NOTA BIMBINGAN STPM 2000
KOMPUTER
1. Manfaat teknologi
komputer
(a) Kemajuan sistem pengurusan
dan pentadbiran
- Ini kerana
komputer merupakan satu alat elektronik yang boleh menyimpan maklumat yang
banyak dengan cara yang teratur serta dapat diproses dan dikeluarkan dalam masa
yang singkat.
- Teknologi komputer bukan sahaja dapat menjimatkan
masa,ruang dan tenaga manusia, bahkan meningkatkan kecekapan pengurusan
sesebuah organisasi. Sebab itulah banyak agensi kerajaan dan swasta menggunakan
komputer untuk menyimpan rekod dan menganalisis data-data penting yang
berkaitan dengan butir-butir kakitangan serta hal-hal pentadbiran dan
pengurusan.
(b) Kemajuan sektor
perindustrian
- Barang yang
dihasilkan dengan menggunakan komputer bukan saja lebih banyak dan lebih cepat,
tetapi juga lebih menjimatkan masa berbanding dengan keupayaan semulajadi
manusia. Ini penting terutamanya di negara-negara maju yang mengalami masalah
kekurangan tenaga buruh.
- Teknologi komputer dapat menjamin kualiti barangan yang dikeluarkan.
Komputer boleh menguji mutu barangan dengan tepat dan pantas daripada yang
dapat dilakukan oleh tenaga manusia.
- Komputer boleh membantu manusia melaksanakan kerja-kerja
yang sukar dan merbahaya kepada kesihatan dan keselamatan pekerja. Misalnya
robot yang dikawal oleh komputer digunakan untuk memasang kereta atau
menjalankan kerja-kerja yang terdedah kepada bahan pencemaran dan radioaktif.
Maka jelaslah bahawa penggunaan
komputer merupakan asas untuk perkembangan industri perkilangan.
(c) Kemajuan kesihatan
- Tujuannya untuk
membantu doktor membuat diagnosis sesuatu penyakit. Sebabnya komputer boleh
memproses butir-butir peribadi mengenai pesakit dan seterusnya mendiagnosis
jenis penyakit yang dihadapinya. Komputer juga boleh memberi maklumat tentang
jenis ubat yang paling sesuai untuk merawat penyakit berkenaan.
- Dalam rawatan
kesihatan khasnya semasa pembedahan, teknologi komputer telah memberi sumbangan
yang besar dari segi melicinkan kerja pembedahan. Umpamanya bacaan denyutan
jantung dan analisis gambar sinar-X pesakit boleh dibuat secara serta-merta
dengan peralatan komputer. Ini membantu menjamin kejayaan sesuatu pembedahan
dan keselamatan pesakit.
(d) Kemajuan sains dan teknologi
- Pelancaran satelit
yang dikawal oleh komputer dapat mengumpul data-data penting mengenai
persekitaran bumi.
Maklumat ini kemudian dianalisis
dengan segera oleh komputer untuk menghasilkan keputusan kajian yang tepat
tentang keadaan cuaca, seperti halaju angin dan kelembapan sesuatu kawasan.
Ramalan kajicuaca yang lebih tepat ini membantu manusia untuk bersiap sedia
menghadapi sebarang ancaman malapetaka seperti banjir dan taufan.
- Di samping itu
satelit yang bergerak di bawah kawalan komputer juga dapat memajukan sistem
telekomunikasi.Maklumat dari sesuatu kawasan boleh dihantar ke seluruh dunia
dengan pantas. Ini juga yang membolehkan sesuatu acara sukan atau pertandingan
disiarkan secara langsung ke segenap pelosok dunia.
(e) Kemajuan pendidikan
- Komputer merupakan
alat bantuan mengajar yang penting. Ia bukan sahaja dapat menyampaikan
pengajaran dalam bentuk yang sistematik, malahan diiringi dengan muzik dan
gambarajah serta bahan grafik yang menarik. Teknik pengajaran begini pasti akan
menarik minat para pelajar terhadap pelajaran.
- Komputer juga
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran, kerana pelajar boleh mempelajari
sesuatu pelajaran secara individu melalui program-program komputer yang
disediakan. Dengan adanya program tertentu, segala arahan dan peraturan
pelajaran disampaikan dengan jelas. Maka pelajar boleh belajar di mana-mana
sahaja dengan berpandukan arahan itu.
- Satu lagi
keistimewaan dalam pembelajaran menerusi komputer ialah segala kesalahan yang
dilakukan oleh pelajar boleh dikesan dan diperbetulkan dengan serta- merta oleh
komputer. Dengan cara ini keberkesanan pembelajaran dapat ditingkatkan.
2. Kesan penggunaan
komputer dalam pendidikan
(a) Alat bantu mengajar berkesan, misalnya program pembelajaran
dengan bantuan komputer (CAI).
(b) Memudahkan kerja rutin supaya guru boleh tumpukan lebih perhatian
ke atas masalah disiplin, pelajaran dan lain- lain hal pelajar - meninggikan
produktiviti guru.
(c) Pendidikan jarak jauh.
(d) Mempertingkatkan kecekapan pengurusan, sekolah, jabatan
pendidikan dan seterusnya seluruh sistem pendidikan negara.
(e) Perpustakaan berkomputer.
(f) Penukaran konsep pendidikan dari yang lama kepada kebolehan
mencari maklumat, menganalisis dan menilai sebagai tanda kecerdikan.
3. Kesan-kesan negatif.
(a) Menyebabkan manusia semakin bergantung kepada alatan -
hilang upaya dan lekas bosan
bila hadapi masalah yang perlukan pemikiran mendalam.
(b) Jenayah kolar putih dengan teknologi canggih (komputer)semakin
menjadi.
(c) Keselamatan negara / syarikat swasta boleh tergugat jika rahsia ketenteraan
dan lain-lain yang tersimpan dalam komputer itu terbocor.
(d) Komputer digunakan untuk mencipta alat perang canggih yang
mempunyai kuasa memusnah yang besar.
(e) Komputer seperti alatan teknologi lain hanya memanfaatkan mereka
yang berkebolehan dan berkeupayaan
meluaskan jurang kekayaan dalam masyarakat.
(f) Komputer mengambilalih kerja orang ramai - pengangguran.
(g) Teknologi komputer menyebabkan sifat invidualistik para generasi
muda.
Soalan :
1. Negara-negara yang tidak
menggunakan komputer akan ketinggalan dalam bidang ekonomi. Sejauh mana anda
bersetuju ?
2. Komputer menjamin kebahagiaan
hidup manusia. Bincangkan.
3. Penciptaan komputer (alat
mikroelektronik) sama dengan revolusi perusahaan dalam mewujudkan satu jenis
tamadun manusia yang baru. Bincangkan.
4. "Komputer adalah lambang
pemodenan dan kemajuan. Ini kerana komputer memainkan peranan penting dalam
pelbagai
bidang kehidupan seperti
ekonomi, pentadbiran, perubatan,
perindustrian, pendidikan dan
lain-lain. Tetapi jika teknologi komputer disalahgunakan, ia akan menimbulkan
pelbagai implikasi negatif yang mengancam kehidupan.
Bincangkan peranan komputer
dalam kehidupan manusia pada zaman moden ini.
HIDROFONIK
"Kaedah penanaman
hidrofonik telah mula diperkenalkan di negara ini. Kaedah ini tidak memerlukan
ruang tanah yang luas manakala mutu yang dihasilkan setanding dengan kaedah
penanaman biasa".
Pada pendapat anda wajarkah
kaedah pertanian tersebut dipraktikkan secara meluas di negara ini ?.
Pengenalan
1. Jimat tanah.
2. Bersih
3. Mudah kendali, kos rendah.
4. Usaha individu.
5. Hutan disimpan.
Penutup
Corak pertanian hidrofonik masih baru di
Malaysia. Ia merupakan satu kaedah penanaman tanpa menggunakan tanah kerana
tanaman ditanam di atas rak-rak manakala bahan-bahan keperluan dibekalkan oleh
cecair yang diadun secara khas. Sebenarnya, pertanian hidrofonik ini mempunyai
potensi yang besar dari segi ekonomi. Kaedah penanaman ini boleh membawa satu
revolusi dalam pertanian di negara ini.
Kaedah penanaman hidrofonik patut
diusahakan secara meluas kerana kaedah ini membawa pelbagai kebaikan dan
kemajuan. Pertama, cara pertanian ini terbukti menjimatkan ruang. Jumlah
tanaman yang dapat diusahakan menjadi berlipat ganda dalam kawasan yang tidak
begitu luas kerana rak-rak boleh dibina bertingkat-tingkat. Ini membawa harapan
kepada petani yang mempunyai jumlah tanah terhad. Hasil tanaman mereka dijangka
meningkat sekiranya pertanian jenis ini diusahakan.
Selain itu, kaedah tanaman ini juga
merupakan satu kaedah pertanian yang menjamin kebersihannya. Oleh sebab tanah
tidak diperlukan, banyak penyakit tumbuh-tumbuhan seperti penyakit akar dapat
dielakkan. Dengan itu cara penanaman ini menjanjikan satu kadar tumbesaran yang
lebih cepat dan sihat. Pada masa yang sama, mutu tanaman akan turut meningkat.
Di samping itu, corak pertanian
hidrofonik mudah dikendalikan. Penyiraman tanah tidak perlu dilakukan setiap
hari. Air yang mengandungi pelbagai nutrien hanya perlu ditambah apabila aras
air pada rak-rak turun ke suatu tahap tertentu. Kandungan nutrien dan zat-zat
makanan lain dapat diadun dengan mudah mengikut keperluan jenis tanaman yang
ditanam dan ia boleh disalurkan kepada rak-rak melalui paip. Pengemburan
racun-racun serangga senang dijalankan dengan belanja yang minimun kerana
pembaziran dapat dikurangkan. Pendek kata, kos pengedalian tapak tanaman akan
dapat dikurangkan dengan pengenalan pertanian secara hidrofonik.
Oleh sebab kaedah hidrofonik memerlukan
ruang yang sedikit, rumah-rumah khas dapat dibina. Tanam-tanaman hawa sederhana
seperti daun salad dan tomato dapat
diusahakan di dalam rumah-rumah ini. Ini merupakan satu kemajuan satu kemajuan
dari segi pertanian yang boleh mengurangkan pergantungan kita kepada import
sayur-sayuran dari luar negeri. Selain itu, kaedah hidrofonik ini boleh
dipraktikkan juga oleh orang ramai bagi pelbagai jenis tanaman di halaman
rumah. Dengan cara ini orang ramai boleh mendapat sebahagian daripada bekalan
sayur-sayuran mereka melalui usaha sendiri.
Walaupun Malaysia masih mempunyai kawasan tanah dan hutan yang
luas tetapi khazanah ini harus dipelihara.Dengan mempopularkan kaedah tanaman
hidrofonik, kawasan hutan tidak perlu ditebangkan secara keterlaluan untuk
menyediakan tanah pertanian. Langkah ini akan mengelakkan pencemaran dan
menjamin keharmonian sisten ekologi.
Kaedah pertanian hidrofonik menjanjikan
harapan yang begitu tinggi. Hasil pertanian negara, khasnya sayur- sayuran akan
bertambah untuk menampung penduduk dan seterusnya mengurangkan pengimportan
sayur-sayuran dari luar negeri. Bidang pertanian Malaysia akan memasuki satu
era baru dengan bantuan kaedah pertanian ini.
PEMINDAHAN TEKNOLOGI
1. Usaha mengimport atau membawa
masuk peralatan dan pengetahuan seperti kemahiran, tatacara dan teknik asing
demi meningkatkan daya
produktiviti industri tempatan.
2. Mengapa perlu ? Faktor-faktor
menyebabkan pemindahan teknologi.
