa seafood pulak, gantikan daging cincang dengan seafood mix macam sotong, udang, fishball ke.. dan gantikan stock cube daging denganstock cube ikan atau ayam.

Bahan2 utk White Bechamel sauce :

ni agak rumit sikit tapi kalau first time tak jadi, cuba lagi lah, saya pong kekadang kena try 2-3 kali!!!

Mentega (dalam 2 senduk)

tepung biasa (2 tablespoon)

susu (susu fresh atau susu UHT)

6 biji cloves (sorry... lupa nama melayu)

bawang satu labu

salt and pepper

bay leaf atau daun selasih

Caranya

Cucuk clove dalam bawang. Panaskan susu dalam saucepan dan masukkan bawang tadi dan daun selasih/bay leaf. Susu tak payah mendidih - cukup bila panas je. Ketepikan dan buang bawang tadi.

Cairkan mentega atas api sederhana. Bila dah cair, kecilkan api. Taburkan tepung sudu demi sudu dan kacau continously! Mentega tu akan meresap kat tepung jadi mesti jaga2!! Tepung tu sudah masak bila bau wanginya naik.

Bila agak OK, masukkan susu yang dipanaskan tadi dan kacau hingga sebati. Senang kalau pakai hand whisk. Masukkan salt and pepper. Bechamel sauce ni warnanya creamy.

Menyediakan Lasagne :

Panaskan oven (dalam 250 deg. Celsius kira OKlah) Bila 2 sauce dah ready, sediakan satu rectangular pan (tinggi dalam 3-4 inci)

Layer filling sauce, followed by the lasagne sheet and then the bechamel sauce. Repeat sampai sauce semua habis. Akhirkan dengan sauce bechamel tadi.

Bakar dalam oven selama 25-30 min. Kalau nak tahu masak, cucuk lidi dan rasa kalau lasagne sheet tu keras ke lembut. Bila dah nak masak, tabur parmesan cheese dan masukkan oven sekejap

Bila dah masak, potong empat persegi dan hidang sama garlic bread. Selamat mencuba!!!

 

2.18 Fresh Spinach Lasagna

From: Aida Zuhara aida@myetutor.com

1 lb Italian lasagna pasta

For The Fillin

3 bn Fresh spinach

3 pk Silken firm Mori-Nu tofu/ Japanese Tofu

½ c Green onions, chopped

2 tb Olive oil

2 tb Parsley, chopped

½ t Salt

2 ts Miso

1/8 t Nutmeg

1/8 t Black pepper

For The Sauce

Bottled tomato sauce

2 c Mushrooms, sliced

in:

3 tb Olive oil

Bring 4 quarts of water to a boil in a large pot.

Blanch washed spinach for one minute and let drain in a colander. Stir ½ tsp salt and 1 tb olive oil into the water.

Carefully add each sheet of pasta to the water and boil for 10 -12 minutes. Rinse pasta in cold water and lay each sheet flat on a cutting board or counter covered with plastic wrap or wax paper.

Saute green onions in 2 tb olive oil for 1 minutes. Chop spinach and add to the onions.

combine with all remaining ingredients and set aside.

Preheat the oven to 350. Lightly oil a baking dish and spread one third of the sauce over the bottom.

Put together several strips of the pasta so that they cover the bottom and hang over the sides of the baking dish. Later they will fold over the top to seal in the fillings. Cover with one-half of the spinach filling and then add another layer of the pasta. Continue to add pasta, sauce and filling, ending with pasta and covering with sauce.

Nutritional yeast "parmesan" or chopped fresh basil leaves may be lightly sprinkled on top.

Cover with foil and bake 20 minutes. Remove foil and bake another 15 minutes. Let the lasagna rest 15 minutes and thencut into pieces and serve.

 

2.19 Macaroni Sup

From: Wan Syamilah Wan Ismail wsyamilah@bankindustri.com.my

(For 4-5 serving)

Bahan-bahan A (Macaroni):

1 peket macaroni

2 sudu besar minyak masak

Bahan-bahan B (Sup):

5 ulas bwng merah / 1 biji bwng besar saiz kecil

3 ulas bawang putih

1 ibu jari halia

1 ekor ayam dipotong kecil2 (dada sahaja)

1 batang lobak merah (saiz sederhan dan dihiris bulat2)

1 potong pokok kobis bunga

1 potong pokok brocolli (option... tapi kalau letak, sup jadi lagi sedap!!)

2-3 biji ubi kentang (dipotong kecil2)

1/3 peket rempah sup (campur sikit dengan air supaya jadi likat)

1 sup bunjut

2 kiub ayam know

sedikit minyak masak untuk menumis

garam, ajinomoto dan gula secukup rasa

1 pokok daun sadri & bawang goreng untuk hiasan

Bahan-bahan C (Kicap):

5 sudu besar Kicap Masin

1 sudu besar Kicap Manis

5-6 ulas cili padi (nak lagi pedas, tambah cili lagi..)

Cara2 membuatnya:

A. Macaroni

Rebus air dalam periuk hingga mendidih.

Lepas tu masukkan macaroni tadi ke dalam air yang mendidih tu bersama-sama minyak. Tujuannya supaya macaroni tu tak melekat dengan periuk tadi. Tunggu sambil kacau macaroni tu sampai jadi lembut.

Bila dah lembut, tapiskan semua macaroni tu dalam penapis sambil dibilas dengan air paip/air sejuk. Tujuannya supaya macaroni tu cepat sejuk dan tak melekat.

B. Sup

Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dipotong hingga wangi dan kekuningan.

Masukkan rempah sup yang telah dicampurkan dengan air tadi dan ditumis.

Bila dah pecah minyak, bolehlah masukkan air hingga paras ¾ periuk tadi.

Masukkan ayam, sub bunjut dan ubi kentang ke dalam periuk dan biarkan ubi kentang empuk dan sup tu mendidih. (In between nak mendidih tuuu.. masukkanlah garam, pak aji, kiub ayam know dan rempah-ratus tambahan contohnya lada hitam kalau nak sup tu pedas sikit. Kalau nak rasa manis2 sikit..letaklah gula.)

Bila dah mendidih dan kentang pun empuk, masukkan sayur-sayuran yang dipotong tadi - kobis bunga, lobak, dan broccoli.

Bila sayur-sayuran tu dah masak, bolehlah dihiaskan dengan sedikit bawang goreng dan daun sadri bagi menambahkan wangi pada sup tu..

C. Kicap

Potong cili padi ikut suka sendiri. Hiris bulat2 pun boleh. Kemudian, campurkan cili bersama-sama kicap masin dan manis tadi.

Kalau nak blendkan cili bersama kicap pun boleh. Ikut selera sendirilahhh...

Tips:

Bila nak makan nanti baru campurkan macaroni bersama sup dan kicap tuuu... tak dinasihatkan campur macaroni bersama sup tu sebab macaroni tu nanti serap semua air sup tu..

pun boleh... saya kalau masak main campak2 ajer...nanti adjustlah ikut selera masing2.. :-)

 

2.20 Makaroni berkuah

From: ACC - Rosemary IMCEAMS-UMWT_001_rose@umwt.toyota.co.jp

Bhn:

200 gm makaroni - direbus & toskan airnya

200gm daging lembu & 300 gm tulang lembu - direbus & simpan airnya

100 gm udang basah

100 gm sotong

bwg merah, bwg putih, halia, lengkuas - ditumbuk halus

3 @ 4 camb cili boh

carrot, bunga kobis, baby corn, kobis

2 camb rempah kari

1/2 cawan sos tomato - ikut rasa

3 biji kentang - didadu

garam, serbuk perasa

daun sup & bawang goreng - utk hiasan

Cara:

Tumis bhn yg ditumbuk hingga wangi. Kemudian masukkan cili boh & rempah kari & kacau rata.

Kemudian masukkan kentang, udang, sotong dan daging. Kacau lagi dan biarkan seketika hingga terbit minyak.

Kemudian masukkan air rebusan daging (anggaran 8 cawan) & juga tulang lembu. Biarkan hingga mendidih barulah masukkan sos tomato, dan semua sayuran. Masukkan garam dan serbuk perasa dan biar hingga mendidih.

Bila hendak makan barulah masukkan makaroni yg telah direbus tadi. Kalau dimasukkan sekali, nanti makaroni tu kembang sangat, tak sedap.

 

2.21 Makaroni Goreng

From: Ismariza ismariza@sanma.po.my

Bahan-bahannya

1 bungkus makaroni - direbus dan ditoskan

Kas kas (sedikit) - dikisar

Jintan putih (sedikit) - dikisar

Lada hitam (sedikit) - dikisar

Daun bawang & daun sup

2 biji telur - digoreng hancur dan diasingkan

Udang / Ayam / Daging

1 ulas bawang besar

Cara-caranya

Tumis bawang.

Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi.

Masukkan sedikit air.

Masukkan udang / ayam / daging.

Masukkan makaroni dan gaul rata.

Taburkan telur dan daun bawang / sup.

Siap untuk dihidangkan.

 

2.22 Spaghetti Sayuran

From: "Amin, Nora" NAmin@christies.com

Spaghetti sauce :

satu tin tomato puree

satu tin chopped tomatoes

bawang putih

1 ½ bawang merah

(satu dipotong dadu dan yg ½ dihiris halus)

red and green bell peppers

cili boh sedikit (kalau nak kick sikit)

air untuk rebusan

celery (yg keras tu..bukan daun celery ye?)

button atau shitake mushroom

sayuran seperti lobak merah dan jagung

Vegetable stock cube kalau ada

grape juice merah (selalunya they all pakai red wine tapi kita boleh ganti dengan grape juicelah...)

Italian herbs (yang fresh kalau ada..takde, yg kering boleh jugaklah)

garam, gula dan black pepper

Cara2nya :

Sayuran seperti bawang (yg dipotong dadu), celery, lobak dan jagung direbus bersama vegetable stock cube. Simpan air rebusan tadi dan ketepikan sayur utk dicampur selepas sos masak, jika mahu.

Panaskan minyak. Tumis bawang hiris, bawang putih, button mushroom dan green and red peppers atas api perlahan. Masukkan cili boh dan tomato puree. Goreng sampai garing.

Agak dah Ok, masukkan chopped tomatoes. Kacau dan lepas tu masukkan air rebusan sayur dan grape juice. kacau dan masak hingga mendidih. Dah tu, kecilkan api dan masak sampai pekat

Bila dah agak pekat, masukkan Italian herbs, garam, gula sikit dan black pepper. Kalau nak, boleh campurkan sayuran yang direbus tadi. Selalu nya saya suka hidangkan jagung rebus tadi sebagai side dish (sedap you kalau makan dengan butter and salt!!!)

Serve dengan spaghetti dan garlic bread. Kalau ada, taburkan cheese parmesan atau cheddar.

ni ada tip sikit

bila rebus spaghetti tu, saya selalu tos dan tuang air paip atas spaghetti tu, biar tak melekat - lebih sihat dari pakai mentega atau minyak.

lebih2 sauce ni, selalu saya sapukan atas french bread. grill sekejap. lepas tu, letak cheese dan nenas keping. grill sampai cheese cair......

 

2.23 Spagetti Bolognese

From: Katijah Azis katijah@idemitsu.com.my

sesudu minyak masak

500gm mince meat

sebiji onion

½ can tomato puree

1 sendok tomato sauce

sebiji tomato )

sebatang carrot } potong dadu

sebuah green pepper )

½ teaspoon oregano

¼ teaspoon mixed herbs

2 helai bay leaves

cara2nya

masukkan minyak masak, letak onion - masak sampai ada bau wangi

masukkan mince meat, masak sampai masak

letak puree & sauce, tunggu le 2,3,4 minit

masukkan all the herbs

masukkan all the vege

tutup & masak sampai masak

last sekali jangam lupa masukkan garam & gula.

 

From: Khairulnisa.Bahrim@BMGAPRO.COM

Pasta - 1 packet spaghetti

Sauce:

1 bottle of Prego Pasta Sauce

5 bawang besar - potong dadu

6 ulas bawang putih - dicincang

minced beef or chicken (optional)

10 tomato - potong dadu

canned mushroom - 2 tin

minyak untuk menumis

garam, pepper dan gula secukup rasa

Method:

Panaskan minyak and tumis bawang putih, bawang merah sampai naik bau.

Kemudian masukkan sauce dan kacau sehingga rata. Selepas mendidih masukkan yang lain tetapi tomato terakhir sekali, supaya tidak lembik sangat. Biarkan mendidih.

Dalam periuk yang lain, jerang air sehingga mendidih dan masukkan sedikit garam dan minyak, (supaya spaghetti tidak melekat kemudian) Selepas itu, masukkan spaghetti dan masak sehingga ia lembut. Toskan spaghetti dan hidangkan dengan sauce dan pharmesan cheese kalau suka.

 

From: "MARINA MD. DIN" Marina@uniten.edu.my

Bahan

1 bungkus spaghetti

sedikit minyak masak

air untuk merebus

600 gm daging kisar

1 labu bawang besar- potong dadu

1 bungkus sos spaghetti (ada juga dalam botol, guna aggaran 5-6 sudu besar)

½ tin cendawan butang

½ tin kecil sup cendawan berkrim

½ tin tomato puri

2 cawan air rebusan spaghetti

1 sudu besar minyak mentega/minyak jagung

Cara-Cara :

didihkan air dan rebus spaghetti hingga masak (jangan terlalu lama rebus)

tos kan airnyer dan sapukan minyak masak pada spaghetti tersebut agar tidak melekat apabila sejuk dan ketepikan.

Panaskan minyak. tumis bawang besar seketika.

masukkan sos spaghetti, sup cendawan, tomato puri, air rebusan spaghetti dan daging kisar atas api sederhana besar sehingga sos hampir pekat.

Masukkan cendawan butang. kacau hingga sebati, masukkan garam. kacau lagi hingga lebih kurang 3-4 minit... bolehlah padam api dan dihidang.

Nak tambah sedap, taburkan parutan keju cheddar atas spaghetti.

 

From: "Rosenajehah Mohamed Ramli@pt.acc" najeha@pernec.com.my

Sos spaghetti

1 kg Ramli's burger minced meet

2 labu bawang besar - potong dadu

6 ulas bawang putih - crushed

3 biji buah tomato sedang - blend hancur

2 tin besar tomato puree - brand Farmland is recommended

1 botol besar sos tomato kimball (485g)

1 tin sliced button mushroom

2 sudu makan rempah kari daging & Old El Paso Chilli Seasoning Mix – bancuh dengan air panas mendidih - boleh didapati di supermarket

oregano (optional)

basil (optional)

ceddar cheese

garam

Cara:

1.Tumis bawang putih dan bawang besar sampai wangi. Masukkan minced meat. Tumis sampai daging layu.

Masukkan tomato yang diblend, rempah kari, tomato puree, sos tomato.

Jika terlalu pekat, tambah air.

Masak sampai semuanya kelihatan mesra, masukkan cendawan butang.

Masukkan oregano, basil dan garam.

Parut cheddar cheese ke dalam kuah. Jangan terlalu banyak. Kacau dan biar menggelegak.

Siap untuk dihidangkan.

 

2.24 Soto Ayam

From: "Nur Azura Salleh" azuana_s@hotmail.com

Utk soto nasi impit, rebus ketupat segera

Utk. mee hoon soto, celur mee hoon dgn air panas sehingga lembut

Bahan kuah:

2 bks sup bunjut / 3 sudu rempah sup

1 btg kayu manis

5 cawan air rebusan ayam

bhgn tulang ayam yg direbus

2 ulas bwg putih dikisar

4 ulas bwg merah dikisar

minyak masak utk tumis

garam secukup rasa

Bahan hiasan:

ayam rebus (di lerai)

daun sup

taugeh

kacang tanah goreng

bawang goreng

Cara masak kuahnya:

panaskan minyak

goreng kayu manis dan bunga lawang hingga wangi

masukkan bahan dikisar dan masak hingga terbit minga

masukkan sup bunjut atau rempah sup,

masukkan air rebusan dan bhgn tulang ayam, kacau seketika dan biarkan sehingga mendidih

tambahkan garam secukup rasa

utk sambal kicap:

5 biji cili padi (ikut suka) ] kisar

1 sudu gula pasir ] kesemua

1 ulas bwg putih } bahan dan

½ cwn kicap masin ] cukupkan

air limau nipis (ikut citarasa) ] rasanya

hidangkan bersama bahan hiasan.

 

From: Hana Mazita bt Hamid hana@mpk.gov.my

bahan2 untuk kuah :

1 ekor ayam (potong 4)

2 ikat sup bunjut

halia (diketuk)

garam secukup rasa

ketumbar

lada hitam

bawang merah

bawang putih

rempah tumis - kayu manis, bunga cengkih, pelaga & senagkatan dengannya (sukatan tu agak2 )

cara2nya :

rebus ayam didalam periuk besar bersama2 sup bunjut & halia..

tumis bawang merah & putih bersama rempah2 menumis hingga kekuningan

masukkan ketumbar & lada hitam yang telah ditumbuk terlebih dahulu..

setelah masak.. masukkan ke dalam air rebusan ayam yang telah mendidih tadi..

masukkan garam & bahan perasa (kalau suka)

bahan2 untuk pergedil :

daging cincang (ramly burger pun boleh)

ubi kentang (rebus @ goreng) - dilenyek

daun sup

jintan putih & lada sulah

garam

gaul semua bahan dan celupkan ke dalam telur - goreng dalam minyak yang banyak.

bahan2 lain :

taugeh

kacang tanah - digoreng

suhun - digoreng

daun sup/bawang

bawang goreng

nasi himpit/mee/mee hoon

tauhu - digoreng & dipotong kecil2

fish ball - direbus & dipotong kecil2

½ ekor ayam direbus & disiat

½ ekor ayam digoreng & disiat

cili api - dimesin & campurkan dengan kicap manis & kicap masin

From: Noor Hayati Abdul Manaf NOORHAYATI@uhkl.edu.my

Sambal kicap tu kalau nak lagi sedap. Cam ni cara nya ....

cili padi + 1 ulas bawang putih + kicap manis (bukan nak promote nih) but lebih sedap kalau pakai cap kipas udang. selain dari makan dengan soto sambal kicap ni juga sedap kalau makan dengan sup daging or apa-apa sup

 

From: "Salamah" salamahnoor@tmp.mmi.com.my

Bahan2

1 pkt Mee (dicelur) lebih kurang 5 minit kemudian toskan.

