kembali semula

BAB 4

 HASIL PENYELIDIKAN

 4.1 Pendahuluan

Penyelidikan ini bertujuan untuk menerangkan persepsi murid terhadap perlaksanaan amali kemahiran pertanian mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dan perbezaan aspek demografi dalam mempengaruhi persepsi pelajar terhadap perlaksanaan amali mata pelajaran ini. Data yang diperoleh daripada jawapan soal selidik dianalisis dan dikemukakan dalam bab ini. Analisis hasil penyelidikan akan dikemukakan dalam diskriptif dan unjuran hipotesis yang diperolehi daripada analisis statistik yang digunakan untuk menguji hipotesis.

4.2 Profil responden

Responden kajian ini seramai 226 orang murid Tingkatan III daripada 9 buah sekolah menengah di Daerah Perak Tengah, Perak Darul Ridzuan.

Berikut adalah profil responden yang terlibat dalam kajian ini.

4.2.1 Bilangan Responden Mengikut Jantina

Jadual 4.1 : Taburan Responden Mengikut Jantina (n = 226)

Jantina

Bilangan

Peratus

Lelaki

108

47.8

Perempuan

118

52.2

Jumlah

253

100

( Sumber : Soal Selidik,1998)

Jadual 4.1 di atas menunjukkan bahawa bilangan responden lelaki seramai 108 orang murid ataupun mewakili sebanyak 47.8%, sementara bilangan responden perempuan seramai 118 orang murid ataupun mewakili sebanyak 52.2%. Hasil penyelidikan ini menunjukkan bahawa responden perempuan melebihi responden lelaki sebanyak 4.4%.

4.2.2 Bilangan Responden Mengikut Latar Belakang Keluarga

Jadual 4 2 : Taburan Responden Mengikut Latar Belakang Keluarga (n = 226)

Latar Belakang Keluarga

Bilangan

Peratus

Ada kaitan dengan pertanian

126

55.8

Tiada kaitan dengan pertanian

100

44.2

Jumlah

226

100

(Sumber : Soal Selidik ,1998.)

Jadual 4.2 di atas menunjukkan bahawa bilangan responden di mana pekerjaan bapa atau penjaga mereka berlatarbelakangkan pertanian seramai 126 orang murid ataupun mewakili sebanyak 55.8%, sementara bilangan responden yang bapa atau penjaga mereka tiada kaitan dengan pertanian seramai 100 orang murid ataupun mewakili sebanyak 44.2%.

4.2.3 Bilangan Responden Mengikut Keturunan

Jadual 4.3 : Taburan Responden Mengikut Keturunan (n = 226)

Keturunan

Bilangan

Peratus

Melayu

226

100.0

Cina

-

-

India

-

-

Jumlah

226

100

(Sumber : Soal selidik,1998)

Jadual 4.3 di atas menunjukkan bahawa bilangan responden keturunan Melayu seramai 226 orang pelajar iaitu 100%. Tiada responden daripada keturunan lain.

4.2.4 Bilangan Responden Mengikut Kaedah Penentuan Pilihan Kemahiran Hidup Bersepadu.

Jadual 4 4: Taburan Responden Mengikut Kaedah Penentuan Pilihan Kemahiran Hidup Bersepadu.       (n = 226)

Penentuan

Bilangan

Peratus

Ditetapkan sekolah

155

68.6

Pilihan sendiri

71

31.4

Jumlah

226

100

                                  (Sumber : Soal selidik,1998) 

Jadual 4.4 di atas menunjukkan bahawa bilangan responden yang ditentukan pilihan Kemahiran Hidup Bersepadu oleh pihak sekolah melebihi bilangan responden yang menentukan sendiri pilihan dalam Kemahiran Hidup Bersepadu sebanyak 37.2%. Ini berasaskan bilangan responden yang ditentukan pilihan seramai 155 orang pelajar ataupun mewakili sebanyak 68.6%, sementara bilangan responden yang menentukan sendiri pilihan seramai 71 orang pelajar ataupun mewakili sebanyak 31.4%.