(a). Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran tenaga kerja
tempatan lalu membaiki kualiti hidup mereka.
(b). Teknologi moden seperti komputer dapat mempercepatkan
pemprosesan data-data dan
jentera-jentera seperti mesin menuai dapat mempercepatkan pengeluaran hasil
pertanian ataupun hasil perkilangan.
(c). Mempercepatkan pembangunan industri dalam negara dengan
mengujudkan pertumbuhan industri baru dalam negara misalnya, industri berat
membuat kereta nasional Proton Saga.
(d). Membuka jalan kepada pembangunan teknologi sendiri melalui
pembaikan atau pengubahsuaian teknologi yang diimport misalnya melalui teknologi
pembuatan kereta dari Mitsubishi Motor Corporation (melalui projek Proton Saga)
dan syarikat pembuatan kereta Daihatsu (melalui projek kereta nasional kedua),
anak Malaysia mungkin muncul menjadi pembekal teknologi dan maklumat mengenai
industri automobil di rantau ini kelak.
(e). Pengimportan teknologi membolehkan bahan-bahan mentah
keluaran negara dieksplotasikan
dengan lebih cekap dan sepenuhnya dengan memprosesnya menjadi barang siap. Ini
bukan sahaja membebaskan negara dari pergantungan kepada barangan siap dari
negara asing malah boleh mendatangkan pertukaran wang asing dengan
mengeksportnya.
(f). Membawa kepada perkembangan pesat dari segi kemudahan
infrastruktur seperti jalan
raya, lebuhraya, jalan keretapi, sistem telekomunikasi, bekalan elektrik dan
sebagainya.
(g). Pemindahan teknologi juga boleh wujudkan kesan rantai
positif seperti pertumbuhan sektor-sektor ekonomi lain dan membuka peluang
eksport yang baru kepada negara.Misalnya pengeksport kompenen-kompenen kereta
oleh kilang yang ditubuhkan
untuk membekalkan komponen kereta kepada PROTON.
(h). Teknologi pertanian moden seperti bioteknologi dalam
penghasilan baka-baka yang baik
dan hidrofonik dalam mengintesifkan proses pengeluaran dapat meningkatkan
pertumbuhan sektor pertanian sejajar dengan wawasan pertanian negara.
(i). Mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh dalam sektor
pertanian misalnya mesin penuai padi dalam membantu mengatasi masalah
kekurangan buruh semasa musim menuai padi. Demikian juga penggunaan teknologi
canggih seperti robot boleh mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh dalam
perindustrian.
(j). Pengimportan teknologi rumahtangga akan mempermudahkan kerja suri rumahtangga dan
membolehkan mereka menumpukan kepada kerja-kerja yang lebih
produktif seperti anak-anak atau
buat kerja sambilan. (k).Pengimportan alat rawatan perubatan boleh meningkatkan
taraf kesihatan rakyat.
(l). Berjaya sesuatu projek perindustrian misalnya kereta Proton
Saga akan mencetuskan semangat keyakinan diri di kalangan rakyat untuk
menerokai kegiatan perindustrian yang lebih besar dan canggih pada masa depan
dan mendatangkan pertumbuhan sosioekonomi yang pesat kepada negara.
ISU PEMAKANAN
1. Amalan / Tabiat pemakanan
yang mengakibatkan munculnya
pelbagai jenis penyakit.
(a). Mengutamakan perisa tanpa
hiraukan khasiat makanan.
- Kanak-kanak yang
hanya memakan sesuatu jenis makanan sahaja misalnya daging akan mengalami
kekurangan zat garam galian dan vitamin yang terdapat dalam sayur-sayuran atau
buah-buahan.
- Ramai generasi
kini yang mementingkan perisa makanan sehingga banyak memakan makanan tanpa zat
dan gizi makanan seimbang.
- Kekuarangan
sesuatu zat makanan tertentu dalam badan kita akan menganggu sistem metabolisme
badan dan membawa pelbagai jenis penyakit. Kekurangan vitamin C dan kalsium
boleh mendatangkan penyakit selsema dan penyakit tulang, misalnya Osteomalasia.
Kekurangan vitamin B1 boleh membawa penyakit beri-beri. Kekurangan zat besi
dalam makanan akan mengakibatkan penyakit anemia.
(b). Memakan ikut nafsu sehingga
berlebihan.
- Memakan ikut nafsu
misalnya terlalu banyak dalam sehari
atau terlalu banyak sesuatu
jenis makanan yang tertentu boleh membawa penyakit kepada badan kita. Ini
kerana badan-badan menusia biasanya hanya memerlukan sejumlah tertentu zat
makanan sahaja. Kelebihan zat tertentu itu jika tidak dapat dibuang melalui
sistem perkumuhan akan membawa penyakit.
- Misalnya
pengambilan zat protin dan kalsium yang berlebihan melalui daging atau makanan
laut boleh mengakibatkan penyakit 'gout' atau sakit sendi. Pengambilan gula
yang berlebihan boleh mengakibatkan penyakit diabetes atau kencing manis dan
kegemukan yang boleh membawa pula penyakit jantung. Memakan terlalu lemak akan
meninggikan risiko penyakit 'stroke' dan sakit jantung atau kardio vascular.
(c) Memakan makanan yang mentah atau tidak cukup masak boleh
membawa
penyakit.
- Tabiat sesuatu
suku kaum tertentu misalnya orang Korea dan Jepun yang suka memakan daging atau
ikan mentah juga tidak baik dari segi kesihatan. Demikian juga masyarakat
Eropah yang suka makan daging separuh masak.
- Ikan dan daging
yang tidak masak sepenuhnya sering mengandungi parasit yang masih aktif.
Parasit ini boleh merosakkan tisu-tisu tertentu dalam badan dan mendatang- kan
penyakit misalnya penyakit dalam usus.
- Tabiat suka
memakan jeruk boleh meninggikan risiko keracunan makanan yang mungkin membawa
maut.
(d) Kegemaran memakan makanan terproses atau makanan segera adalah
tidak baik untuk kesihatan.
- Amalan sesetengah penduduk bandar yang sering makan makanan
segera seperti daging burger dan lain-lain adalah tidak sihat.
- Makanan-makanan
dalam tin, khususnya yang diimport amat digemari mereka yang telah biasa dengan
kehidupan luar negara. Ada pula yang memakan makanan import dalam tin ini untuk
meninggikan status mereka.
- Makanan-makanan terproses biasanya mengandungi bahan- bahan
kimia umpamanya bahan pengawet, perisa dan pewarna tiruan yang boleh membawa
penyakit barah.
- Setengah-setengah makanan terproses misalnya daging burger pernah
didapati mengandungi plumbum dan timah hitam yang berlebihan sehingga mendatang
keracunan makanan.
Faktor-faktor
penyebab penyakit lain.
- Penyakit denggi adalah diakibatkan oleh persekitaran yang
mengalakkan pembiakan nyamuk aedes.
- Budaya hidup seperti merokok, pengambilan arak boleh membawa
penyakit barah paru-paru dan penyakit yang berkaitan dengan hati kita.
- Mereka
yang mengamalkan pergaulan seks terlalu bebas,secara abnormal misalnya
homoseksual, biseksual dan pengambilan dadah dengan perkongsian jarum suntikan
pula mengalakkan wabak penyakit aids.
- Penyakit darah tinggi, sesetengah jenis barah yang ter- tentu,
diabetes pula adalah berkaitan dengan keturunan.
2. Kesan-kesan negatif
pengambilan pil-pil dan makanan berkhasiat tanpa nasihat doktor.
(a) Keracunan, misalnya :
Hipervitanirosis A bila mengambil terlalu banyak vitamin A.
(b) Abaikan makanan lain
sesudah mengambil pil-pil vitamin,misalnya seseorang yang mengambil pil vitamin
dan zat galian tidak mengambil sayuran akan mengalami masalah kesihatan kerana
kekurangan serabut dalam makanannya.
(c) Pengambilan pil
vitamin akan meningkatkan paras vitamin dalam darah dan tisu badan. Jika
seseorang iaitu berhenti mengambil vitamin tersebut, ia akan mengalami gejala
kekurangan vitamin berkenaan walaupun ia mengambil makanan seimbangan
semulajadi kerana tubuhnya tidak boleh menyesuaikan kepada keadaan penurunan
paras vitamin ini.
(d) Pembaziran sumber
kewangan kerana banyak mengambil zat- zat berlebihan yang tidak diperlukan oleh
badan melalui pengambilan pil-pil. Keadaan ini juga mengalakkan penipuan oleh
penjual atau pengusaha yang tidak bertanggungjawab. Misalnya, pati ayam Brand's
mengandungi terlalu sedikit pati berbanding dengan harganya.
(e) Kebanyakan pil-pil
vitamin adalah terbuat dari sintesis bahan-bahan kimia. Pengambilan bahan-bahan
kimia yang berlebihan adalah tidak baik untuk kesihatan badan. Kajian Prof.
Irvin daripada Universiti Texas menunjukkan bahawa bahan kimialah akan menjadi
ancaman utama kepada kesihatan manusia kelak dan kombinasi berbagai bahan kimia
juga akan menimbulkan kesan keracunan yang sebelum ini tidak diketahui (Utusan
Pengguna Sept. 1989). Misalnya, gula tiruan yang dihasilkan secara tindakbalas
kimia iaitu sakarin yang sebenarnya boleh menyebabkan barah jika terlalu
mengambilnya.
3. Langkah-langkah mengelakkan
pengambilan pil-pil dari makanan berkhasiat.
(a) Penguatkuasaan undang-undang
dan akta mengenai ubatan dan makanan - denda berat kepada pengeluar yang
memberikan penerangan palsu pada labelnya.
(b) Kempen pendidikan untuk
menyedarkan rakyat / pengguna.
(c) Perubahan sikap doktor -
menasihati pesakit tentang amalan makanan seimbang dan bukan mengarahnya
mengambil pil vitamin.
(d) Masyarakat / media massa.
PENIPISAN LAPISAN OZON
1. Akibat penipisan lapisan ozon
(a) Kerosakan lapisan ozon boleh
menjejaskan kesihatan manusia kerana pancaran ultraungu yangmempunyai gelombang
antara 290-320 namometer boleh mengakibatkan:
- Penyakit barah kulit
seperti melanoma ini disebabkan gen-gen dalam kromosom mengalami mutasi yang
menyebabkan pembahagian sel-sel yang tidak teratur.
Kajian membuktikan bahawa
pengurangan 1 peratus dalam lapisan ozon akan mengakibatkan pertambahan
sebanyak 5 peratus dalam kes penyakit barah kulit. Masalah ini lebih serius di
negara-negara barat kerana kebanyakan penduduknya berkulit putih yang lebih
peka atau sensitif kepada pancaran ini.
- Penyakit mata
Sekiranya
seseorang itu terlalu lama terdedah kepada pancaran ultraungu, dia akan
menghidap penyakit ketarak yang boleh menyebabkan buta. Penyakit ini lebih
teruk di negara-negara sedang membangun kerana penduduknya kurang mampu
membiayai pembedahan mata dan membeli cermin mata untuk mengelakkan pancaran
ini.
- Sistem imunisasi
Kajian
juga menunjukkan bahawa radiasi ultraungu boleh merosakkan sistem imunisasi
menusia, menyebabkan seseorang itu menjadi lemah dan tidak berdaya untuk
menentang ancaman penyakit seperti radang paru-paru.
- Molekul asas kepada
semua benda hidup
Pancaran ultraungu C yang
panjang gelombangnya antara 240-290 namometer pula masih belum sampai ke bumi.
Namun demikian, penyelidikan dalam makmal menunjukkan ia boleh memusnahkan
asid-asid nukleik (RNA dan DNA) dan protein yang merupakan molekul asas kepada
semua benda hidup.
