programming | html tutorial | articles

up ]

 

Cara untuk mempercepatkan proses muat turun

Proses muat turun bergantung kepada saiz fail html serta fail-fail grafik anda. Semakin kecil saiz-saiz ini semakin cepatlah proses muat turun fail anda. Kebiasaannya, fail grafik merangkumi jumlah keseluruhan saiz fail-fail. Oleh itu kita akan membincangkan cara untuk memperkecilkan lagi fail imej ini.

  • Kurangkan warna
    Untuk fail imej berformatkan gif, anda boleh kurangkan warna gambar tersebut. Uji gambar tersebut dalam jumlah warna 256 atau 16 atau 2. Jika anda berpuashati dengan hanya 16 atau 2 warna maka teruskan gunakan imej tersebut. Semakin kecil nilai warnanya semakin kecillah saiz fail gif anda itu tadi.

  • Lebihkan faktor pemampatan
    Untuk fail imej yang berformatkan jpg, anda boleh melebihkan faktor pemampatan daripada 80% hingga ke 50%. Uji gambar-gambar tersebut dalam faktor pemampatan yang berlainan.

  • Perisian yang sesuai untuk tugas begini
    Terdapat beberapa perisian yang anda boleh gunakan untuk tugas-tugas begini. Perisian yang paling sesuai ialah Ulead Smart Saver untuk fail-fail gif/jpg ataupun perisian A Smaller GIF untuk fail gif sahaja. Kedua-dua perisian ini anda boleh cari di www.download.com

 

 


c programming | html tutorial | articles | home
about me | links | search | guestbook | photo album