10 Langkah untuk membina laman web pertama anda
dengan menggunakan Microsoft FrontPage (khas untuk orang tak tahu apa-apa
mengenai laman web) Laman-laman web dibina dengan
menggunakan kod-kod html dan Microsoft FrontPage akan membuatkan kod-kod
html ini untuk anda tanpa perlu mengetahui kod-kod tersebut. Tetapi ada baiknya anda tahu
serba sedikit kod-kod html ini.
Jika anda tahu cara untuk menggunakan Microsoft Word,
senang saja untuk menggunakan Microsoft FrontPage ini. Microsoft FrontPage yang saya
gunakan di contoh-contoh di bawah ialah Microsoft FrontPage Express (percuma dari
Microsoft). Terdapat versi-versi lain seperti FrontPage 97 atau FrontPage 98. Saya juga
membuat andaian bahawa anda menggunakan Internet Explorer untuk meluncur Internet.
1. Buka Microsoft FrontPage anda. Click New
untuk laman web baru anda.

2. Taip sesuatu di dalamnya. Klik Save.

3. Tetingkap ini akan keluar. Klik As File.

4. Selepas ini tetingkap ini pula akan keluar. Simpan fail
anda dalam satu direktori, saya menggunakan direktori fpage, anda boleh
masukkan fail ini dalam direktori anda sendiri. Buat masa ini anda simpan sebagai nama
index.htm.

5. Buka Window Explorer. Klik pada fail yang anda baru save
tadi.

6. Tetingkap Internet Explorer akan keluar dengan fail anda yang
baru buat dengan menggunakan Microsoft FrontPage.

7. Untuk melihat kod-kod html yang dibuat
oleh Microsoft FrontPage. Klik butang kanan tetikus anda pastikan
penunjuk tetikus berada di kawasan laman web. Akan keluar menu seperti di
bawah.

8. Jika anda klik View Source, Tetingkap Notepad akan
keluar dan anda boleh lihat kod-kod html yang dibuat oleh Microsoft FrontPage.

9. Jika anda mahu memasukkan imej, pada Microsoft FrontPage
anda pilih menu Insert dan klik sub menu Image. Pilih
imej anda. Pastikan fail imej itu
berada di dalam direktori yang sama dengan direktori fail html anda. Jika tidak, terdapat masalah-masalah yang akan anda hadapi nanti.

10. Sekarang anda tahu bahawa Microsoft FrontPage
membuatkan kod-kod html untuk anda dengan mudah. Untuk maklumat lebih lanjut tentang
kod-kod html ini atau perkara yang berkaitan dengan rekabentuk laman web, atau perkara
yang boleh anda lakukan pada laman web, anda boleh rujuk Tutorial
HTML. |