Jika
kerosakan lapisan ozon kian bertambah, suatu hari nanti pancaran dijangka akan
sampai ke bumi dan mungkin pada ketika itu bumi ini akan kiamat.
(b) Kerosakan lapisan ozon membawa kesan negatif kepada sektor
pertanian.
- Radiasi ultraungu 8 boleh
mengurangkan hasil tanaman kerana ia bukan saja mengurangkan kandungan air
dalam tumbuh-tumbuhan, bahkan menjejaskan proses fotosintesis.Umpamanya, kajian
yang dijalankan oleh ahli botani Alan Teramura dari Universiti Maryland,
Amerika Syarikat, menunjukkan bahawa kandungan lemak dan zat protein untuk
tanaman kacang soya merosot apabila terkena pancaran ultraungu.
- Kerosakan ozon juga
menjejaskan industri pembalakan.
Pancaran ultraungu mengakibatkan
tumbuh-tumbuhan mengambil masa yang lebih panjang untuk membesar. Maka ini
mengurangkan pengeluaran kayu balak dan seterusnya menjejaskan ekonomi
negara-negara yang bergantung kepada industri pembekalan atau industri yang
berasaskan kayu-kayuan.
(c) Kerosakan ozon menimbulkan akibat buruk kepada hidupan laut.
- Mikroorganisma di dalam
air seperti plankton memerlukan cahaya matahari untuk hidup. Yang demikian,
plankton berada dekat dengan permukaan air dan sangat peka kepada perubahan
pancaran matahari.
- Jika mikroorganisma ini
terdedah kepada pancaran ultra-ungu yang keterlaluan, lama-kelamaan ia akan
mati. Kejadian ini akan mengurangkan sumber makanan untuk hidupan laut,
akibatnya bekalan ikan merosot dan ini sudah tentu menjejaskan sumber protein
bagi manusia.
(d) Kerosakan lapisan ozon yang semakin berleluasa akibat pertambahan
CFC akan menyebabkan kenaikan suhu dunia.
- Ekoran daripada
perubahan ini, suhu dunia dijangka akan meningkat sebanyak 5 darjah celcius
sebelum pertengahan abad yang akan datang. Perubahan ini bukan sahaja
mengakibatkan glasier di Kutub Artik dan Kutub Antartika mula cair, bahkan
menyebabkan pemanasan dan pengembangan isipadu air laut.
- Lantaran itu, menjelang
tahun 2020, pakar-pakar saintis meramalkan paras laut akan naik sebanyak 5
meter hingga 7 meter dan akan menenggelamkan kawasan-kawasan rendah seperti
Maldives, Bangladesh dan Amzon di Amerika.
2. Langkah-langkah mengawal atau membendung masalah penipisan
lapisan ozon.
(a) Mengurangkan penggunaan CFC dalam pelbagai industri.
- Penggunaan CFC dengan
banyak dalam pelbagai industri akan meningkatkan pembebasan CFC yang banyak ke
atmosfera dan selanjutnya mendatangkan kerosakan lapisan ozon.
- Pengawalan penggunaan
misalnya melalui undang-undang atau peningkatan cukai import untuk meningkatkan
kos CFC akan mengurangkan pembaziran dan penggunaannya dan seterusnya kurangkan
pembebasan CFC ke atmosfera.
- Menggalakkan dan
mengutamakan teknologi tanpa CFC dalam perindustrian misalnya alat pendingin
udara A1 Nearh yang dicipta di Taiwan dan akan dikilangkan oleh syarikat
Interlink Corporation di Malaysia.
- Kerajaan Singapura
mengharamkan penggunaan alat pendingin udara kenderaan tidak berapa lama yang
lalu adalah satu contoh yang baik ke arah ini.
(b) Meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan dalam mencari
bahan ganti kloroflokarbon (CFC).
- Mencari dan memajukan
bahan alternatif yang boleh menggantikan peranan CFC dalam pelbagai industri
tetapi tidak mendatangkan kerosakan kepada alam sekitar adalah satu jalan yang
terbaik.
- Jika tidak ada satu
bahan kimia yang dapat menggantikan semua fungsi CFC sebagai agen pembersih,
dalam industri elektronik, pendingin dalam alat pendingin udara dan agen
pengembang dalam keluaran foam, konsep beberapa bahan kimia untuk menggantikan
CFC ini boleh diamalkan.
- Contoh fungsi CFC dalam
industri foam boleh digantikan poliols lembut, metilen klorida asid formik atau
teknik `vacuum expansion', gas helium mungkin menggantikan fungsi CFC dalam
alat pendingin udara sebagai agen pendingin.
(c) Kerjasama dan komitmen antarabangsa.
- Masalah pemusnahan
lapisan ozon adalah satu masalah sejagat. Oleh itu kerjasama antara semua
negara dalam dunia untuk mengatasinya adalah perlu.
- Badan pencinta alam
sedunia dan PBB adalah berperanan penting dalam mengadakan konvesyen,
persidangan untuk menimbulkan kesedaran ketua-ketua negara yang mempunyai kuasa
esekutif dalam negara masing-masing dan melibatkan mereka secara langsung dalam
mengatasi masalah ini.
- Antara perhimpunan dan
persidangan para ketua negara dan saintis yang telah dilakukan termasuklah
konvesyen untuk melindungi lapisan ozon di Vienna pada Mac 1985, susulan dari
itu satu peraturan antarabangsa bagi menyekat dan mengawal pengeluaran serta
penggunaan CFC yang dikenali sebagai protokol telah dipersetujui. Malaysia
bersama 65 negara lain telah menandatangani perjanjian ini. Satu persidangan
antarabangsa mengenai ozon tropika dan perubahan dalam atmosfera telah diadakan
di USM pada 20-23 Februari 1990.
(d) Komitmen dan usaha peringkat nasional.
- Pihak kerajaan boleh
galakkan dan beri insentif untuk penyelidikan mencari bahan ganti.
- Mengadakan kempen dan
pendidikan untuk menimbulkan kesedaran awam tentang bahaya dan langkah yang
perlu diambil untuk masalah penipisan ozon ini.
- Menetapkan dasar dan undang-undang
bagi mengawal penggunaan bahan CFC dalam negara.
(e) Tindakan atau peranan
sebagai pengguna dalam mengawal masalah penipisan ozon.
- Galakan penggunaan bahan
ganti keluaran CFC atau halon.
- Tidak membuang sisa
barang CFC seperti peti sejuk dan alat pendingin udara yang rosak merata
tempat.
- Memberi sokongan dan
kerjasama kepada kempen galakan penggunaan semula dan pemulihan.
CONTOH PERSOALAN :
1. Industri pelancongan
negara mula mencatatkan pertumbuhan pesat sejak kerajaan memperkenalkan Tahun
Melawat Malaysia 1990. Sekali lagi
Malaysia akan menjadi tumpuan pelancong pada 1994 kerana kerajaan telah
melancarkan TMM 94. Kerajaan menganggarkan seramai tujuh juta pelancong akan
melawat Malaysia pada 1994. Hal ini diususkan oleh Y.B. Datuk Sabaruddin Chik
melalui Berita Harian
pada 8 September 1993 di Kuala
Lumpur.
Sejauh manakah industri
pelancongan ini dapat membawa kebaikan terhadap negara kita ?
Intro :
1. Industri pelancongan memberi sumbangan besar
kepada
pendapatan
negara kasar dan menjadi sumber negara
ketiga
penting selepas perkilangan dan pertroleum.
2 . Kita
menjadikan pelancong sebagai sebuah industri
mulai
pertengahan tahun 80-an sewaktu negara
menghadapi
kemelesetan ekonomi.
3. Pelancongan dikaitkan dengan kegiatan lawatan
para
pelancong
dari dalam dan luar negeri untuk pelbagai
tujuan.
Bertambahlah jumlah pelancong bererti akan
menggiatkan
usaha untuk menyediakan tempat pengi
napan,
pengangkutan, perkhidmatan dan penyediaan
prasarana
(infrastruktur) yang berkaitan.
Langkah :
1. Usaha memperdagangkan bidang perlancongan di
negara
ini
begitu menonjol sesudah ditubuhkan Kementerian
Kesenian,
Kebudayaan dan Pelancongan pada 1986 yang
diketuai
oleh Y.B.Datuk Sabaruddin Chik. Sumbangan
besar
yang diperohlehi daripada industri ini apabila
berjayanya
kita menganjurkan Tahun Melawat Malaysia
1990.
Ketika itu kita mencatatkan pekerjaan kepada
68,873
rakyat negara ini.
2. Kerajaan melalui Kementerian
Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan
sekali
lagi pada tahun 1994 akan menganjurkan Tahun
Melawat
Malaysia ke-II dengan tema
"FASCINATING
MALAYSIA - NATUARALLY MORE IN 1994."
Kita
akan memperohlehi lebih kurang 5 billion ringgit
sepanjang
tahun itu dan 7 juta pelawat asing.
Sumbangan :
1. Mempelbagaikan dan menggalakkan pertumbuhan
ekonomi.
Kesan daripada berkembangnya,
industri-industri yang menjadi sampingan seperti bidang perhotelan juga telah
dimajukan. Pada 1985, sejumlah 32,835 bilik penginapan disediakan oleh 825
hotel di seluruh negara. Ini menunjukkan bahawa industri pelancongan yang
berasaskan perhidmatan menawarkan pilihan pertumbuhan ekonomi yang sebelum ini
dikuasai oleh industri pertanian dan perkilangan. Banyak hotel baru yang
berbintang 5 telah dibina akibat industri pelancongan. Hotel-hotel ini dapat
menambahkan sumber pendapatan negara.
2. Menyelamatkan peraliran ke luar.
Menggalakkan pertukaran wang
asing negara. Usaha untuk menggalakkan kedatangan pelancong asing tidak
seharus- nya membelakangkan sumbangan pelancong tempatan.
Kemudahan-kemudahan yang
disediakan akan dapat dinikmati sama oleh pelancong tempatan. Perdana Menteri
ketika melancarkan khidmat Feri Melaka ke sebuah wilayah Indonesia, mengatakan
rakyat negara ini berbelanja lebih 200 juta ringgit untuk kegiatan pelancongan
di luar negeri. Menurut Perbadanan Penggalakkan Pelancongan, lebih daripada 72
peratus pelancong asing ke Malaysia terdiri dari golongan profesional dan
bertaraf pengurus. Ini secara tidak
langsung mencerminkan hakikat
bahawa mereka adalah orang-orang yang berada dan akan berbelanja besar ketika
di negara ini. Justeru itu cukup wajar kalau ini diberi perhatian kerana akan
memberi kesan positif terhadap pertukaran wang asing.
3. Mengurang kadar pengganguran.
Berkembangnya industri perhotelan,
pertambahan agensi- agensi pelancongan dan perhidmatan bas-bas persiaran adalah
antara kegiatan yang memerlukan ramai pekerja.
Ini termasuklah jawatan untuk
diisi oleh para pemandu pelancong. Contoh, sejak tahun 1985, perkembangan
industri perhotelan sahaja telah menghasilkan kira-
kira 6,000 peluang pekerjaan dan
jumlah itu terus meningkat setiap tahun. Hotel juga memerlukan ramai pekerja
dan pelayan bagi membantu.
Keburukan :
1. Kebudayaan kuning.
Kita perlu mengambil kira
kebimbangan berbagai-bagai pihak di samping bersedia untuk menghadapi
berbagai-bagai kesan yang mungkin timbul seperti ancaman budaya
kuning. Para pelancong tidak
mustahil akan mendedahkan corak hidup mereka yang antaranya tidak boleh
diterima oleh rakyat negara ini. Kita juga harus berusaha agar tidak
dihanyutkan oleh arus yang akan mengakibatkan leburnya ciri-ciri kebudayaan
timur yang telah dipertahankan sejak berzaman. Mereka mungkin memakai pakaian
yang menjolok mata. Berkelakuan sumbang di hadapan pemuda-pemudi kita.
