programming | html tutorial | articles

up ]

Perisian ftp (file transfer protocol) adalah perisian yang membolehkan anda berhubung dengan komputer pelayan hos web. Dengan menggunakan perisian ini anda boleh memuat-naikkan fail-fail html serta fail gif/jpg ke direktori anda di komputer pelayan hos web. Terdapat berbagai jenis perisian ftp yang boleh anda gunakan, seperti ws-ftp(freeware) dan cute-ftp (shareware). Perisian yang saya gunakan dalam contoh di bawah ialah perisian WS_FTP. Ia boleh digunakan secara percuma oleh orang perseorangan, pelajar, atau kakitangan kerajaan. Anda boleh mendapatkan perisian ini di www.download.com

Kita akan mula dengan langkah pertama. Selepas anda muat-turunkan perisian ini dari www.download.com anda mulakan program setup dan instal perisian ini ke dalam komputer anda. Anda akan ditanya beberapa soalan semasa proses instalasi itu untuk memastikan anda adalah di dalam kategori yang saya sebutkan di atas. Setelah selesai proses instalasi, anda mulakan perisian tersebut. Anda akan dapat lihat tetingkap yang lebih kurang di bawah (versi yang saya gunakan ialah versi Windows 3.1), kemungkinan ada kelainan sedikit pada versi anda. Terdapat 2 ruangan pada tetingkap tersebut. Sebelah kiri (local system) menunjukkan fail-fail di dalam komputer anda. Sebelah kanan (remote system) akan menunjukkan fail-fail anda di komputer pelayan hos web (kosong, kerana anda belum membuat sambungan ke komputer pelayan hos web). Anda klik Connect untuk berhubung dengan komputer pelayan hos web. Pastikan sebelum ini anda telah pun membuat sambungan ke Pembekal Servis Internet anda (TM-Net atau Jaring).

Selepas itu anda akan lihat tetingkap seperti di bawah. Anda klik New. Kemudian anda isikan ruangan Profile Name, Host Name (nama pelayan komputer hos web seperti ftp.oocities.com atau ftp.xoom.com), User ID(login), serta password. Klik Save supaya lain kali anda tidak perlu menaip maklumat-maklumat ini semula. Selepas itu anda klik OK. Komputer anda akan berhubung dengan komputer pelayan dan masuk ke dalam direktori anda di Geocities. Untuk memindahkan fail dari komputer anda ke komputer pelayan hos web, anda buat pilihan pada fail-fail anda yang berada di ruangan sebelah kiri, kemudian anda klik anak panah yang menghala ke kanan. Fail-fail anda akan mula dipindahkan (disalin). Setelah semua proses selesai, anda akan lihat fail-fail anda yang pada mulanya berada di sebelah kiri, akan berada juga di sebelah kanan (ruangan komputer pelayan hos web).

Di samping itu, selain dari memindahkan fail, anda juga boleh membuat direktori di dalam komputer pelayan hos web seperti mana anda membuat direktori pada cakera keras komputer anda. Anda juga boleh melakukan hampir semua arahan yang biasa dilakukan pada fail-fail anda di cakera keras anda (rename, delete) pada fail-fail anda di pelayan hos web.

Sebagai pengetahuan, ( semasa proses muat-naik) anda boleh membuat memaksa semua nama fail-fail anda bertukar kepada huruf-huruf kecil. Anda klik Options-Session Options dan tetingkap di bawah akan keluar, tandakan Force Lowercase.

Harap-harap penjelasan ini dapat membantu anda dalam menggunakan perisian ftp. Jika anda masih kurang jelas lagi sila berhubung dengan saya di cobra_ayaq@hotmail.com.

 

c programming | html tutorial | articles | home
about me | links | search | guestbook | photo album