![]()
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() | |||
|
Peristiwa perdebatan di antara Tuan Syed Ahmad Dahlan Al-Husaini dengan guru Qadiani Ghulam Husin, pada tahun 40-an itu, telah mampu meredakan ribut yang ditimbulkan ajaran Qadiani, terutama di kalangan masyarakat Melayu yang beragama Islam yang tinggal di sekitar Joo Chiat Road, Geylang Serai, Katong dan Telok Kurau. Namun ajaran itu masih wujud sehingga hari ini.
Pada tahun 1950-an, timbullah satu lagi ajaran sesat apabila seorang yang berasal dari Pulau Ambon, Indonesia, mengisytiharkan dirinya sebagai seorang Nabi. Pengisytiharannya sebagai seorang Nabi adalah berlandasan kepada dakwaannya mempunyai salasilah dari keturunan rasul-rasul. Beliau adalah seorang peniaga di Pasar Changi, Geylang.
Pada tahun 1960-an pula, tersebar pula satu lagi ajaran sesat yang dinamakan "Taslim". Kumpulan ini menggelar diri mereka sebagai masyarakan "Ikhwan". Hidup kumpulan ini terpisah dari masyarakat Islam biasa. Guru kumpulan masyarakat "Ikhwan" ini pernah mengaku dirinya sebagai nabi dan rasul. Ajaran kumpulan ini tersebar di kawasan Joo Chiat Road dan mempunyai cawangannya di beberapa kawasan di Singapura.
Dan kemudian, seterusnya telah didapati ada banyak lagi ajaran sesat yang sedan berkembang di beberapa kawasan di Singapura ini, iaitu :- Yang dikenali dengan nama "Ilmu Bungkus" di Kampung Woo Mon Chew Road ( Siglap ), Kampung Tongkang Pecah ( Jalan Kayu ), Kampung Thani ( Bukit timah ), Kampung Telok Kurau dan Kampung Kim ( Bukit Timah ). Ajaran sesat Ilmu Bungkus ini pernah didedahkan oleh Perdaus pada 17hb. September 1965, di kawasan Telok Kurau. Pada tahun 70-an pula tersebar beberapa ajaran sesat. Antaranya :-
- Keratan-Keratan daripada Akhbar dan Majalah. - Amalan Sesat - Zikir dalam Selimut ( cara sembahyang ). - Ilustrasi Pengajaran Sesat - Hakikat Sembahyang dan Buku-Bukunya. - Pecahan Ayat-Ayat Suci Al-Qur'an oleh Pengamal Ajaran Sesat.
| |||
![]() |
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |