Cara untuk membina
thumbnail dengan cepat dan mudah Ada
kemungkinan anda mahu membuat foto album pada tapak web anda. Maka adalah memudahkan
pengunjung supaya mereka dapat melihat katalog-katalog gambar terlebih dahulu sebelum
melihat gambar sebenar. Katalog-katalog ini mempunyai gambar-gambar yang bersaiz kecil.
Jika pengunjung mengklik pada gambar-gambar ini maka anda akan membawa mereka membawa
gambar yang bersaiz sebenar.
Untuk membuat gambar-gambar kecil ini, pada kebiasaanya,
mereka yang membina laman ini mengecilkan satu demi satu gambar tersebut. Terdapat cara
yang paling mudah untuk mengecilkan gambar-gambar tersebut tanpa membuatnya pengecilan
satu demi satu.
Sebelum itu, anda haruslah mempunyai perisian ACDSEE, boleh
didapati di www.download.com
- Anda letakkan gambar-gambar anda dalam satu direktori.
- Buka ACDSEE dan anda dapat lihat gambar-gambar tersebut
dalam saiz yang kecil. Saiz gambar-gambar kecil ini boleh diubah dengan mengubah
configurasi ACDSEE.
|