SOALAN & JAWAPAN ( Sebagai Contoh )
SOALAN 1 - Saya seorang pemuda 25 tahun baru setahun berumahtangga. Rumahtangga kami aman dan bahagia. Tetapi dengan tiba-tiba isteri saya diganggu oleh penyakit aneh. Akibatnya rumahtangga saya menjadi kocah-kacir dan huru-hara. Suasana dalam rumah sudah tidak aman lagi. Setelah menanggung derita dan dukacita sekian lama, keluarga saya menasihati saya supaya pergi berjumpa Bomoh. Di atas desakan mereka saya pun pergilah membawa isteri saya berjumpa bomoh.
Bomoh itu memberitahu saya bahawa ada Jin yang sedang duduk di atas kepala isteri saya. Lalu Bomoh itu menjampi isteri saya bagi menghalau Jin itu. Ini beralutan selama 15 hari. Kemudian bomoh itu membuat azimat untuk dipakai ke tengkuk isteri saya dan terus melakukan perbomohannya.
Sungguhpun begitu, isteri saya tidak juga sembuh, bahkan masih tetap seperti dahulu. Apakah pendapat tuan terhadap masalah ini? Adakah cara tersebut dibolehkan dalam Islam? Adakah ini hanya suatu helah semata-mata kerana hendak mencari rezeki?

SOALAN 2 - Di zaman moden ini pun ada juga orang yang mengatakan mengenai roh dan menyerunya. Kemudian berdialog dengan roh tersebut mengenai perkara-perkara mengenai alam ghaib. Ada juga bertanya bagaimana hendak mengubati penyakit aneh yang tidak dapat diubati oleh doktor. Perkara bid'ah ini telah tersebar luas dikalangan Masyarakat Melayu. Akhirnya ia menjadi pertanyaan kepada para Ulama' untuk mencari jawapan mengenai apa yang telah mereka lihat atau mendengarnya.
Apakah disebalik kuasa ghaib yang tersembunyi itu sehingga boleh menggerakkan sesuatu benda dengan sendirinya? Adakah ia roh orang mati atau roh Jin 'Ifrit atau ia sejenis sihir? Adakah boleh seseorang itu menyeru dan menjemput roh-roh orang mati dari alam barzakh? Adakah dibolehkan kita bertanya roh-roh mengenai perkara-perkara ghaib dan percaya terhadap apa yang diterangkan roh-roh tersebut? Bolehkah kita meminta kepada roh supaya menyembuhkan penyakit kita, iaitu penyakit ganjil atau misteri, yang tidak dapat diubati oleh doktor?

SOALAN 3 - Adakah kita boleh datang berjumpa dan bertanya sesuatu perkara kepada tukang tilik atau tukang tenung, kemudian kita percaya kepada apa yang diteranginya?

SOALAN 4 - Adakah menghadirkan atau menyeru roh-roh orang mati oleh Ahli Sihir ( Bomoh ) sebagaimana yang selalu didengar itu satu perkara yang betul dan benar?

