programming | html tutorial | articles

up ]

 

Cara untuk membuat tetingkap baru yang kosong tanpa MenuBar, Ikon dan sebagainya

Jika anda mahu membuat jalinan yang akan membuka tetingkap baru yang kosong tanpa menubar, ikon dan status bar, skrip java di bawah diperlukan.

---------------------------
<script language="JavaScript">
<!-- 
function OpenNewWindow(target) {
    gallery=window.open(target,"NewWindow",' toolbar=no,menubar=0,scrollbars=1,scrolling=YES,width=510,height=400' )
}
// -->
</script>
-----------------------

Penerangan

Javascript di atas menggunakan fungsi window.open yang telah dibekalkan oleh pelayar internet anda. Ia terdiri dari 3 bahagian iaitu yang tergolong dalam tanda '(' dan  ')'

  1. nama fail html yang hendak dibuka
  2. nama tetingkap
  3. parameter yang dikehendaki pada tetingkap baru tersebut

dalam contoh di atas, target ialah nama fail yang hendak dibuka, manakala "NewWindow" ialah nama tetingkap baru tersebut dan selebihnya ialah parameter yang diperlukan untuk menetapkan sifat tetingkap yang dibuka. Perhatikan juga parameter tersebut diantara tanda  '.

 

parameter OPSYEN A OPSYEN B OPSYEN C
toolbar no-tidak mahu toolbar yes - mahu toolbar  
menubar 0 - tidak mahu menubar 1 - mahu menubar  
scrollbars 0 - tidak mahu scrollbar 1 - mahu scrollbar  
scrolling YES - membenarkan scrolling NO - tidak membenarkan scrolling AUTO - scrolling adalah otomatik
width lebar tetingkap dalam pixel
height tinggi tetingkap dalam pixel

 

Penggunaan

Untuk menggunakan javascript ini, pada jalinan yang diperlukan untuk memanggil skrip java di atas anda buatkan seperti berikut.

<a href="javascript:OpenNewWindow("namafailhtml.htm")>klik jalinan</a>

 

Perhatian!

Oleh kerana kita telah memberi nama tetingkap tersebut sebagai NewWindow maka jika terdapat jalinan kedua yang mempunyai kaitan ke fungsi OpenNewWindow maka isi di dalam tetingkap kecil yang telah sedia ada akan berubah kecuali anda membuat lagi satu skrip java kedua untuk mendefinasikan tetingkap baru.

 


c programming | html tutorial | articles | home
about me | links | search | guestbook | photo album