Setelah anda
selesai membuat laman-laman HTML anda. Anda
bolehlah mendaftar alamat tapak web anda di
Yahoo, AltaVista dan lain-lain. Tetapi sebelum
itu, anda perlulah meletakkan tag <meta> di antara <head>....</head>, sebagai contoh. -------------------------------
<html>
<head>
<meta name="description" content="Laman ini menerangkan tentang Bahasa HTML">
<meta name="keywords" content="HTML, Tutorial, Bahasa, Melayu">
<title>laman tutorial HTML</title>
</head>
....
....
....
....
</html>
-------------------------------
Tujuan tag meta
ini diletakkan, kerana, ianya akan digunakan oleh
enjin pencarian seperti Yahoo ataupun Altavista
untuk dimasukkan kedalam pengkalan data mereka.
Jika anda tidak memasukkan tag meta ini
kemungkinan besar, pendaftaran anda tidak akan
diterima.
Tag <meta description> digunakan tajuk laman anda
di pengkalan data mereka, manakala tag <meta keywords> akan digunakan untuk
menyenaraikan laman anda jika pengguna enjin
pencarian menggunakan perkataan-perkataan yang
anda letakkan dalam tag <meta keywords>.
Seperkara yang
anda perlu ketahui, pendaftaran anda akan
mengambil masa beberapa hari hingga beberapa
bulan, sabar. Anda hanya perlu daftar sekali
sahaja, jika anda mendaftar laman anda
beberapa kali, kemungkinan besar mereka yang
bertugas di enjin pencarian akan bengang dengan
sikap anda dan sekaligus alamat tapak web anda akan
diharamkan sama sekali berada di dalam
pengkalan data mereka untuk selama-lamanya.
Antara enjin pencari yang boleh anda gunakan :
|