4.2.5 Bilangan Responden Mengikut Saiz Kelas

Jadual 4.5 : Taburan Responden Mengikut Saiz Kelas (n = 226)

Saiz Kelas Amali

Bilangan

Peratus

15 kurang atau kurang

42

18.6

16 hingga 30 orang

95

42.0

Lebih daripada 30 orang

89

39.4

Jumlah

226

100

(Sumber : Soal selidik,1998)

 Jadual 4.5 di atas menunjukkan bahawa bilangan responden yang bilangan rakan dalam kelas amali 15 orang atau kurang seramai 42 orang pelajar ataupun mewakili sebanyak 18.6%, sementara bilangan responden yang bilangan rakan dalam kelas amali 16 hingga 30 orang seramai 95 orang pelajar ataupun mewakili sebanyak 42.0% dan bilangan rakan dalam kelas amali lebih daripada 30 orang seramai 89 orang atau mewakili 39.4%. Hasil penyelidikan ini menunjukkan bahawa responden yang menduduki saiz kelas 16 hingga 30 orang sebanyak 42.0%.

4.2.6 Bilangan Responden Mengikut Pencapaian Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu.

Jadual 4.6 : Taburan Responden Mengikut Pencapaian Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup     Bersepadu. (n = 226)

Tahap Pencapaian

Bilangan

Peratus(%)

Cemerlang

31

13.7

Baik

70

31.0

Sederhana

90

39.8

Lemah

31

13.7

Tidak Mencapai Tahap

4

1.8

Jumlah

226

100

(Sumber : Soal selidik)

 Jadual 4 6 di atas menunjukkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Gambaran jadual menunjukkan bahawa seramai 31 responden di tahap cemerlang mewakili 13.7% daripada hasil keseluruhan kajian. Responden yang mencapai tahap baik seramai 70 orang sahaja iaitu mewakili 31.0%. Manakala bilangan terbesar seramai 90 responden mewakili 39.8%. Responden yang mendapat pencapaian lemah seramai 31 orang iaitu 13.7% dan responden yang tidak mencapai tahap seramai 4 orang mewakili 1.8% sahaja.

4.3 Persepsi Murid Terhadap Amali Pertanian Kemahiran Hidup Bersepadu

Jadual 4.7 : Min dan Sisihan Piawai Persepsi Murid Terhadap Amali Kemahiran Hidup Bersepadu                    (n = 226)

Pernyataan

*Min

Sisihan Piawai

1. Masa yang diperuntukan amali pertanian adalah mencukupi.

2. Peralatan yang disediakan untuk amali pertanian adalah mencukupi

3. Bahan yang disediakan untuk amali pertanian adalah mencukupi

4. Tempat amali dijalankan disekolah adalah sesuai

5. Pada pandangan saya, amali pertanian adalah berfaedah

6. Banyak amali yang dilakukan di sekolah belum pernah saya melakukannya sebelum ini.

7. Saya sukakan amali yang boleh dibuat apabila balik di rumah.

8. Saya rasa seronok apabila membuat amali pertanian.

9. Saya suka kepada kerja amali yang mendatangkan hasil.

2.89

 

2.85

 

2.96

 

3.04

 

3.50

 

2.66

 

3.11

 

3.30

 

3.61

0.58

 

0.69

 

0.65

 

0.72

 

0.58

 

0.98

 

0.63

 

0.59

 

0.52

 

 

 

 

 

 

10. Jika bekerja dalam kumpulan, saya tidak suka orang lain membuat kerja amali untuk saya.

11. Saya suka amali yang lebih mencabar seperti penanaman sayur secara hidroponik.

12. Saya suka jika ada lawatan sambil belajar ke kebun sayur atau ladang ternakan ayam.

13. Saya selalu bertanya guru semasa amali jika ada perkara yang saya tidak faham mengenainya.

14. Saya digalakkan bekerjasama dalam kerja berkumpulan.

15. Guru menegur murid semasa amali sekiranya murid melakukan kesilapan membuat amali.

16. Arahan yang diberi oleh guru sebelum melakukan amali adalah jelas.

17. Guru sentiasa bersedia untuk membimbing saya melakukan amali.

18. Saya yakin dengan kebolehan guru mengendalikan amali pertanian.

 

