
SEJARAH SKTC 
Sekolah
Kebangsaan Taman Cuepacs dibina dalam tahun 1989 dan mula digunakan pada 2hb. Disember
1989 dengan jumlah murid seramai 635 orang, guru seramai 24 orang dan seorang staf
sokongan. Sekolah bermula dengan kelas - kelas Tahap 1 sahaja.
Sekolah ini
terletak di Mukim Cheras dalam daerah Hulu Langat, kira - kira 12 km dari Kajang. Ianya
dibina dalam kawasan perumahan Taman Koperasi Cuepacs, Cheras di atas bukit dengan
keluasan kawasan 412,256 kaki persegi.
Idea menamakan
sekolah ini dengan Sekolah Kebangsaan Taman Cuepacs datangnya daripada nama Taman
Perumahan yang diusahakan oleh pihak Congress of Unions
of Employees in the Public And
Civil Service atau lebih dikenali
sebagai CUEPACS yang terletak berhampiran dengan sekolah
ini. Taman yang dimaksudkan itu ialah Taman Cuepacs.



PEMBINAAN BANGUNAN SKTC

Guru-guru pada waktu rehat di
kantin sekolah yang baru.

En. Kasim Majid, Guru Besar
(Dua dari kiri) bersama-sama dengan pekerja am. Sekolah baru banyak kerja-kerja keceriaan
yang perlu dilakukan.

Sila ke
laman falsafah sekolah