programming | html tutorial | articles

up ]

Akhiran

Fail-fail di dalam cakera-keras anda mempunyai akhiran-akhirannya iaitu sys, ini, inf, htm, html, cfg, bat, exe, com, gif, jpg dan sebagainya. Fail-fail ini hanyalah digunakan sebagai pengenalan untuk pengguna sahaja. Windows tidak akan bergantung sepenuhnya kepada akhiran tersebut, tetapi sesetengah perisian seperti Internet Explorer atau Netscape Navigator akan menggunakan akhiran untuk memaparkan kandungan fail tersebut.

Perhatian! Pada sistem Windows 95 / 98 akhiran ini telah disembunyikan dan jika anda mahu melihat akhiran ini. Caranya

  • Buka Windows Explorer, klik menu View >> Option

  • Pilih tab View

  • Opsyen "Hide Extension for known file type" membenarkan anda menyembunyikan akhiran fail di Windows Explorer. Untuk melihat akhiran fail di Windows Explorer anda cuma perlu menghilangkan tanda "betul"(tanda right) di kotak opsyen tersebut

  • Klik butang OK

folderoption.gif (5457 bytes)

Selepas itu anda akan melihat akhiran dikeluarkan di dalam windows explorer anda

 


Sebelum perubahan dilakukan

untitled.gif (10279 bytes)

 


Selepas perubahan dilakukan

* lihat nama fail fail html, terdapat akhiran (.htm) dipaparkan. Ia bukan terhad kepada fail html, akhiran untuk semua jenis fail akan dipaparkan.

untitled2.gif (10098 bytes)


c programming | html tutorial | articles | home
about me | links | search | guestbook | photo album