SOALAN ESEI
UNIT 3 : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN DAN PENGELUARAN TERNAKAN
1. Terangkan dengan ringkas empat unsur iklim yang mempengaruhi pertumbuhan dan pengeluaran ternakan.
2. Apakah yang dimaksudkan dengan homeostasis ?
3. Bincangkan kesan suhu tinggi ke atas tumbesaran dan pengeluaran ternakan .
4. Huraikan kesan himpitan iklim ke atas ternakan dan langkah yang boleh diambil untuk mengatasinya.
5. Huraikan tiga kepentingan nutrisi terhadap pertumbuhan dan pengeluaran ternakan.
6. Banding beza : sistem pencernaan haiwan ruminan dan sistem pencernaan haiwan bukan ruminan.
7. Terangkan proses yang berlaku dalam sistem penghadaman apabila lembu makan foraj.
8. Apakah yang dimaksudkan dengan `catuan makanan seimbang' ? Huraikan empat faktor yang perlu dipertimbangkan semasa menyediakannya.
9. Huraikan tiga punca ternakan kurang sihat.
10. Bincangkan kepentingan aspek kesihatan dalam pengeluaran hasil ternakan.
11. Namakan dua jenis parasit luaran yang menyerang ternakan dan terangkan langkah untuk mengawal serangan parasit tersebut.
12. Apakah perbezaan di antara langkah pencegahan dan pengawalan ? Nyatakan cara bagi setiap langkah tersebut.
13. Huraikan kaedah am merawat penyakit ternakan yang lazim dijalankan.
14. Huraikan ciri-ciri ternakan lembu yang baik untuk dipelihara di negara kita.
15. Nyatakan perbezaan nyata antara sistem pembiakan ayam dan sistem pembiakan lembu
16. Lakarkan dan labelkan sistem pembiakan betina ayam
17. Nyatakan kebaikan pembiakan ternakan secara permanian beradas jika dibandingkan dengan pembiakan secara semulajadi.
18. Nyatakan tanda-tanda galak yang nyata pada lembu betina.
19. Banding beza ; Pembiakbakaan dalam dan Pembiakbakaan kacukan.
20. Anda sebagai Pegawai Haiwan mendapati semen yang disimpan banyak yang telah mati. Bincangkan kemungkinan punca fenomena ini.