Bicara MCR

BroZan
izanayang@hotmail.com

Nama Penuh: NORIZAN BIN TURIN
Nick: BroZan / BroZZZ
Tarikh Lahir: 22-08-1970
ICQ: 44393583
Pekerjaan: Swasta
Nama Jawatan: Pegawai Kewangan
Taraf Perkahwinan: Sudah Berkahwin. 1 isteri, 2 puteri.
Bilangan Anak: 2 Orang puteri

Alamat Rumah:
14-A, LORONG DUA KIRI
SOLOK WAN MOH, JALAN KLUANG
83000 BATU PAHAT, JOHOR.

Sejak bilakah anda mula sertai MCR?
Hujung 1997

Bagaimana anda boleh menemui MCR?
Surf sendiri melalui Yahoo.Com

Kenapa anda menyukai MCR?
Keharmonian dan ikatan persaudaraan serta kekaluargaan yang ada di MCR belum pernah BroZZZ temui di room lain. Sebab BroZZZ ni ada jugak joint dengan chat room lain. Tapi, ntahlah, sukar nak gambarkan suasana di MCR. It's really interesting. Happy je, walaupun tak bertemu muka, tapi semuanyakan macam best gitu uuu. Ini bukan main-main, tapi ini kenyataan ikhlas dariBroZZZ. Kalau baru masuk MCR, satu atau dua kali, memang tak nampak itu semua. Cuba masuk at least 1 minggu, mesti tau apa bezanya dengan room
lain. Lepas tu cuba jumpa nick tu secara live, macam mana di MCR macam tu lah di luar.

Nick yang paling kerap anda nampak di dalam MCR
RM, Cikun, Kak DEDE, Nabila, OD, DMN, Along, Neelam, Eroll, Wong
Lanang....hmmmm ramai lagi lah

Nick yang anda paling ingin temui secara live
Semua nick di MCR, tapi untuk yang ikhlas saja, kalau masuk MCR untuk memporak perandakan keharmonian atau cuma nak buat hal je. Tak yah jumpa pun tak kempunan

Perkataan/ayat yang paling kerap anda gunakan di dalam MCR?
Akakakakakakak, cehhhhhhhh, cissssssssss, hehehehehehehe

Apakah yang anda buat jika gagal masuk/connect ke MCR?
Baca forum / check e-mail.

Bilakah masa yang paling anda suka masuk MCR?
Tengahari / siang

Anda rasa bosan/menyampah dalam MCR apabila ...
Ada segelintir yang buat hal. Ni hantu-hantu tu punya kerja lah. Lepas
tu ada pulak yang terlalu sensitif dan tak boleh bergurau

Kenangan manis di dalam MCR
1) Bertemu secara live dengan Wong Lanang dan family di Mahkota Parade,Melaka. WL ni adalah chatter MCR pertama yang BroZZZ jumpa sebab  dia ni kembar jawa dengan BroZZZ. Walaupun masa tu birthday anak BroZZZ yang sulung (Izzati), tapi lepas belikan kek dan nampak Izzati potong kek, BroZZZ terus je blah ke Melaka untuk jumpa si Wong Lanang. Wong.. ko lihat pengorbanan aku nak jumpa ko, kalau ko tak hargai, aku sekeh kepala ko... akakakakakakaka.

2) Mempengerusikan 'CyberMeeting' di www.welcome.to/newmcr. Masa tu nak masuk di chat room newmcr kene guna password. Meeting tu untuk membincangkan idea nak buat GG MCR 1999. Ramai jugak yang hadir secara cyber, terutamanya orang kuat dari KL dan Kuantan.

3) Bertemu secara live dengan chatters Kuantan. Kak DEDE, OD, Nabila,
DMN, Putera, Malim, Maieza, Arissa, Sekaligus membincangkan perancangan awal untuk GG MCR 1999. Meeting di Hotel De-Rhu Kuantan, Pahang.

4) Bertemu secara live dengan orang kuat MCR, RM di Taman Sri Gombak, Gombak, KL.

5) Bertemu secar live dengan orang kuat MCR, Cikun di GG MCR 99.

6) Ditabalkan sebagai 'Chatter Lelaki PAling Glamour 1999' di GG MCR 1999, Pantai Balok, Kuantan Pahang.

Kenangan pahit di dalam MCR
Dimaki hamun oleh 'hantu-hantu' MCR. Ada ke dia panggil BroZZZ ni bapak setan. Ada jugak dia maki benda-benda lain pada BroZZZ. Eishhhh.!!!

Ciri-ciri chatter yang anda senangi
Ikhlas dan transparent. Tidak bermuka-muka, peramah, periang, chatting dengan semua orang tak kira siapa. Tidak cepat ambil hati. Ambil berat masalah keluarga MCR lain.

Ciri-ciri chatter yang tidak gemari
Tidak ikhlas. Mengambil kesempatan yang negatif di MCR. Cepat ambil hati, sensitif.

Sikap/tabiat buruk anda di dalam MCR
Suka menyakat chatter lain secara bergurau. Tapi kekadang ada jugak yang ambil hati dengan BroZZZ. Agaknya dah lebih sangat brozzz ni bergurau. So, mintak mahap bebanyakkkkk.

Gathering yang tidak dapat anda lupakan (tarikh/tempat)
GG MCR 1999, KUantan Pahang.

Impian MCR anda yang masih belum terlaksana
Bertemu secara live dengan semua nick serentak. Kira-klira macam GG
jugaklah. Kalau boleh buat GG semua hadir. Baru ngammmmmm.

Pandangan anda mengenai MCR pada masa ini
Sudah amat bagus. Terima kasih kepada orang kuat yang menyelenggara. Terutamanya pada Cikun dan RM. Syabas dan tahniah. Terima kasih kerana bagi BroZZZ menumpang di MCR selagi MCR masih ujud.
BroZZZ ni tak pandai sangat bab-bab IT ni, so cuma nak mintak idea, insyaallah, bisa diaturrrrr pakkkkkkk.

Harapan anda mengenai MCR pada masa hadapan
Kekalkan keharmonian. Sama-sama benteras dan cegah malaun-malaun yang dok sentiasa kacau kita kat MCR. Depa tu, bukan suka tengok kita happy dan harmoni. Kalau ada chatter yang buat hal, bagi warning, sebab macam BroZZZ pun selalu kene warning dengan Cikun. Kan Kun, kan kan kan?? Heheheheheh.
Warning untuk kepentingan semua., So yang kene warning tu terimalah dengan hati terbuka, jangan nak mencemik muka, sikit-sikit nak menangis... cehhhhh.

Cadangan untuk MCR
BroZZZ nak sarankan beberapa perkara:

1) Lantik satu jawatankuasa yang boleh dirujuk oleh chatter sekiranya ada sebarang masalah berlaku. Jawatankuasa ni boleh dibahagikan kepada beberapa bidang contohnya:
- Teknikal
- Perhubungan Awam
- Kaunseling

2) Tambah ruangan bagi chatter untuk rujukan soal perniagaan, atau peluang perniagaan yang boleh dikongsi bersama chatter lain.

3) Di WhoWhere, boleh ditambah kemudahan untuk mengenali biodata chatter.
Contohnya dengan click di gambar atau nick chatter, akan ke biodata chatter yang membekalkan data peribadai chatter berkenaan. Tapi ini memerlukan kerjasama semua.

Itu saja. Wassalam.