1 pkt Lontong Adabi (Di rebus). Kemudian di potong-potong empatsegi kecil-kecil.

Kuah Soto

1 ekor Ayam

3 btg Serai ( Dikisar )

3 ulas Bawang Besar ( Dikisar )

4 ulas Bawang Putih ( Dikisar )

1 inci Halia( Dikisar )

100gm Rempah Soto (Boleh di beli di Kedai India)

5 ulas Bawang Merah ( Kecil ) ( Dimayang Halus )

1 pkt Rempah Tumis

Sedikit Garam

Sedikit Pak Aji

Jika tidak suka letak pak Aji boleh lah letak kiub Ayam Knorr.

Daun Sadri

Daun Soup

Bawang Goreng

Cara Membuatnya

Ayam direbus bersama dengan halia , bawang putih dan serai hingga empuk .

Panaskan minyak sedikit untuk menumis rempah soto. Masukkan rempah tumis, bawang dan rempah soto hingga garing dan naik baunya.

Selapas itu masukkan ke dalam air rebusan ayam tadi. Masukkan sedikit garam dan serbuk perasa tunggu hingga ia menidih dan tutup apinya.

Untuk Begedil

6 biji Kentang ( Dipotong kecil dan digoreng )

Bawang Goreng

Sedikit Daging Kisar (Digoreng)

Lada Sula

Garam

Telur

Daun Soup (Dipotong Halus)

Daud Sadri (Dipotong Halus)

Cara Membuatnya

Goreng daging cincang besama sedikit minyak hingga garing kemudian angkat dan sejukkkan.

Kentang dipotong-potong sederhana kecil dan digoreng, kemudian ditumbuk menjadi halus.

Selepas ditumbuk di masukkan kedalam bekas, kemudian masukkan bawang goreng, daging goreng, daun soup dan sadri, garam dan lada sula. Jika mahu pedas tambah sedikit lagi lada sula.

Selepas adunan sebati, ambil sedikit dan dibulat-bulatkan kemudian di leperkan sedikit. Buat sehingga adunan tadi habis .

Panaskan minyak untuk mengoreng.

Pukul telur dan masukkan sedikit garam. Celupkan ke dalam telur dan dimasukkan kedalam minyak . Goreng sehingga kekuningan. Goreng sehingga habis.

Untuk Sambal Kicap

RM 1.00 Cili Padi

4 ulas Bawang Putih

Kicap

Gula

Cara Membuatnya

Cili Padi , bawang putih dan kicap di blend hingga menjadi halus. Rasa jika kurang manis masukkan gula sedikit.

 

From: Noridahwatty erit_ida@yahoo.com

Kuah Soto (ayam/daging)

½ ekor ayam direbus dan diambil isinya. tulang ayam tadi masukkan balik dalam air rebusan.

5 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

1 inci halia

1 inci lengkuas

1 sudu teh ketumbar

1 sudu teh jintan halus

1 sudu teh jintan kasar

1 sudu besar rempah kurma

minyak untuk tumis

garam

caranya:

Sangai ketumbar dan jintan atas kuali (sangai tu maksudnya goreng tanpa minyak). Blend halus.

Bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas ditumbuk halus.

Tumiskan bahan ini sampai garing sikit dan masukkan rempah yang sudah diblendkan bersertakan rempah kurma. Jangan lupa tumiskan sekali dengan garam.

Bila nampak dah sebati dan kering, masukkan air rebusan dan tulang ayam tadi. Air ditambah sekiranya nampak pekat. Bila dah didih, taburkan daun sup dan daun bawang. Hidangkanler.

 

2.25 Soto Perut Lembu Madura

From: "Juli Sharina Herman Shah" mfjs76@hotmail.com

kentang potong dadu

carrot potong dadu

perut daging potong kecik2 agak2 besar kentang and carrots tadi

bwg putih } tumbuk kasar

bwg merah } tumbuk kasar

serai} blend

buah pala} blend

kunyit} blend

lengkuas } blend

tumis bwg smapai wangi, + blended ingredients + kentang and carrots sampai agak lembut + perut lembu + air

biar mendidih

then simmer agak2 smapai perut lembu masak /lembut

letak daun salam and perah asam limau

bila nak hidang hidang meehoon dgn kuah soto ni lepas tu ada sambalnye

cili padi tumbuk + kicap manis + gula skit

 

2.26 Soto Ayam Ringkas

From: Hana Mazita bt Hamid hana@mpk.gov.my

bahan2 untuk kuah :

1 ekor ayam (potong 4)

2 ikat sup bunjut

halia (diketuk)

garam secukup rasa

ketumbar

lada hitam

bawang merah

bawang putih

rempah2 menumis - kayu manis, bunga cengkih, pelaga & senagkatan dengannya...

(sukatan tu agak2 la...)

cara2nya :

rebus ayam didalam periuk besar bersama2 sup bunjut & halia..

tumis bawang merah & putih bersama rempah2 menumis hingga kekuningan

masukkan ketumbar & lada hitam yang telah ditumbuk terlebih dahulu..

setelah masak.. masukkan ke dalam air rebusan ayam yang telah mendidih tadi..

masukkan garam & bahan perasa (kalau suka)

bahan2 untuk pergedil :

daging cincang (ramly burger pun boleh)

ubi kentang (rebus @ goreng) - dilenyek

daun sup

jintan putih & lada sulah

garam

gaul semua bahan dan celupkan ke dalam telur - goreng dalam minyak yang banyak.

bahan2 lain :

taugeh

kacang tanah - digoreng

suhun - digoreng

daun sup/bawang

bawang goreng

nasi himpit/mee/mee hoon

tauhu - digoreng & dipotong kecil2

fish ball - direbus & dipotong kecil2

½ ekor ayam direbus & disiat

½ ekor ayam digoreng & disiat

cili api - dimesin & campurkan dengan kicap manis & kicap masin

 

2.27 Soto & Pelengkap

From: "Salamah" salamahnoor@tmp.mmi.com.my

1 ekor Ayam

3 btg Serai (Dikisar)

3 ulas Bawang Besar (Dikisar)

4 ulas Bawang Putih (Dikisar)

1 inci Halia (Dikisar)

100gm Rempah Soto

5 ulas Bawang Merah (Kecil Dimayang Halus)

1 pkt Rempah Tumis

Sedikit Garam

Sedikit Pak / kiub Ayam Knorr

1 pkt Mee @ 1 pkt Lontong Adabi

Daun Sadri

Daun Soup

Bawang Goreng

Untuk Begedil

6 biji Kentang (Dipotong kecil dan digoreng)

Bawang Goreng

Sedikit Daging Kisar (Digoreng)

Lada Sula

Garam

Telur

Daun Soup (Dipotong Halus)

Daud Sadri (Dipotong Halus)

Untuk Sambal Kicap

RM 1.00 Cili Padi

4 ulas Bawang Putih

Kicap

Gula

Cara Membuatnya:-

Kuah Soto

Ayam direbus bersama dengan halia, bawang putih dan serai hingga empuk .

Panaskan minyak sedikit untuk menumis. Masukkan rempah tumis, bawang dan rempah soto hingga garing dan naik baunya.

Selapas itu masukkan ke dalam air rebusan ayam tadi. Masukkan sedikit garam dan serbuk perasa tunggu hingga ia menidih dan tutup apinya.

Mee @ Nasi Himpit (Lontong)

Celur mee lebih kurang 5 minit kemudian toskan.

Lontong Adabi direbus lebih kurang 4 jam. Kemudian di potong-potong empat segi kecil-kecil.

Sambal Kicap

Cili Padi, bawang putih dan kicap di blend hingga menjadi halus. Rasa jika kurang manis masukkan gula sedikit.

Begedil Kentang

Goreng daging cincang besama sedikit minyak hingga garing kemudian angkat dan sejukkkan.

Kentang dipotong-potong sederhana kecil dan digoreng, kemudian ditumbuk menjadi halus.

Selepas ditumbuk di masukkan kedalam bekas, kemudian masukkan bawang goreng, daging goreng, daun soup dan sadri, garam dan lada sula. Jika mahu pedas tambah sedikit lagi lada sula.

Selepas adunan sebati , ambil sedikit dan dibulat-bulatkan kemudian di leperkan sedikit. Buat sehingga adunan tadi habis.

Panaskan minyak untuk mengoreng.

Pukul telur dan masukkan sedikit garam.

Celupkan ke dalam telur dan dimasukkan kedalam minyak . Goreng sehingga kekuningan . Goreng sehingga habis.

 

2.28 Kuah Soto (ayam/daging)

From: Noridahwatty erit_ida@yahoo.com

½ ekor ayam direbus dan diambil isinya. tulang ayam tadi masukkan balik dalam air rebusan.

5 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

1 inci halia

1 inci lengkuas

1 sudu teh ketumbar

1 sudu teh jintan halus

1 sudu teh jintan kasar

1 sudu besar rempah kurma

minyak untuk tumis

garam

caranya:

Sangai ketumbar dan jintan atas kuali (sangai tu maksudnya goreng tanpa minyak). Blend halus.

Bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas ditumbuk halus.

Tumiskan bahan ini sampai garing sikit dan masukkan rempah yang sudah diblendkan bersertakan rempah kurma. Jangan lupa tumiskan sekali dengan garam.

Bila nampak dah sebati dan kering, masukkan air rebusan dan tulang ayam tadi. Air ditambah sekiranya nampak pekat.

Bila dah didih, taburkan daun sup dan daun bawang. Hidangkanler.

 

3. AYAM

3.1 Chicken chop

From: "Rokiah Osman" rokie@tnb.com.my

ayam boneless bahagian peha

bawang putih (ditumbuk)

tomato sos

cili sos

kicap cair

tepung jagung

kicap pekat

garam dan gula

Mula-mula ayam tu di perapkan dengan kicap pekat, kicap cair, gula dan garam. Biar dalam sejam selepas tu digoreng tapi jangan terlalu masak/garing.

Lepas tu bila kesemua dah digoreng, perapkan semula dengan sos cili, sos tomato, tepung jagung, kicap pekat dan cair dan bawang putih dan di kukus.

Jadi Chicken chop ada kuahnyalah (gravy), dikukus dalam 10 minit memandangkan ianya telah digoreng tadi.

Boleh dihindangkan dengan bawang besar yang digoreng kacang peas dan ubi kentang.

Selamat mencuba.

OPTION 1

From: Rosimah Yaacob shima@cimb.com.my

1 ekor ayam (isinya sahaja)

¼ cawan perahan air halia

½ cawan kicap cair maggie

2 sudu lada sulah

2 camca gula pasir

sedikit ajinomoto (jika suka)

CARANYA:

Perap semua bahan diatas dalam ½ jam. Lebih lama lobih sodap.

Toskan air dan masukkan 1 atau 2 biji telor ayam dan gaulkan.

Gaulkan tepung gandum dan tepung beras. Sukatan utk tepung ni agak2lah . Tujuan letak tepung ni supaya ayam tak melekat bila digoreng nanti.

Lepas tu apa lagi gorenglah. Minyak kena lebih sikit sbb ianya kena betul deep fry pakai sauce pan lebih senang.

Kuah

3 biji bwg merah

3 biji bawang putih

gula pasir

gula merah

lada hitam (serbuk)

sedikit air asam jawa

¼ cawan sos tiram

3 cawan air

tepung kanji/tpg jagung utk pekatkan kuah

Utk Hiasan

Mixed vege direbus keluarkan kemudian gaulkan dgn sedikit mayonnaise

French Fries

salad

OPTION 2

From: Suhaila Mohd Hairon Ella@perodua.com.my

Chicken fillet (portion dada or mana2 yg ada isi sahaja)

Biskut jagung - tumbuk

Paprika (kalau takde, replace dgn serbuk cili)

Serbuk lada hitam

Telur

Butter

Garam

Sauce:

Bawang besar - potong dadu kecik2

Tomato sos

Tepung gandum - bancuh dgn air

Mixed herbs

Bay leaf - sehelai dua

Air

Cara Membuatnya:

Perapkan ayam dgn garam, lada hitam and paprika lebih kurang sejam.

Celupkan ayam dalam telur, kemudian dalam biskut jagung (kalau nak lagi tebal & crispy, celup semula dalam telur, kemudian sekali lagi dlm biskut).

Panaskan butter dlm pan, then goreng ayam yg dah disalut dgn biskut dgn api yg perlahan (tak payah deep fry).

Utk sauce, goreng bawang menggunakan butter jugak until brownish.

Masukkan tomato sauce, bay leaf, mixed herbs and garam.

Masukkan air.

Bila dah mendidih, masukkan tepung gandum yg dah dibancuh dgn air.

Kacau sampai pekat (kepekatan terpulang pada citarasa anda).

Bila dah masak, letak ayam dlm pinggan, jirus sauce tu atas ayam.

Bolehlah tambah fries, salad, coleslaw and mashed potato....

 

3.2 Grilled Spice Chicken / Fried Spice Chicken

From: Izyan Tan Abdullah izyan@cimb.com.my

One Chicken cut into 12 pieces

1 tablespoon Sesame Oil

1 tablespoon Oyster Sauce

1 tablespoon Black Pepper

1 tablespoon Mixed Herbs

1 tablespoon Fish Sauce

1 teaspoon Tamin Kicap

1 teaspoon Corn/Tapioca Flour

Step-by-step process

Marinate the chicken with the ingredients for 10 minutes;

If roasting, just place chicken pieces on the grill and switch-on the oven [this also depends on what kind of oven you use. If convention oven, you need to pre-heat the oven before you start roasting. However, if microwave oven, you may just roast them without pre-heating].

After about 10 minutes, open the oven door, turn the pieces to the other side and add some gravy on them (mixture of ingredients) and continue roasting until they are well cooked.

You may also fry them but not very healthy b'cos you need OIL to soak them. Somehow or rather, the taste is still very nice.

 

3.3 BBQ Ribs atau Chicken Wings

From: Amin, Nora mailto:NAmin@christies.com

Bahannya

Ribs or tulang rusuk atau chicken wings

Coriander and cumin powder

Black pepper

Garlic dan bawang merah dikisar halus

Cili Boh sikit kalau nak kick

Plain flour

Lemon juice

Bahan Sos/Kuah

Dua peket Maggi Sambal Tumis

Kicap Manis

Gula atau Madu kalau ada

Orange Juice

Cara

Gaulkan semua di atas tu dan perap dalam petisejuk satu malam.

Panaskan oven atau grill (about 200 Celsius). Masukkan dan bakar. Balik-balik kan biar masak betul dan agak garing. Bila daging tu tengah dimasak, buat saucenya

Panaskan minyak sikit dan tumis Maggi Sambal Tumis tu.

Bila dah naik minyak, masukkan kicap, gula/madu dan orange juice. Kacau hingga sebati.

Tak payah mendidih sangat (asalkan panas dan gula cair, dah OKlah). Also jangan campur garam lagi pasal Maggi Sambal Tumis tu masin sikit.

Mati kan api.

Bila daging dah agak masak, keluarkan dari oven dan masukkan kat kuali.

Gaul hingga sauce tu sebati dan bakar lagi dalam 5 minit. Daging tu akan garing sedikit dan sauce tu akan melekat kat daging.

Fooo hoooo!!!! Shodap sekali bila di ratah. Selain dari bakar dalam oven, boleh jugak masak ketika BBQ atau dengan dapur arang. Hidangkan bersama mash potato, jagung rebus with butter dan bread roll.

 

3.4 Ayam Lemon Madu

From: LINI norrahah@ramgate.drb-hicom.com.my

Bahan2nya:

½ kilo ayam (dipotong kecil)

3 sudu besar kicap

2 sudu besar sos cili

2 biji lemon (ambil jus)

1 ½ sudu besar madu

1 sudu besar minyak sayuran

3 cm halia (dimayang halus)

3 ulas bawang putih (dicincang)

½ cawan susu cair

½ kiub ayam

1 sudu besar tepung jagung

1 ¼ mentega

Garam secukup rasa

Minyak menggoreng secukupnya

Cara menyediakannya:

Bersihkan ayam dan gaulkan dengan kicap, jus lemon, sedikit minyak sayuran serta madu, perapkan ½ jam.

Goreng ayam yg telah diperap tadi hingga garing. Tinggalkan sedikit minyak, tambahkan mentega. Tumiskan halia, bawang putih hingga naik baunya. Masukkan sos cili dan susu sejat. Biarkan mereneh dan masukkan garam secukup rasa.