2. Pencemaran
Kebimbangan juga pernah
diutarakan oleh FOMCA di mana usaha kerajaan mengutamakan pelancong luar negeri
akan hanya menguntungkan orang luar. Pelancong tempatan pula umumnya kurang
kemampuan untuk tinggal di hotel- hotel mahal dan mewah. Kajian yang dijalankan
oleh Universiti Kebangsaan Malaysia juga mendapati bahawa pembinaan hotel dan
kondominium di pinggir laut dan
pantai telah menimbulkan masalah
pembuangan najis.
Pencemaran mungkin sahaja akan
berlaku akibat saluran paip najis dihalakan ke laut atau pantai berkenaan.
3. Sikap dan berfikiran hamba.
Kemajuan industri pelancongan
juga tidak mustahil akan melahirkan masyarakat yang berfikiran hamba dan
bersikap rendah diri. Suasan itu boleh wujud kerana layanan yang
berlebih-lebihan terhadap para pelancong sehingga mereka dianggap 'raja'.
Masyarakat akan tunduk kepada mereka kerana ingin memberi perkhidmatan yang
baik. Perkembangan industri ini juga akan menggalakkan pertumbuhan kelab sosial
dan kasino yang nyata bercanggah dengan prinsip islam dan norma-norma
masyarakat yang bercorak
konservatif kita.
Kesimpulan :
1. Industri pelancongan penting untuk
mempelbagaikan sumber ekonomi dan meningkatkan pendapatan negara. Kita perlu
berwaspada terhadap beberapa risiko yang akan timbul seperti penularan wabak
penyakit serius,masalah sosial yang bertali-temali dan ancaman terhadap
nilai-nilai tradisi dan murni yang
telah menjamin keharmonian masyarakat selama ini.
2. Industri pelancongan patut dijalankan dengan
perancangan yang baik dengan tidak membelakangkan tuntutan agama dan menggugat
alam sekitar.
Contoh Persoalan :
1. Sektor pelancongan penting untuk membantu pembangunan
ekonomi negara kita. Agensi-agensi kerajaan telah melaksanakan usaha-usaha
untuk menarik lebih ramai pelancong luar ke Malaysia.
Huraikan langkah-langkah yang
harus diambil untuk memajukan industri pelancongan.
Intro :
1. Malaysia kini mencapai nama sebagai satu destinasi
pelancongan terbaik. Datuk Sabaruddin Chik mengatakan kempen galakan yang
agresif telah dijalankan untuk TMN 94 dengan penekanan diberikan di Hong Kong,
Afrika, Amerika Latin dan Timur Tengah. Hasil yang dijangka ialah RM5 billion
dan 7 juta pelancong asing akan melawat ke Malaysia. (Sumber : Berita Harian, 9
Sept.1993).
Langkah :
1. Menjualkan imej ke luar negara.
Memperkenalkan Malaysia kita ke
dunia. Masih terdapat negara-negara dalam dunia ini masih belum mengetahui
kedudukan negara kita. Pihak kerajaan sendiri telah mengeluarkan belanja yang
besar bagi membiayai kos untuk memperkenalkan negara kita di seluruh dunia.
Melalui Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), kesenian dan keindahan alam Malaysia
telah dihebohkan ke luar Malaysia.
2. Tempat peranginan.
Tempat yang menarik yang
terdapat di negara kita haruslah dijaga dan dibangunkan supaya kelihatan
menarik sepanjang masa. Tanggungjawab ini bukan sahaja harus diambil oleh
kerajaan pusat bahkan harus melihat
kerajaan negeri, penguasa-penguasa tempatan dan juga pihak-pihak swasta sama ada memberikan sumbangan tenaga atau
kewangan. Penjagaan tempat-tempat menarik ini akan menggalakkan kehadiran
pelancong sepanjang musim. Kebanyakan pelancong kehendakkan satu suasana yang nyaman dan tenteram penuh dengan
kesenian untuk dinikmati.
3. Program dan aturcara.
Pelancong dari luar negeri telah
dihiburkan dengan program-program yang menarik di negara kita. Acara-acara yang
disediakan ini merangkumi aspek kesenian dan
kebudayaan tempatan agar
masyarakat pelancong akan lebih mendekati dan mendalami keperibadian hidup
penduduk negara ini. Negara kita kaya sekali dengan
pelbagai kesenian. Pertandingan bercorak tradisional juga boleh diadakan untuk
menarik penduduk tempatan serta pelancong-pelancong asing mengalami dan merasai permainan tradisi
yang kita ada. Contoh: sepak takraw, wau,gasing, perkhemahan sambil belajar.
Pelancong-pelancong akan menyedari bahawa
kerajaan kita sangat mengambil berat mengenai keadaan alam sekitar yang terdapat di negara kita.
4. Media massa.
Kementerian Penerangan perlu
mengadakan kempen secara besar-besaran. Televisyen, radio, majalah,
suratkhabar,Far Eastern Economic Review, Newsweek, Times Magazine dsb perlu
memberitakan imej Malaysia ke seluruh dunia.Risalah dan poster perlu diedarkan
dan dilekatkan di sepanjang jalan di Malaysia khususnya dan di pasaran baru
amnya. Isu ini haruslah dihebohkan
setiap kali pemimpin negara memberi ucapan dan dalam upacara perasmian. Setiap rakyat perlu tahulah hal berkaitan dengan
Tahun Melawat Malaysia 1994 ini iaitu
dari murid darjah satu sehingga mahasiswa dan mahasiswi.
5. Kebudayaan unik Malaysia.
Malaysia harus mempamerkan
kekayaan budaya unik ialah makanan tradisional, tarian tradisional, permainan
tradisional, lagu tradisional, perayaan Tahun
Baru Cina, Deepavali, Hari Raya Aidil Fitri dsb untuk menarik minat pelancong.
Hotel dan agensi pelancongan menganjurkan aktiviti berkaitan dengan kebudayaan
kita seperti pertandingan tarian tradisonal di antara pelancong yang menginap
di hotel mereka.
Kesimpulan :
1. TMM 94 akan memikat pelancong asing tinggal lebih lama di
sini kerana banyak acara yang akan dipersembahkan iaitu selama enam hari.
Kerajaan menggalakkan pertumbuhan industri pelancongan tempatan seiring perkembangan industri pelancongan
asing.
CONTOH PERSOALAN :
1. Industri kraftangan semakin popular. Ini kerana kraftangan
merupakan satu aktiviti ekonomi penting terutama di luar bandar. Huraikan
langkah-langkah yang berkesan untuk memajukan industri di Malaysia.
2. Industri kraftangan menghadapi banyak masalah. Bincangkan masalah
yang dihadapi oleh industri ini dan cadangkan cara-cara yang berkesan untuk
mengatasi masalah ini.
Konsep :
1. Perusahaan kraftangan yang dikendalikan oleh penduduk tempatan.
Satu bentuk perusahaan yang menggunakan kemahiran dan kecekapan anggota badan
untuk mengeluarkan hasil daripada bahan-bahan tempatan seperti kayu,
buluh,rotan, mengkuang dan tanah liat di samping penggunaan bahan-bahan yang
telah diproses seperti perak, tembaga,besi dan kain.
2. Hasil pengeluaran ini berupa tongkat, bakul, raga, tikar,dulang,
cawan, periuk, keris, batik, songket atau lain-lain seumpamanya. Barang-barang
ini boleh digunakan sebagai alat keperluan harian, perhiasan, pakaian dan
sebagainya.
Masalah :
1. Perusahaan yang berbentuk keluarga sahaja.
Kemahirannya diperturunkan dari
satu generasi ke satu generasi yang lain. Mereka menjalankan kegiatan ini
sebagai usaha sampingan. Tidak dipentingkan oleh mereka yang terlibat. Contoh :
perusahaan-perusahaan membuat batik, songket, bahan-bahan perak dan tembaga di
Kelantan dan Terengganu, perusahaan tekat-menekat di Perak dan perusahaan
membuat tembikar daripada tanah liat di Sarawak.
2. Perusahaan ini tinggal dalam keadaan yang mundur.
Golongan muda-mudi kurang
berminat untuk meneruskan kegiatan ekonomi keluarga ini. Sebaliknya dengan
taraf yang dimiliki serta nilai-nilai sosial yang berubah, mereka lebih
cenderung untuk bekerja di sektor-sektor yang lebih moden. Maka golongan tua
atau yang tidak berpelajaran terpaksa meneruskan usaha tersebut dengan daya
pengeluaran yang lembab dan mutu yang rendah. Ini ditambah pula dengan
ketiadaan modal yang secukupnya untuk memajukan perusahaan tersebut. Keadaan
ini bertambah tergugatnya kedudukan mereka apabila adanya persaingan yang hebat
dengan barang-barang tiruan sama ada yang diproses dalam negeri mahupun yang
diimport. Contoh : dalam perusahaan batik.
3. Masalah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.
Masalah-masalah itu ialah
pengawalan mutu, daya pengeluaran, pengurusan, penggunaan bahan-bahan mentah,
tenaga kerja yang mahir, modal dan pengeluaran barangan yang bermutu tinggi.
Kebanyakan hasil kraftangan ini dijual dengan harga yang tidak sama. Ini
menyebabkan orang ramai tidak mempercayai penjual dan mereka tidak berani
membeli hasil kraftangan terutama pelancong.
Langkah :
1. Penubuhan Perbadanan Kemajuan Kraftangan kerajaan.
Badan ini telah mengadakan
berbagai-bagai kemudahan untuk memenuhi objektif-objektif tersebut. Mengadakan
program-program latihan dalam berbagai-bagai aspek pengeluaran, kawalan mutu
dan pemasaran kepada para pengusaha dan bakal pengusaha. Matlamatnya untuk
membantu meningkatkan hasil pengeluaran dan mutu barangan kraftangan negara
ini. Bertujuan untuk memajukan, menggalakkan dan mempergiatkan pertukangan
kraftangan ke arah mewujudkan kegiatan usahawan yang teguh dan kukuh. Membuka
pusat latihan dan melatih para belia dan beliawanis yang berminat. Memberi
perhidmatan bimbingan dan teknikal dan menyebarkan maklumat berkaitan dengan
teknik pengeluaran baru, kawalan mutu, pasaran dan beberapa aspek yang
berkaitan. Hasil kraftangan ini dijual kepada pihak KEMAS untuk dinilai sebelum
dihantar ke gerai-gerai Karyaneka di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur,
kedai-kedai Perbadanan Pelancongan, hotel-hotel dan sebagainya.
2. Pasaran diperluaskan dan program latihan.
Langkah tegas yang lebih
menyeluruh perlu dilaksanakan dengan segera. Kerajaan perlu mewujudkan pasaran
yang lebih luas di samping meningkatkan lagi program latihan yang lebih intensi
dalam aspek-aspek pengurusan, pengeluaran dan kawalan mutu. Kerajaan hendaklah
juga menubuhkan pusat-pusat perusahaan tangan yang berpotensi di
kawasan-kawasan desa dengan berdasarkan kemudahan- kemudahan yang ada seperti
bahan asli, minat penduduk dan bakat yang ada di kalangan mereka. Sejajar
dengan ini, pusat-pusat latihan yang berkenaan harus diperluaskan dan
diperlengkapkan. Kemudahan-kemudahan ini hendaklah pula disusuli dengan bantuan
kredit, khidmat nasihat termasuk yang berhubung dengan pengawalan mutu dan
pemasaran.