3.54

 

 

3.35

 

3.50

 

 

3.27

 

3.46

 

3.54

 

3.16

 

3.30

 

3.45

 

0.75

 

 

0.73

 

0.61

 

 

0.58

 

0.58

 

0.57

 

0.69

 

0.67

 

0.60

 

 

 

(Sumber : Soal selidik,1998)

Jadual 4.7 menunjukkan murid bersetuju kepada lebih separuh daripada pernyataan mengenai amali pertanian Kemahiran Hidup Bersepadu. Skor min yang paling tinggi diberi kepada pernyataan yang mengatakan bahawa "saya suka kepada kerja amali yang mendatangkan hasil" (x = 3.61) diikuti dengan "jika bekerja dalam kumpulan saya tidak suka orang lain membuat kerja amali untuk saya" dan "guru menegur murid sekiranya murid melakukan kesilapan" (x = 3.54 ). Murid menyatakan amali pertanian adalah berfaedah dan mereka juga bersetuju supaya diadakan lawatan ke kebun sayur atau ladang ternakan ( x = 3.50 ). Murid menyakini kebolehan guru mengendalikan amali ( x = 3.45 ) . Murid juga suka kepada amali yang lebih mencabar seperti penanaman sayur secara hidroponik ( x = 3.35 ). Semasa melakukan amali murid merasa seronok dan murid menyatakan guru sentiasa bersedia untuk membimbing ( x = 3.30 ). Semasa amali, murid selalu bertanya guru ( x = 3.27 ) disamping murid bersetuju dengan kenyataan arahan yang diberi oleh guru sebelum melakukan amali adalah jelas ( x = 3.16 ). Murid suka amali yang boleh dibuat apabila balik ke rumah ( x = 3.11 ) dan dari segi tempat di mana amali dijalankan di sekolah mereka bersetuju tempat dijalankan adalah sesuai ( x = 3.04 ). Kecukupan bahan ( x = 2.96 ) , peralatan ( x = 2.89 ) dan masa ( x = 2.85 ) didapati min kurang daripada 3.0 . Manakala min terendah ialah pernyataan murid berkaitan banyak amali yang dilakukan di sekolah belum pernah dilakukan sebelum ini ( x = 2.66 ) .

4.4 Perlaksanaan Amali Di Sekolah

Jadual 4.8 : Bilangan dan Peratus Murid Yang Melaksanakan Amali

Tajuk Amali

N

Bilangan

Peratus

Ujikaji kandungan tanah

226

125

55.3

Ujikaji kadar saliran

226

120

53.1

Ujikaji pH tanah

226

99

43.8

Menyediakan batas sayur

226

160

70.8

Menyemai benih

226

151

66.8

Mengubah anak benih

226

122

54.0

Menyiram

226

160

70.8

Membaja

226

145

64.2

Memetik hasil sayur

226

122

54.0

Menanam tanaman hiasan

226

137

60.6

Menyediakan ramuan medium tanaman

226

146

64.6

Mengubah anak pokok ke pasu

226

136

60.2

Menanam jagung

226

119

52.7

Penjagaan tanaman jagung

226

110

48.7

Memetik hasil jagung

226

93

41.2

Menternak ayam atau puyuh atau arnab

226

44

19.5

(Sumber : Soal Selidik,1998)

Jadual 4 8 di atas menunjukkan bilangan dan peratus murid yang melakukan amali pertanian di sekolah. Peratus murid yang telah melaksanakan amali menyediakan batas dan menyiram sayur ialah masing-masing 160 orang (70.8%). Murid yang telah menyemai benih seramai 151 orang (66.8%) dan menyediakan ramuan medium tanaman seramai 146 orang (64.6%), manakala membaja seramai 145 (64.2%), menanam tanaman hiasan 137 (60.6%) dan mengubah anak pokok ke pasu atau tanah seramai 136 (60.2%).

