SOALAN ESEI
UNIT 5 : PERLADANGAN SEBAGAI SATU PERNIAGAAN
1. Apakah yang dimaksudkan perancangan dalam pertanian ?
2. Terangkan kepentingan belanjawan.
3. Mengapakah lakaran pelan susunan ladang perlu disediakan sebelum operasi ladang bermula ?
4. Nyatakan dua implikasi tidak mendapat maklumat tepat mengenai arah aliran harga semasa.
5. Huraikan empat aspek utama dalam pengurusan ladang .
6. Perancangan perlu dilakukan untuk mengurangkan risiko dalam perladangan. Bincangkan pernyataan tersebut.
7. Terangkan dengan ringkas maksud setiap sumber pengeluaran berikut :
a. tanah
b. buruh
c. modal
d. pengurusan
8. Mengapakah pengurusan sumber pengeluaran yang cekap sangat penting semasa menjalankan sesuatu bidangusaha ?
9. Terangkan bagaimana modal untuk memulakan sesuatu bidangusaha boleh diperolehi.
10. Nyatakan kepentingan penyimpanan rekod ladang yang lengkap.
11. Apakah butiran yang perlu dicatat dalam rekod berikut :
a. Rekod Fizikal
b. Rekod Kewangan
12. Nyatakan enam aktiviti yang terlibat dalam pemasaran.
13. Semasa melaksanakan sesuatu bidangusaha, masalah kekurangan tenaga buruh telah berlaku. Terangkan langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah tersebut.
14. Huraikan cara bagaimana seseorang peladang boleh memastikan hasil keluaran ladangnya dapat dipasarkan dengan mendapat pulangan / keuntungan yang tinggi.
15. Apakah yang dimaksudkan dengan pulangan setiap ringgit yang dilaburkan dan terangkan signifikan nilai yang diperolehi.
16. Terangkan contoh situasi yang boleh menyebabkan keputusan berikut diambil :
a. meneruskan bidangusaha
b. mengubahsuai bidangusaha
c. menghentikan bidangusaha dan memilih bidangusaha yanglain
d. menghentikan terus sebarang bidangusaha.