3. PKKM telah membuat penyelidikan tentang pemasaran,
kemajuan pengeluaran, harga, pembungkusan,
pengedaran dan usaha untuk meningkatkan mutu hasil ciptaan kraftangan. Untuk
mempertingkatkan usaha ini PKKM perlu bekerja keras dan mengambil langkah untuk
menjamin hasil kraftangan negara ini memenuhi permintaan dari dalam negeri dan
luar negeri.
4. Majlis Amanah Rakyat atau MARA dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia
telah memberi kemudahan bagi mendapatkan sumber kewangan secara pinjaman untuk
mengatasi masalah kewangan dan khidmat nasihat. Pihak pemasaran telah dihantar
ke luar negeri untuk memperkenalkan hasil kraftangan kita. Tujuannya supaya
negara-negara maju dapat memberi sumbangan baik dari segi modal, teknik ataupun
kepakaran. Perbadanan Kraftangan mengharapkan negara-negara maju akan
menawarkan projek-projek usahasama dengan pengusaha tempatan untuk memajukan
industri kraftangan negara ini.
5. Pengusaha-pengusaha kraftangan tempatan perlulah berani dan
bersedia menghadapi saingan daripada pengusaha-pengusaha luar. Para pengusaha
mestilah bersikap positif,dinamik dan terbuka untuk pembaharuan dalam
pengeluaran barangan kraftangan. Kejayaannya bukan sahaja dari segi komersial
malahan dari segi kemajuan negara. Syarikat korporat juga digalakkan untuk
berkecimpung dalam industri kraftangan dengan menanam modal bagi membina kilang
kraftangan.
Kesimpulan :
1. Kerajaan bukan sahaja akan dapat membantu para pengusaha dan
penduduk desa menambahkan pendapatan dan menjamin masa depan mereka. Ini akan
membolehkan Malaysia muncul sebagai sebuah negara pengeluar hasil kraftangan
yang bermutu dan boleh menambahkan pendapatan secara keseluruhannya. Jadi,
langkah ini dalam banyak hal akan merupakan satu bentuk pelaburan jangka
panjang untuk faedah semua.
CONTOH PERSOALAN :
1. Bincangkan peranan universiti dalam pembangunan Malaysia.
Intro :
1. Dalam dunia pendidikan, pendidikan universiti merupakan kemuncak
pendidikan seseorang. Pendidikan universiti juga merupakan satu keistimewaan
bagi seseorang kerana bukan semua orang dapat menikmati pendidikan tersebut,
iaitu dapat meneruskan pelajarannya di menara gading.
2. Merupakan impian bagi setiap pelajar di sekolah. Merupakan
pasport atau tiket untuk ke arah kecemerlangan hidup.Tanda status dan kedudukan
seseorang dalam masyarakat.
Peranan :
1. Badan penyebar ilmu
Universiti
adalah bak kata pepatah `gedung ilmu' yang di dalamnya penuh dengan khazanah
ilmu yang tidak terhingga nilainya. Dengan demikian sesiapa yang berjaya ke
tahap universiti maka beerti ia telah berpeluang untuk menerokai bidang ilmu
yang maha luas itu dan kemudian akan keluar sebagai seorang ilmuan yang
berperanan untuk menyampaikannya kepada hak anak bangsa yang dahagakan
pengetahuan. Rakyat sesebuah negara akan terus maju, apa lagi bagi negara
membangun, yang selama ini jauh ketinggalan berbanding dengan negara-negara maju,
tetapi kini ia sama taraf dengan bangsa-bangsa yang telah maju di dunia ini.
Jelas menunjukkan bahawa universiti dapat mewujudkan sati masyrakat yang
dinamik dan progresif yang sanggup menerima perubahan sesuai dengan aliran
zaman.
2. Penyebaran bahasa Melayu
Memenuhi
tuntutan dan aspirasi rakyat yang ingin melihat bahasa ibunda mereka mempunyai
kedaulatan dan kedudukan yang sewajarnya sesuai dengan sifatnya sebagai bahasa
rasmi negara, iaitu menjadi bahasa ilmu yang sekaligus dapat menegakkan keperibadian
bangsa. Jadi bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar sistem pendidikan negara
seluruhnya. Menjadi bahasa penyebaran ilmu yang tertinggi di rantau ini
khususnya dan di dunia amnya.
3. Pusat untuk mengeluarkan manusia yang berkualiti, bukan sahaja berhemah
tinggi tetapi juga mempunyai kesedaran dan tanggungjawab kepada masyarakat dan
sanggup membina masyrakat yang stabil, aman damai dan bersatu padu. Tegasnya
dalam hubungan memenuhi cita-cita nasional, universiti dapat memberikan
sumbangan terhadap perkembangan dan kemajuan tenaga manusia serta berusaha
menggerakkan proses pembaharuan
dan memperkayakan di samping mempertinggikan bidang ilmu demi kemajuan bangsa
dan negara.
4. Pengumpulan tenaga manusia mahir
Dari aspek pembangunan ekonomi
negara, fungsi universiti adalah mengumpulkan tenaga manusia yang pakar dalam
berbagai-bagai bidang dan jurusan dengan tujuan supaya daya pemikiran dan
pengetahuan iktisas yang ada pada mereka itu dapat dipergunakan sepenuhnya bagi
meninggikan taraf hidup rakyat dalam negara yang makmur dan harmoni.
5. Penghasilan pemimpin
Dalam bidang politik pula,
universiti adalah tempat tapak semaian bagi melahirkan golongan intelek yang
mempunyai sikap yang rasional dan berpandangan jauh. Dapat menggerakkan dan
menyalurkan motivasi rakyat bagi menuju masa depan yang lebih cerah sambil
menjamin pemerintahan demokrasi serta memberikan hak asasi rakyat dalam sebuah
negara yang progresif.
6. Keseimbangan kerohaniah dan jasmaniah
Dapat memberikan keseimbangan
dia antara keperluan rohani dengan jasmani bagi mengatasi masalah kehidupan
yang mencabar serta kompleks dalam zaman sains dan teknologi ini. Meskipun
sains dan teknologi adalah penting tepat negara tentulah tidak akan memerlukan
golongan pakar sanis semata-mata tetapi juga berkehendakkan kepakaran dalam
bidang lain hanya dapat dihasilkan oleh universiti sahaja.
Kesimpulan :
1. Universiti penting terhadap pembangunan negara. Tidak hairanlah
peruntukan wang yang besar diberikan oleh kerajaan untuk perkembangannya.
2. Diharapkan para siswazah tidak mengabaikan harapan dan cita-cita
negara untuk mencapai Wawasan 2020.
CONTOH PERSOALAN :
1. Baru-baru ini ahli-ahli masyarakat sering mempersoalkan
kecemerlangan universiti tempatan. Mereka berpendapat kualiti siswazah yang dilahirkan
kurang bermutu. Mereka juga meragui kemampuan tenaga pengajar.
Bincangkan
sebab-sebab kemerosotan kecemerlangan ilmiah di universiti-universiti tempatan.
Intro :
1. Kini, sering dinyatakan di dalam akhbar tempatan tentang masalah
para pensyarah di universiti yang menuntut agar skim gaji dan perhidmatan
mereka dikaji semula supaya selaras dengan kerjaya mereka.
2. Benarkah masalah ini memberi kesan langsung terhadap kemerosotan
kecemerlangan universiti ? Masyarakat umum menganggapi kemerosotan mutu
akademik para graduan sebagai berpunca daripada kemerosotan dedikasi dan
kualiti pengajaran para pensyarah.
Punca :
1. Faktor sejarah
Faktor-faktor
kemerosotan ini dapat disorot melalui beberapa perkembangan pada masa-masa
lalu. Misalnya, walaupun wujud tradisi kecemerlangan di universiti-universiti
negara ini, penubuhannya lebih terdorong oleh
permintaan untuk mengeluarkan
tenaga mahir yang mencukupi bagi memenuhi keperluan pembangunan ekonomi,
politik dan sosial negara. Penubuhannya bujanlah berdasarkankomitmen yang penuh
untuk mencapai kebenaran dan ilmu pengetahuan semata-mata.
2. Sindrom ijazah dan diploma
Secara evolusi timbullah suatu
kesan negatif di kalangan para penuntut universiti yang dikenali sebagai
`sindrom diploma dan ijazah'. Dalam hal ini, rata-rata pelajar yang berjaya
menyambung pelajaran di universiti bercita-
cita untuk mendapatkan segulung
ijazah. Aspek ilmu pengetahuan diletakkan selepas cita-cita utama tersebut.
Oleh yang demikian, ada kalanya universiti-universiti seperti ini disebut
sebagai sekolah tinggi.
3. Campur tangan pihak pemerintah
Campur
tangan pihak pemerintah dalam urusan pentadbiran universiti juga berperanan
dalam menimbulkan keresahan di kalangan para ilmuan. Misalnya, pengawalan
universiti oleh satu majlis yang dilantik oleh kerajaan. Para wakil dalam
majlis tersebut diberi kuasa untuk menentukan hala cara dan peranan bidang
akademik. Hal ini menjadikan universiti seolah-olah suatu lanjutan daripada
sebuah jabatan kerajaan. Hal inilah yang berlaku di universiti- universiti
tempatan.
4. Perlantikan pegawai utama universiti
Begitulah
juga halnya dengan perlantikan pegawai-pegawai utama universiti yang ditentukan
oleh pertimbangan politik dan ketaatan kepada ketua mereka. Perlantikan
tersebut bukanlah berdasarkan kepada kajaguhan akademik,kecekapan mentadbir
atau kekananan perhidamatan. sejajar dengan hal ini, para tenaga akademik
dikawal oleh Peraturan Tatakelakuan Kakitangan Akademik dan diberi gaji
berdasarkan tangga gaji pegawai perhidmatan awam.
5. Kehilangan minat pengajar
Implikasi
yang timbul daripada hal tersebut ialah para tenaga akademik mula kehilangan
minat terhadap tugas pengajaran dan penyelidikan yang dapat mempertahankan
kecemerlangan akademik dan kewibawaan mereka sebagai golongan intelek. Ramai
pensyarah yang berlumba-lumba untuk merebut pelbagai jawatan pentadbiran yang
dapat menjanjikan pendapatan yang lebih. Mereka mulai patuh kepada pentadbiran
dan menjalankan tugas sebagai seorang birokrat, iaitu meniru cara berpakaian
birokrat, bekerja mengikut waktu pejabat, malah ada yang membataskan peranan
masing-masing kepada mengajar di bilik kuliah ibarat guru sekolah tanpa
mengambil berat kerja-kerja penyelidikan.
Kesimpulan :
1. Kita perlu memperbaiki keadaan tersebut. Jawatankuasa khas harus
dilantik bagi merintis jalan ke arah kecemerlangan dan kegemilangan akademik
sebagai tradisi kecemerlangan universiti. Kita harus ke arah mencapai dan
menjadi sebuah universiti seperti "Harvard University" atau
"Cambridge University" di Amerika dan England.
SUMBANGAN PENDIDIKAN SWASTA
1. Definisi :
Sektor swasta
memberi sumbangan yang positif untuk memajukan pendidikan bagi mencapai WAWASAN
2020. Swasta menubuhkan sekolah, pusat akademik, kolej profesional, pusat
bimbingan dan sebagainya untuk bekerjasama dengan kerajaan membangunkan
pendidikan di Malaysia.
Contoh : Kolej
Sunway, Pusat Bimbingan Tanjung, Kolej Stamford dan Kolej Tuanku Abd. Rahman.
2. Kabaikan / Peranan
pendidikan swasta :
(a) Memberi peluang pendidikan yang lebih luas dan melanjutkan
pelajaran.