Masukkan tepung jagung yg telah dibancuh dengan sedikit air. Apabila agak pekat sedikit, masukkan ayam yg telah digoreng. Kacaukan agar sama rata dan kuah sebati dengan ayam. Angkat dan hidangkan

 

3.5 Lemon Chicken

From: "Umyah" umyah@ssp.sankyoseiki.co.jp

500g daging ayam dipotong nipis

1 sudu besar garam ( kalo nak kurangkan pun bole)

1 sudu besar lada putih

1 biji telur

1 sudu besar gula

1 sudu besar minyak bijan

1 sudu besar tepung jagung

Perap ayam bersama bahan bahan lain kecuali telur dan tepung jagung selama 20 minit.

Celup dalam telur kemudian digolekkan atas tepung jagung dan digoreng.

Susun dlm pinggan

Bahan Untuk Sos

200ml sos tomato

4 sudu besar air lemon

1 sudu besar cuka

4 sudu besar gula

3 sudu besar tepung jagun

Campurkan kesemua bahan dan masak hingga mendidih.

Kemudian tuangkan sos atas ayam yang digoreng tadi.

 

3.6 Opor Ayam

From: Maizar qin_s@yahoo.com

Bahan-bahannya :

1 ekor ayam – dipotong 8

3 camca besar air asam jawa pekat

3 cawan santan, daripada sebiji kepala

2 helai daun limau purut

3 batang serai

Garam dan gula secukup rasa.

Bahan-bahan di kisar

4 camca besar ketumbar, disangai (digoreng tanpa

minyak) dahulu

1 camca besar jintan manis, disangrai dahulu

5 biji buah keras

Cara-cara membuatnya :

Satukan ayam, air asam jawa, bahan-bahan yang dikisar dan bahan-bahan kisar kering dan masakkan atas api hingga air ayam kering.

Masukkan santan, daun limau purut dan serai. Kacau hingga kuahnya pekat.

Masukkan garam dan gula secukup rasa sebelum dihidangkan.

 

3.7 Piza Ayam

From: "Hazlina Kasmin" lina@umcsd.um.edu.my

1 ekor ayam

1 kilo tepong wholemeal

1 paket muripan

5 atau 6 susu susu tepung

sebotol kecil tomato souce

sedikit lada sulah

se paket sayur campur (jagung, karot & kacang pes)

1 biji lada hijau besar (benggala) - dipotong dadu

5 biji buah tomato - dipotong dadu

cheese hancur (boleh dibeli di pasaraya - kat PJ nie beli je kat TMC)

sedikit garam dan sedikit gula

sesudu oregano (boleh didapati di pasaraya)

Cara membuatnya:

KULIT PIZA

Campurkan mauripan ke dalam tepung wholemeal, rata-ratakan.

Bancuh susu tepung dengan lebihkurang 2 cawan air. Ulikan sehingga rata ramuannya.

Biarkan satu jam, baru dicanaikan.

INTI

Ayam di potong kecil-kecil.

Tumiskan bawang dan masukkan ayam.

Selepas nampak agak masak, masukkan 3/4 botol tomato souce, dan masukkan sedikit lada sulah, sedikit garam dan kalau nak rasa manis masukkan secubit gula.

Proses Akhir

Canaikan kulit piza bentuk bulat dan masukkan kedalam loyang, tuang baki ¼ tomato souce dan ratakan.

taburkan inti ayam tadi, kemudian taburkan tomato dan cili benggala yang dipotong dadu.

Taburkan sesudu oregano, kalau suka boleh letak lebih sedikit dan akhir sekali cheese hancur.

Bakar selama 20 minit dalam api sederhana (boleh dapat 4 keping piza yang agak besar)

OPTION 1

From: shajeni@simenet.com

Untuk dough

500 g tepung gandum

1 sudu besar yis (mauripan)

1 sudu besar tepung susu

1 sudu besar gula

1 sudu teh garam

1 subu besar oregano

2 sudu besar minyak zaitun

1 cawan air ( boleh tambah kalau tak cukup)

Bahan-bahan di atas dicampurkan dan diuli. Kemudian biarkan dough tu naik sendiri.

Layer sos

3 sudu besar sos tomato

1 sudu besar sos cili

1 sudu besar gula

1 sudu teh garam

1 cawan air (kurang pun takpe)

1 sudu tepung jagung (bancuh dengan air)

Bahan-bahan diatas dicampurkan dan diletak atas api. Tak perlu bubuh minyak. Kacau sampai agak likat.

Layer sos ini untuk disapukan di atas dough sebelum diletak topping yang lain supaya pizza berasa juicy dan tak rasa kering.

Topping & sos

Minyak

1-2 sudu besar serbuk cili (ikut kepedasan)

1 sudu teh garam

1 sudu besar gula

2 sudu besar sos tomato

1 sudu besar sos cili

Oregano

Untuk bahan-bahan topping terpulang pada anda. Boleh letak daging ayam cincang, sausage, nenas, cili capsicum, mozarella cheese, etc.

Mula-mula tumis dulu kesemua bahan-bahan daging tu, kemudian baru masukkan bahan-bahan di atas.

pesanan cikgu memasak tu : selepas sapu layer sos pada dough , taburkan sedikit cheese supaya ia dapat memegang topping2 tadi so masa kita gigit dia tak jatuh-jatuh.

selepas bubuh topping, taburkan lagi cheese mozarella tu.

 

3.8 Satay Ayam

From: "aloha" <hishamj@tt.time.com.my>

Untuk Ayam Satay

1 ekor ayam 2kg yang disembelih halal (dipotong 12 ketul)

5 Batang serai (diblendkan hingga halus)

½ kilo bawang merah (diblendkan hingga halus)

200 gram halia (diblendkan hingga halus)

300 gram lengkuas (diblendkan hingga halus)

50 gram jintan manis (diblendkan hingga halus)

30 gram jintan putih (diblendkan hingga halus)

50 gram kunyit (diblendkan hingga halus)

1 cawan gula pasir

5 camca teh garam

Untuk kuah Satay

½ kilo kacang mentah (goreng dan tumbuk kasar)

1 cawan gula pasir

2 liter air putih

5 camca teh garam

5 gram bunga lawang

5 gram kayu manis

5 gram buah pelaga

5 gram bunga cengkeh

100 gram bawang merah (diblendkan hingga halus)

50 gram halia (diblenkan hingga halus)

200 gram cili kering (direbus + diblendkan halus)

100 gram minyak masak chap buruh

Untuk Pembakar

1 Alat pembakar yang bersih

2 kilo kayu Arang

Minyak Masak chap buruh dicampur dengan Air Perapan Ayam

2 batang Serai (untuk brush~diketuk dan diikat seperti brush bulu)

Mancis Api

Kipas

Cara membuat

Ayam diperap tidak lebih dari 12 jam (lebih masukkan dalam peti ais) dengan bahan yang telah dinyatakan untuk Ayam Satay

Kuah ; ditumiskan kesemua bahan tumisan

Masukkan kacang bila cili yang ditumis mula pecah minyak

Masukkan Air

Bila mendidih masukkan garam dan gula

Bakar Arang hingga Tiada kelihatan Api yang marak

Bakarkan Ayam Satay hingga Masak

Kipas diguna untuk kontrolkan haba

Kilatkan AYam dengan Air Perapan dan Minyak dengan brush Serai bila perlu

Ayam Satay Akan masak bila luarannya mula kelihatan golden brown dan garing !!!

Hidangkan untuk makan begitu sahaja ataupun dengan nasi

 

3.9 Ayam Goreng Mamak Style

From: Rosimah Yaacob shima@cimb.com.my

Bahan

5 keping ayam kalau confident abihkanlah sekor

bawang putih & bawang merah halia ditumbuk hancur agak2 ajelah

serbuk cili

1 atau 2 biji telur ayam

tepung jagung - agak2

garam

ajinomoto

perap dalam 1 jam

lepas tu goreng api jgn besor sgt kang topung aje yg masak dalam montah

 

3.10 Ayam Goreng Spicy & Rangup

From: Rozlina Abdul Hamid Rozlina@landmarks.com.my

Bahan-bahannya

1 ekor Ayam (dipotong mengikut suka)

Minyak untuk mengoreng (sila pastikan ayam tenggelam dalam minyak)

Garam, kunyit & pak aji digaul bersama ayam

2 biji Telur (digaul bersama ayam)

Tepung jagung (agak-agak, asalkan dapat menyaluti ayam)

Bahan-bahan yang ditumbuk

2 biji Bawang besar

3 biji Bawang putih

3 inci Halia

Cili kering (ikut suka asalkan nampak merah)

1 sudu besar Jintan manis

1 sudu besar Jintan putin

1 sudu besar Lada hitam

Cara-caranya

Bahan yang ditumbuk tadi digaul bersama ayam & diperap selama 3 jam.

Kemudian digoreng, apabila sudah masak sila taburkan daun kari kedalam kuali.

Angkat sebelum Daun kari hangit.

Selamat mencuba

 

3.11 Ayam Kalio

From: "Juli Sharina Herman Shah" mfjs76@hotmail.com

halia

bwg merah

bwg putih

cili boh

kunyit

serai

santan

ayam

halia + bwg merah + bwg putih + cili boh + kunyit (hidup atau serbuk skit nak kasi warna jer) di blend

tumis blended mix tadi + ayam + santan + serai smapai ayam masak.

kalau nak kasi wangi masuk daun limau purut tapi ni pun idea org msia yg nenek saya selalu buat ni rasanye memang minang asli kot pasla dia memang dr sumatra berhijrah ke sini.

 

3.12 Ayam Lada Hitam

From: Norlinda norlinda@mcis.com.my

Bahan-bahannya (untuk 2 orang)

6 keping fillet ayam

1 camca besar lada hitam, ditumbuk

1 camca besar sos Wochestershire Lea & Perrins

1 camca besar kicap lemak manis kipas udang

1 camca teh sos tiram

Sedikit garam

Sedikit margerine (untuk memasak)

Cara menyediakannya:

Fillet ayam dibasuh dan toskan airnya untuk seketika.

Gaulkan fillet ayam bersama semua bahan kecuali margerine dan perapkan selama lebih kurang 10-15 minit.

Panaskan kuali atas api sederhana. Masukkan sedikit margerine (anggaran 1 camca teh). Masukkan fillet ayam. Balikkan fillet untuk pastikan ia masak serata. Angkat dan hidangkan.

Nota: kuantiti lada hitam bergantung kepada individu. Sekiranya suka lebih pedas, boleh tambahkan dan jika tidak, boleh dikurangkan mengikut cita rasasendiri.

OPTION

fatimah mahmud fattymah@yahoo.com

Saya pun selalu masak ayam lada hitam ni. Tapi yang lain sikitnya, saya gunakan seekor ayam yang dipotong kecil-kecil, perap agak-agak satu atau dua jam lamanya dengan bahan-bahan yang lain tu... jangan lupa letakkan sedikit bawang putih yang sudah ditumbuk dengan lada hitam dan jangan lupa gula...

Kemudian lapiskan loyang pembakar dengan aluminium foil, letakkan ayam. coletkan sedikit butter atau margarine di atas kepingan ayam - ayam tuu. Lepas tu bakar dalam oven sampai agak garing.

Oooiii... rasalah kelazatan ayamnya... lebih-lebih lagi yang garing tu.. Memang tak akan kecewa dengan rasanya...

 

3.13 Ayam Masak Hitam

From: Noor Suraya Noor.Suraya@komag.com

Bahan2:-

1 ekor ayam

20 biji Cili Kering (nak pedas tambah lagi) - (A)

2 batang serai - (A)

1 biji bawang besar -(A)

20 ulas bawang merah - dimayang halus macam nak buat bawang goreng

3 ulas bawang putih - dimayang halus juga

2 ½ sudu besar kicap lemak masin kipas udang

Sedikit gula dan garam

minyak untuk menumis

Cara memasak:-

Ayam dipotong kecil atau ikut suka hati nak potong macam mana, kemudian digoreng dengan sedikit kunyit.

Mesin bahan (A) bersama-sama.

Panaskan minyak dan tumiskan semua bawang merah dan bawang putih sampai dah agak kekuningan. Jangan sampai jadi macam bawang goreng pulak.

Lepas tu masukkan bahan yang dimesin tadi. Sambil2 tu tambahlah bahan2 perisa yang patut dan juga kicap.

Bila dah agak mendidih dan pecah minyak, barulah masukkan ayam yang dah digoreng tadi. Gaul-gaul dan agak ayam dah sebati dengan kuahnya bolehlah diangkat dan dihidangkan. (lagi banyak bawang merah lagi sedap)

 

3.14 Ayam Lemak Tempoyak

From: RahimahMohamad@jr.slr.com

Bahan-Bahan

Ayam (seekor ataupun ½ ekor)

1 cawan Tempoyak

1 biji kelapa – diambil Santan sederhana cair

20 biji Cili padi (ikut suka nak kepedasan)

5 ulas Bawang merah

2 ulas Bawang kecil

½ inci Halia

½ inci Kunyit hidup :

2 batang serai - diketuk

Daun kecur (dirajang halus)

Garam secukup rasa

Aji jika suka

Gula secukup rasa

sekeping Asam keping

Cara-caranya

Bawang merah, bawang putih, halia, kunyit & cili padi ditumbuk.

Masukkan ke dalam periuk dan letakkan sedikit air untuk mendidihkannye. Boleh juga ditumis, kalau suka. Anggaran sudah masak bahan yang ditumbuk tadi, masukkan ayam dan ratakan bahan yan di dalam periuk tersebutdan biarkan lebih kurang 3-4 minit.

Masukkan santan & tempoyak : kacau selalu agar santan tidak pecah. Gunakan api yang sederhana sahaja.

Masukkan asam keping, daun kecur, serai, . Kemudian masukkan garam, aji & gula. Sesuaikan rasa.

Kalau nak rasa lagi sedap, gunakan api yang kecil sahaja dan biarkan ia> di atas dapur dalam jangka masa 15 minit-30 minit. Tempoyak & bahan-bahan tadi akan menyerap ke dalam ayam.

Angkat & hidang

 

3.15 Ayam Pedas Bergajus Bersama Cili Kering

From: "Mariati" mariati@et002.po.my

Bahan-bahan

1 dada Ayam (sederhana besar)

6 biji Cili Kering (dikerat 4 atau 5)

1 biji Cili Merah (dihiris besar-besar)

1 biji Capsicum Hijau (dipotong berbaji)

1 camt. Bawang Putih yang telah dicincang

beberapa Biji Gajus ( I rasa.....15 biji cukup)

5 keping hirisan Halia

Minyak untuk menumis

Bahan Perap

½ camb. Fish Sauce

½ camb. Kicap Cair

1 biji Telur

1 camt. Tepung Beras

Bahan Perasa

1 camb. Sos Hoisin

1 camb. Sos Plum

1 camb. Sos Worchestershire

Aturan Membuatnya:

Cuci dan keringkan ayam.

Potong ayam kepada ketulan sederhana besar, gaul dengan bahan perap hingga rata. Biarkan selama 15 minit.

Goreng ayam dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan. Angkat dan tuskan.

Goreng biji gajus tanpa minyak selama 3 - 4 minit. Angkat dan ketepikan.

Panaskan minyak, tumis halia, cili kering, bawang besar dan bawang putih. Kemudian masukkan ayam, cili merah, capsicum dan bahan perasa. Masak atas api besar, kacau cepat-cepat.

Setelah masak tutupkan api dan masukkan biji gajus, kacau dan keluarkan dari kuali, hidangkan.

 

3.16 Rendang Ala Mak (Tak tumis)

From: rohaizah@mobikom.com.my

Seekor ayam dipotong kecil dan dicuci

5 ulas bawang merah - di tumbuk lumat

4 ulas bawang putih - ditumbuk lumat

½ biji kelapa buat kerisik (kalu boleh buat sendiri-lebih best)

½ biji kelapa santan (piou saja)

2 batang serai - hiris2 dan tumbuk

lada kering 9 tangkai } tumbuk

2cm kunyit } hingga

2cm halia } lumat

jintan putih sepeket ] goreng tanpa minyak

ketumbar sepeket ] ditumbuk lumat

air asam jawa sedikit garam, aji no-moto/gula

daun kunyit dihiris nipis2.

Caranye

Gaul ayam dan semua bahan ditumbuk lumat dalam periuk.

Masuk garam,aji/gula

Ayam dah empuk last sekali baru masuk air asam jawa dan daun kunyit.

Kuah mendidih bolehlah dihidangkan.

Suggestion:-

Kalau nak lagi kick tambah ½ sudu teh lada hitam tumbuk

 

3.17 Rendang Ayam Berkokok Di Pagi Raya

From: "Mariati" mariati@et002.po.my

Sumbangan: Syahril

Bahan

1 ekor ayam yg sedang besarnya

½cawan minyak masak ( utk tumis )

2-3 helai daun kunyit

3-4 sudu rempah kari

1 cawan santan pekat

¼cawan kerisik

garam secukup rasa

Bahan utk dikisar

3 btg serai

4 hiris lengkuas

20 tangkai chili kering

10 biji chili merah

½ in kunyit

½ in halia

10-15 biji bawang kecil

2 ulas bawang putih

Cara-cara

Tumis bahan-bahan yg telah dikisar, kemudian masukkan serbuk kari.

Setelah 1-2 minit masukkan ayam dan daun kunyit. Masukkan santan kelapa, biarkan sehingga ayam empuk, kemudian masukkan kerisik dan garam mengikut rasa.

Selepas masak jangan terus dihidangkan. Tunggu samapi ayam dah berkokok barulah boleh makan tapi mesti diingat... hanya kokokan ayam di pagi syawal sahaja yang diterima....

