MENJADI
PELAJAR CEMERLANG “Menjadi
cemerlang bukan secara kebetulan. Ia adalah hasil dari usaha yang
bijaksana.” TINDAKAN HARIAN
Petua:
Paling minimum:
20
minit ulangkaji pelajaran semalam 1 jam
belajar(study) pelajaran hari ini 20 minit
bersedia apa yang akan belajar esok Masa
utama (prime time) untuk perkara utama (prime things) Tentukan
masa utama Mustahak
lwn Segera (the important vs urgent)
Selesaikan yang mustahak sebelum ia jadi segera (urgent) “JANGAN
SABOTAJ DIRI SENDIRI< TOLONG DIRI SENDIRI UNTUK CEMERLANG” TINDAKAN 1 : Ulangkaji
Ulangkaji segera selepas belajar
1 atau 2 minggu kemudian
Strategi
5 F’s: 1) Fix, 2) Flip,
3) Familiarize, 4) Focus, 5) For mastery. 1)
Fix – sebelum belajar tetapkan masa dan jumlah yang
hendak dipelajari. Ada matlamat ada komitmen. 2)
Flip – mendapatkan gambaran keseluruhan yang hendak dipelajari
(overview). ‘Flip through the pages of the chapter’ – mendapatkan
hubungkait antara tajuk utama dan sub-topik. 3)
Familiarize – mendapatkan kefahaman – inilah bahagian active
learning. Jangan tinggalkan bahagian Pengenalan/Konsep utama, Summary/Ringkasan
dan Soalan latihan. Boleh menjawab soalan = faham. 4)
Focus – tumpukan minda kepada details, membuat nota,
menyediakan kata kunci.Gunakan magic colours untuk nota atau
underline, membuat rujukan dari sumber lain. Semak syllabus
adakah apa yang dipelajari meliputi sukatan. Selepas belajar antara 25
– 40 minit berhenti seketika (20 saat – 3 minit) untuk
memberi peluang kepada otak mengintegrasikan maklumat. 5)
For mastery – Uji sejauh mana kefahaman anda. Jawab soalan
mengenai topik yang di pelajari. Sesuaikan jawapan dengan skima
pemarkahan. TINDAKAN
3 : Bersedia Bersedia
bermakna membuat persediaan untuk pelajaran dalam kelas esok/hari
berikutnya. Ketahui topik yang akan dipelajari, bersedia dengan soalan
untuk ditanya kepada guru, dengan cara demikian anda boleh memberi lebih
tumpuan kepada pelajaran. Kaedah: Flip
sepintas-lalu topik dan sub-topik. Baca sepintas lalu Pengenalan atau
Konsep. Lihat summary dan soalan. Lihat contoh-contoh dan gambarajah
serta bina konsepsi awal terhadap tajuk berkenaan.
PELAN PEMBELAJARAN Satu garis panduan untuk pelajar menggunakan “Program Menjejak Impian” dan melaksanakan latihan kendiri. Rasional 1. Pelajar SMK Clifford berbeza dari pelajar sekolah-sekolah lain dari segi prestasi dan motivasi diri. Mereka adalah pelajar terpilih berdasarkan prestasi cemerlang dalam penilaian terdahulu. 2. Pelajar cemerlang ini harus tahu cara-cara belajar sendiri selain daripada bergantung semata-mata kepada pengajaran guru di bilik darjah. 3. Prestasi cemerlang perlu dikekal dan dipertingkatkan dalam penilaian yang akan datang supaya warga Clifford menjadi warga negara yang cemerlang. 4.
Masuk ke SMK Clifford tidak menjamin kecemerlangan jika ia tidak
diusahakan. Untuk mencapai kecemerlangan, mestilah melalui usaha yang
cemerlang juga. 5.
