TINTA GURU BESAR
PEMBUKA TIRAI LAMAN RASMI SKTC

![]()

PUAN
ADONIE BT. ADNAN![]()
Assalamu'alaikum wm.wb. dan Salam Sejahtera.
Bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan izinNya maka laman web sekolah ini telah dapat dipancarkan ke maya yang boleh dilayari melalui URL : http://www.oocities.org/sktccuepacs/HOMEPAGESKTC
Terima kasih kepada oocities.com yang telah memberi laluan kepada laman web SKTC dapat disiarkan melalui internet ke seluruh dunia. Tidak lupa saya mengucapkan terima kasih kepada En. Vijaya Kumaran K.K.Nair, Ketua Biro Pendidikan, PIBG Sessi 1998/99 lalu yang telah memulakan pembinaan laman web ini. Dan terima kasih kepada En. Mohd Hashim b. Misron, Ketua Biro Pendidikan Sessi 1999/2000 dan 2000/2001 yang telah meneruskan usaha-usaha terdahulu.
Kepada Tn Hj Ali Aspar b. Amat Diron, Yang Dipertua PIBG sejak 1995 hingga kini, diucapkan terima kasih yang tidak terhingga di atas dorongan dan kesungguhan beliau untuk melihat laman web ini menjadi kenyataan. Beliau telah diberi penghormatan untuk melancarkan laman web edisi awalnya sempena Mesyuarat Agung PIBG ke-9 pada 4.02.2001 lalu.
Terima kasih juga patut diberikan kepada PKG Cheras yang telah mendaftarkan laman web SKTC ini pada 23.05.2001 lalu.Sesungguhnya era globalisasi ini memerlukan komitmen daripada setiap orang yang terlibat dengan tugas yang murni ini. Saya mengucapkan terima kasih kepada En. Said b. Musa, Setiausaha Jawatankuasa IT dan En. Mohamed Thani b. Abdullah, Guru Data sekolah ini yang telah dengan gigihnya dan bersungguh-sungguh telah berjaya membina laman web ini dengan jayanya.
Dunia tanpa sempadan yang dilalui oleh warga dunia pada alaf baru ini mendekatkan yang jauh, merapatkan yang renggang, dan merealisasikan alam maya yang sebelum ini tidak terjangkau oleh kita.
Semoga laman web ini akan dapat menambah sumber maklumat kepada anak-anak didik SKTC dan ibu bapa yang dahagakan maklumat tentang sekolah ini yang menjadi milik kita semua.
Akhirnya saya berdoa agar kita diberikan kekuatan dan petunjuk untuk mendidik anak-anak bangsa di era globalisasi dan siber yang penuh dengan cabaran ini agar menjadi warganegara yang berwawasan dan insan yang cemerlang.
Sekian.
KUALITI ASAS KECEMERLANGAN
Yang ikhlas,
PN ADONIE BT. ADNAN
GURU BESAR,
SK TAMAN CUEPACS.
Tarikh : 4 Julai 2001
![]()
ABC
UNTUK
SKTC![]()
![]()
Aduhai SKTC.........
Budi dikenal ilmu diamal
Cogankata pegangan semua
Dikembangkan potensi diri
Emosi, Jasmani, Rohani, dan Intelek
JPN merangkum semua
Guru penggerak, pembentuk generasi muda
Harmonis dan seimbang
Insan dihajati
Jitukan semangat
Kecemerlangan direalisasikan
Latih........Bimbing...........Lazimlah sudah
Medan ilmu sama berjuang
Namun.........ingat sentiasa
Orang berbudi kita berbahasa
Pasti........hidup dihormati
Quran pedoman hidup
Rasul pemimpin zaman
Sembilan cabaran kita sambut
Tanamkan azam bulatkan tekad
Usah leka jangan alpa
Visi perlu jelas
Wawasan usah kandas
X-ray.............Laser............Teknologi kini
Yakin boleh pasti boleh
ZERO-DEFECT matlamat dituju.