Assalaamualaikom
Warohmatullahi Wabarokaatuh.
Kepada Badrul Aziz Mohamad,
Aku nok mitok maaf
banyok-banyok dengan mu. Mungkin suatu masa dulu,aku
tersilap cakap atau terkasar bahasa membuat mu marah kat aku.Ini
cerita lama,masa kita kecik-kecik. Kita satu kelas dari Form 1
sampai Form 5. Bersama-sama Halim dan Ferdinand Bakri Yusoff (Jubir),
kita sama-sama ke SM Teknik Terengganu. Mesti ada banyak kenangan
bersama.
Kepada Abdul Majid Omar (Majid),
Aku nok mitoh maaf
banyok-banyok dengan mu kerana dulu (masa belum baligh),aku selalu
panggil mu Majid ‘EELing’,walaupun aku tahu,yakin dan pasti
yang mu bukannya Majid ‘EELing’. Mungkin nama mu yang serupa
itu membuat aku mengambil kesempatan terhadap mu.Harap mu pun juga
tidak ‘mureh’ kepada aku.
Sekali lagi aku mohon ampun dan
maaf.
Kepada Fadzullah Suhaimi,
Tidak terkira ucapan terima
kasih saya terhadap saudara. Usaha murni yang tuan lakukan
membolehkan saya menghubungi kembali sahabat-sahabat yang telah
begitu lama ‘hilang’. Ini, saya serahkan kepada Tuhan.
Saya sebenarnya tidak kisah
sangat pasal nama Mr.Muthu. Saya pasti saudara lebih tahu kerana
saudara di SM Kamil lebih lama.
Saya mula belajar di Kamil 2
pada tahun 1972.Di SM Kamil mula tahun 1974 di kelas P.
Bersama Abdullah Sani Mohamad (Pok Loh),Emlee,Nik
Hamasholdin (‘Gudin),Aminuddin Latiff (Amin),Azman
Mokhtar,Abdullah Sani Musa,Chua Boon Seong (Bocong) dan ramai lagi
termasuk Allahyarham Rahim Samoth Yaacob Thomas.
Saya juga mengenali ramai
teman-teman dari kelas Q,R,S dan T termasuklah Allahyarham Harris
Zakaria.
Nama sebenar Mr.Muthu yang saya
tahu ialah MUTHURATINABARATHI. Itu yang saya tahu. Mungkin ada
rakan-rakan lain yang boleh bagi pengesahan.
Cerita-cerita Mr.Muthu dan
Majid ‘EELing’ ini tidak akan dapat saya lupakan. Saya akan
bawa kenangan ini ke mana juga saya pergi kerana ianya adalah
sebahagian daripada hidup saya. Banyak lagi kisah-kisah lain
contohnya Ustaz Zainal Abidin dan S.A.John.(Saya sendiri sudah
tidak pasti nama S.A. sebelum John.).
Alangkah seronoknya sekiranya
kenangan-kenangan ini dapat saya imbaskan kembali dengan
rakan-rakan yang bersama-sama saya di SM Kamil.
Kepada para sahabat yang
lain,saya akhiri dengan sebuah
rangkapan kata-kata dari majalah PERIBADI yang saya kutip agak
lama dahulu.
Kepada mereka yang pernah
kukenal,
dan pernah kuperbuat salah.
Aku mohon ampun segala dosaku
Dan aku ampunkan segala dosa
kalian.
Wassalam.
|