programming | html tutorial | articles

up ]

Menghilangkan banner/iklan geocities di dalam web anda

Hmmm, untuk menghilangkan banner geocities pada laman web anda, apa yang anda perlu lakukan ialah meletakkan kod-kod di bawah ini dalam laman web tersebut.

----------------------------------------------------
<div ID="blockDiv1" STYLE="position:absolute; left:0; top:-200; width:5; visibility:show;" align="center">
<
p><center><!--#geoguide--></center></p>
<
/div>
------------------------------------------------------------------------------

Nota: Cara ini ialah melalui teknologi Dynamic HTML, DHTML, dan hanya boleh digunakan untuk browser html Netscape 4.0+ dan Internet Explorer 4+. Pengunjung yang menggunakan IE 3.0 ke bawah akan melihat iklan/banner geocities itu.

Nota: Geocities mengambil keuntungan melalui paparan iklan pada laman web, dan perbuatan meletakkan kod ini melanggar peraturan persefahaman anda dengan Geocities. Tapi sesetengah pengunjung pasti sakit hati bila homepage ada mempunyai iklan popup, hati pengunjung perlu dijaga. Dilema huh?  Oleh itu bergantung kepada anda sekelian untuk menggunakan tip ini atau tidak.Tepuk dada, tanya selera.

Penerangan untuk lapisan

ID Nama untuk lapisan tersebut, boleh diberi apa-apa nama

 

Position Menggunakan sifat jarak sebenar, atau jarak relatif.
Left Jarak lapisan dari kiri, saya letakkan nilai 0
Top Jarak lapisan dari atas, di dalam contoh ini, saya letakkan -200 (negatif 200). Ini membuatkan iklan tersebut diletakkan jauh ke atas hingga tidak kelihatan dalam laman web anda. Tukar jika perlu.
Width Lebar Lapisan, saya letakkan nilai 5.
Visibility Penentu samada lapisan itu akan dipamerkan atau tidak. Kita tidak akan menggunakan sifat ini kerana lapisan tersebut akan dipamerkan dalam masa 1 saat, dan kemudian baru dihilangkan.

 

Nota tambahan
Selepas anda meletakkan kod di atas di dalam laman web anda, anda perlu mengaktifkan geoguide Geocities. Link untuk ke geoguide manager ada di dalam laman web geocities File Manager.
 

c programming | html tutorial | articles | home
about me | links | search | guestbook | photo album