Mereka yang gagal
peperiksaan, tidak berjaya ke universiti dan memilih kursus mengikut cita rasa
sendiri akan ke sekolah swasta. Sekolah swasta mempunyai syarat kemasukan yang
lebih longgar seperti had umur dan kelulusan minima. Boleh mengatasi masalah
psikologi pelajar yang gagal dan mereka belum bersedia untuk berdikari.
(b) Pertukaran wang asing dapat dijimatkan.
Tidak perlu
membayar lebih kerana belajar di dalam negeri. Bayaran yuran yang rendah dan perbelanjaan
harian yang murah. Tempat tinggal dan makan boleh dijimatkan. Nilai mata wang
yang rendah dibandingkan dengan nilai mata wang yang lebih tinggi di luar
negeri. Berpuluh-puluh ribu pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran ke luar
negeri kerana universiti tempatan tidak menawarkan tempat yang mencukupi. Membawa kesan ekonomi yang
negatif.
(c) Pembangunan keusahawanan dan kepakaran teknologi.
Menawarkan banyak
pilihan kursus. Ada yang bercorak profesional juga. Contoh : Kejuruteraan,
Perakaunan,Perhotelan, Jahitan, Masakan, Sistem Bank, Perhiasan dan sebagainya.
Pelajar boleh memilih subjek yang diminati oleh mereka. Membantu kerajaan
menyediakan tenaga kerja yang produktif, mahir, berilmu dan berpengetahuan
untuk menyumbangkan ke arah pencapaian Wawasan 2020. Meningkatkan kemahiran
sumber manusia dan membantu kerajaan ke arah perindustrian yang maju.
Menyediakan pelajar-pelajar bagi peperiksaan London Chamber of Commerce and
Industry dan Institute of Chartered Management and Accountancy.
(d) Teknik pembelajaran yang berkesan.
Menyediakan
pendidikan yang bermutu. Kelas kecil dikelolakan dengan berhawa dingin. Lebih
ekslusif dan mengikut sistem yang paling muktahir. Mungkin menggunakan muzik
bagi menenteramkan suasana pembalajaran yang lebih tenang. Mempunyai modal yang
besar dan mampu menyediakan kemudahan pengajaran pembelajaran yang serba
lengkap. Menyediakan sistem pentadbiran yang berkesan dan profesional. Guru dan
pensyarah yang berkaliber akan dijemput untuk mengajar.
Mereka mempunyai
kelayakan yang tinggi. Sentiasa menganjur seminar yang bermutu untuk membantu
pelajar menyediakan diri untuk peperiksaan. Contoh : Kursus bahasa Inggeris
untuk peperiksaan Toefl dan A Levels.
(e) Kegiatan ekonomi yang berpotensi.
Untuk kemajuan
ekonomi yang pesat, pendidikan yang bertaraf tinggi adalah penting untuk
mencapai Wawasan 2020. Oleh itu, syarikat-syarikat besar telah mengeluarkan
berjuta-juta ringgit untuk projek pendidikan. Untuk meningkatkan taraf
profesionalme dengan menawarkan kursus-kursus yang baik demi manarik pelajar
dan mengaut keuntungan.
Contoh : MBF
Holdings memiliki Kolej Taylor. Kursus Kembar (Twinning) dengan universiti
terkemuka di dunia antarabangsa amat popular.
3. Keburukan pendidikan
swasta :
(a) Mungkin tidak mengikut falsafah pendidikan dengan 100%.
Mereka terpaksa
menyelewengan sedikit untuk menarik minat pembelajaran.
(b) Terlalu mementingkan keuntungan - bayaran yuran tinggi - orang
kaya sahaja yang mampu. Ini disebabkan matlamat akhir sektor swasta ialah
mencapai keuntungan maksima. Tiada ciri kebajikan wujud dalam perniagaan.
(c) Wujudnya penyelewengan - Sekolah swasta tutup kalau rugi.
Pelajar-pelajar yang ada terpaksa diberhentikan.
Ini akan
menyebabkan masalah kepada pelajar dan mereka terasa ditipu. Mengiklankan
tentang kehandalan sekolah swasta tetapi pada hakikatnya tidak sebegitu.
(d) Kelayakan tenaga pengajar diragui kemampuan mereka. Adakah guru
sekolah-sekolah swasta terlatih ? Mampu mereka menegaskan disiplin dan
menguatkuasakan peraturan sekolah dengan adil dan berkesan.
4. Kesimpulan :
(a) Kementerian pendidikan haruslah menyalurkan bantuan dan menyusun
cara untuk mengawal pengurusan sekolah swasta supaya selaras dengan matlamat
falsafah negara.
CONTOH PERSOALAN :
1. Tiap-tiap tahun, bilangan lepasan SPM dan STPM yang mendapat
keputusan baik dalam peperiksaan masing-masing semakin bertambah. Peluang
mereka untuk melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat yang lebih tinggi belum
terjamin memandangkan kemampuan universiti tempatan mengambil pelajar-pelajar
adalah terhad. Baru-baru ini, banyak kolej swasta telah menjalankan program
'Universiti Berkembar' dengan universiti luar negeri untuk membantu mereka yang
gagal melanjutkan pelajaran di negara kita. Sejauh manakah program Universiti
berkembar ini dapat membawa kebaikan terhadap perkembangan Pendidikan Negara.
Intro :
1. Menampung lebih ramai pelajar yang berhasrat untuk melanjutkan
pelajaran. Pertambahan bilangan pelajar yang lulus peperiksaan sama ada di
peringkat SPM dan STPM adalah jelas. Tiap-tiap universiti yang ada di negara
ini hanya berupaya untuk menerima sekitar 2000 hingga 3300 orang pelajar pada
setiap sessi pengambilan. Pelajar- pelajar ini sekurang-kurangnya dapat
mencapai hasrat mereka untuk dipanggil graduan. Dengan sumber manusia
sedemikian kita dapat membantu kerajaan mencapai Wawasan 2020.
Kebaikan :
1. Untuk membuka peluang kepada pelajar-pelajar melanjutkan
pelajaran. Program universiti berkembar di antara kolej-kolej swasta tempatan
dengan universiti-universiti luar negeri telah membantu rakyat mencapai hasrat
mereka. Penubuhan dan perkembangan program yang seumpama ini telah membuka
jalan kepada sebilangan pelajar-pelajar yang tidak bernasib baik untuk
melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan. Peluang-peluang ini telah
menyebabkan mereka menikmati kehidupan yang lebih baik pada masa yang akan
datang.
2. Melanjutkan pelajaran di dalam negeri. Corak pengendalian dan
pengajarannya berlangsung di negara ini. Keadaan ini adalah sesuai untuk rakyat
kerana mereka tidak perlu membeli pakaian tebal, membawa makanan sambal
belacan, periuk dan sebagainya. Cara kehidupan dan kebudayaan orang-orang
tempatan adalah lebih sesuai dan ini adalah satu kebaikan program berkembar.
Program seperti ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kalangan
masyarakat tempatan naumun kita harus menimbangkan beberapa aspek kebaikan
serta keburukan akibat daripada program tersebut. ini adalah satu kebaikan
program berkembar. Program seperti ini mendapat sambutan yang mengalakkan
daripada kalangan masyarakat tempatan. Namun kita harus menimbangkan beberapa
aspek kebaikan serta keburukan akibat daripada program tersebut.
3. Pengaliran wang ke
luar boleh dielakkan. Pelajar-pelajar yang ingin menambahkan tahap akademik
mereka walaupun gagal mendapat tempat dalam negeri tidak perlu lagi
mengeluarkan belanja yang banyak ke luar negeri. Mereka boleh menyertai program
ini di dalam negara ini sahaja. Dalam keadaan ini, kita tidak perlu membazirkan
wang kita di luar negara. Kos perbelanjaan untuk membiayai pendidikan di dalam
negeri lebih menjimatkan.
4. Kemahiran dan
kepakaran masuk ke dalam negara. Pihak yang menganjurkan program itu sudah
semestinya menggunakan kepakaran-kepakaran universiti yang bekerjasama dengan
mereka. Peluang-peluang bagi pelajar- pelajar yang menyertai program ini
mempelajari pelbagai teknik kemahiran sama ada dalam bidang teknologi atau ilmu
kemanusiaan. Ini juga menyebabkan pemindahan kemahiran dan kepakaran di
kalangan pensyarah. Pensyarah tempatan dapat mempelajari dan berkongsi pendapat
dengan pensyarah luar.
Kesan Negatif :
1. Penggunaan bahasa
inggeris. Institusi yang menganjurkan program berkembar dengan
universiti-universiti luar negeri menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar.
Ini tidak menepati falsafah pendidikan negara yang mengutamakan penggunaan
bahasa melayu dalam bidang pendidikan. Penggunaan bahasa inggeris di intitusi
swasta boleh menerbitkan kecenderungan pelajar-pelajar menggunakan bahasa
inggeris secara berpanjangan khususnya apabila menceburi sektor pekerjaan.
Mereka lebih mengutamakan bahasa inggeris.
2. Pengiktirafan
kerajaan dan swasta. Kolej swasta yang menganjurkan program yang seperti ini
dengan universiti luar negeri tidak mendapat pengiktirafan pihak kerajaan.
Mereka melakukan kerjasama ini semata-mata kerana ingin mencari untung dan
bukannya mementingkan kualiti pelajaran serta masa depan pelajar- pelajar
kelak. Pelajar-pelajar yang tamat pengajian mereka akan menghadapi masalah
mendapatkan pekerjaan kerana ijazah mereka tidak diiktiraf. Pelajar tersebut
telah membazirkan wang dan masanya selama menyertai program tersebut.
3. Yuran pembelajaran
yang tinggi. Perbelanjaan penduduk dalam negeri ternyata tinggi kerana
kolej-kolej ini mengenakan yuran yang tinggi bagi kursus-kursus yang
dikendalikan. Penduduk di negara kita masih ramai yang tidak berkemampuan untuk
meneruskan pelajaran mereka kerana kemiskinan. Mereka tidak mendapat biasiswa
kerana kolej-kolej ini adalah kolej swasta. Kolej-kolej swasta ini lebih
mementing keuntungan semata-mata. Mereka tidak berapa berminat membaiki kualiti
pendidikan pelajar.
Kesimpulan :
1. Semasa meluluskan
permit kolej swasta ini untuk mengadakan program berkembar, kerajaan haruslah
berhati- hati dengan kelemahan yang wujud. Ini demi menjaga kualiti pendidikan
yang ditawarkan.
CONTOH PERSOALAN :
1. Setiap kali menjelang musim perayaan gedung membeli-belah
mengadakan berbagai-bagai jualan murah untuk menarik perhatian pengguna dan
mengaut keuntungan yang cepat. Sebagai pengguna, kita sering terperangkap dalam
iklan- iklan yang menarik dan jualan murah tersebut. Sebenarnya, para peniaga
adalah secara halus "menipu" pengguna yang berbelanja. Bincangkan
hak-hak anda sebagai pengguna dan huraikan peranan persatuan pengguna dalam
membantu pengguna yang menghadapi masalah ini.
Intro :
1. Pengguna adalah "raja" kerana mereka mempunyai kuasa
membeli.
2. Pengguna tidak tahu hak mereka mereka sebagai pengguna dan sering
ditipu. Pengguna juga tidak bersatu-padu dalam menentang kenaikan harga
barangan.
3. 15 Mac 1992 adalah Hari Pengguna sedunia dan di Malaysia
sambutannya telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri. Oleh kerana hak pengguna
perlu dikawal, satu kementerian hal-ehwal pengguna telah ditubuhkan dan
dipimpin oleh YB Datuk Abu Hasan (1993).
