BAHAGIAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Cikgu Pg Omar Bin Pg Hj Othman

PENGENALAN

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling SR Haji Tarif bermula pada pertengahan tahun 2000.  Perkhidmatan ini diketuai oleh Cikgu Pg Omar Bin Pg Hj Othman, seorang guru kaunseling.  Perkhidmatan ini dijalankan seminggu sekali (setiap hari Selasa) kerana SR Haji Tarif adalah menjadi sekolah cawangan guru kaunseling tersebut.  Alhamdulillah atas sokongan dan dorongan guru besar, guru-guru serta warga sekolah,  perkhidmatan bimbingan dan kaunseling telah dapat diusahakan dengan jayanya.  Antara program-program yang telah berjaya dilaksanakan adalah seperti program ceramah motivasi kepada murid-murid, guru serta ibubapa, lawatan sambil belajar oleh murid-murid khsususnya murid-murid darjah 6 ke Maktab Sains dan ceramah anti dadah oleh beberapa agensi kerajaan.  Selain itu dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab, guru kaunseling juga telah melaksanakan beberapa sesi kaunseling kelompok, kaunseling individu serta bimbingan kelas.  Justeru itu adalah menjadi harapan agar perkhidmatan ini akan dapat diperkembang luaskan lagi bagi membantu pihak sekolah mencapai kecemerlangan dalam pendidikan.

Home Program Rancangan Tips