 

3.18 Roast Turkey

From: Qadratullil Tajul Arus qtarus@hwatai.com.my

Bahan-bahan

4.5kg turkey

1½ kiub ayam maggi

3 sudu kicap manis

1 sudu kicap masin

3- 4 sudu oyster sauce

2-3 sudu sos cili

kacau sebati semua bahan diatas dan sapu pada turkey tadi dan perap turkey tadi 3-4 jam .

kemudian bakar dalam oven hingga turkey tuh masak..Boleh dimakan seisi keluarga..

boleh dihidang bersama Nasi goreng Cina / kampung

 

4. BUBUR LAMBUK

From: "khairunnisaa.md-nor" Khairunnisaa.Md-nor@unilever.com

Bahannya (A) - dimesin

1 sudu besar jintan manis

1 inci halia

1 ½ sudu besar jintan putih

2 ulas bwg putih

4 ulas bwg merah

RM1.00 udang kering - juga dimesin

½ cawan kacang tanah - digoreng & mesin halus

sedikit lada sulah - ikut suka

1/3 biji kelapa - buat kerisik

Bahan (B)

2 cawan beras

¼ kilo daging lembu - direbus (boleh juga gunakan ayam)

1 cawan udang basah (jika suka)

daun sup & daun bawang - hiris halus

bawang goreng

daun kucai - (jika suka)

air rebusan daging

garam

Bahan Penumis

1 kuntum bunga lawang

4 kuntum cengkih

1 inci kulit kayu manis

2 biji buah pelaga

Caranya

Tumiskan bhn penumis hingga wangi, kemudian masukkan bhn (A) yg tlh dimesin. goreng hingga kekuningan

Masukkan kerisik, udg kering, kacang tanah, daging & udang basah, kacau & biar seketika.

Masukkan sedikit air rebusan daging & biar mendidih.

Campurkan garam, lada sulah, beras & air ikut sukatan beras utk buat bubur

Masak hingga bubur kembang

Taburkan daun sup, daun bwg, daun kucai & bwg goreng.

* Boleh juga dimasak bubur dulu agak2 bila dah nak kembang buat langkah 1, 2 & 3 kemudian tuang bhn2 tu didlm bubur & dimasak hingga kembang.

 

From: "Fakhrul Anwar Mohd Rashid" hasrul26@hotmail.com

Bahan:

ditumbuk kasar dan ditumis

udang kering

bawang merah

bawang putih

lepas tu masukkan air + beras + daging (lagi byk lagi sedap)

bila daging empuk, masukkakan bahan di bawah

sup bunjut adabi

halia skit di ketuk

kacang tanah

jagung

carrot( potong dadu)

kentang

any kind of kekacang (ikut suka) kacang kuda ke..

masukkan santan pekat + garam + skit sos tiram (optional)

Last sekali tumiskan bawang merah + bawang putih + rempah Sup (cengkih,pelaga ,kayu manis etc) sampai jadi bawang goreng. then masukkan dalam bubur tu dan kacau sampai mesra dan taburkan daun sup.

Mkn dgn sambal itam.(Kebiasaan org Johorlah)

blend @tumbuk bahan di bawah

cili padi

kicap

gula

cuka

bawang putih

 

5. DAGING

5.1 Beef steak - malay style.

From: "Mastura" prmas@rhb.com.my

Bahan-bahannya:-

Beef/lamb - special utk. steak

Lada hitam - ditumbuk/blend

Ketumbar - ditumbuk/belend

Sos lada hitam

Kicap manis

Bawang besar

Daun salad & buah tomato - utk. hiasan.

Garam/Aji/Garam

Potong beef/lamb tadi mengikut saiz yang dikehendaki.

Gaul kan lada hitam & ketumbar yang ditumbuk tadi dan perapkan dalam masa at least satu jam.

Panas kan kuali letak kan sedikit minyak sahaja. (Buat syarat supaya tak melekat bila memasak)

Ambil daging yang dah di perap tadi masukkan kedalam kuali.

Kacau rata dan biar kan beberapa ketika. Jgn. campurkan air sebab daging tadi akan mengeluarkan air.

Bila daging tadi sudah masak (empuk) campurkan sedikit sos lada hitam, kicap manis. Letak garam & aji secukup rasa.

Masukan bawang besar yang dihiris kasar. Tutup api.

Daun salad di susun dalam pinggan dan tuangkan masakan tadi. Hias bersama buah tomato.

 

5.2 Penchuk Daging

From: jalilah@sapura.com.my

Bahan-bahan

½ kilo daging (tempatan atau import) tapi tempatan lagi sedaplah

½ biji kelapa

1 @ 2 biji limau nipis

1 labu bawang

3 sudu kerisik..nak lebih bole tambah

Serbuk perasa

cili padi - anggaran dalam 5 - 10 biji

Cara-cara

bawang dan cili padi dipotong nipis-nipis

Daging direbus hingga empok

Ambik sedikit air rebusan daging untuk diperah bersama kelapa dan ambil patinya sahaja.

Kemudian masak santan tadi dan dicampur bersama kerisik dan serbuk perasa. Jangan masak terlalu lama, cukup untuk memanaskan santan sahaja.

Tuangkan santan tadi diatas daging dan dicampur bersama bawang, cili padi dan perahkan air limau.

Enak dimakan dengan nasi panas-panas.

 

5.3 Rendang Dendeng

From: nesfunizan_zaini@sirim.my

Bahan-bahannya

1 kilo daging

1 inci halia (blended)

1 sudu kecil jintan manis (blended)

1 sudu kecil jintan putih (blended)

1 sudu besar ketumbar (blended)

Cili kering (blended)

Kicap manis

Gula merah

Air asam jawa

bawang merah (blended)

Bawang goreng (lagi banyak lagi sedap gitu... Bawang goreng ni yang buat sendiri - yang beli dah siap goreng tu tak sesuai dan tak ngam dengan rendang ni)

Daging dipotong sederhana besar kemudian direbus sehingga empuk. Biarkan sejuk dan tumbuk sehingga agak hancur. Goreng (jangan terlalu garing).

Tumis bahan-bahan yang telah di'blend' tadi sehingga agak garing dan naik bau. Masukkan daging yang telah digoreng tadi bersama dengan air rebusan daging yang lebih. Lepas tu bubuh gula merah, kicap manis, air asam jawa, garam dan ajinomoto (kalau suka).

Balik-balikkan sampai kering (jangan terlalu kering - basah-basah macam masak rendang biasa tu). Tutup api. Bila agak sejuk taburkan bawang goreng dan balik-balikkan dia.

Selamat mencuba. Boleh dimakan bersama dengan roti putih, roti canai.

 

5.4 Serunding Daging/Ayam/Ikan

From: noraini noraini@antara1.po.my

Bahan-bahan

1kg daging, tak perlu dipotong - direbus hingga empuk, kemudian disiat halus-halus

2 biji kelapa, ambil santan pekat sahaja

Bahan-bahan kisar

15- 20 biji cili kering atau mengikut pedas yang diingini

20 biji bawang merah

5 biji bawang putih

1 inci halia

1 sudu besar ketumbar ] bahan ini

½ sudu jintan manis ] disangai dulu

½ sudu jintan putih ] hingga wangi

Garam, gula dan serbuk perasa

Cara Membuatnya

Didihkan santan dalam kuali hingga keluar minyak muda. Masukkan bahan-bahan kisar dan terus kacau hingga wangi dan rempahnya masak.

Kemudian masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa diikuti dengan daging yang telah disiat-siatkan tadi. Kecilkan api dan terus dikacau sampai kering.

ps:

satu lagi cara untuk memasak serunding ialah dengan mencampurkan kesemua ramuan ke dalam santan dan dikacau sehingga kering, tetapi proses memasaknya memakan masa yang agak lama.

untuk memudahkan proses menyiat daging ialah dengan cara mengetuk daging yang telah direbus tadi dengan menggunakan lesung hingga lembut, barulah boleh disiat-siat.

 

5.5 Rendang Daging

From: noraini noraini@antara1.po.my

Bahan-bahan

1kg. daging, dipotong mengikut citarasa

2 helai daun kunyit disiat-siat

4 batang serai, dihiris nipis

2 helai daun limau purut - jika suka

minyak untuk menumis

1 sudu makan rempah kari daging

1 sudu makan ketumbar ] disangai hingga

½ sudu makan jintan manis ] wangi, barulah

½ sudu makan jintan putih ] ditumbuk lumat

½ biji kelapa, jadikan kerisik

1 ½ biji kelapa, ambil santan secukup kegunaan

sedikit air asam jawa, garam dan serbuk perasa - jika suka

Bahan-bahan kisar

500gm bawang merah

1 labu bawang putih

1 inci kunyit, lengkuas dan halia

2 senduk cili kisar (cili kering + cili padi)

Cara Memasaknya

Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan kisar hingga wangi dan garing.

Kemudian baru dimasukkan cili dan terus dikacau hingga garing. Masukkan rempah kari, ketumbar jintan, serai yang dihiris dan kacau hingga pecah minyak.

Masukkan daging. Kacau rata-rata dan tutupkan kuali. Masak sampai kering airnya, sambil itu dikacau sekali sekala supaya tidak hangit.

Kemudian masukkan air asam jawa, santan dan terus dikacau sampai daging empuk. Bila daging sudah empuk, masukkan garam dan serbuk perasa, daun kunyit yang telah disiat-siat, daun limau purut dan kerisik. Teruskan mengacaunya sampai kering dan pecah minyak.

 

5.6 Daging Singang

From: Rozlina@landmarks.com.my

1 kg daging batang pinang

Asam keping 2 keping

Air (ikut suka hendak kuah banyak mana, tapi berpada-pada takut banyak sangat hilang kemanisan daging)

Garam

Pak aji

Bahan-bahan untuk dihiris halus

1 inci Halia

2 biji Bawang putih

3 biji Bawang merah

1 inci Lengkuas

1 sudu besar Rempah biji ditumbuk

Cara-caranya

Daging dipotong (ikut suka tapi jangan kecil sangat)

kemudian masukkan kedalam air, bubuh bahan-bahan yang ditumbuk dan dihiris tadi,

masukkan asam keping dan tunggu hingga menggelegak (agak-agak ler), garam & pak aji dimasukkan, kemudian padamkan api.

 

5.7 Rendang Tok

From: noraini noraini@antara1.po.my

bahan-bahan

1kg daging batang pinang, dipotong besar-besar

2 biji kelapa - ½ biji dihiris nipis dan disangai hingga garing (jadikan kerisik boleh juga)

1 - ½ biji lagi diperah ambil santannya

2 helai daun kunyit, disiat-siat

sedikit air asam jawa

garam secukup rasa.

bahan-bahan giling

20 biji cili kering - nak pedas, tambahkan cili padi

20 biji bawang merah

5 biji bawang putih

6 batang serai

1 inci lengkuas

1 inci halia

Cara Menyediakannya

Gaulkan daging dengan bahan-bahan tumbuk. Masukkan dalam kuali dan tutup.

Biarkan kering airnya. Sekali-sekala dikacau agar tidak hangit.

Selepasitu, masukkan santan dan air asam jawa kemudian dikacau sampai empuk. Bolehlah dimasukkan garam dan akhir sekali kelapa hiris yang disangai atau kerisik dan juga daun kunyit.

Kacau terus menerus hingga kering dan pecah minyak.

 

5.8 Dalca

From: noraini noraini@antara1.po.my

bahan-bahan A

1kg. tulang lembu

500gm daging tetel

150gm perut lembu yang siap direbus

150gm daging campuran paru dan limpa

bahan-bahan B :Rempahannya (dikisar)

10 biji cili kering

20 biji bawang merah

5 biji bawang putih

1 ½ inci halia

1 inci lengkuas

1 inci kunyit

1 senduk rempah kari daging Baba's

sedikit air asam jawa

bahan C : Bahan penumis

2 inci kulit kayu manis

1 kuntum bunga lawang

5 kuntum cengkih

3 biji buah pelaga

2 tangkai daun kari

10 biji cili kering

3 biji bawang putih dimayang

1 labu bawang besar dimayang

½ inci halia dimayang

1 cawan minyak untuk menumis

Bahan D : sayur-sayuran

2 biji tomato

5 batang kacang panjang

5 biji bendi

2 biji kentang

1 batang lobak merah

5 biji putik jagung

2 biji terung bulat

1 cawan kacang dal, direndam 4 jam

bahan E

1 ½ biji kelapa - ambil santan pekat dan cairnya secukup kegunaan (asingkan)

½ biji kelapa, jadikan kerisik

garam dan serbuk perasa secukup rasa.

Cara Memasak :

Gaulkan bahan A dan bahan B. Masukkan dalam periuk dan keringkan airnya.

Sambil itu dikacau-kacau supaya tidak hangus. Masukkan santan cair dan rebus hingga empuk.

Bila empuk, masukkan kentang dan kacang dal. Bila kedua-duanya telah empuk, masukkan santan pekat, garam, dan serbuk perasa serta kerisik.

Sesuaikan rasa, baru dimasukkan sayur-sayuran.

Sementara itu, dalam kuali yang lain, tumiskan bahan C mengikut peraturan.

Bila telah garing, curahkan terus ke dalam periuk gulai yang tengah mendidih.

Tutup periuk dan padamkan api. biarkan kira-kira 15 minit, baru boleh dibuka untuk membolehkan wangian rempahnya meresap ke dalam gulai tadi.

Selepas itu, bolehlah dihidangkan.

 

5.9 Rojak Paru

From: noraini noraini@antara1.po.my

500gm paru, direbus hingga empuk, kemudian digaul sedikit garam dan digoreng

2-3 keping tauhu goreng

2 biji kentang, dihiris nipis dan digoreng

2 biji telur rebus, digoreng

sedikit keropok keping digoreng

sedikit kangkung dan taugeh celur

sedikit kacang tanah goreng yang telah ditumbuk

Cara Menyediakannya :-

Kesemua bahan disusun ke dalam pinggan dan ditabur kacang goreng. Curahkan kuahnya dan hidang.

kuahnya :-

15 biji cili padi, dikisar lumat

5 biji bawang putih, dikisar lumat

1 cawan gula merah + gula pasir

1 inci belacan, dibakar

1 cawan air asam jawa

1 senduk kicap manis

1 senduk sos tomato

1 senduk sos cili

½ cawan bijan goreng, ditumbuk sedikit

Cara Menyediakannya.

Satukan cili padi, bawang putih, gula merah + gula pasir, belacan dan air asam jawa.

Kemudian dimasak hingga mendidih dan pekat.

Angkat dan campurkan dengan kicap manis, sos tomato dan sos cili. akhir sekali bijan.

 

5.10 Paru Rebus Cicah Air Asam

From: noraini noraini@antara1.po.my

Bahan-bahan

1kg paru, direbus hingga lembut . Kemudian dicampur sedikit garam.

1 biji bawang besar, dimayang halus

1 biji tomato dimayang halus

Air asamnya

20 biji cili padi

5 biji cili kering

1 keping belacan, atau secukup kegunaan

sedikit garam

3 - 4 sudu makan gula

3 biji limau nipis, ambil airnya

1 cawan air asam jawa atau sedikit cuka.

Cara Menyediakannya

Tumbuk cili, belacan, garam dan gula sehingga lumat.

Campurkan air limau nipis dan air asam jawa atau sedikit cuka. Sesuaikan rasa.

Paru yang telah direbus digaulkan dengan bawang besar dan tomato hiris.

Campurkan sedikit air asamnya bersama sedikit air rebusan paru.

Hidangkan.

ps : selain paru, perut dan daging boleh juga direbus dan dihidangkan begini atau campurkan kesemuanya.

 

5.11 Paru Goreng Sambal Cili

From: "Amin, Nora" NAmin@christies.com

Paru (direbus dgn halia dan dipotong dadu), kering kan dengan paper towel pastu, goreng sedikit biar garing (yum yum)

sambal cili hidup :

10 Cili merah hidup

2 bawang putih

kunyit basah sedikit

jintan manis

bahan2 diatas dikisar halus dengan sedikit air

bahan2 lain

serai dititik

asam gelugur sekeping

madu

garam secukup rasa

cili hijau dan spring onion dihiris halus

Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar tu sampai wangi.

Masukkan serai serta asam gelugur sekali. Bila sambal dah agak garing, masukkan madu dan garam sedikit.

Kira dah OK, masukkan paru dan golekkan je. Tabur cili hijau & spring onion tadi.

Satu lagi tip - sambal cili ni saya suka makan dengan ikan atau ayam goreng.

Kalau dengan ikan, pilih ikan yang isi nye tipis. Goreng sampai garing dan bila nak hidang, tuang sambal atas ikan dan hiaskan

 

5.12 Sup Perut

From: RaudzahO@caltex.com

Satu labu bawang besar yang agak besar

15-20 biji cili padi (nak pedas boleh tambah lagi)

Sebiji limau nipis

Sedikit garam

Sedikit Aji no moto

Cara:

Rebuskan perut lembu sehingga masak. Bila dah masak, hiriskan kecil2 (jgn terlalu kecil nanti tak berasa)

Hiriskan bawang besar dan cili padi.

Masukkan bawang besar dan cili padi yg telah dihiris ke dalam air rebusan perut lembu tadi. (Buka api perlahan)

Campurkan perut lembu yang telah dihiris tadi.

Masukkan sedikit garam dan aji no moto secukup rasa.

Akhir sekali perahkan limau nipis.