Hak Pengguna :
1. Pemilihan barangan dan perkhidmatan. Memilih barangan dan
perkhidmatan secara bebas tanpa desakan, tanpa rasa takut, segan dan
sebagainya. Juga berhak mendapat penerangan atau maklumat terperinci sebelum
mengambil keputusan untuk membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan seperti
boleh bertanya, tawar- menawar, memegang dan meniliti dengan sepuas hati.
2. Perlindungan daripada bahaya. Mendapat perlindungan daripada
bahaya atau kesan-kesan sampingan semasa menggunakan barangan atau
perkhidmatan, seperti alat-alat elektrik yang merbahaya, jentera dan
sebagainya. Pengguna juga berhak menuntut gantirugi seperti menukar dengan
barangan yang baru, memulangkan semula wang, atau membayar pampasan yang lebih
tinggi.
Peranan persatuan pengguna :
1. Perjuangan hak pengguna. Peranan persatuan pengguna adalah
memperjuangkan hak-hak pengguna yang tertipu, menyedarkan pengguna terhadap
muslihat di tempat membeli belah, menjalankan kaji selidik barangan pengguna di
pasaran dan lain-lain. Persatuan Pengguna Pulau Pinang yang ditubuhkan pada
tahun 1970 adalah persatuan pengguna yang paling aktif memperjuangkan nasib
pengguna. Persatuan pengguna boleh membantu pengguna yang tertipu, tertindas,
atau yang teraniaya dengan cara menjadi orang tengah, membongkar kes-kes
penipuan dalam akhbar terutama Utusan Pengguna atau menolong menjalankan
pendakwaan di mahkamah.
2. Kajian dan pembangunan. Menjalankan kaji selidik dengan
penyelidikan yang berfaedah demi kebaikaan pengguna seperti ada sesetengah
Chewing Gum mengandungi geletin babi, ada sesetengah sabun yang menggunakan
lemak babi, tidak sesuai untuk orang Islam, burger mengandungi timah hitam yang
menyebabkan kolestrol yang tinggi dan lain-lain.
3. Kesedaran pengguna. Menyedarkan pengguna terhadap tipu muslihat
di tempat membeli belah seperti kaedah jualan murah, timbangan, mutu atau gred
barangan atau perkhidmatan, harga, tanda harga, halal dan bersih digunakan.
Melalui risalah dan buku yang dikeluarkan oleh persatuan-persatuan ini bolehlah
pengguna memahami hal-hal berkaitan dengan pengguna.
Kesimpulan :
1. Pengguna sering menjadi mangsa kerana tidak tahu hak-hak mereka
sebagai pengguna.
2. Bantuan daripada pihak persatuan pengguna adalah perlu bagi mengurangkan
masalah penipuan terhadap pengguna dan para peniaga yang mencari kesempatan.
3. Kerajaan juga perlu mengambil berat dalam hal ini kerana
melibatkan semua rakyat dan kementerian yang berkaitan dengan kepenggunaan
telah diwujudkan.
CONTOH PERSOALAN :
1. Pendirian tegas yang ditunjukkan oleh Malaysia baru-baru ini
ketika membincangkan isu-isu antarabangsa telah membawa kesan negatif dan
positif kepada negara. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini ?.
Intro:
1. Sesebuah negara yang telah merdeka, adalah wajar menggunakan
konsep "Kedaulatan".
2. Malaysia sebagai negara berdaulat dan dihormati oleh kebanyakan
negara di dunia. Malaysia yang mengamalkan dasar berkecuali dan adalah bebas
untuk menyatakan pendiriannya dengan tegas dan berani.
Kesan negatif:
1 Hubungan Malaysia vs England (1983-1985) Hubungan Malaysia
dengan Britain renggang seketika akibat sikap radikal pemimpin kita
melaksanakan atau sekitar melancarkan "Dasar Pandang Ke Timur" dan
"mengimport barang-barang Britain sebagai langkah terakhir". Akibat
masalah ini Menteri Luar England dihantar ke Malaysia untuk berunding. Akibat
dasar kerajaan ini, kerajaan Britain dan Australia telah menaikkan yuran
mahasiswa- mahasiswi di Universiti.
2. Hubungan Malaysia-Australia-England. Awal tahun 1980an hubungan
diplomatik Malaysia dan Australia serta Britain agak rengang sedikit kerana
ketegasan badan justisari atau kehakiman menjatuhi hukuman gantung sampai mati
kepada Kelvin Barlow dan Brian Chambers kerana kesalahan mengedar dadah di
Lapangan Terbang Bayan Lepas - kedua-dua rakyat Australia. Apa yang menyedihkan
negara kita ialah tuduhan kerajaan Britain dan Australia terhadap negara
Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak berperikemanusiaan dan boleh dianggap
sebagai negara "barbarian".
3. Sistem Keutamaan Am Malaysia (GSP) Sistem Keutamaan Am Malaysia
(General System of Preferences) dengan Amerika Syarikat hampir ditarik balik
pada tahun 1991 kerana tindakan kerajaan Malaysia yang mengutuk perbuatan
Amerika Syarikat pada peringkat antarabangsa, sedangkan tindakan kerajaan kita
tersebut adalah kena pada tempatnya. Bagi Amerika Syarikat pula ugutan untuk
menarik balik "GSP" kerana mereka menuduh Malaysia tidak memberi dan
tidak menjaga hak asasi kepada para pekerja - iaitu kebebasan membentuk
kesatuan sekerja
4.Penubuhan EAEC. Tindakan tegas
pemimpin kita yang mengeluarkan idea untuk menubuhkan Perundingan Ekonomi Asia
Timur(EAEC) pada tahun 1991 menyebabkan kebanyakan negara-negara maju merasa
tidak senang, terutamanya Amerika Syarikat. Amerika Syarikat cuba memujuk dan
menyekat kerajaan Jepun daripada menyertai EAEC yang katanya merupakan satu
pakatan kerjasama ekonomi dan bukan sebagai badan penasihat atau badan
perundingan ekonomi. Bagi Amerika Syarikat, cuba mengagalkan kewujudan EAEC.
Kesan Positif :
1. Dasar Apartheid. Perlaksanaan Dasar Apartheid di Afrika Selatan
menampakkan kesan positif. Regim Afrika Selatan semakin longgar mengenakan
syarat-syarat pemerintahannya, iaitu cuba mengurangkan dasar membezakan kaum.
Sebagai contoh Parti KOngres Kebangsaan Afrika (ANC) tidak lagi diisytihar
sebagai parti haram, Presiden ANC, Nelson Mandela telah dibebaskan dan
kelonggaran kepada rakyat Afrika untuk menyertai kongres tersebut.
2. Suruhanjaya Selatan-selatan (1986). Hasil daripada sikap lantang
negara Malaysia, iaitu saranan Dr. Mahathir ketika menghadiri persidangan
Pergerakan negara-negara berkecuali (6) di Harare, Simbabwe pada tahun 1985.
Tujuan penubuhan Suruhanjaya tersebut adalah untuk mewujudkan satu bentuk
kerjasama ekonomi di kalangan negara-negara kecil dan bukan sahaja bergantung
kepada negara-negara maju. Untuk bertentangan dengan 67, diwujudkan G15 dari
kalangan negara yang menganggotai Suruhanjaya Selatan-selatan. Contoh:
Malaysia, Thai, Filipina, Singapura dll. Untuk mengatasi masalah
ketidakstabilan ekonomi negara-negara membangun. Wujudnya G15 adalah hasil
usaha Malysia pada 1990.
3. Undang-undang dadah. Ketegasan Malaysia di dalam soal dadah
menampakkan ciri yang positif, iaitu lebih banyak negara-negara lain di dunia
cuba meniru undang-undang Malaysia yang menjatuhi hukuman mati kepada
pengedar-pengedar dadah. Contoh: Singapura juga telah menjatuhi hukuman mati
kepada pengedar dadah dan kedengaran ura-ura Amerika Syarikat pun akan
menjatuhi hukuman mati kepada pengedar-pengedar dadah.
4. Dasar Pandang Ke Timur Malaysia yang melaksanakan Dasar Pandang
ke Timur menampakkan kesan yang positif kepada negara. Banyak pelabur-pelabur
Jepun membuka firma-firmanya di Malaysia.
Malaysia berjaya menghasilkan kereta nasional (Proton Saga ) dan akan
mengeluarkan kereta jenis Daihatsu
serta kereta "sport" dengan kerajaan Australia.
5. Kutukan pencerobohan
Iraq di Kuwait Ketegasan Malaysia menyatakan
pendiriannya iaitu mengutuk
penceroboh Iraq ke atas Kuwait pada bulan Ogos 1990 serta mengundi untuk
menyokong pihak bersekutu menggunakan tentera untuk menghalau Iraq keluar dari
Kuwait, sememangnya mendatangkan kesan yang positif. Untuk menjaga kepentingan
GSP antara Malaysia dan Amerika Syarikat dan untuk mengekalkan bantuan yang
sentiasa diberikan oleh Arab Saudi kepada Malaysia.
6. Pendirian Malaysia
bagi isu Kampuchea . Isu di Kampuchea berjaya diselesaikan apabila pen- dirian tegas Malaysia
dinyatakan dalam beberapa mesyuarat Agung ASEAN dan pada peringkat antarabangsa
(PBB). Hasilnya Kampuchea sekarang diperintah oleh Majlis Tertinggi Kebangsaan
Kampuchea dengan diawasi oleh Pasukan Pengaman PBB.
Kesimpulan :
1. Malaysia cuma
memainkan peranannya dalam mengamankan dunia dengan menyertai Majlis
Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
CONTOH PERSOALAN :
1. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) diwujudkan untuk menjaga
keamanan dan kesejahteraan negara-negara yang menjadi ahli. Walau bagaimanapun
sejak kebelakangan ini peranan PBB untuk mewujudkan keharmonian masyarakat
antarabangsa semakin terbatas dan kurang berkesan. Huraikan pendapat tersebut.
Intro :
1. Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa menyelamatkan dunia daripada bencana
Perang Dunia Kedua, telah membuka ruang kepada kewujudan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). PBB ditubuhkan pada Persidangan di San Francisco,
Amerika Syarikat pada 24 Oktober 1945. Keanggotaannya kini sudah melebihi 165
buah negara apabila beberapa buah bekas republik di Soviet Inuon dan beberapa
buah negara di Kepulauan Pasifik menyertainya.
Fungsi Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu :
1. Untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan dunia terutama
berusaha mencegah berlakunya perang dunia. Untuk menyelesaikan sebarang masalah
yang dihadapi oleh negara- negara di dunia dalam bidang-bidang politik, ekonomi
dan sosial.
2. Bantuan-bantuan dalam bentuk kewangan, fizikal dan kepakaran
diberikan kepada negara-negara yang memerlukannya seperti dalam bidang ekonomi,
teknikal dan sosial.
3. Struktur PBB secara umumnya dibahagikan kepada tiga badan iaitu
badan-badan utama (principal organ), pertubuhan khas dan pertubuhan cawangan.
Perhimpunan Agung, Majlis Pemegang Amanah, Majlis Ekonomi dan Sosial,
pertubuhan- pertubuhan khas yang berperanan memberi sumbangan dalam
bidang-bidang khusu termasuklah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Pertubuhan
Buruh Antarabangsa (ILO), UNESCO dan sebagainya.
4. Pertubuhan-pertubuhan cawangan pula diwujudkan atas kehendak PBB
sekiranya ada sesuatu isu misalnya Tabung kanak-kanak PBB (UNICEF), Program
Pembangunan PBB (UNDP), Pasukan Tentera Pengaman PBB di Kampuchea dan
sebagainya.
5. Tugas untuk mengendalikan keselamatan dunia diserahkan kepada
Majlis Keselamatan. Majlis ini dianggotai oleh 15 buah anggota. Lima
daripadanya anggota tetap dan 10 buah negara lagi dipilih untuk tempoh dua
tahun.