Bilangan murid yang telah menjalankan ujikaji kandungan tanah ialah 125 (55.3%), memetik hasil sayur dan mengubah anak benih masing-masing seramai 122 (54.0%), menjalankan ujikaji kadar saliran seramai 120 (53.1%) dan menanam jagung seramai 119 orang (52.7%). Manakala murid yang terlibat dalam penjagaan tanaman jagung seramai 110 orang (48.7%), menjalankan ujikaji pH tanah seramai 99 orang (43.8%) dan bilangan murid yang memetik hasil jagung ialah 93 orang (41.2%). Peratus yang terendah dalam perlaksanaan amali oleh murid ialah menternak sama ada ayam atau puyuh atau arnab iaitu 44 orang (19.5%).

4.5 Kedapatan Kemudahan Amali Di Sekolah 

Jadual 4.9 : Kedapatan Kemudahan Amali Di Sekolah Berasaskan Responden (n = 226)

Jenis Kemudahan

N

Bilangan

Peratus

Unit Hortikultur

226

129

57.1

Kebun Sayur

226

187

82.7

Reban Ternakan

226

49

21.7

(Sumber : Soal Selidik , 1998)

Jadual 4.9 menunjukkan kedapatan kemudahan amali mengikut pemerhatian murid . Didapati seramai 187 murid (82.7%) menyatakan sekolah mereka mempunyai unit kebun sayur. Seramai 129 murid (57.1%) menyatakan terdapat unit hortikultur di sekolah mereka. Kemudahan yang kurang didapati di sekolah ialah reban ternakan ( ayam atau puyuh atau arnab ) dengan bilangan murid yang menyatakan kemudahan tersebut di sekolah mereka ialah 49 orang (21.7%).

4.6 Pengujian Hipotesis

Bahagian ini akan menjawab persoalan tentang hubungan di antara pembolehubah-pembolehubah bebas dengan pembolehubah bersandar berdasarkan Ujian-t dan Analisis Varians (ANOVA). Jika keputusan sampel tidak menyokong hipotesis nul, keputusan yang diterima adalah hipotesis alternatif. Hipotesis nul kebarangkaliannya atau aras signifikan yang kurang dari 0.05 adalah ditolak dan menerima hipotesis alternatif. Ini bermakna pengujian hipotesis nul adalah untuk melihat perkaitan di antara pembolehubah-pembolehubah yang mempengaruhi sikap murid terhadap pembelajaran amali pertanian Kemahiran Hidup Bersepadu Pilihan 3.

4.6.1 Hipotesis 1

Jadual 4.10: Ujian-t Tentang Sikap Pelajar Terhadap Pembelajaran Amali Pertanian Mengikut Jantina.

Jantina

n

Min

Sisihan Piawai

t

dk

Sig

Lelaki

108

3.396

.426

-1.188

224

0.236

Perempuan

118

3.455

.306

     

(Sumber : Kajian Penyelidikan,1998)

Jadual 4.10 merupakan hasil daripada ujian-t tentang sikap pelajar terhadap pembelajaran amali pertanian mengikut jantina. Hasil kajian menunjukkan min murid lelaki 3.396 dan min murid perempuan ialah 3.455 . Nilai t daripada jadual sebanyak –1.188 menggambarkan signifikan pada aras p lebih daripada 0.05. Dengan ini hipotesis nul gagal ditolak. Ini menjelaskan bahawa tidak wujud perbezaan yang signifikan di antara murid lelaki dan murid perempuan berhubung sikap terhadap pembelajaran amali pertanian .

