Bahagian-XIII

Tip - I


  Di dalam laman ini terkandung tip-tip yang anda boleh gunakan ketika dalam proses pembikinan laman anda.

Rekaan
  • Gunakan tag-tag HTML yang boleh disokong oleh kebanyakan browser. Jangan mengarah pengunjung mengguna browser ini itu. Pengunjung tentu terasa terkilan jika browser yang digunakan lain dari apa yang dikehendaki oleh laman anda, maka dia tidak akan mengunjungi hompej anda semula.

  • Anda boleh membuat satu laman yang menerangkan pengunjung supaya pergi kepada laman-laman yang sesuai untuk browser mereka. Mereka pasti gembira kerana anda tidak mengetepikan mereka.

  • Anda juga boleh menggunakan JAVAScript untuk mengenalpasti jenis browser yang pengunjung gunakan dan kemudiannya bawa pengunjung tersebut ke laman yang sesuai.

  • Jangan semakkan laman anda dengan teks yang banyak. Terutama pada laman Utama anda, ini akan menggangu tumpuan utama pengunjung. Berikan pengunjung ruang kosong untuk merehatkan mata.

  • Untuk penggunakan teks, jangan campurkan teks yang berwarna-warni. Nampak tidak profesional. Cuba bayangkan surat khabar anda penuh dengan tulisan yang berwarna-warni

  • Ketika anda membuat rekaan hompej, lukiskan rekaan anda pada satu kertas, kemudian lihat rekaan tersebut beberapa kali sehari dalam masa 4 atau 5 hari. Jika pada hari ke-5 anda masih merasakan rekaan anda itu sesuai, teruskan dengan rekaan tersebut.

  • Jika anda menggunakan jadual, tetapkan sifat width pada tag <table> dengan nilai peratusan cth: 100%. Ini untuk membolehkan laman anda nampak kemas, walaupun menggunakan resolusi skrin yang berlainan.

  • Jadual juga berfungsi untuk mencantikkan rekaan laman web anda. Laman-laman di dalam tutorial ini direka dengan penggunaan jadual. Sila klik di sini untuk melihat rangka laman ini.

  • Jangan gunakan lagu-lagu di dalam laman anda. Walaupun menarik, kadangkala ianya menyakitkan hati pengunjung. Sebagai alternatif buatkan satu jalinan menyatakan, "sila klik disini untuk mendengar lagu"

    .
  • Jangan paksa pengunjung membuat sesuatu yang tidak digemari sebaliknya berikan pilihan kepada pengunjung.

left btn right btn