Sebab Kegagalan :
1. Salahguna kuasa VETO. Lima buah negara menjadi anggota tetap
Majlis Keselamatan (Amerika Syarikat, Rusia, Britain, Perancis dan China)
sering menggunakan kuasa Veto terhadap isu-isu yang menyentuh kepentingan
mereka. Kuasa Veto ialah kuasa pembatal atau pemutus yang diberikan oleh PBB
kepada kuasa-kuasa besar dunia dianggap istimewa. Ini kerana negara-negara
tersebut boleh mengenepikan kutukan dan kritikan dari negara-negara anggota
dalam Perhimpunan Agung PBB. Amerika Syarikat dan Rusia sering menggunakan
kuasa Veto ini untuk kepentingan sendiri. Contoh : isu pencerobohan Rusia ke
atas Afghanistan, isu Palestin dan isu pengeboman Amerika Syarikat ke atas
Libya pada tahun 1987.
2. PBB untuk kepentingan sendiri. Dalam keadaan tertentu PBB
dijadikan alat oleh negara tertentu untuk mencapai tujuan politik negara
tersebut. Kuasa-kuasa besar menggunakan PBB untuk menekan negara lain supaya
tunduk kepada kemahuan mereka. Jelas Amerika Syarikat mendesak PBB supaya
mewujudkan kumpulan pakar pengkaji nuklear yang ditugaskan oleh PBB menyiasat
senjata-senjata di Iraq iaitu kuasa baru di Timur Tengah yang boleh mengugat
kepentingan mereka. Pasukan penyiasat juga dikatakan sedang berusaha untuk
menyiasat senjata nuklear di Korea Utara. Tindakan sedemikian sebenarnya
didalangi oleh kuasa-kuasa besar.
3. Pasukan tentera menghadapi masalah. Peranan pasukan tentera
pengaman PBB juga menghadapi masalah terutama mengenai pembiayaan, diplomatik,
kebenaran negara-negara terlibat halangan PBB dan menyerang dua kampung di
Selatan Lebanon hingga menyebabkan 30 pejuang Hizbulah terbunuh, dianggap
paling hebat kepada imej dan maruah PBB. Menurut laporan, tentera Israel dan
askar PBB bertumbuk ketika pasukan Israel mara ke kampung Kafra dan Yater. Dua
askar PBB cedera dalam pergaduhan itu. Israel juga menggunakan jentolak untuk
melanyak dua buah kenderaan PBB yang diletak di tengah jalan bagi menghalang
kemaraan Israel.
4. Campurtangan kuasa-kuasa besar. Sikap suka campurtangan
kuasa-kuasa besar khususnya Rusia dan Amerika Syarikat terhadap negara-negara
yang tidak stabil menyebabkan peranan PBB untuk menyelesaikan konflik di
negara-negara tersebut kurang berkesan. Keadaan ini dapat dibuktikan dengan
"pencerobohan" Amerika ke atas Panama untuk menangkap Presiden negara
tersebut Jeneral Noriega. Begitu juga dengan kes Grenada dan El Savador,
kedua-dua kuasa besar itu (Amerika Syarikat dan Rusia) cuba mengembangkan
pengaruh mereka terhadap dua kumpulan yang sedang berebut kuasa memerintah
negara-negara tersebut.
5. Keputusan PMM tidak dilaksanakan. Tiada kuasa melaksanakan
keputusan terhadap sesuatu resolusi yang diputuskan dalam Perhimpunan Agung.
Walaupun dalam Perhimpunan Agung hampir keseluruhan negara mengutuk tindakan
dan layanan Israel terhadap rakyat Palestin, tetapi masih tidak ada
perlindungan kepada rakyat Palestin hingga hari ini. Ini kerana soal- soal yang
berkaitan dengan keselamatan diserahkan bulat- bulat kepada Majlis Keselamatan yang
diterajui oleh Amerika Syarikat dan Rusia.
Kesimpulan :
1. PBB nyata kurang berkesan dalam menyelesaikan konflik
antarbangsa. Isu Palestin dan Kampuchea masih berlarutan hampir setengah abad.
Usaha-usaha yang lebih positif perlu dilakukan untuk mengembalikan kepercayaan
dan keyakinan negara-negara anggota terhadap pertubuhan yang bersifat
"World Govermemt" ini.
CONTOH PERSOALAN :
1. Bincangkan peranan sukan dalam pembangunan negara.
2. Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan ekonomi,
sosial dan politik negara. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini
?.
3. Bincangkan kebaikan dan keburukan sukan.
4. Sejauh manakah alat sukan boleh meningkatkan mutu sukan ?
Intro :
1. Ramai orang menganggap sukan sebagai satu bentuk rekreasi dan
dapat membina kesihatan kita.
2. Aktiviti sukan merangkumi kegiatan seperti berenang, olahraga,
badminton, tenis, skuasy, sepak takraw, golf, gusti, tinju dan lumba kereta.
3. Sukan muncul sebagai satu fenomena penting di seluruh dunia.
Berkembang sebagai kegiatan fizikal berorientasikan pertandingan.
Peranan :
1. Pembangunan sosio-budaya sesebuah masyarakat. Penglibatan
individu dalam sukan merupakan alat yang berkesan untuk membina kesihatan tubuh
badan. Kegiatan fizikal sukan membolehkan jantung dan sistem pengaliran darah
bertambah baik. Meningkatkan fungsi pernafasan manusia. Memperbaiki dan
memulihkan ketidakfungsian kardiovaskular, pergerakan sendi dan mengurangkan
tekanan emosi individu. Rakyat yang sihat akan menjadi aset yang penting bagi
pembangunan negara.
2. Pembina sahsiah yang menyeluruh. Aktiviti sukan meletakkan
kemenangan dan kegagalan pada perspektif yang betul. Idelogi sosial aktiviti
sukan ialah pembinaan sahsiah dan pembaikan keseimbangan emosi. Dianggap sebagai
sumber ilmu dan panduan dalam proses pembelajaran. Melalui sukan, kita dapat
mempelajari apa itu menang dan kalah. Sikap bertolak ansur dapat dilahirkan.
Keperibadian yang unggul dapat dilahirkan kerana sukan boleh menghasilkan
semangat yang positif dan ingin berjaya serta perjuangan yang kuat.
3. Menyatukan masyrakat berbagai etnik. Malaysia terdiri daripada
berbagai kaum dan kumpulan etnik. Aktiviti sukan melibatkan pelbagai etnik
menyediakan peluang untuk bekerjasama dan saling memahami. Boleh menyumbang ke
arah perpaduan serta dapat mengikis segala gejala sosial yang kurang diingini
dalam pembangunan negara seperti diskriminasi, pengasingan dan sebagainya.
Boleh menjalin keperimanusiaan. Penyakit- penyakit sosial seperti penagihan
dadah, alkoholisme, lari dari rumah, keruntuhan akhlak dan penyakit kelamin
dapat dikurangkan kalau seseorang individu melibatkan diri dalam aktiviti
sukan.
4. Sebagai satu industri dan perdagangan. Sukan berkembang menjadi
satu industri seperti yang terdapat di negara-negara maju. Contoh : Amerika
Syarikat memperohlehi sebanyak RM135 billion sebagai pendapatan negara kasar
bagi pengeluaran alat-alat sukan pada 1987.Industri sukan sahaja menyumbangkan
kira-kira 1% hingga 2% pengeluaran negara kasar di negara-negara perindustrian
yang memperlihatkan kadar pertumbuhan yang lebih pesat. Malaysia pula
memperohlehi kira-kira RM45.41 juta hasil daripada eksport alat-alat sukan
baru-baru ini. Contoh alat-alat sukan : Raket Yonex, kasut Reebok dan kasut
bolesepak Puma. Perkembangan industri sukan telah meningkatkan pasaran
antarabangsa untuk pengeluaran, perniagaan dan pengedaran alat-alat sukan,
barangan dan perhidmatan yang berkait dengan industri sukan. Pasaran dunia
untuk alatan sukan melebihi RM50 billion pada tahun-tahun 1980an.
5. Peluang pekerjaan. Menyedikan peluang pekerjaan profesional dan
bukan profesional. Pada 1980, terdapat kira-kira 300,000 pekerjaan dan 7,000
buah syarikat yang menceburi dalam French Federation of Sporting Industries. Di
Jerman pula, terdapat kira-kira 45,000 orang pekerja yang terlibat dalam sektor
sukan. Di antara pekerjaan yang diwujudkan melalui aktiviti sukan adalah pemain
bolasepak, pengurus pasukan, jurulatih, pegawai perubatan sukan, peguam sukan
dan pemain badminton. Ini adalah baik untuk mereka yang tidak pandai dalam
bidang akademik.
Kesimpulan :
1. Baru-baru ini, wujud satu hubungan yang erat dinamakan
"simbiotik" antara sukan, media dan pengiklanan. Televisyen telah
mengeksploitasikan sukan sebgai nadi pengiklanan melalui sokongan kewangan.
Contoh : liputan sukan Olimpik melalui televisyen pada 1992 dibayar RM21 juta
oleh Syarikat Dunhill. Kos penajaan bolasepak semi- pro Malaysia pula berjumlah
RM6.6 juta.
2. Sukan boleh meningkatkan imej
dan martabat negara. Sukan memainkan peranan penting dalam pembangunan negara.
" MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA " mengikut Rahim Razali pengulas sukan
negara.
CONTOH PERSOALAN :
1. Cara-cara untuk memajukan bidang perindustrian di negara kita
demi mencapai Wawasan 2020. Bincangkan.
2. Pelan Induk Perindustrian dan Dasar Perindustrian Berat adalah
dasar yang penting untuk menjayakan Malaysia sebagai sebuah negara
perindustrian. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini ?
3. Bincangkan sumbangan industri berat dalam pembangunan negara.
Konsep perindustrian dalam
pembangunan negara.
1. Sektor perindustrian memainkan fungsi utama dalam kemajuan
sesebuah negara. Perkembangan industri perkilangan boleh meningkatkan
gunatenaga dan mengglakkan pertumbuhan industri baru, menambahkan pendapatan
negara dan memperbaiki imbangan pembayaran. Banyak usaha telah dipergiatkan
demi menggerakkan jentera pembangunan perindustrian Malaysia.
Langkah mempercepatkan kadar
perindustrian :
1. Pelabur asing pelabur asing mempunyai modal yang kukuh, kemahiran
teknologi, rangkaian pemasaran yang luas di peringkat antarabangsa. Kalau ada
pelabur asing, Malaysia tidak perlu meminjam daripada sumber kewangan asing
demi membuka kilang-kilang baru atau mengimport teknologi moden. Kerajaan telah
memberi galakan yang lebih menarik kepada syarikat asing seperti pengecualian
cukai menerusi taraf perintis, pengwujudan kawasan perdagangan bebas dan
penyediaan kemudahan infrastruktur yang sempurna.
2. Pasaran yang luas. Faktor pasaran penting terhadap pembangunan industri
perkilangan. Permintaan yang luas boleh mendorong pengilang untuk menambahkan
pengeluaran dan memperluaskan pelaburan. Kerajaan telah menerokai pasaran baru
terutamanya negara sosialis dan negara sedang membangun yang berpotensi.
Menghantar rombongan perdagangan ke luar negara dan meyertai ekspo-ekspo
antarabangsa untuk mempamerkan barangan buatan Malaysia. Contoh : Lembaga
Kemajuan Perindustrian Malaysia, Pusat Dagangan Eksport Malaysia dan
Pesuruhjaya Perdagangan di luar negara telah menyebarkan maklumat kepada
ahli-ahli perniagaan di luar negara.
3. Penyediaan tenaga buruh
mahir.
Tenaga buruh yang mahir penting
untuk memajukan proses perindustrian. