Bahagian-VII

Pemformatan Perenggan - II


 
Tajuk perenggan
Ini merupakan kepala tajuk untuk teks anda. Tag yang digunakan ialah <h1>...</h1>. Teks yang terkandung dalam tag ini akan diperbesarkan serta dihitamkan, jadi anda tidak perlu menggunakan tag <font> dan <b> untuk mendapatkan paparan yang sama. Terdapat 6 saiz untuk tag <h..> iaitu <h1>, <h2>, <h3>, <h4>, <h5>, <h6>. Dengan <h1> mempunyai saiz yang terbesar. Sila lihat contoh yang diberikan.
-----------------------
<h1>Tajuk Utama untuk Perenggan</h1>
<p> Teks perenggan.</p>
-----------------------


Beberapa corak pemformatan perenggan yang lain
Terdapat beberapa lagi pemformatan perenggan yang boleh anda lakukan. Sila lihat jadual di bawah.

<xmp>...</xmp> Format <xmp> ialah format di mana web browser akan menyusun supaya hanya terdapat 80 perkataan dalam satu baris dan setiap huruf mempunyai saiz fon yang seimbang. Format ini amat sesuai jika anda memaparkan fail teks di dalam laman anda.
<address>...</address> Untuk jadikan ianya format address. Sila lihat contoh yang diberikan di bahagian bawah.
<pre>...</pre> Format ini akan membuatkan anda tidak perlu menulis tag <br> untuk memulakan baris baru.


Contoh formatan
Sila ke laman ini untuk melihat contoh formatan telah dibincangkan.

left btn right btn