|
Windows dan AndaSetiap komputer baru yang dijual di Malaysia mempunyai Sistem Operasi Windows 95 / 98. Sistem ini boleh dikatakan canggih (??!?!) dan senang untuk dikendalikan. Walaupun begitu ada beberapa perkara yang boleh menyebabkan kekeliruan pada si pengguna sistem ini. Komputer anda sebenarnya hanyalah satu mesin mengira, mesin menyimpan data, mesin mengeluarkan bunyi. Saya memberi gambaran seumpama mesin kerana ia tidak boleh bergerak secara sendiri, ia memerlukan manusia untuk mengendalikannya. Windows dalam kes ini adalah orang tengah kepada si pengguna dan komputer tersebut. Komputer anda mempunyai cakera keras (harddisk), pemacu CD-ROM, pemacu Cakera Liut (Floppy Disk). Ketiga-tiga benda ini terletak di dalam komputer anda. Anda boleh melihat pemacu CD-ROM dan pemacu Cakera Liut tetapi anda berkemungkinan besar tidak akan dapat melihat cakera keras (ini kerana ia disimpan jauh ke dalam). Anda cuma boleh mengakses harddisk ini melalui Windows 95. Biasanya, pada Windows 95, harddisk dikenali sebagai drive C, CD-ROM (drive D), Cakera Liut (drive A). Windows ExplorerWindows Explorer merupakan satu perisian yang membolehkan anda melihat dokumen-dokumen yang tersimpan di dalam cakera keras komputer anda. Dengannya anda boleh melakukan penamaan fail, penyalinan fail, pemadaman fail dan sebagainya. Selain dari itu, anda juga boleh mengetahui bila fail itu dicipta, siapa pencipta fail tersebut, saiz fail, serta jenis fail yang dimaksudkan. Terdapat ikon-ikon yang mewakili jenis-jenis fail di Windows Explorer. Ikon-ikon yang dipaparkan bergantung kepada sistem configurasi komputer anda. Dibawah saya berikan contoh ikon-ikon yang digunakan di komputer saya. Saiz DokumenSaya pasti anda pernah menggunakan Microsoft Word untuk menulis surat, dan anda pernah menyimpan fail tersebut di dalam cakera keras komputer dengan menggunakan arahan "save". Setiap dokumen atau fail di dalam komputer anda mempunyai saiz yang dikira dalam bentuk byte. Setiap byte dalam sesebuah fail mewakili satu aksara (aksara ialah bahasa komputer untuk huruf). Di Windows Explorer anda boleh melihat saiz fail tersebut di status bar. Sebagai contoh, jika sesebuah fail tersebut mengandungi 1 perkataan yang terdiri daripada 10 huruf, kemungkinan besar saiz fail tersebut ialah 10 byte. Jika fail tersebut mengandungi lebih dari 1024 byte, anda mungkin melihat saiz fail tersebut sebagai 1 KB (1 kilobyte). Seperti mana manusia menggunakan sistem kiraan 1 kilogram untuk 1000 gram, komputer juga menggunakan sistem kiraan tersebut cuma 1 kilobyte = 1024 byte. 1 byte Untuk melihat tingkap ini, selepas membuat pilihan fail di windows explorer, tekan butang kanan tetikus dan pilih menu properties
|
|