 

5.13 Kerabu Perut

From: "Siti Aminah" aminah@bnm.gov.my

¼ kilo perut (yang dah putih dibasuh)

30 sen taugeh

5-6 ulas bawang merah

3 cm halia muda

2-3 sudu makan lada hitam

garam secukup rasa

perahan asam limau secukup masam

kelapa parut (½ biji kelapa) di buat kerisik (digoreng garing tapi jangan merah sangat)

Perut lembu di rebus. Bila sudah empuk disejukkan dan di hiris.

Taugeh di masak layu sahaja.

Bawang dan halia di hiris mayang sehingga habis.

Lada hitam ditumbuk.

Kelapa dibuat kerisak yang berwarna putih-putih sikit (jangan merah sangat)

Campurkan kesemua bahan tadi. Masukkan garam dan perahan asam limau nipis.

Rasa, memang sedap....

Option

jalilah@sapura.com.my

bahan-bahan

½ kilo perut (cari yang muda sikit, kalau yang tua liat sikit kena rebus lama)

3 batang serai dipotong nipis-nipis

1 biji timun

1 biji tomato yang sedang (jangan masak sangat)

sedikit cuka dan serbuk perasa

sedikit daum kesum dipotong halus - tak bubuh pun tak per

cara-caranyer:-

perut direbus sampai empok. kemudian dipotong nipis-nipis dan ditoskan

Timun diracik totamo pun hiris dan dipotong kecil-kecil kedua-dua bahan hendaklah ditoskan

Campur kesemua bahan (serai, perut, tomato, timun, daun kesum) dan digaulkan bersama cuka dan sedikit serbuk perasa.

P/s; kalau boleh bahan-bahan tu toslah lama sikit, misalnye kalau nak makan utk berbuka, tengahari tu dah prepare semua benda. So bahan-bahan takdelah berair masa disediakan.

 

6. IKAN

6.1 Kerapu Masam Manis

From: "shaiha mahmud" nurshahma@hotmail.com

600 gm ikan kerapu - dibersihkan dan dikelar

Sedikit tepung jagung untuk ditaburkan keatas ikan sebelum digoreng sehingga garing.

1 biji bawang besar dihiris nipis

1 camb. halia dihiris halus

3 camb. minyak masak

2 cendawan hitam dihiris

Bahan sos :

½ cawan sos tomato

2 camb. sos cili

1 camb. sos tiram

1 camb. jus lemon

2-3 camb. air

Bahan perisa:

sedikit gula, garam, kicap cair & lada hitam

1 camt. minyak bijan

½ camt. serbuk stok ayam

Bahan hiasan:

Sebiji cili merah dan cili hijau

Sedikit daun bawang dan daun sup dihiris untuk ditaburkan

KAEDAH:

Goreng ikan yang telah ditaburkan tepung jangung dalam minyak yang panas sehingga garing dan keemasan. Letakkan di dalam piring untuk menghidang.

Goreng bawang besar dan halia sehingga wangi. Masukkan cendawan dan bahan-bahan sos tadi.Kacau dan biarkan mendidih.

Masukan bahan perisa dan kacau rata. Tuangkan sos tadi ke atas ikan goreng dan taburkan bahan hiasan. Hidangkan.

 

6.2 Ikan Kukus London

From: "Amin, Nora" NAmin@christies.com

Bahan2nya :

Ikan (selalu sea-bass atau ikan bawal segar), dibersihkan dan dikelar badannya

Halia dan bawang putih ditumbuk kasar

Seasoning :

2-3 sudu Kicap manis

2-3 sudu Kicap masin (agak-agak lah)

1 sudu Minyak masak atau sesame oil

white pepper

Cili merah, daun bawang dihiris halus

lime or lemon juice

Bahan2 seasoning ni dicampur, kacau dan diperap buat ½ jam. Selain dari seasoning ikan kukus ni, sedap jugak kalau buat cicah ikan bakar.

Cara2nya :

Lumurkan bawang dan halia kat badan ikan, especially sumbat kat perut dia.

Didihkan air kat dalam steamer/kuali dan kukus ikan dalam 5 minit.

Buka tutup kuali/steamer tersebut. Ikan belum masak lagi tapi ia akan ber-air sikit. Buang air ni (pasal agak hanyir sikitlah...) dan tuang seasoning tadi atas ikan.

Kukus lagi dalam 5-8 minit.

 

6.3 Sambal Tokok Ikan Masin

From: "Aishah, Mohd-Tahir" AISHAH@dow.com

Isi ikan kurau masin (yang basah-basah sikit, sapa-sapa yang pergi Trengganu ke, Kuantan ke, senang dapatkan kurau masin basah-basah ni).

Lada merah (lada hidup)

1 labu Bawang besar

1 - 2 biji perahan air limau nipis atau air assam jawa

Isi ikan kurau di bakar dahulu

Chilli dan bawang di tumbuk (kalau nak blend, masukkan air limau sekali dan tambahkan air sedikit sahaja setakat untuk membolehkan chilli dan bawang berputar.

Setelah halus, masukkan isi ikan kurau tadi dan diblend/tumbuk bersama chilli tadi sehingga sebati dan ditumis hingga berminyak (oh ya, minyak hendaklah banyak sedikit supaya apabila sudah masak, sambal ini akan nampak macam basah-basah sikit.

Sambal ini sedap dimakan dengan sayur sawi masak lemak dan ikan goreng panas.

Sedap juga dimakan dengan bubur nasi (actually this sambal is an appetizer), especially untuk yang dalam pantang.

Lagi satu resipi untuk orang dalam pantang ialah ikan kurau ni dibakar dan di tumbuk dengan lada hitam.

 

6.4 Gulai Ikan Masin Dengan Pucuk Ubi

From: noraini noraini@antara1.po.my

1 paket ikan kurau masin atau lain-lain jenis, direndam

1 biji kelapa, ambil santan secukup kegunaan

1 ikat pucuk ubi, petik sehelai-sehelai yang masih lembut dan simpulkan

2 keping asam gelugur

Bahan tumbuk

10 biji cili kering - tambah cili padi jika suka pedas

5-6 biji bawang merah

2 biji bawang putih

sedikit kunyit lengkuas dan halia

1 sudu ketumbar

Caranya :

Campurkan bahan tumbuk dengan santan dan didihkan.

Masukkan ikan masin dan pucuk ubi. Kacau selalu supaya tidak pecah minyak. Sesuaikan rasa dan angkat.

 

6.5 Kerabu Ikan Masin Dengan Dada Ayam

From: noraini noraini@antara1.po.my

1 keping dada ayam, direbus dan disiat-siatkan

1 paket kecil ikan kurau masin, dipotong nipis dan digoreng garing

Bahan-bahan dibawah dihiris halus

5 biji cili padi

2 biji lada merah

2 helai daun limau purut

1 batang serai

1 biji bawang besar

1 kuntum bunga kantan

2 helai kobis

5-6 batang kacang panjang

2 tangkai daun kesum

2 tangkai daun selasih / kemangi - daunnya sahaja

2-3 biji limau nipis, ambil airnya

sedikit gula dan ajinomoto

sedikit sos ikan

Cara Menyediakannya

Campur semua bahan dan perahkan limau. Sesuaikan rasa dan hidangkan

 

6.6 Ikan Masin Lada Hitam

From: Surtina Mohamed surtina.mohamed@komag.com

Untuk orang pantang

Selalunye ikan masin kena goreng (tanpa minyak) dulu.

Ambik lada hitam, tumbukkan lepaih tu masuk ikan masin tu gaul dalam lesung.

 

6.7 Ikan Masin Rebus

From: Azhana@zakatsel.com.my

Resepi 1

Ikan masin/ kering

4 tangkai kacang panjang (ikut suka banyak mana)

Bawang merah kecil ditumbuk

Bawang putih ditumbuk

3 Cili merah diblend/tumbuk halus

Serai dititik

Asam keping - 1 cukup

Cara masak:

Masukkan air dalam periuk dengan bawang merah, putih dan cili yang ditumbuk serta serai.

Mendidih, masuk asam keping, ikan kering dan kacang panjang. Tak usah bubuh garam sebab dah masin. Tak lama tu masaklah dan boleh makan, sesuai untuk orang baru nak sihat.

Resepi 2

1 biji Bawang besar

6 tangkai Cili kering (tengok ikan banyak tak)

Gula sikit

ikan kering dipotong kecil-kecil

Caranya :

Ikan kering tu digoreng jangan terlampau garing sangat

Bawang dihiris besar (macam dalam tomyam)

Cili kering ditumbuk separa hancur

Tumis bawang sampai layu sikit dan masukkan cili tadi sampai naik bau, masukkan gula sikit dan gaulkan dengan ikan kering.

Resepi 3

1 keping Ikan tenggiri kering bukan jeruk)

2 Cili merah

½ bawang besar dihiris

Caranya :

Ikan digoreng jangan sampai garing asalkan masak. Kemudian tumbukkan ikan itu bersama cili merah dan masukkan bawang besar tumbuk semua. (Cili jangan tumbuk hancur sangat)

Dah siap makan dengan nasi panas, simple, sedap dan menyelerakan. (Kalau orang baru lepas bersalin tambahkan dalam tumbukan halia sikit)

 

6.8 Pais Ikan Temenung Masin

From: surtina.mohamed@komag.com

Bawang merah + halia + bawang putih + daun kunyit (kalau ada) tumbukkan

Dah tu pais kan kat ikan tu.

Balut dengan daun pisang, salai.

Kalau nak makan potong cili padi (kalau nak pedas) + limau perah.

 

6.9 Ikan Masin Simple

Resipi 1

From: "SOOCHIPTO,SOEPHY S." soochiss@apci.com

Ikan asin - sebaiknya ikan kembung

Lada merah dihiris bulat

Bawang merah dihiris bulat

Limau kasturi dibelah dua

Ikan asin dibersihkan dan digoreng dan diangkat

Dengan menggunakan sedikit minyak bekas menggoreng ikan tadi, goreng lada merah dan bawang hingga layu dan diangkat.

Taburkan gorengan lada dan bawang tadi keatas ikan yang telah digoreng.

Perahkan limau kasturi dan dimakan dengan nasi yang panas.

Resipi 2

From: Maziana Zakaria bsmaz@kcp.usm.my

isi ikan masin (terpulang samada kurau,talang or sebagainya)

1 labu bawang besar

5-6 tangkai cili kering (jika suka pedas boleh ditambah)

3 ulas bwg putih

½ inci halia

sedikit air asam jawa

sedikit gula

**semua bahan2 ini dihiris dan dipotong kecuali ikan masin.

caranya:

tumiskan semua bahan2 tersebut. Dah agak garing, masukkan air asam jawa (jgn byk sgt, nanti masam pulak).

masukkan sedikit garam dan gula.

Kemudian masukkan ikan masin yg telah digoreng terlebih dahulu. Kacau sebentar dan sedia utk dihidang.

Sedap dimakan dgn nasik panas2 dan begitu membangkitkan selera.

 

6.10 Ikan Merah Kukus

From: noraini noraini@antara1.po.my

1 ekor ikan merah sedang, dibersihkan dan dikelar-kelar

½ camca teh minyak bijan

garam secukup rasa dan lada sulah

Sedikit bunga kobis - dihiris nipis

¼ batang karot, dihiris bulat nipis

5 keping cendawan tiram, disiat-siat

1 keping kiub ikan bilis Knorr - hancurkan dengan

¼ cawan air panas

pinggan tahan panas untuk mengukus

Bahan B : Bahan ini perlu diparut halus/mayang

1 inci halia muda

1 labu bawang besar

1 labu bawang putih

2 batang serai - guna 2cm sahaja

2 helai daun limau purut - dihiris halus

Bahan C : Bahan2 ini dicincang halus & disatukan

5-6 biji cili padi

1 biji tomato

1 biji lada benggala

1 helai daun ketumbar

1 pokok daun bawang

2 - 3 biji limau kasturi, ambil airnya

1 camca besar kicap cair

Cara menyediakannya

Perasakan ikan dengan garam dan lada sulah.

Letakkan dalam pinggan tahan panas dan taburkan bahan-bahan yang diparut ke atasnya beserta daun limau yang dihiris.

Aturkan bunga kobis, karot dan cendawan tiram dan siram dengan campuran kiub ikan bilis.

Akhir sekali renjiskan minyak bijan dan kukus 25 -30 minit atau hingga masak.

Ketika masih panas, taburkan bahan-bahan C ke atasnya dan hidangkan panas-panas.

 

6.11 Ikan Panggang

From: Aida Zuhara aida@myetutor.com

ikan terubuk/ikan jaket/ikan yang disukai

bersihkan ikan spt biasa dan panggang pakai besi pemanggang atau oven.

Pencicah sos kicap

bawang merah (keccik) sebanyak yang suka

cili padi sedikit, kalau nak pedas tambah

limau nipis

kicap (bukan kicap cair yang masin)

put all the ingredients together in one bowl and perah asam limau tu

raselah kalau nak masam lebihkan, kalau suka manis, kurangkan.

Pencicah budu

caranye same, just pakai budu yang boleh dibeli di pasar basah atau kedai-kedai kecil.

budu ni masin, o hati-hatilah menuangnye...

 

6.12 Ikan Pari Masak Lemak Cili Api

From: "Khalida Asri" Khalida@saipem.com.my

bahan-bahan;

1 ekor ikan pari sederhana (atau ikan lain)

5 ulas bawang merah

3. 3 ulas bawang putih

½" kunyit hidup

sedikit halia

sedikit cekur

sehelai daun kunyit

1 btg serai - di ketuk

belacan- sebesar ibu jari

cili padi (ikut suka pedas)

sedikit gula, sedikit garam

2 keping asam gelugor

setengah mangkuk santan (setengah biji kelapa, sekali perah saja)

Cara-cara;

ikan di bersihkan, dipotong 4 (atau lebih kecil-terpulang) dan di bakar

bawang merah, bawang putih dan belacan di bakar, kemudian di tumbuk bersama cekur, kunyit halia dan cili

masukkan santan, serai dan bahan-bahan yang di tumbuk di dalam periok masak dengan api sederhana, kacau selalu

bila santan mula menggelegak, masukkan kesemua bahan yang lain juga ikan bakar tadi

masak dengan api kecil sehingga pecah minyak (minyak santan timbul di permukaan)

rasa masam, masin dan manisnya......

 

6.13 Ikan Tenggiri Cili Api

From: Mastura [SMTP:prmas@rhb.com.my]

Ikan tengiri (atau yg. sewaktu dengannya)

Santan

Cili padi

Kunyit hidup

Asam keping

Garam & pak aji.

Tumbuk cili api, kunyit hidup dan garam hingga lumat. Tumbuk mengunakan batu lesung lagi sedap daripada di blend.

Masukan santan kedalam periuk campurkan bahan yang ditumbuk tadi dan jerang diatas api sederhana.

Timbuk kuah tadi sampai menggelegak (kalau tak timbuk kuah tu nanti akan pecah minyak - macam berbiji-biji).

Kemudian masuk kan ikan, garam & aji serta asam keping.

Bila sudah menggelegak tutup api. Dan boleh lah di hidang kan.

Kepedasan dan quantiti bahan-bahan agak-agak sendiri. Kalau lebih ikannya lebih lah santan dan cilinya. tapi lagi pedas lagi sedap. Resepi ini memang tak menggunakan bawang, sebab masak lemak cili api tidak menggunakan bawang rasa nya lagi original & ada UMPH...

 

6.14 Goreng Ikan Pekasam

From: "Paridah Mansor" Paridah@jb.digi.com.my

ikan pekasam digoreng sampai masak

patahkan cili didalam bekas ikan pekasam

perahkan asam limau.

enak dimakan masa panas2

 

6.15 Ikan Siakap Kukus

From: "Yusoff, Rossidah" rcyusoff@bechtel.com

Bahan-bahannya

1 ekor ikan siakap sederhana besar

3 cm halia

1 batang serai

1 biji tomata

1 biji bawang besar (dipotong bulat)

3 ulas bawang putih (dititik)

5 biji cili padi (dititik)

2 biji cili merah (dimayang halus)

2 biji asam masin

1 tangkai daun sup dan 3 pelepah daun salad

Cara-caranya

Ikan dibersihkan dan masukkan dalam bekas

Masukkan bahan-bahan yang telah dititik bersama ikan. Kukus sehingga ikan masak.

Masukkan sedikit garam, serbuk perasa.

Sebelum dihidangkan, ia boleh dihias untuk membangkitkan selera....

 

6.16 Ikan Tongkol Masak Singgang

From: "Dezerin bt. Abdullah" dezerin@lth.gov.my

1 ekor ikan Tongkol

2 biji Bawang putih (dihiris)

3 biji Bawang kecil (dihiris)

1 inci Kunyit (di hiris)

1 inci Halia (dihiris)

1 inci Lengkuas (dihiris)

Assam Keping (ikut kemasaman yang dikehendaki)

4-5 biji Cili Padi.

Masukkan kesemua bahan yang dihiris, assam keping, dan ikan tongkol ke dalam periuk.

Masukkan air ikut banyak mana kuah yang dikehendaki.

Rebus kesemuanya hingga mendidih. Masukkan garam dan sedikit pak aji.

Setelah ikan masak bolehlah dtutup apinya.

Semasa hendak dihidang 'tenyeh'kan/patahkan cili padi ke dalam mangkuk hidangan.

Pasti menyelerakan jika dimakan dengan nasi panas dan sambal belacan.