4.6.2 Hipotesis 2

Jadual 4.11: Ujian-t Tentang Sikap Pelajar Terhadap Pembelajaran Amali Pertanian Mengikut Latar Belakang Keluarga

Latar belakang Keluarga

n

Min

Sisihan Piawai

t

Dk

Sig

Berkaitan Pertanian

126

3.396

.364

-1.386

224

0.167

Tiada Kaitan Pertanian

100

3.465

.370

 

   

(Sumber : Kajian Penyelidikan,1998)

Jadual 4.11 merupakan hasil daripada ujian-t tentang sikap pelajar terhadap pembelajaran amali pertanian mengikut latar belakang keluarga. Nilai t daripada jadual sebanyak –1.386 menggambarkan signifikan pada aras p lebih daripada 0.05. Dengan ini hipotesis nul gagal ditolak. Ini menjelaskan bahawa tidak wujud perbezaan yang signifikan di antara murid daripada kalangan keluarga berlatarbelakang pertanian dengan murid yang tiada latar belakang pertanian berhubung sikap terhadap pembelajaran amali pertanian .

4.6.3 Hipotesis 3

Jadual 4.12: Ujian-t Tentang Sikap Pelajar Terhadap Pembelajaran Amali Pertanian Mengikut Penentuan Pilihan Kemahiran Hidup Bersepadu

Penentuan

n

Min

Sisihan Piawai

t

dk

Sig

Ditetapkan sekolah

155

3.460

.373

2.018

224

0.045

Pilihan Diri

71

3.355

.348

 

   

Sumber : Kajian Penyelidikan,1998

Jadual 4.12 adalah hasil daripada ujian-t tentang sikap pelajar terhadap pembelajaran amali pertanian mengikut penentuan pilihan dalam Kemahiran Hidup Bersepadu. Hasil kajian menunjukkan min murid yang mengambil Pilihan 3 Kemahiran Hidup Bersepadu di atas pilihan sendiri ialah 3.355 dan murid yang mengambil pilihan 3 kerana telah ditetapkan oleh pihak sekolah ialah 3.460. Nilai t daripada jadual sebanyak 2.018 menggambarkan signifikan pada aras p kurang daripada 0.05. Dengan ini hipotesis nul ditolak dan hipotesis alternatif diterima. Ini menjelaskan bahawa wujud perbezaan yang signifikan di antara murid yang mengambil Pilihan 3 Kemahiran Hidup Bersepadu di atas pilihan sendiri dengan murid yang mengambil pilihan 3 kerana telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Perbezaan nilai min sebanyak 0.105 menggambarkan murid yang telah ditetapkan penjurusan dalam Kemahiran Hidup Bersepadu mempunyai sikap yang lebih positif berbanding murid yang memilih sendiri mengikuti pilihan 3.

4.6.4 Hipotesis 4

Jadual 4.13 : Ujian-t Terhadap Pencapaian Akademik Bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Mengikut Jantina.

Jantina

n

Min

Sisihan Piawai

t

dk

Sig

Lelaki

108

3.57

1.03

2.492

224

0.013

Perempuan

118

3.26

0.84

     

Sumber : Kajian Penyelidikan,1998

Jadual 4.13 adalah hasil daripada ujian-t tentang pencapaian akademik bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Mengikut Jantina. Hasil kajian menunjukkan min murid lelaki 3.57 dan min murid perempuan 3.26. Min murid lelaki lebih tinggi daripada perempuan.

Nilai t daripada jadual sebanyak 2.492 menggambarkan signifikan pada aras p kurang daripada 0.05. Dengan ini hipotesis nul ditolak dan hipotesis alternatif diterima. Ini menjelaskan bahawa wujud perbezaan yang signifikan di antara murid lelaki dengan murid perempuan dari segi pencapaian dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Perbezaan nilai min sebanyak ialah sebanyak 0.31 menggambarkan pencapaian murid lelaki lebih baik berbanding pencapaian murid perempuan.

4.6.5 Hipotesis 5

Jadual 4.14 : Ujian-t Tentang Faedah Amali Pertanian Mengikut Jantina

Jantina

N

Min

Sisihan Piawai

t

dk

Sig

Lelaki

108

3.185

.474

2.790

224

0.006

Perempuan

118

3.003

.505

     

Sumber : Kajian Penyelidikan,1998.

