![]() |
pertandingan bahas antara sekolah menengah
|
laporan dari ruangan akhbar / Cyberita |
BH SABTU 13 MAC 2004
Sudah lapan tahun menjadi medan
perdebatan [ oleh Dewani Abbas ] PENTAS menjadi medan pertempuran di antara para pelajar ini. Senjata mereka? Mikrofon, yang meskipun hanya sebuah alat yang keras dan dingin, namun boleh membuat mereka sama ada petah, lincah dan bergaya atau gamam, kelu dan kaku, semasa berdebat di depan khalayak ramai. Begitulah senario yang dapat dilihat setiap kali Pertandingan Bahas Antara Sekolah Menengah Piala Berita Harian diadakan anjuran Kelab Coretan Remaja (KCR) Berita Harian. Tanpa disedari, sudah masuk tahun kelapan pertandingan itu diadakan sejak ia mula diperkenalkan kepada sekolah-sekolah menengah pada tahun 1996. Jika dikira semua jumlah pelajar yang terlibat dalam pertandingan tahunan ini (kecuali 1997), seramai 615 pelajar menengah tiga hingga lima telah menyertainya. Ini berdasarkan sejumlah 16 buah sekolah yang mengambil bahagian setiap tahun dengan setiap sekolah menyertakan lima orang pembahas. Hanya pada tahun permulaan bahas sembilan buah sekolah telah disertakan dan pada tahun 1999, sebanyak 18 buah sekolah menyertainya. |
||
![]() Sekolah Victoria |
![]() Sekolah Menengah Anderson |
![]() Institusi Raffles - Juara Bahas 1999 - |
Pada tahun ini, pertandingan ini bermula lagi pada hari ini di auditorium Masjid Sultan dengan penyertaan 16 lagi buah
sekolah. |
||
![]() Madrasah Wak Tanjong |
![]() Institusi St Joseph |
![]() Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang - Juara Bahas 2003 - |
Namun, ada beberapa tahun (1998 dan 1999) apabila peringkat saringan bahas itu diadakan di beberapa buah sekolah
menengah.
|
laporan BH 19 Mac 2004 >>> |
kembali ke lelaman utama >>> |