NASIHAT ISLAMI
- Jin yang masuk ke dalam tubuh manusia, merupakan jin yang bodoh atau zalim kerana kemahuannya untuk tetap berada dalam tubuh manusia. Kalau dia berdegil, maka bacakan kepadanya ayat-ayat yang telah dijelaskan terdahulu, dengan pembacaan tersebut ia dapat melancarkan ancaman terhadap syaitan atau jin. Lancarkan serangan terhadapnya dengan membaca Ayat Kursi, Surah Yasin, Surah Ash-shaffat, Surah Ad-Dukhan, Surah Al-Hasyr dan Surah Al-A'la.
- Boleh dilakukan pukulan, khususnya pada bahu & belakang, tangan & kaki, jari-jari tangan & kaki. Percayalah, bahawa jin itulah yang akan kesakitan dan bukan orang yang kita pukul itu. Sertai pukulan-pukulan tersebut dengan membaca ayat-ayat Al-Qur'an, sambil itu tetap memperhatikan jikalau jin yang mengeram dalam tubuh orang itu lebih dari satu. Mereka bergerak-gerak dalam gerakan tubuh si pesakit secara bergantian, agar dapat memperingan pukulan terhadap diri mereka dan untuk menipu manusia. Malahan ada pula Jin yang sudah berpengalaman dan berusaha untuk melarikan diri. Ketika orang yang mengubati si pesakit itu pergi, dia kembali lagi masuk ke dalam tubuh si pesakit.
- Di antara jin, ada yang memperoleh kekuatan yang sangat besar untuk bertahan dalam tubuh manusia, kerana adanya orang yang meminta bantuan seorang penyihir atau tukang ramal. Dengan cara itu, si jin meminta sesajian atau apa saja untuknya, lalu orang tersebut menuruti permintaannya. Sesudah demikian, jin tersebut tidak akan mahu keluar dari tubuh si pesakit kecuali dengan berulang kali mengajukan permintaannya. Kalau begitu, tolak saja permintaannya. Ancam dan peringatkan dia dengan azab Allah dengan membacakan ayat-ayat Al-Qur'an.
- Jika anda melihat mata si pesakit menitikkan air mata, saat anda membacakan ayat-ayat Al-Qur'an, lalu menangis tersedu-sedu tanpa sebab yang jelas, maka hendaklah anda ketahui bahawa kondisi seperti itu adalah kondisi penyurupan jin dalam tubuh manusia. Bentuknya kecil dan kuat, tetapi sangat jahat dan degil.
- Apabila jin tersebut berbicara melalui mulut si pesakit dan berperilaku buruk terhadap anda, maka jangan balas dengan sikap yang sama. Tetapi perlihatkan kepadanya akhlak seorang Muslim dengan kuat dan percaya diri. Kalau dia tetap berlaku buruk, maka ambillah segelas air dan bacakan padanya Surah Yasin, Surah Ash-Shaffat, Surah Ad-Dukhan, Surah Al-jin atau salah satu di antaranya. Minumkan air tersebut kepada si pesakit dengan niat semoga Allah memberi petunjuk kepada jin tersebut, dan bukan membunuhnya. Dia pasti akan menjadi lemah, Insya' Allah, tunduk kepada anda, lalu meminta dikeluarkan. Kalau sudah begitu, mintalah dia berjanji untuk tidak mengulangi kezalimannya. Bantulah dia keluar dari tubuh si pesakit dari ibu jari kaki sebelah kiri, sementara anda membacakan azan di telinga kanan si pesakit.
- Apabila dengan anugerah Allah jin tersebut keluar dari tubuh si pesakit, maka bersyukurlah kepadaNya kerana apa saja yang berbahaya atau bermanfaat adalah dari Allah S.W.T., sedangkan kita hanyalah perantara dan sarana semata.
HAKIKAT YANG SEBENARNYA
Sesungguhnya, manusialah yang menjerumuskan diri sendiri dalam bahaya. Menyimpang dari petunjuk Allah, membawa akibat yang harus dibayar mahal dalam kehidupannya di dunia, dan kerugiannya dari memperolehi redha Allah dan nikmatNya di Akhirat.
Di antara bahaya yang akan menimpa diri manusia sendiri adalah ketika mumbuka pintu yang akan menghubungkan dirinya dengan syaitan-syaitan dan jin-jin jahat, dengan apa jua jalan yang sangat berbahaya, sehingga jin dan syaitan itu dapat menguasai dirinya.
Jalan-jalan berbahaya tersebut dapat di kategorikan seperti berikut :-
1) Godaan (an-nazgh) ;
2) Bisikan Syaitan (al-hamaz) ;
3) Tiupan (an-nafkh) ;
4) Kehadiran Jin atau Syaitan (al-hudhur) ;
5) Sentuhan Syaitan (al-mass) ;
6) Kesenangan Jin atau Syaitan (al-istimta') ;
7) Was-was ( al-waswasah ) ;
8) Hasutan ( al-'uzz ) ;
9) Turunnya Syaitan ( at-tanazzul ) ;
10) Mengorbankan Nafsu Shawat ( al-istihwa' ) ;
11) Lupa ( ath-tha'if )
|