Jadual 4.14 adalah hasil daripada ujian-t tentang sikap pelajar mengenai faedah pembelajaran amali pertanian. Hasil kajian menunjukkan min murid lelaki ialah 3.185 dan min bagi murid perempuan ialah 3.003. Nilai t daripada jadual sebanyak 2.790 menggambarkan signifikan pada aras p kurang daripada 0.05. Dengan ini hipotesis nul ditolak dan hipotesis alternatif diterima. Ini menjelaskan bahawa wujud perbezaan yang signifikan di antara murid lelaki dengan murid perempuan berkaitan faedah amali pertanian yang diikuti. Perbezaan nilai min 0.395 menggambarkan murid lelaki mempunyai sikap yang lebih positif berkaitan faedah amali pertanian berbanding murid perempuan.

4.6.6 Hipotesis 6

Jadual 4.15 : Ujian-t Tentang Faedah Amali Pertanian Mengikut Latar Belakang Keluarga.

Latar belakang Keluarga

n

Min

Sisihan Piawai

t

dk

Sig

Berkaitan Pertanian

126

3.053

.519

-1.257

224

0.210

Tiada Kaitan Pertanian

100

3.137

.469

 

   

Sumber : Kajian Penyelidikan,1998.

Jadual 4.15 merupakan hasil daripada ujian-t tentang sikap pelajar berkaitan faedah pembelajaran amali pertanian mengikut latar belakang keluarga. Nilai t daripada jadual sebanyak –1.257 menggambarkan signifikan pada aras p lebih daripada 0.05. Dengan ini hipotesis nul gagal ditolak. Ini menjelaskan bahawa tidak wujud perbezaan yang signifikan di antara murid daripada kalangan keluarga berlatar belakang pertanian dengan murid yang tiada latar belakang pertanian berhubung pernyataan faedah pembelajaran amali pertanian .

4.6.7 Hipotesis 7

Jadual 4.16 : Analisis Varian Antara Pencapaian Akademik Murid Dengan Kedapatan Kemudahan Amali Di Sekolah.

Punca Variasi

Jumlah Kuasa dua

.dk

Min Kuasa Dua .

F

Sig

Antara Kumpulan

Dalam Kumpulan

.353

23.878

2

223

2.460

.880

2.795

0.041

Jumlah

24.231

225

     

Sumber : Hasil Penyelidikan, 1998.

Jadual 4.16 merupakan hasil daripada analisis varian berhubung sikap pelajar terhadap pembelajaran amali pertanian Kemahiran Hidup Bersepadu berasaskan kedapatan kemudahan amali di sekolah. Hasil kajian menunjukkan nilai nisbah F ialah 2.795 dan nilai bererti pada paras 0.041 iaitu satu paras yang lebih kecil daripada 0.05. Ini bermakna hipotesis nul ditolak dan terdapat perbezaan yang signifikan di antara sikap pelajar terhadap pembelajaran amali pertanian Kemahiran Hidup Bersepadu dengan kemudahan amali yang terdapat di sekolah.

4.6.8 Hipotesis 8

Jadual 4.17: Analisis Varians Antara Sikap Pelajar Terhadap Amali Pertanian Dengan Saiz Kelas

Punca Variasi

Jumlah Kuasa dua

.dk

Min Kuasa Dua .

F

Sig

Antara Kumpulan

Dalam Kumpulan

.353

23.878

2

223

.176

.107

1.647

0.195

Jumlah

24.231

225

     

Sumber : Hasil Penyelidikan, 1998

Jadual 4.20 merupakan hasil daripada analisis varian berhubung sikap pelajar terhadap pembelajaran amali pertanian Kemahiran Hidup Bersepadu berasaskan saiz kelas. Hasil kajian menunjukkan nilai nisbah F ialah 1.647 dan nilai bererti pada paras 0.195 iaitu satu paras yang lebih besar daripada 0.05. Ini bermakna hipotesis nul yang mengatakan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara sikap pelajar terhadap pembelajaran amali pertanian Kemahiran Hidup Bersepadu saiz kelas gagal ditolak. Oleh itu hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara saiz kelas yang besar (lebih 30 murid), sederhana ( 16 – 30 murid) dan kecil (kurang daripada 15 murid) untuk dikaitkan dengan sikap terhadap amali pertanian.