programming | html tutorial | articles

up ]

 

Cara menggunakan JavaScript untuk mengubah gambar apabila tetikus berada di atasnya

Pertama sekali anda haruslah mengenal pasti jenis browser yang digunakan oleh pengunjung. Anda haruslah menggunakan JavaScript di bawah. Ini perlu kerana Internet Explorer 3.0 tidak menyokong penggunaan pertukaran imej ini. Hanya Netscape Navigator 3.0, Navigator 4.0, dan Internet Explorer 4.0 dan ke atas sahaja menyokong penggunaan pertukaran imej ini.

-------------------------------------------------------------------------------------------
<script language="javascript">
<!--
	        // mengenalpasti versi browser
		var BV = parseInt(navigator.appVersion);

	        // mengenalpasti nama browser
		var BN = "";
		if (navigator.appName.indexOf("Microsoft") >= 0) {BN = "e";}
		else {
	        	if (navigator.appName.indexOf("Netscape") >= 0) {BN = "n";}
			else {BN = "g"}
		}

	       // untuk menentukan bahawa browser
                   //  boleh menyokong penggunakan pertukaran imej ini
	       // jika disokong maka pembolehubah BI
                   //  akan mempunyai nilai 1 jika tidak, ia akan mempunyai nilai 0
		var BI = ""; 
	        if (BV >= 4) 
			{BI = 1;}
	        else {
	        	if (BN == "n" && BV >= 3) 
				{BI = 1;}
			else 
				{BI = 0;}
		}

	function img_cool(imgName) {}
	function img_hot(imgName) {}

//--></script> 
-----------------------------------------------------------------------------------

Kedua, anda perlu menyediakan Imej kedua untuk imej asal. Sebagai contoh namakan imej asal sebagai imej1a.gif dan namakan imej kedua sebagai imej1b.gif. Selepas ini anda diperlukan untuk memasukkan imej1b.gif ke dalam memori komputer.

-----------------------------------------------------------------------------------
<script language="Javascript"> 
<!--
	// untuk memasukkan imej1b.gif ke dalam memori komputer
	if (BI >= 1)
		{
		imej1 = new Image;   imej1.src = "imej1b.gif"; 
		// Jika anda mahu menambah imej lagi anda boleh menambah 
		// kod-kod seperti di baris di atas tetapi pastikan namanya lain.
		// cth
		// imej2 = new Image; imej2.src= "imej2b.gif"
		// imej3 = new Image; imej3.src= "imej3b.gif"
		// ... dan seterusnya
		}
//--></script>
-----------------------------------------------------------------------------------

Ketiga, anda perlu sediakan 2 rutin, untuk menukar imej asal ke imej kedua (semasa tetikus berada di atas imej) dan imej kedua ke imej asal (apabila tetikus tidak lagi berada di atas imej).

-----------------------------------------------------------------------------------
<script language="javascript">
<!--
 // jika tetikus berada di atas imej
function img_hot (imgName) {
        if (BI >= 1)
        {       
            document [imgName].src = imgName+"a.gif"
        }
}

// jika tetikus keluar dari kawasan imej
function img_cool (imgName) {
        if (BI >= 1)
        {       
            document [imgName].src = imgName+"b.gif"
        }
}
//--></script>
-----------------------------------------------------------------------------------

Selepas itu pada tag imej anda, anda namakan imej tersebut sebagai imej1. Perhatikan nama imej1 telah juga digunakan pada kod JAVAScript ke 2. Sifat onmouseover="img_hot('imej1')" berfungsi untuk memanggil rutin img_hot() apabila tetikus berada di atas imej. Sifat onmouseout="img_cool('imej1')" pula berfungsi untuk memanggil rutin img_cool() apabila tetikus berada di luar imej semula. Jika anda tidak memasukkan sifat onmouseout ini, kesannya jika tetikus telah berada di luar kawasan imej, imej itu tidak akan berubah kepada imej asal.

-----------------------------------------------------------------------------------
<a href="laman.htm"  onmouseover="img_hot('imej1')" onmouseout="img_cool('imej1')">
<img src="imej1a.gif" border="0" name="imej1"></a>
-----------------------------------------------------------------------------------

Klik di sini untuk melihat contoh penggunaan JAVAScipt di atas.

 


c programming | html tutorial | articles | home
about me | links | search | guestbook | photo album