Stem-stem peringatan siri pernerbangan

Satu daripada lapanganterbang yang terbaik dan terbesar di Asia Tenggara, Lapanganterbang Antarabangsa Singapura di Paya Lebar telah direka dan dibina dengan taraf tertinggi seperti dikehendaki oleh Pertuhbuhan Penerbangan Awam Antarabangsa. Lapanganterbang ini mempunyai sebuah ladasanterbang sepanjang 3,392 meter serta tambahan selanjutnya sepanjang 670 meter dijangka siap dalam tahun 1974.

Di antara kemudahan-kemudahan yang ada yang telah diperluaskan baru-baru ini ialah tambahan kepada Bangunan Terminal Lapanganterbang. Dengan adanya lebih banyak syarikat penerbangan antarabangsa yang merancang untuk mengadakan penerbangan-penerbangan berjadual ke Repablik ini, Singapura sebagai sebuah pusat pengangkutan udara yang besar di Asia Tenggara dan di Timur Jauh akan bertambah penting lagi. Di samping SIA – Syarikat Penerbangan Singapura Bhd. yang berpangkalan tempatan – 27 buah ayarikat penerbangan antarabangsa yang lain menjalankan perkhidmatan berjadual meerusi Singapura ke kebanyakan bahagian lambang SIA digambarkan dalam stem 10˘.

Stem 35˘ menujukkan lambang Syarikat Penerbangan Singapura Bhd. (SIA) dan tempat-tempat di mana syarikat ini menujukkan perkhidmatan antarabangsa.

Kelihatan dalam stem 75˘ ialah lambang Syarikat Penerbangan Singapura Bhd. (SIA) pada ekor sebuah daripada jet-jet “Boeingnya”.

Stem $1 menujukkan beberapa lambang SIA yang mengelilingi duria sebagai menandakan penerbangan-penerbangan antarabangsa SIA.