programming | html tutorial | articles

up ]

Internet

    Internet bermaksud antara-jaringan. Jaringan yang dimaksudkan ialah sekumpulan komputer yang berhubung antara satu sama lain. Komputer-komputer ini berhubung dengan menggunakan talian telefon, talian fiber optik dan sebagainya. Terdapat beberapa set protokol yang digunakan semasa berhubung seperti ftp,http,gopher dan sebagainya. Protokol ialah satu bahasa yang digunakan oleh komputer untuk berhubung.


Protokol

    Apa maksud protokol? Saya pasti anda pernah dengar komputer yang dilengkapi dengan Sistem 7 (untuk computer Apple) ataupun Sistem Unix selain daripada Sistem Windows yang anda gunakan di rumah. Memandangkan sistem-sistem ini berbeza antara satu sama lain maka perlu diadakan satu bahasa standard supaya komputer-komputer ini berhubung. Bahasa standard ini dinamakan protokol.

    Masih tidak faham? Saya ambil satu contoh analogi. Manusia di dunia menggunakan berbagai jenis bahasa, orang jepun dengan bahasa jepun, orang melayu dengan bahasa melayu, orang cina dengan bahasa cina dan orang india dengan  bahasa tamilnya. Maka jika mereka semua mahu berhubung maka mereka perlukan orang tengah, tetapi ada baiknya mereka semua belajar satu bahasa iaitu bahasa Inggeris. Ini kerana bahasa Inggeris telah ditetapkan sebagai bahasa standard untuk pehubungan internasional.

    Siapa yang menetapkan protokol ini? Protokol ini ditetapkan oleh mereka-mereka yang bertanggungjawab memperkenalkan internet.

    Antara protokol yang selalu digunakan ialah hypertext transfer protocol (http) diperkenalkan untuk memudahkan pengguna melihat laman web. Selain dari itu file transfer protocol (ftp) juga digunakan untuk memindahkan fail-fail antara 2 komputer yang berlainan sistem.  Anda tentu tertanya-tanya apa beza antara 2 protokol ini. http cuma membenarkan pengguna melihat laman web tanpa boleh mengubah laman web tersebut manakala ftp membenarkan anda mengubah secara langsung laman web tersebut.


URL

    URL adalah singkatan daripada Uniform Resource Locator, dalam bahasa melayunya, Pencari Sumber Sekata, :-) atau selalunya disebut alamat web. contoh URL yang boleh digunakan ialah

http://www.oocities.org
ftp://www.download.com
https://www.hotmail.com
http://www.oocities.org/cobra_ayaq/main.htm
ftp://ftp.oocities.com

jika diperhatikan secara teliti, URL ini boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian

protokol yang
digunakan
alamat tapak web direktori atau fail html
http www.download.com  
http www.oocities.org cobra_ayaq/main.htm
ftp ftp.oocities.com  

*jika anda tidak memasukkan nama direktori atau nama fail maka tapak web tersebut akan membekalkan fail laman web bernama index.htm ataupun index.html.

    Perhatikan alamat tapak web, ia terdiri daripada 3 bahagian. Saya ambil contoh, www.download.com, ia mempunyai maksud yang tersendiri.

  • www - world wide web.

  • download - nama tapak web.

  • com - commercial. contoh lain seperti gov (government), edu (education), org (organisation), net(network)

    Terdapat juga alamat tapak web yang mempunyai 4 bahagian seperti www.tv3.com.my ataupun www.cari.com.my. MY bermaksud malaysia. Tapak web yang menggunakan 3 bahagian ialah tapak web yang didaftarkan secara internasional, manakala tapak web yang mempunyai 4 bahagian (tambahan .MY) didaftarkan di Malaysia. Pendaftaran ini boleh dilakukan di pejabat MYNIC. Mereka mengenakan bayaran beberapa puluh ringgit untuk jangkamasa setahun untuk alamat-alamat web yang bersifat perniagaan. Untuk institusi pendidikan, institusi kerajaan dan persatuan berdaftar, pendaftaran adalah percuma. Alamat laman web berunsur peribadi tidak dibenarkan sama sekali, tetapi jika anda mempunyai banyak duit, :-), anda boleh mendaftar di pejabat internasional yang membolehkan alamat laman web peribadi ditempah.

 


c programming | html tutorial | articles | home
about me | links | search | guestbook | photo album