Ayuh! mulai dari sekarang. Masa Itu Emas. Langkah-langkah 1. Mulakan dengan impian – setiap pelajar perlu ada impian kerjaya. Jika tidak begitu pasti minta nasihat dari guru kaunseling. Paling tidak, asas kerjaya itu hendaklah melalui pencapaian akademik sama ada Ijazah, Diploma, atau Sijil. Tetapkan sasaran anda berdasarkan tiga kelulusan ini. 2. Terjemahkan impian kepada strategi. Rujuk helaian Penilaian Akses Kendiri Pelajar untuk mempastikan prestasi yang perlu dicapai bagi mencapai impian anda. Contoh: jika hendak buat Ijazah, Matematik mestilah mencapai 4C. Terjemahkan lagi gred 4C ini bersamaan 60 markah. Ingatlah! bahawa sasaran anda dalam setiap latihan matematik mestilah tidak kurang dari 40%. Bagi subjek yang lain mungkin lain pula sasarannya. 3. Ketahuailah liputan sukatan pelajaran. Ini disediakan dalam analisis topik bagi setiap mata pelajaran. Dalam analisis ini ditunjukkan topik yang keluar dalam soalan peperiksaan 5 tahun terdahulu. Jadikan ini sebagai senarai semak apabila mengulangkaji. Tentukan topik mana yang dipelajari semasa di Tingkatan 4 dan dapatkan kembali buku teks/rujukan berkenaan. 4. Pelajar lebih mengetahui apa yang tidak difahaminya. Oleh sebab itu pelajarlah yang tepat untuk merancang pembelajaran mereka. Untuk membantu pelajar mengenal topik yang belum dikuasai, “Program Menjejak Impian” menyediakan senarai topik untuk dijadikan senarai semak. Daripada senarai tersebut kenal pasti topik yang belum dikuasai dan buatlah perancangan untuk mengulangkajinya. 5. Rancang pembelajaran mengikut ruang waktu yang ada. Jadualkan pembelajaran anda dengan memastikan semua subjek utama untuk memenuhi impian anda diberi peruntukan masa yang munasabah mengikut keutamaan. Contoh: Jika anda lemah dalam Matematik Tambahan, berikan masa lebih untuknya. 6. Sediakan sumber pembelajaran yang mencukupi. Selain dari buku teks anda perlu ada buku soalan latihan ulangkaji. Dapatkan nasihat guru bagaimana memilih buku latihan yang ada banyak di pasaran. Pilihlah berdasarkan kriteria berikut: a. Buku Latihan Topikal – kerana anda ingin buat latihan mengikut topik yang belum dikuasai. b. Buku latihan topikal yang memasukkan penerangan konsep di setiap permulaan topiknya – dengan ada penerangan ini anda tidak perlu lagi merujuk buku teks untuk memahami konsepnya. Lebih baik jika konsep ini ada menggunakan ilustrasi yang menarik. c. Penerangan konsep diikuti pula oleh contoh-contoh menyelesaikan masalah – anda boleh belajar langkah demi langkah dalam penyelesaian masalah tersebut. d. Soalan latihan yang banyak dan pelbagai aras – aras senang, sederhana, susah dan kompleks serta menggunakan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK). e.
Ada contoh jawapan f.
Ada skima pemarkahan g. Sangat baik jika ada ruang untuk merekod prestasi latihan anda. 7. Laksanakan Latihan Kendiri. Fokuskan kepada topik yang belum dikuasai sahaja. Gunakan analisis soalan untuk menentukan keutamaan topik dalam peperiksaan. Berikan tumpuan kepada topik yang keluar pada setiap peperiksaan. 8. Jangan lupa markah yang menjadi sasaran bagi setiap subjek. Jika markah sasaran ialah 80 (1A), maka setiap latihan yang anda lakukan hendaklah mencapai 80%. Contoh: Jika anda menjawab soalan yang markah penuhnya 10 markah, maka jawapan anda mestilah mendapat skor 8 markah (80%). Jika markah diperolehi kurang dari 8 maka anda perlu mencari sebab kekurangannya. Selagi anda tidak mendapat markah yang disasarkan maka ini bermakna anda belum menguasai topik berdasarkan prestasi yang anda kehendaki. Ulangi latihan mengenai topik yang sama. 9. Pelbagaikan aras soalan supaya meliputi aras senang, sukar dan kompleks supaya prestasi pencapaian anda boleh dipercayai (reliable). Jika hanya menjawab soalan aras senang, anda pasti mendapat prestasi 80% tetapi sebenarnya anda masih tidak menguasai topik berkenaan. Pelajar cemerlang ialah pelajar yang boleh menjawab soalan susah, inilah yang membezakan mereka dari pelajar lemah. 10. Gunakan skima pemarkahan. Lihat agihan markah bagi setiap fakta. Jawapan yang panjang untuk markah yang banyak. Dapatkan markah penuh bagi pecahan markah yang kecil. 11. Konsultasi dengan guru jika menghadapi kesulitan. Kebiasaannya semasa belajar dalam kelas anda tidak suka bertanya, tetapi setelah membuat latihan kendiri anda pasti ada soalan yang hendak ditanyakan kepada guru. “Segan bertanya sesat jalan”. Anda tidak akan sampai ke matlamat yang disasarkan jika terus mengamalkan sikap ini. 12. Rekodkan latihan dan skor latihan. Untuk tujuan semakan prestasi sendiri dan semakan oleh guru, pelajar harus merekodkan perkara berikut: a. Tarikh latihan b. Topik / sub-topik c. Amaun latihan d. Skor berbanding sasaran “Usaha anda adalah ibarat suatu perjalanan menuju ke suatu destinasi yang anda sangat pasti jaraknya. Anda bersedia dengan kelengkapan yang mencukupi untuk sampai ke destinasi tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan. Dalam perjalanan anda sentiasa membuat semakan tentang dimana anda sekarang, pukul berapa sekarang dan sejauh mana lagi destinasi anda. Anda membuat penilaian sama ada tempoh dan bekalan masih mencukupi atau tidak. Anda mengisi minyak dan mencepat perjalanan. Akhirnya anda sampai juga ke destinasi tersebut dan bertemu dengan yang anda kasihi.”
Bayangkan jika anda tidak sampai, dimana silapnya?
|