
YAB DATO' DR
ABU HASSAN B. OMAR, MENTERI BESAR SELANGOR SEDANG BERUCAP PADA MAJLIS PERASMIAN SK TAMAN
CUEPACS PADA 26 OKTOBER 1998
DEWAN
SKTC
Dewan
SKTC mempunyai sejarah yang panjang. Keperluan sebuah dewan yang lengkap dan selesa telah
dirasai sejak tahun 1995 memandangkan tempat murid-murid berhimpun pada program-program
seperti Hari Anugerah Kecemerlangan, Sambutan Hari Guru, dan sebagainya.
Maka pihak sekolah dan PIBG telah berusaha mencari
jalan bagaimana boleh mengumpulkan sejumlah wang untuk membina sebuah dewan. Dengan jasa
baik YB Dato' Dr Zainal Abidin b. Hj Ahmad, Exco Kerajaan Negeri Selangor yang juga
merupakan ADUN Kawasan Dusun Tua telah dikemukakan permohonan untuk mendapat peruntukan
kerajaan negeri di bawah pimpinan YAB Dato' Dr Abu Hassan b. Omar yang menjadi Menteri
Besar ketika itu. Beliau telah bersetuju untuk merasmikan sekolah ini pada 26 Oktober 1998
dan telah mengumumkan kelulusan peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM75 ribu.
Di samping itu kutipan derma daripada kalangan
korporat, ibu bapa, guru-guru, dan para dermawan telah dijalankan. Sebanyak RM25 ribu
telah berjaya dikumpulkan. Antara para dermawan yang telah memberikan sumbangan adalah:
1. Tn Hj Ali Aspar b. Amat Diron (RM2000.00)
2. H.H.Liew, Pustaka Rakyat (RM2000.00)
3. Ir Baharuddin b. Md Daham (RM1111.00)
4. En. Gurdev Singh (RM1050.00)
5. Ir Tirlochan Singh a/l Ajmer Singh (RM1001.00)
Setelah dua tahun berlalu pihak sekolah dan AJK
PIBG telah memikirkan semula bahawa kos untuk membina sebuah dewan memerlukan kewangan
yang banyak sekurang-kurangnya setengah juta ringgit maka satu keputusan telah dibuat
iaitu kita hanya mampu mengubahsuai bilik-bilik darjah yang sedia ada kepada sebuah dewan.
Dengan itu permohonan telah dikemukakan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Pihak
jabatan membenarkan pengubahsuaian itu dengan syarat tidak diubah struktur bilik-bilik
darjah tersebut dan pihak jabatan boleh menggunakan semula sebagai bilik-bilik darjah pada
bila-bila masa.
Dewan Sekolah Kebangsaan Taman Cuepacs telah
diubahsuai daripada empat buah bilik darjah dalam bulan Disember 2000. Dewan ini mula
digunakan bila sesi persekolahan tahun 2001 bermula pada awal Januari yang lalu. Guru-guru
telah dapat bermesyuarat di sebuah dewan yang selesa dengan adanya enam buah alat hawa
dingin. Selain daripada itu, dewan ini juga disediakan dengan kemudahan-kemudahan lain
seperti kerusi banquet sebanyak 500 buah dan P.A.System dengan dua buah speaker.
Semenjak awal tahun ini Jabatan Pendidikan Negeri
Selangor dan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat telah banyak kali mengadakan mesyuarat
dan taklimat seperti Pertandingan Pidato Piala Diraja dan Public Speaking peringkat negeri
pada 14 Julai 2001 lalu.
PIBG dengan persetujuan Guru Besar telah
menetapkan kadar sewa dewan ini seperti berikut:
a) Penuh:
4 jam pertama : RM 500.00
1 jam berikutnya : RM 100.00
Deposit dibayar penuh dengan tambahan RM100.00
sahaja.
b) Separuh:
4 jam pertama : RM
300.00
1 jam berikutnya : RM 75.00
Deposit dibayar penuh dengan tambahan RM 75.00
sahaja.
Syarat-syarat:
1. Mengisi borang yang disediakan.
2. Memohon satu bulan daripada tarikh
penggunaannya.
3. Mendapat kelulusan Jabatan Pendidikan Negeri
Selangor.
4. Membuat bayaran penuh berserta dengan deposit
sebanyak RM100 (jika penuh) dan RM75 (jika separuh).
5. Menjaga kebersihan dan keselamatan alat-alat
yang terdapat di dalam dewan seperti P.A.System dan
kerusi banquet. Jika dewan tidak
dibersihkan dan terdapat kerosakan pada alatan-alatan dan juga dewan
maka deposit akan
dipotong mengikut nilai kerosakan yang telah dilakukan.
Tempahan boleh dibuat melalui:
a) Telefon /Faks : 03-90742131
b) E-mail : pibgsktc2@msn.com
c Setiausaha PIBG SKTC
Sila ke laman Senarai Penempah
Dewan |