KATA KERJA

 

 

 

Kata kerja terbahagi kepada :
A. Kata Kerja Transitif  ( Perbuatan Melampau )
B. Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau )

A. Kata Kerja Transitif
1. Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ).
2. Ayat ini mesti ada peyambutnya ( objek )
3. Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.
 
1.       Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama.
Contohnya: Atan mendengar radio.
mendengar ialah kata kerja transitif
radio ialah objek (kata nama)
-Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan. Contohnya:
Contoh ayat :
1. Kucing itu menangkap seekor burung.
2. perempuan itu menjual sayur.
3. Bapa sedang menulis surat.
 
Subjek ( pembuat )
Kata kerja transitif
penyambut ( Objek )
Dia suka
membaca
buku
Jamilah
memukul
seekor ular
Abidin
menjual
kuih-muih
Kereta itu
melanggar
seekor lembu
 
 
B. Kata Kerja Tak Transitif
-Kata kerja tak transitif  ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut.
Contohnya ::
1. Mereka berjalan pada hari cuti.
2. Anjing itu sedang tidur.
3. Hujan turun dengan lebatnya semalam.
-Dalam ayat pertama Mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain.
-Dalam ayat kedua Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain.
-Dalam ayat ketiga Hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.
 
Subjek ( pembuat ) Kata kerja tak Transitif keterangan
Kami mandi di tasik itu.
Dia senyum semasa berjalan
Saya menyanyi dengan kuat
Hassan berjalan ke sekolah
 
7.1 Kata Kerja Tak Transitif
1.       Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi.
2.       Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber, men, ter, ber... an,
dan ber...kan. 
Contohnya: (a) Ravi belum datang lagi. 
                (b) Murid-murid sedang belajar. 
                (c) Sungai itu mengalir deras.
 
1