 

6.17 Ikan Tongkol Masak Sambal

From: "Dezerin bt. Abdullah" dezerin@lth.gov.my

Ikan ekor ikan Tongkol yang sederhana besar

Bawang Besar (dihiris bulat)

Bawang merah 5-6 biji

Cili kering dalam segenggam (disiang dan direndam dalam air panas)

Sedikit belacan

Assam keping

Siang dan bersihkan ikan tongkol dan dipotong menjadi 3 atau 4 bahagian.

Masukkan ikan ke dalam periuk, taburkan garam dalam 1 sudu kecil dan letakkan 3-4 keping assam keping.

Letakkan di atas dapur dengan periuk tertutup dan masak di atas api yang paling kecil. (proses ini dipanggil mati air).

Setelah ikan masak dan tiada lagi air kelihatan, sejukkan.

Garam dan kunyitkan ikan tersebut lalu digoreng. Jangan terlalu garing nanti tak sedap.

Blenderkan cili kering, belacan dan bawang kecil.

Gorengkan bawang besar hingga layu dan angkat.

Tumiskan bahan blender hingga wangi.

Masukkan assam keping, garam, gula dan sedikit pak aji.

Masukkan ikan yang telah digoreng dan balik-balikkan.

Masukkan bawang besar yang digoreng layu tadi. Boleh masukkan air jika mahukan sambal yang cair.

 

6.18 Ikan Tongkol Masak Singgang (Terengganu Style)

From: "shima ismail" kiniz@hotmail.com

Ikan tongkol - dipotong ikut suka hati

Sedikit kunyit hidup - dihiris

Beberapa ulas bawang putih - dihiris

Beberapa ulas bawang merah - dihiris

2 /3 Asam keping dalam (secukup rasa masam)

1/2 inci Lengkuas - juga dihiris

Cili padi

Garam secukup rasa

Cara-cara memasak:

Campurkan semua sekali bahan-bahan di atas dan air secukupnya.

Biarkan diatas api yang sederhana sehingga mendidih dan masak secukupnya. Kalau nak manis, bubuh gula sedikit.

 

6.19 Ikan Tongkol Masak Taucu

From: Izyan Tan Abdullah izyan@cimb.com.my

Bahan-bahan

5 kerat Ikan tongkol - (digaul dengan serbuk kunyit and goreng sampai garing)

2 biji Cili hijau (nak pedas tambah cili padi sikit)

2 cm Halia ]

5 ulas Bawang putih } ditumbuk

3 ulas Bawang merah ]

1 sudu besar Taucu paste

Cara memasaknya

Pijarkan minyak dalam kuali dan masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi serta taucu paste. Tumis sampai berkuning-kuningan.

Campur air lebing kurang 1½ cawan dan masukkan cili hijau. Lepas itu biar sampai mendidih.

Masukkan ikan tongkol yang sudah digoreng tadi dan tambah garam sikit sebab taucu itu dah ada masin sikit.

Boleh dihidang makan sekarang.

 

6.20 Rendang Ikan Tongkol

From: Raja Intan ayang25@myetutor.com

1 Kilo Ikan tongkol

2-3 biji bawang besar

halia seinci

3-4 ulas bawang putih

15 biji cili kering / jika suka nak tambah cili padi

dua sudu makan kerisik

satu biji kelapa ambil santan

1-2 ikut saiz asam asam keping

daun kunyit (hiris halus-halus)

1-2 batang serai (kisar atau potong halus)

garam secukup rasa

Cara-caranya

kisar semua bahan di atas dan masukkan kedalam kuali masukkan pati santan tadi.

Apabila dah mendidih masukkan ikan tongkol tadi dan biarkan sampai mendidih

apabila dah hampir kering masukkan daun kunyit yang dihiris halus tadi.Sama ada kuah tadi nak sampai kering atau agak basah ikut selera masing-masing.

Jangan lupataruh garam. satu lagi asam keping masuk sekali masa mula-mula.

Kalau tak suka ikan tu di masukkan begitu sahaja, ianya bolehlah digoreng dahulu separuh masak.

 

6.21 Sup Ikan Merah

From: Esa Hamid jenggo_77@yahoo.com

Kepala ikan merah atau seekor ikan haruan dibersihkan

3 ulas bawang merah )

2 ulas bawang putih ) dihiris

1 sudu kecil lada hitam ditumbuk

1 sudu besar minyak masak

½ sudu kecil garam

3 batang serai

sedikit daun sup & daun bawang dihiris

1 keping asam gelugor

5 gelas air

2 sm halia dihiris

Cara membuatnya :

Panaskan minyak. Kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih & lada hitam sehingga naik bau.

Kemudian masukkan 5 gelas air & masukkan ikan tadi.

Setelah ikan agak masak, masukkan garam, daun sup, daun bawang, asam gelugor, halia & serai.

Tunggu seketika, kemudian angkat.

 

6.22 Udang Masak Merah

From: norizai@technip.com

1 kilo udang galah @ besar

mentega utk goreng udang

1 biji bawang besar

3 biji bawang kecil

3 biji bawang putih

1 tin kacang peas kecil (ikut suka)

cili kering ikut suka tapi jgn banyak sangat

cili sos

sos tiram

sedikit gula

garam

Cara memasak

Goreng udang tersebut dgm majerin separuh masak . Angkat.

Tumis bawang putih/kecil (tumbuk lumat) hingga naik bau masukkan cili kering.

Bila agak garing / naik baunya masukkan udang kacau rata selepas tu masukkan cili sos dan sos tiram, kacau, masukkan garam (agak2) selepas tu masukkan sedikit gula dan masukkan kacang peas.

bila agak nak angkat baru masukkan bawang besar yang telah dihiris bulat.

 

6.23 Sotong Goreng Berkari

From: Rozlina@landmarks.com.my

Bahan-bahannya

1 kg Sotong

3 biji Ubi kentang (dihiris bulat dan digoreng)

3 biji Cili merah (dihiris)

1 biji Bawang besar (dihiris membulat)

2 biji Bawang putih (dihiris halus)

Daun kari (sila buat anggaran sendiri)

Serbuk kari (brand ikut suka)

2 biji Telur

Minyak untuk mengoreng

Caranya

Potong sotong seperti bentuk cincin, setelah dibersihkan, sila gaulkan bersama rempah kari dan telur.

Setelah diperapkan selama 2 jam, Kemudian goreng hingga garing, lepas tu masukkan cili merah, bawang besar, bawang putih serta kentang goreng tadi, Jangan lupa garam & pak aji.

 

6.24 Rendang Pedas Kerang - Aidil Fitri

From: MariamHashim@pg.slr.com

Bahan-bahannya:-

1 kilo kerang direbus dan dibuang kulitnya

1 inci lengkuas

1 inci halia

10 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

15 tangkai cili kering

2 batang serai - dihiris halus

2 tangkai daun kunyit - dihiris halus

1 sudu makan kerisik

1 mangkuk santan - dari sebelah kelapa

3 keping asam gelugur

garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya :-

Mesin bahan-bahan dari lengkuas sehingga serai. Panaskan minyak dan masukkan bahan yang dimesin tadi.

Masak hingga terbit bau, kemudian masukkan kerang masak hingga hampir kering.

Tuangkan santan dan kerisik, tambah garam dan gula.

Bila hampir kering taburkan daun kunyit yang dihiris halus.

sedap dimakan bersama ketupat.

 

6.25 Lala Style China

From: "Siti Aminah" aminah@bnm.gov.my

1 kg lala

2-3 ulas Bawang putih dan bawang merah

3 sudu besar Cili sos

2 sudu besar Tomato sos

1 titik Serai

1 biji telur

air secukupnya. Kalau hendak berkuah taruk lebih.

Tumis bawang putih (yang telah diketuk) dan bawang merah dan juga serai.

Masukkan lala dan goreng separuh masak.

Bila telah separuh masak dan lala mula terbuka, masukkan sos tomato dan sos cili.

Kalau kering sangat masukkan sedikit air untuk menjadikan ianya berkuah sedikit.

Masukkan telur tadi dan kacau sedikit bagi telur masak dan sekata dengan lala.

Masukkan garam, sedikit gula untuk perasa.

Angkat. Sedap dimakan ketika hangat.

 

6.26 Lala Goreng Sos Tiram

From: rafidah.rafaee@my.zaidibrahim.com

½ kilo Lala

½ bawang besar ]

2 ulas bawang putih ]tumbuk

1 inci halia ]

5 biji cili padi (ikut suka) ]

1 btg serai (dititik)

4 sudu sos tiram

2 sudu tomato sos

2 sudu kicap pekat

1 biji telur

½ cawan air (boleh tambah jika ingin kuah lebih)

secubit garam

1 biji cili merah / hijau

Cara-cara

Tumiskan bahan-bahan yg ditumbuk dan serai sehingga kekuningan

Masukkan lala dan air biarkan masak sehingga ia separuh terbuka

Masukkan sos tiram, kicap, sos dan garam (atau tak perlu sebab kekdg sos tiram tu dah masin)

Pukul telur dlm mangkuk kemudian siramkan ke atas lala

Biarkan seketika dan kacau - masukkan cili hijau / merah sebagai penyeri

Bila lala sudah masak angkat dan siap untuk dihidang.

 

6.27 Lala Goreng Tauchu

From: "Dezerin bt. Abdullah" dezerin@lth.gov.my

Bahan Tumbuk:

6 biji cili merah

4 ulas bawang putih

1 inci halia

Bahan Basah:

500 gm lala

1 batang serai dititik

1 sudu besar taucu (cuci sedikit & toskan agar tidak terlalu masin)

1 sudu besar sos tiram

2 sudu besar air tepung jagung (1 sudu besar tepung jagung dicampur air masak)

1 cawan air

1 biji cili merah dihiris untuk hiasan

2-3 helai daun bawang dihiris untuk hiasan

Cara-cara:

Tumiskan bahan tumbuk bersama dengan serai. Biar hingga wangi.

Masukkan sos tiram, taucu dan kacau. Masukkan lala dan kacau hingga rata.

Tutup kuali sebentar untuk lembutkan lala agar ia terbuka dan mengeluarkan air (dalam 2- 3 minit).

Masukkan air dan kacau hingga sebati dan masukkan garam, gula dan sedikit pak aji.

Jika suka, boleh masukkan sayur kacang buncis (yang telah dihiris) untuk menambahkan lagi rasa dan seri.

Masukan air tepung jagung untuk memekatkan kuah.

Setelah kuah pekat, taburkan daun bawang dan cili merah yang telah dihirs dan kacau .

Hidangkan terus semasa ia masih panas.

 

6.28 Lala Goreng Biasa

From: Rafizah Othman fizah-um2@uhls.com.sg

½ kg lala

Sebatang serai dititik

Sehelai daun kunyit kecil

Minyak untuk menumis, Garam & perasa

Bahan untuk dikisar

6 biji bawang kecil @ 2 biji bawang besar

3 biji bawang putih

½ inci halia

15 batang cili kering (nak pedas, tambah lagi)

Bahan yg dikisar ditumis sampai garing & wangi, dah tu masukkan serai yg diketuk, garam.

Dah tu masukkan lala yg dicuci bersih. Tutupkan kuali supaya ia masak & sedikit berair (Jgn tambah air tau)

Agak-agak dah masak, masukkan daun kunyit, balik2kan & matikan api.

Lepas tu apa lagi makanlah.

 

6.29 Lala Sweet Sour

From: "Nur Aiziah" aiziah@hq.rced.gov.my

1 kg. lala

1 labu bawang putih

20 sen cili api

2 biji telur

cili sos

sedikit minyak untuk mengoreng

Cara-cara

Lala dibasuh bersih. Bawang putih dipotong cube, cili api dihiris.

Panaskan kuali, taruh minyak apabila panas masukkan lala.

Bila kulit lala dah buka masukkan cili sos, bawang putih dan cili api. Tak payah masukkan air sebab air akan keluar dari lala.

Bila air tu tinggal sikit masukkan telur yang telah dipukul dan kacau. Setelah kuah pekat angkat dan hidangkan panas-panas.

 

6.30 Lala Bercili

From: walizaa@technip.com

Bahan-bahan

1kg lala

20sen cabai melaka (potong kecil-kecil)

sebatang serai

halia sebesar ibu jari (potong halus)

8 biji bawang putih

satu sudu kecil tepung jagung (memekatkan kuah)

sedikit minyak untuk menumis

2 sudu sos tiram

Cara memasak

Masukkan sedikit minyak ke dalam periuk. Tumiskan halia + cabai + bawang putih hingga kuning dan masukkan sos tiram.

Masukkan secawan air dan tudung dulu periuk dalam 5 minit sampai air tu mendidih.

Masukkan serai, garam dan lala sekali dan tutup periuk lagi hingga lala tu masak.

Sebelum tutup api, bancuhkan tepung jagung dan masukkan ke dalam periuk tadi. Kucau dan boleh angkat dan hidang.

 

7. SAMBAL

From: Surtina Mohamed surtina.mohamed@komag.com

Resipi 1

7.1 Sambal Tok-Tok

Cili padi (nak pedas bubuh lebih)

Bawang merah di hiris

Ikan bilis

Gorengkan sampai bawang dah warna kuning. Angkat dan tumbuk.

Bubuhle garam + gula sikit aje, lepas tu perah limau nipis

Resipi 2:

7.2 Sambal Tok-Tok Lada Hitam

Bawang Merah di hiris

Bawang putih di hiris (nak buang angin)

Ikan bilis

Lada hitam

Gorengkan semua bahan atas dan tumbukkan.

Kalau tak masin bubuh sikit garam.

Tak perlu risau nak bubuh banyak mana bahan - bahan kat atas. Elok untuk orang pantang.

 

7.3 Sambal Kerisik Ikan Tongkol

Resipi 1

From: noraini noraini@antara1.po.my

Bahan-bahanya

1 ekor ikan tongkol besar, dipotong kepingan kecil dan digoreng garing

1 biji bawang besar, dimayang

1 biji tomato, dibelah 4

Minyak untuk menumis

rempah tumis (kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga)

1 batang serai diketuk

2 sudu kerisik

2 cawan santan

1 senduk kicap, sos tomato dan sos cili

garam dan serbuk perasa

Bahan kisar

10 biji lada merah / lada kering

2 biji bawang putih

1 labu bawang besar

sedikit kunyit, lengkuas dan halia

Cara Membuatnya

Panaskan minyak, tumiskan rempah tumis, serai diikuti dengan bahan kisar. Kacau hingga wangi, masukkan kicap, sos tomato dan sos cili.

Masukkan sedikit garam dan perasa.

Bila tumisan dah wangi, masukkan ikan tongkol yang telah digoreng tadi, santan dan juga kerisik.

Bila telah pekat dan pecah minyak baru dimasukkan bawang besar dan buah tomato..

Bila bawang dah setengah layu, bolehlah diangkat dan dihidangkan..

Resipi 2

From: "Khatijah Hassan" r31721@email.sps.mot.com

Perap ikan tongkol

Seekor ikan tongkol - dipotong ikut suka hati

Setelah dibersihkan , perapkan ikan tadi dgn asam jawa dan sedikit garam selama 1 jam.

Setelah 1 jam, letakkan ikan tadi kedalam kuali diatas api yg sederhana, kemudian campurkan dengan ½ cawan air, balik2kan ikan tersebut sehingga kering air.

untuk Sambal kerisik

Bahan A (kisar)

20 btg cili kering ( boleh lebih atau kurang)

1 in lengkuas

3 btg serai

5 ulas bawang (kecil)

2 ulas bawang putih

½ biji kelapa parut (dibuat kerisik - tapi tak perlu tumbuk sehingga keluar minyak, hanya meramas saja kerisik tersebut)

½ cawan minyak untuk menumis

2 ulas bawang kecil - dihiris

Garam & ½ sudu teh gula.

Cara2nya

Panaskan minyak, tumiskan sedikit bawang kecil yg dihiris.

Masukkan bahan A, tumis sehingga pecah minyak.

Masukkan ½ cawan air + garam + gula .

Setelah mendidih masukkan ikan dan kerisik tadi, gaulkan sehingga kering

(asam jawa tidak dibubuh kedlm sambal kerana asam jawa terdapat pada ikan yg diperap tadi, tapi jika asam terasa kurang, bolehlah ditambah sedikit).

 

7.4 Sambal Goreng

From: Khairunnisaa.Md-nor@unilever.com

Ikan Bilis (digoreng garing)

Tempe (di ptg & digoreng jgn garing )

Tauhu (di ptg nipis – digoreng sekadar kekuningan)

beberapa biji Bawang Merah }

beberapa biji Bawang Putih } Tumbuk

Bawang Besar (potong Bulat)

Cili mesin (ikut suka pedas atau tidak)

garam (ikut suka)

Gula secukup rasa

Caranya

Ikan bilis, tempe & tauhu digoreng berasingan.

Gunakan minyak goreng bhn2 tadi tapi jgn banyak sgt minyaknya. Tumiskan bwg merah & bwg putih yg telah ditumbuk.

Biar wangi lepas tu masukkan cili. biarkan garing sambil dikacau sesekali supaya cili jgn berkerak bubuh sedikit air dlm 2 sudu cukup.

Agak2 dah garing bubuh garam & gula kacau & biarkan sekejap.

Lepas tu bolehlah dicampur bahan2 yg digoreng tadi (ikan bilis, tempe & tauhu) & bawang besar kacau bagi dia bercampur biarkan sekejap & diangkat.

