kembali semula

SOALAN ESEI

UNIT 2  :  FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN DAN PENGELUARAN TANAMAN

1.   Huraikan bagaimana cahaya matahari, suhu, hujan dan tiupan angin mempengaruhi pertumbuhan tumbuhan dan mutu hasil pertanian.

2.   Huraikan erti pertanian persekitaran terkawal.

3.   Kamu memperoleh satu kawasan yang sesuai untuk pertanian. Huraikan bagaimana kamu menyesuaikan persekitaran tanaman untuk mendapatkan pengeluaran hasil yang maksimum.

4.   Bincangkan kaedah penggunaan cahaya yang optimum untuk tumbuhan.

5.   Apakah kesan air terhadap pertumbuhan tanaman. Bincangkan kesan ini dengan memberi contoh yang sesuai.

6.   Bagaimanakah tekstur tanah dan stuktur tanah mempengaruhi pengudaraan dan saliran tanah.

7.   Bincangkan faktor yang menyebabkan keasidan tanah.

8.   Mengapakah kaedah hidrofonik digunakan walaupun Malaysia mempunyai kawasan tanah yang luas.

9.   Bincangkan cara untuk membaiki tanah.

10. Bincangkan perbezaan antara gejala kekurangan nitrogen, fosferus dan kalium. 

11. Terangkan dengan ringkas ciri-ciri organisma berikut

a.  virus

b.  bakteria

c.  kulat

d.  nematod

e.  serangga

12     Nyatakan bagaimana virus menyebabkan penyakit dan nyatakan dua contoh penyakit yang diakibatkan oleh virus terhadap tanaman.

13.     Terangkan prinsip pengawalan perosak menggunakan kaedah berikut :

a.  Kaedah Fizikal

b.  Kaedah Biologikal

c.  Kaedah Kimia

d.  Perundangan

14.    Banding beza  :  Kawalan biologi dan kawalan kimia

15.    Apakah yang dimaksudkan dengan `pengurusan perosak bersepadu' dan nyatakan kebaikannya.

16.   Bagaimanakah kaedah `pengurusan perosak bersepadu' boleh digunakan untuk mengawal serangga `Plutella xylostella' pada tanaman kubis.

17.   Nyatakan ciri-ciri tanaman yang dikehendaki oleh petani dan pengguna.

18.   Mengapakah kaedah pembiakan melalui biji benih digunakan walaupun anak pokok yang dihasilkan berbeza daripada pokok induk ?

19.   Mengapakah biji benih pokok generasi F1 tidak sesuai dijadikan bahan penanaman ?

20.   Sekiranya anda ditugaskan untuk menghasilkan varieti baru padi, terangkan langkah yang perlu dilaksanakan untuk mencapai matlamat ini.

21.   Kultur tisu adalah teknik pembiakan yang berpotensi. Bincangkan.

22.   Apakah yang dimaksudkan dengan `pengawalatur pertumbuhan' ?

21.   Nyatakan kepentingan pengawalatur pertumbuhan dalam pertanian.

22.   Nyatakan jenis-jenis pengawalatur pertumbuhan dan fungsinya. Namakan dua contoh bagi setiap jenis yang dinyatakan.

23.   Mengapakah penggunaan pengawalatur pertumbuhan masih terhad kepada pengawalan beberapa proses perttumbuhan sahaja ?

24.   Bincangkan penggunaan etilena dalam perladangan.