Bahagian-IX

Jadual di dalam HTML - I


 
Jadual
Jadual merupakan salah satu element terpenting dalam rekaan hompej. Ia membolehkan pereka merekabentuk hompej yang kemas.

Terdapat istilah-istilah yang akan digunakan dalam tutorial ini. Sila lihat gambarajah di bawah.

Penafsiran jadual adalah berbeza antara satu browser dengan browser yang lain. Tetapi melalui hompej ini, semua tag yang digunakan dalam tutorial ini boleh digunakan oleh mana-mana browser. Anda akan diajar cara membuat jadual dengan bantuan contoh-contoh kod yang telah disediakan. Jika anda sudah bersedia, kita beralih ke contoh pertama.

data di sini
data di sini
data di sini

-------------------------------------------
<table border=1>
<tr><td>data di sini</td></tr>
<tr><td>data di sini</td></tr>
<tr><td>data di sini</td></tr>
</table>
-------------------------------------------

Pembinaan jadual adalah berdasarkan tag <table>..</table> Di dalam lingkungan tag ini, terdapat tag <tr>...</tr> yang berfungsi untuk menetapkan baris dan tag <td>...</td> yang menetapkan lajur untuk jadual tersebut. Bilangan tag tr akan menetapkan bilangan baris pada jadual tersebut manakala bilangan tag td akan menetapkan bilangan lajur pada baris tersebut. Sifat border pada tag <table> akan menentukan saiz garisan sempadan untuk jadual tersebut. Terdapat sifat-sifat lain untuk tag <table>..</table>, <tr>...</tr> dan <td>...</td> yang akan dipelajari kemudian.

Paparan jadual adalah berbeza dari satu browser ke satu browser yang lain, jadi anda perlu mencuba laman anda pada browser-browser yang berlainan.


Contoh Kedua
Mari kita melangkah jauh sedikit. Apa kata pada kod-kod di atas diubah menjadi seperti dibawah. Perkataan data di sini pada baris kedua dikecualikan.
data di sini
data di sini

-------------------------------------------
<table border=1>
        <tr><td>data di sini</td></tr>
        <tr><td></td></tr>
        <tr><td>data di sini</td></tr>
</table>
-------------------------------------------

Apa yang anda lihat ialah baris kedua hilang. Ini terjadi kerana tiada apa-apa yang diletakkan di antara tag <td>...</td> pada tag <tr>...</tr> kedua.

Untuk mengatasi perkara ini, anda seharusnya meletakkan ruang kosong, &nbsp; pada tempat tersebut.

data di sini
 
data di sini

-------------------------------------------
<table border=1>
        <tr><td>data di sini</td></tr>
        <tr><td>&nbsp;</td></tr>
        <tr><td>data di sini</td></tr>
</table>
-------------------------------------------

left btn right btn