*kalau suka nak bubuh kacang tanah boleh bubuh kacang tanah tapi perlu digoreng garing dulu sama juga dgn kentang, perlu digoreng garing dulu kentang tu ikut suka macam mana nak ptg.

 

From: Siti Salwa Bt Abd Wahid (AM Futures) salwaha@ammb.com.my

Untuk pengetahuan Kahirunnisaa_md-nor, resipi sambal goreng tu yang aslinya kalau nak lebih sedap masa tumiskan bahan-bahan kisar tambahkan:

cili merah & cili hijau yang dihiris-hiris, belacan, halia & lengkuas dihiris halus-halus

setelah semua tu garing tambahkan santan

setelah semuanya agak masak masukkan udang hidup, hati ayam atau lembu yang telah direbus dulu babat (perut lembu) kalau suka

jangan lupa tahu kering dan suun tu setelah bahan-bahan tadi masak.

Pastikan santan tu kering betul kalau nak simpan lama sambal goreng tu.

Biasanya takde kacang tanah dicampurkan.

 

7.5 Sambal Goreng Jawa

Resipi 1

From: Suhaiza Muhammad Sujari suhaizms@malayancement.com.my

1 kati Ubi kentang dipotong jejari dan digoreng

6 keping tempe dihiris nipis juga digoreng

1 kati paru direbus dan dipotong nipis (boleh dipelbagai dgn udang, kerang, mempedal ayam etc)

10 biji cabai masak dihiris nipis

10 tangkai cabai kering dipotong nipis

RM1.00 suhun direndam lembut

5 keping tauhu dipotong dadu & digoreng

2 papan petai dikupas kulit dan belah dua

5 biji bawang kecil dimayang halus

5 biji bawang putih dimayang

2 inci halia dimayang

secubit belacan

ayer asam jawa secukup rasa

1 senduk kicap

1 senduk gula

1 sudu kecil garam

secubit Ajinamoto

Cara-cara masaknya.

Bawang kecil, putih, halia ditumis hingga kekuningan lepas tu masukkan belacan secubit (tekan-tekan dgn senduk bagi hancur sikit).

Dah tu masukkan cabai masak, cabai kering, suhun, petai, kicap, gula, garam, ajinamoto dan ayer asam jawa. (rasa sikit kalau ada yang kurang tu tambah apa-apa yang patut, masakan rasanye pedas-pedas manis sikit)

Lepas tu agak-agak dah 3-4 minit campur paru, ubi kentang, tempe, tauhu dikacau rata dan boleh lah dihidangkan.

Sedap dimakan dengan nasi himpit, ketupat dan nasi.

Resipi 2

From: ACC - Rosemary IMCEAMS-UMWT_001_rose@umwt.toyota.co.jp

200 gm hati ayam - hiris nipis

200 gm udang basah yg kecil (buang kulit)

4 biji cili merah - hiris nipis

4 biji cili hijau - hiris nipis

5 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

3 labu bawang besar - dihiris halus (bulat)

3 cm halia

7 bungkus tempe - di dadu & goreng

4 biji kentang - didadu & goreng

4 keping tauhu - didadu & goreng

sedikit suhun - rendam & toskan airnya

sedikit tauhu kering - potong kecil & rendam & toskan airnya

1½ cawan santan pekat

air asam jawa secukupnya

garam & gula secukupnya

Cara

Tumbuk bawang merah, bawang putih & halia. Panaskan minyak & tumis hingga agak garing & wangi.

Kemudian masukkan hati ayam & udang. Kacau & biar hingga hati ayam & udang agak masak & masukkan cili merah, cili hijau & bawang besar.

Bila dah sekata, masukkan santan dan juga air asam jawa.

Biar hingga mendidih

Kemudian masukkan suhun & juga tauhu kering. Kacau hingga sebati.

Masukkan garam & gula.

Akhir sekali masukkan tempe, kentang & tauhu yg telah digoreng tadi. Balikkan agar semuanya sekata,

****Kalau suka ianya agak berkuah, tak payah masak lama sangat selepas dimasukkan bhn goreng tadi. Sambal ni rasanya lemak, & masam manis. So, air asam jawa, santan & gula bolehlah letak ikut citarasa masing-masing.

****hati ayam & udang boleh juga ganti dgn yg lain seperti udang kering, ikan bilis, perut lembu dan kalau nak pedas lagi, cili merah & hijau bolehlah dilebihkan.

 

7.6 Sambal Goreng (Madura)

From: binti.maswatix.mohammad@intel.com

Bahan-bahannya

1kg paru

500g hati

1kg udang

10 biji bawang besar (dimayang halus)

10 batang lada merah (dipotong serong nipis)

30 batang lada kering (digunting seorng nipis)

10 biji bawang putih (dimayang halus)

belacan

air asam jawa

garam

serbuk perasa

1 packet santan pekat (sukatan terpulang pada anda)

minyak untuk menumis

Peraturannya

Rebus paru sampai empuk. Rebus hati jangan terlalu lama kerana ia akan menjadi keras.

Panaskan minyak, tumis bawang dan bawang putih hingga betul-betul layu. Masukkan lada merah dan lada kering dan tumis hingga minyak bertukar warna menjadi kemerah-merahan.

Kemudian masukkan paru dan hati. Setelah sebati masukkan santan.

Bilamana masakkan menjadi pekat, masukkan udang, kemudian masukkan asam bersama belacan, garam dan serbuk perasa. Masak sampai betul-betul pekat.

Sedap dimakan bersama ketupat, lontong atau pun roti.

 

7.7 Sambal Ikan Bilis

Resipi 1

From: "Siti Aminah Zainuddin" aminah@bnm.gov.my

½ kilo ikan bilis yang cantik

2 biji ubi keledek

½ kilo kacang tanah

10 keping tempe

4 ulas bawang putih

2 ulas bawang merah

cili boh

garam

gula

Cara-caranya:-

Ikan bilis dibuang tahinya dan digoreng garing.

Ubi keledek di potong macan batang lidi dan digoreng sehingga garing dan rangup.

Tempe di hiris nipis. Digaul dengan garam dan kunyit dan goreng hingga garing.

Bawang putih dan bawang merah di tumbuk dan ditumis dengan minyak.

Bila garing tumis sekali cili boh sehingga garing dan pecah minyak.

Masukan asam jawa, gula dan garam.

Masak sehingga pekat.

Bila pekat masukan ikan bilis, tempe goreng dan keledek yang telah digoreng tadi.

Gaulkan sehingga semuanya sebati dan elok kering. Kemudian angkat dan sejukkan.

Bila telah sejuk, simpan di dalam bekas.

Boleh dimakan begitu sahaja atau dengan nasi/roti. Ikut suka........lah...

Resipi 2

From: Ramla Md Osman ramla@mosque.org.sg

ikan bilis - digoreng garing

kacang tanah - digoreng

tempe - potong kecil dan tipis dan digoreng garing

lada kering, bawang besar, bawang putih - dikisar halus

air limau nipis - jangan buang kulitnya. Kulitnya dipotong halus.

Tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan garam dan ajinomoto.

Masukkan air limau nipis, kulitnya dan kacau hingga sebati.

Masukkan ikan bilis, kacang dan tempe. Gaul rata dan padamkan api.

Resipi 3

From: Rozlina Abdul Hamid Rozlina@landmarks.com.my

Ikan bilis RM 3.00

Minyak untuk mengoreng

10 biji Cili api ]

2 biji Bawang merah ] ditumbuk

1 biji Bawang putih ]

Goreng ikan bilis, bila dah agak masak masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi.

Apabila bahan yang baru dimasukkan itu dah masak, boleh kita angkat.

Sebelum tu masukkan sedikit pa aji.

Makan dengan nasi panas.

 

7.8 Sambal Ikan Bilis Minangkabau

From: shadilawati@notes.asemal.com.my

Ikan bilis (kalu boleh yang putih, jenis ni sedap dan rangup)

tempe (digoreng)

15- 20 cabai hidup

6 ulas bawang merah

Cabai & bawang merah & air sedikit diblend tapi jangan sampai terlalu halus. Agak-agak dah hancur boleh la.

Panaskan minyak. Minyak ni mesti la tak terlalu sedikit or terlalu banyak agak-agak cukup untuk memasak. Cabai ni mesti la dikacau selalu supaya tidak hangit.

Bila dah agak sudah masak dan pecah minyak masukkan garam & perah sebiji asam limau.

Lepas tu taburkan keatas tempe & ikan bilis yang telah digoreng tu

 

7.9 Sambal Ikan & Mangga

Resipi 1

From: nazlinag@heitech.com.my

2 ekor ikan (selar, kembung, tenggiri ) direbus atau digoreng

1 biji mangga telur (muda)

Sedikit belacan

4 biji cili merah kecil

garam

gula

parut mangga.

Tumbuk/blend cili merah dan belacan.

Tumbuk mangga yg diparut, masukkan garam dan gula.

Tumbuk ikan yg telah dibuang tulang hingga hampir lumat.

Siap . boleh dimakan

* jika menggunakan ikan goreng, letakkan garam sedikit sahaja

Resipi 2

From: noraini noraini@antara1.po.my

2 -3 ekor ikan, dibakar tanpa garam hingga masak

1 biji mangga muda, dikupas kulitnya

cili api secukup pedas

sedikit garam dan gula

Cara Membuatnya

Tumbuk cili, garam dan gula.

Masukkan mangga dan tumbuk lagi. Jangan sampai lumat.

Kemudian masukkan ikan dan tumbuk lagi untuk sebatikannya.

Hidangan ini sedap dimakan dengan nasi panas-panas bersama ulam petai, jering, kerdas, kacang panjang atau timun dipadankan dengan sayur pedas petola dll. juga ikan kering bakar..

ps : selain ikan bakar/rebus, udang baring/ geragau boleh juga dibuat begini & selain mangga, buah kecupu atau belimbing buluh boleh digunakan. Boleh juga dicampur ikan kering bakar. Selain tu, ikan darat seperti puyu dan haruan bakar boleh digunakan. Ikut selera masing2

 

7.10 Sambal Nyor Ikan Masin

From: "Ishak, Tinah" Tinah.Ishak@penang.xircom.com

Bahan:

ikan masin ( talang / kurau ect )

sedikit kelapa/nyor

cili kering

bawang merah

bawang putih

Cara:

1.Ikan masin di potong dadu rendam sat dengan air panas supaya tak masin sangat

2.Goreng ikan masin separuh masak letak ketepi dulu

3.Cili, bawang merah & bawang putih ditumbuk/blend kemudian tumis cam buat sambai tu

4.Lepastu masukkan ikan masin yang dah di goreng tu

5.Masukkan nyor/kelapa. Jangan masak lama sangat sebab kalau nyior/kelapa tu terlalu kering rasa kesat pulak. Garam tak payah buboh sebab ikan dah masin..

6.Dah siap ...boleh makan dengan nasi panas...

 

7.11 Sambal Tahun

Resipi 1

From: "Khalida Asri" Khalida@saipem.com.my

Bahan-bahan;

15 biji cili padi kampung

4 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

belacan - sebesar dua ibu jari

segenggam ikan bilis

air asam jawa, sedikit saja

garam

gula

cara;

ikan bilis di goreng garing, ketepikan

goreng bawang merah, bawang putih lada dan belacan

tumbuk bahan-bahan 2. bila telah hancur, masukkan ikan bilis goreng...ditumbuk kasar-kasar

panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk ini...api sederhana (kalau hangus...rasa pahit)

bila agak garing, masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa.

kecilkan api, dan masak hingga pekat dan naik minyak.

Sambal ini di biarkan sejuk, masuk dalam botol dan tahan di simpan begitu lama, terutama jika di simpan di peti sejuk. Itu sebab di beri nama Sambal Tahun. Sambal ni sedap di makan dengan apa saja, terutama nasi panas dan ubi rebus. Kalau nak pedas, tambahkan cili lagi.

Resipi 2

From: "Farmawati Sariat" watie_s@minolta.com.my

segenggam cili padi

lengkuas muda (ikut anggaran, lagi banyak lagi sedap & wangi)

sedikit halia

5 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

seganggam udang kering (yang kasar2)

sedikit air asam jawa

gula

garam

serbok perasa

santan kelapa 1 biji

kerang 1 kg

sedikit minyak

bawang merah / putih / halia tumis ngan minyak. naik bau

masukkan chili dan lengkuas, udang kering, air asam jawa, gula, garam, serbok perasa.

dah layu, masukkan santan dan kerang biarkan mendidih dan agak kering.

sebenarnya sambal nie tak leh dimakan macam tu jer sebab semua chili. oleh sebab itu masukkan kerang. sambal nie tahan lama, dengan syarat sentiasa panaskan dan tambah santan, lengkuas, kerang, udang basah pon sodap, ceriakan rasa. sambal nie juga sedap dimakan ngan ikan kering dan nasi panas...

 

7.12 Tauhu Sambal Berkacang

From: Rozlina Abdul Hamid Rozlina@landmarks.com.my

Bahan asas

Tauhu 5 keping (dipotong 2 dan digoreng)

Ikan bilis digoreng (ikut suka berapa byk)

Kacang tanah RM 1.00 (digoreng & ditumbuk, jangan terlalu halus, kasar sikit)

Asam jawa

Bahan untuk ditumbuk

3 biji Bawang merah

2 biji Bawang putih

5 sudu Cili boh/kering

Tumis bahan yang ditumbuk tadi.

Apabila sudah naik minyak sila masukkan tauhu dan ikan bilis yang telah digoreng, tambahkan garam, pak aji, dan yang paling penting ialah gula hendaklah dilebihkan.

Apabila hampir masak, sila masukkan kacang yang teleh ditumbuk tadi.

 

7.13 Sambal Tauhu Udang

From: ACC - Rosemary IMCEAMS-UMWT_001_rose@umwt.toyota.co.jp

Bahan:

300gm udang basah

8 keping tauhu - potong kecil

25 tangkai cili kering - digiling

¼ cawan kicap pekat

1 camb sos tiram

1 camb cili sos

2 ulas bawang putih - giling

4 ulas bawang merah - giling

2 sudu besar cuka

1 labu bawang besar - hiris nipis

2 biji ubi kentang

½ mangkuk minyak masak

½ mangkuk air

daun bawang -utk hiasan

Cara menyediakannya :

Ubi kentang dihiris & potong sebesar batang mancis. Goreng & ketepikan.

Goreng tauhu & ketepikan.

Pijarkan minyak & tumis bahan giling hingga naik bau. Kemudian masukkan sos tiram & cili sos. Kacau lagi.

Masukkan udang. Gaul sebati & masukkan air. Kacau lagi & masukkan cuka & kicap pekat. Masak kira-kira 5 minit.

Masukkan tauhu & bawang besar. Kacau hingga sebati, masukkan garam.

Bila menghidang, taburkan kentang & daun bawang

 

7.14 Sambal Tempe

From: "Ishak, Tinah" Tinah.Ishak@penang.xircom.com

ikan bilis (eloknya yang putih sikit sebab lebih lembut & rangup)

Tempe

Kacang tanah

cabai kering

bawang putih

bawang merah

belacan ( sikit aje )

garam & gula secukup rasa

minyak masak

Cara:

Ikan bilis digoreng dengan api sederhana hingga garing & letak sebelah dulu

Tempe & kacang tanah juga digoreng berasinggan sehingga garing & letak sebelah dulu

Cabai kering, bawang putih, bawang merah & belacan ditumbuk/blend

Tumis bahan yang di tumbuk dengan api sederhana sehingga naik minyak tambah garam dan gula biarkan agak kering sedikit

Perlahan kan api masukkan bahan yang telah digoreng tadi gaul sebati. Dah siap...

* Sambal ni kalau dimasak kering sikit boleh tahan lama. cuba la..

Kalau suka buleh tambah tohun, tapi perlu di rendam sebelum di goreng

 

7.15 Sambal Tumis Peria

From: Raja Intan ayang25@myetutor.com

1 Biji Peria Besar

20 Tangkai Cili kering

10 biji bawang merah

1/2 inci halia

3 ulas bawang putih

udang kering/ikan bilis

garam

gula

1 sudu makan sos tiram

kalau suka masukkan kiub pati ikan bilis sikit

asam jawa sikit kalau nak masam, tak ada tak apa

caranya:

blender cili kering dan potong kecil-kecil semua bahan yang lain dan tumis macam kita buat sambal tumis biasa.

akhir sekali baru masak peria

 

8. SAYUR

8.1 Peria Katak Rangup

From: Raja Intan ayang25@myetutor.com

Peria katak adalah peria yang kecil potong halus

peria katak kemudian bubuh garam dan kunyit macam goreng ikan

kalau suka boleh tambah serbuk rempah kari ikan kemudian goreng macam kita goreng ikan bilis sampai peria tadi rangup..

kemudian toskan minyak. Sedap dimakan panas panas dengan nasi sebagai pembuka selera kerana rasanya macam ikan bilis yang rangup

 

8.2 Masak Pongek dan Peria (Masakan Minang Sumatera)

From: Qadratullil Tajul Arus [SMTP:qtarus@hwatai.com.my]

Bahan-bahan

8 cili kering ]

2 cili hidup ]

5 bawang merah ] di blend

2 bawang besar ] halus

Sedikit Belacan ]

1 sudu serbuk kunyit ]

4 ekor ikan kembong/ikan merah ( any ikan will do) peria di potong nipis (kalu tak ader peria boleh guna timun/ kacang bendi/ kacang panjang)

garam

6 asam keping

2 batang serai dititik

3 helai daun kunyit

Cara:

Alas daun kunyit yang telah disiat pada dasar periuk, letakkan ikan atas daun kunyit tadi

kemudian letakkan asam keping dan serai di atas dan tepi ikan tadi.

Akhir sekali tuang bahan yang telah di blend tadi dan tambahkan 1 cawan air serta garam secukup rasa.

Tutup periuk dengan tutupnya dan biarkan ia mendidih atas api sederhana.

Bila masak kuah akan jadi pekat. Sedap dimakan dengan nasi panas...

 

8.3 Tumis Peria

From: juliana_mostajap/legal/hdb/sg@hdb.gov.sg

Bahan-bahannya:

1 biji peria (dihiris, jangan terlalu tipis)

2 batang cili merah (dimayang)

1 labu bawang besar (dimayang)

1 ulas bawang putih (dimayang)

sedikit ikan bilis

1 telur (dipukul sedikit)

Garam secukup rasa

ajinomoto secukup rasa

Cara-caranya

Tumiskan bawang, bawng putih dan cili sebentar (1 minit).

Campurkan ikan bilis, goreng sekejap. Tambahkan peria tadi dan perasa. Biarkan hingga peria itu masak (terpulang kepada anda semua, kalau nak garing sekejap ajelah, kalau nak dia layu sikit cook for 2 minits).

Lepas tu campurkan telur yang di pukul tadi. Biarkan sebentar (1 min) dan padamkan api.

Tips" makan dengan nasi panas dan asam Pedas, mesti kick punyalah.

 

8.4 Kerabu Peria

From: noraini noraini@antara1.po.my

Bahan-bahannya

1 biji peria, dihiris nipis-nipis, rendam dalam air garam 20 minit, lepas tu diperah.

½ biji kelapa, digoreng tanpa minyak hingga kuning, kemudian ditumbuk lumat

¼ biji kelapa, ambil pati santan (dimasak sekejap hingga mendidih)

6 biji bawang merah

2 hiris halia

1 sudu besar lada hitam

2 ekor ikan kembung, dibakar dan ambil isinya

garam

gula

air asam jawa atau limau nipis secukup rasa

Cara Membuatnya

Tumbukkan lada hitam, halia, bawang merah dan ikan bakar sehingga lumat.

Campurkan ke dalam kelapa goreng tadi bersama garam, gula, air asam jawa atau limau nipis dan juga pati santan. Campurkan peria dan gaul rata-rata.

Hidangkan. Selamat mencuba...

 

8.5 Peria Masak Goreng

From: esazalina esa.zalina@ap.mitsubishicorp.com

Udang kering(direndam) - agak-agaklah berapa banyak sayur yg nak dimasak

3/4 ulas Bawang merah kecil

4/5 ulas Bawang putih

1 atau dua batang Cili hidup (nak pedas letak lebih)

Tumbuk bahan-bahan di atas.

Panaskan minyak dan tumis hingga kuning.

Letak garam & ajinomoto.

Kemudian letak sayur dan air.

Bila dah agak masak, pecahkan sebiji telur ayam, kacau sikit dan biar telur masak dan kemudian hidangkan.

 

8.6 Peria Goreng Berlada

From: Norlinda norlinda@mcis.com.my

Bahan-bahannya

Buah peris

cili padi

bawang merah

bawang putih

ikan bilis

serbuk perasa (jika suka)

garam secukupnya

Peria dihiris kasar & direndam dalam air garam. Tumbuk cili padi hingga lumat. Lepas tu masukkan bawang merah & bawang putih. Bawang putih tak perlu banyak. Setakat seulas dua aje (bergantung kepada kuantiti peria). Tak perlu tumbuk hingga bawang lumat. Masukkan ikan bilis. Ikan bilis ni biar lebih sedikit - lagi sedap! Tumbuk lagi tapi jangan lumat. Agak dah pecah-pecah, cukuplah.

Tumiskan bahan yang ditumbuk. Bila agak garing wangi, masukkan peria, sedikit air, serbuk perasa & garam. Masak hingga empuk & hidangkan.

Nota:

Untuk mengelakkan rasa pahit ialah jangan selalu dikacau.

 

8.7 Masak Lemak Peria Dan Udang

From: zaitunah abd hamid pa_tdbir@mpk.gov.my

500 gm udang hidup

1 biji peria

1 inci kunyit hidup

3 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

10 ulas cili padi (nak pedas tambah lagi)

2 - 3 cawan santan pekat (kalau nak lebih kuah, tambah santan)

Garam

Mula-mula bersihkan udang.

Kemudian potong peria, buang biji, potong ikut kegemaran lalu rendam selama 10 minit dalam air yang dicampur dengan sedikit garam. Tujuannya supaya kurang sikit rasa pahit peria tu.

Lepas tu, kisar kunyit hidup, bawang merah, bawang putih dan cili padi.

Masukkan bahan kisar, udang, peria dan santan pekat ke dalam periuk. Masukkan garam terlebih dahulu agar apabila mendidih nanti santan tidak membuak keluar dari periuk. Kacau selalu, kalau tidak nanti santan akan berketul.

Setelah mendidih lebih kurang 10 minit, angkat dan hidangkan.

 

8.8 Brokoli Sos Tomato

From: "Shandrayah@Anne Hj. Kadir" akadir@1stsi.com

Bahan:

2 sdm Minyak Goreng KUNCI MAS

4 siung bawang putih, memarkan, iris halus

3 sdm saus tomat

1 sdt (peres) merica halus

1 sdt cabai merah bubuk

1 sdt gula pasir

Garam secukupnya

200 gr sosis sapi, iris serong setebal 1 cm

5 buah bakso sapi, belah empat

200 gr brokoli, petik sesuai kuntumnya

50 gr bawang Bombay, potong-potong

50 gr paprika merah, potong-potong

100 ml kaldu daging, didihkan

Cara memasak:

Panaskan Minyak Goreng KUNCI MAS, tumis bawang putih sampai harum.

Masukkan saus tomat, merica, cabai merah bubuk, gula pasir, dan garam secukupnya, tuangi kaldu, aduk.

Setelah mendidih, masukkan sosis, bakso, brokoli, bawang Bombay, dan paprika. Aduk rata. Setelah mendidih lagi, segera angkat. Hidangkan panas.

 

8.9 Gulai Lemak Pisang Muda

Resipi 1

From: "Fuzie Nasir" r32175@email.sps.mot.com

Bebahan

1 biji kelapa

6 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

1 inci persegi belacan (yang hitam tu bagus)

1 batang serai

½ helai daun kunyit.

½ genggam ikan bilis

2 biji buah keras (ditumbuk lumat)

cili padi (ikut pedas sendiri)

2 batang cili hijau.

garam secukupnya.

½-1 inci kunyit hidup.

1 keping asam keping.

pisang muda (dibuang kulit ari) potong ikut suka.

cecara..

kelapa ambil santan agak secawan (pekat). Perahan kelapa kedua dalam tiga cawan air. Kalau kurang boleh tambah lagi sikit.

bawang, b. putih, cili api, kunyit, garam di tumbuk.

Panaskan 3 cawan santan tadi dalam periuk dan masukkan bahan (2).

Belacan ramas dengan air dan masukkan dalam (3).

serai dan daun kunyit masukkan setelah kuah mendidih sedikit.

masukkan ikan bilis, pisang dan asam keping, kacau jangan biarkan kuah beku. masukkan cili hijau bulat bulat.

bila pisang 1/2 masak, masukkan santan pekat, monitor rasa garam selalu, dan jangan biarkan kuah beku, kacau selalu. masukkan buah keras tumbuk.

bila pisang sudah masak, angkat, dan hidangkan.

makan bertambak menyelera dengan ulam daun selon, dan sambal belacan.

Resipi 2

From: Rosimah Yaacob shima@cimb.com.my

Bahan

Pisang muda (tak kira apa jenis pisang pun)

Cili api (kalau nak pedas bubuh lebih sikit)

Kunyit hidup (agak2)

kelapa sebiji

ikan bilis (dalam sejemput)

Caranya

Pisang tu disiat2kan kulitnya potong cara memanjang. Isinya pun potong panjang2. Kemudian direbus. Jangan empuk sangat nanti hancur bila masuk dlm gulai. Kulit tu sukahatilah kalau suka ambik kalau tak buang sahaja.

Lepas tu blend c/api dgn kunyit sampai hancur. Perah santan jgn cair sangat nanti tak sedap gulai kono pokat2 barulah sodap.

Campurkan sekali benda2 tadi tu except pisang didihkan atas api tapi kena kacau selalu kalau tak nanti pecah minyak gulai nampak tak cantik. Bubuh ikan bilis tadi.

Bila mendidih bubuhlah pisang tadi bersama ajinomoto dan garam. Terus tutup api sbb pisang tu memang dah masak.

 

8.10 Kailan Ikan Masin

Resipi 1

From: "Siti Aminah" aminah@bnm.gov.my

Sayur kailan

Sepotong ikan masin tenggiri (basah)

Bawang merah

Bawang putih

garam

Cili besar

Tumis bawang merah dan putih hingga naik bau.

Masukan ikan masin yang telah di buang tulangnya.

Goreng sehingga ikan masak dan garing.

Masukan sayur kailan, masukkan garam dan cili besar yang telah di hiris.

Goreng semua sehingga sayur masak. (Masak sekejap sahaja jangan sampai sayur terlalu masak)

Resipi 2

From: Zalinda Jasmin zalinda@netop.jaring.my

Sayur kailan

Ikan masin (ikan Tenggiri)

bawang putih

Sos Tiram

Cara2nya

Tumbuk bawang putih dan tumiskan diatas kuali yg yg disi minyak (agak2 lah minyak tu )

Goreng jangan bagi garing, biar sederhana masaknya, kemudian tumbuk ikan masin dan masukkan didalam kuali yg digoreng bersama bawang putih tadi.

Selepas itu tuangkan sedikit sos tiram

Apabila sudah pekat sikit masukkan sedikit air bersama sayur kailan yg telah dipotong.

Masak biar pekat sikit, kemudian angkat.

Resipi 3

From: hartini abdul halim hartini@stats.gov.my

potong ikan masin kecik2. Goreng sampai garing, ketepikan.

Tumbuk/hiris bawang putih, tumbuk cili api, tak payah lumat sangat. Pas tu tumis sekejap dgn minyak goreng ikan masin tadi.

boh la ikan masin tadi ngan sayur kailan.. letak air sikit supaya tak hangit.

boh la garam dan pak aji...

Lastly, taruk bawang besar yg dipotong bulat ngan hirisan cili merah kalau suka...

 

8.11 Pajeri Terung/Nenas

From: Tinah.Ishak@penang.xircom.com

2/3 biji terung ( dibelah dua )

1 mangkuk santan pekat

1 paket serbuk kari ikan (bancuh dengan air )

1 sudu kerisik

sedikit udang kering (agak-agak le)

garam & gula secukup rasa

minyak untk menumis

Bahan untuk menumis

2 ulas bawang merah (dihiris )

3 ulas bawang putih (dihiris)

1 inci halia (dihiris )

sedikit Kulit kayu manis, buah pelaga ,bunga lawang ,daun kari

Cara :

panaskan minyak, masukan bahan penumis masak sehingga terbit bau nya ...

masukkan udang kering masak hingga wangi

Masukkan sebuk kari yang telah di bancuh dengan air ,masukkan garam & kerisik masak dengan api perlahan sehingga naik minyak

masukkan santan terung & gula masak hingga pekat

Cuba la, makan dengan ikan masin & nasi panas… huh sedap nya

 

9. telor pindang

From: noraini noraini@antara1.po.my

100 biji telur

1 botol kicap

**300gm ketumbar

**150gm jintan manis

**150 gm jintan putih

** ditumbuk

garam agak-agak secukup rasa

bahan-bahan dibawah kuantitinya ikut suka

serai dan daun serai

kulit bawang

daun senduduk

daun jambu batu

daun kunyit

daun lengkuas

Cara..

Susun telur dengan bahan-bahan ramuanya secara berlapis-lapis dalam periuk.

Tuangkan kicap dan garam secukup rasa. Kemudian direbus dengan api kecil hingga mendidih.

Ulangi proses merebus selama paling kurang 3 hari atau sehingga putih telur dah bertukar menjadi warna kelabu..Siap.

 

10. kentang putar

From: "Nur Aiziah Nurdin" aiziah@hq.rced.gov.my

Bahannya:

3 biji kentang

3 cawan fresh milk

sedikit garam

cara-cara membuat

Kentang dibasuh bersih jangan dibuang kulit.

Kemudian direbus kentang sehingga empok.

Setelah empok kupaskan kulit dan lenyekkan semasa melenyek tu bubuh garam dan susu.

sos

200 gm tulang lembu

250 ml air

sebiji bawang besar

1 batang carrot dan 1 batang celery

2 sudu makan tpg. jagung

sedikit lada hitam

Tulang lembu dipanggang dalam oven.

Setelah perang diangkat dan direbus, masukkan carrot, bawang besar dan celery.

Bancuh tpg. jagung dengan sedikit air kemudian masukkan bancuhan tpg. Jagung dan lada hitam kedalam stok, sentiasa kacau. Rendidihkan selama 10-15 minit.

Setelah agak pekat angkat dan tapiskan.

 

11. THOUSAND ISLAND

From: Norlaila@uniten.edu.my

1 cawan mayonnaise

¼ cawan sos cili

2 biji telur rebus (dicincang halus)

2 sudu besar cili benggala hijau yg dicincang halus

2 sudu besar batang celery yg dicincang halus

2 sudu besar bawang besar yg dicincang halus

1 sudu kecil serbuk paprika (macam rupa serbuk cili kering - i.e. brand McCormick)

½ sudu kecil garam

Gaulkan semua bahan. Simpan dlm fridge. Boleh dapat lebih kurang 2 cawan.

From: Siti [mailto:bsiti@csam.com.my]

sos tomato dicampur dengan sos mayonise.

 

12. RASAM

From: "Ismail, Norita" norita.ismail@intel.com

bahan-bahannya:

beberapa tangkai cili kering (dibasuh, jgn kerat)

jintan manis } ditumbuk bersama

jintan putih } dengan sedikit serbuk kunyit

2 camca lada hitam, ditumbuk

4 ulas bawang putih } ditumbuk tanpa

4 ulas bawang merah } membuang kulitnya

asam jawa

cara-caranya:

panaskan periuk dengan minyak masak. minyak kalau boleh banyak sikit tapi jangan sampai setengah periuk pulak.

setelah minyak panas,tumis cabai kering tadi. biarkan sekejap...

lepas tu masukkan bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk tanpa membuang kulitnya...biarkan sehingga naik bau..

kendian masukkan pula jintan manis,jintan putih dan lada yang telah ditumbuk.

lepas tu masukkan air asam jawa, banyak sikit pun takpa..

dah masukkan semua tu, masukkan air sedikit sebagai kuahnya... kalu kurang warna kuning... kot-kot masa tumbuk jintan tadi bubuh kunyit sikit sangat, tambahlah serbuk kunyit sikit lagi.

Lepas tu tunggu mendidih saja dan tutup api... kalau kurang rasa masam,bubuh lagi air asam jawa, tapi jangan sampai terbanyak kuah pulak...

rasam sedap dimakan bersama papadom dan ikan masin goreng...

 

13. PETUA

13.1 Utk Daging Cepat Empuk

From: snorrodzi@mara.gov.my

nie ada satu petua supaya daging cepat empuk... emak/wan saya selalunya letak sudu di dalam daging yg sedang dimasak tu. Daging memang akan cepat empuk... cubalah yer...

 

13.2 Petua Kurangkan Pahit Peria

Petua 1

From: Raja Intan ayang25@myetutor.com

15 minit atau 1/2jam sebelum masak potong peria macam biasa tetapi rendamkan ia dengan air garam. Biarkan kemudian bila nak masak toskan air garam tu dan bilas dengan air biasa.. Insayaallah pahitnya berkurangan

Petua 2

From: Qadratullil Tajul Arus [SMTP:qtarus@hwatai.com.my]

Saya nak bagi petua nak hilang kan pahit peria. buang bahagian tengah yang putih macam kapas tuh, sebab rasa pahit peria datang dari situ. Kemudain rendam dalam garam sekejap kemudian cuci bersih sebelum masak.

 

14. NASI AMBANG

From: "Animah Momin" animah.momin@intec-mal.com.my

Nasi putih

Ayam masak kicap (selalu nya 1/4 setiap hidang)

Sambal goreng (sayur campur orang jawa)

Serunding kelapa

Mee Hoon goreng

Ikan kering bulu ayam digoreng (ikan yang kecil2 bila digoreng rangup)

Ulam timun

Rempeyek kacang tanah atau apa2 keropok

Tempe goreng - Optional

Cara Hidang

Nasi putih diisi ke dalam dulang besar.

Letak ayam ditengah2 kemudian bahan2 lain dikelilingnya. Kadang2 tuan rumah sudah memberi sukatan iaitu kalau hidangan untuk 4 orang, bahan tersebut diletak secara berselang-seli samada 2 bahagian atau 4 bahagian. Kalau diletak satu bahagian setiap satu pun tidak mengapa.

Selalunya ade seorang menjadi wakil setiap hidang untuk membahagikan hidangan tersebut sama rata.

Kalau diikut cara yang betul, hidangan tidak dimakan dirumah kenduri hanya dijamah sesuap dua. Ianya akan dibawa balik untuk dimakan bersama keluarga.

Kertas atau plastik pembungkus disediakan oleh tuan rumah.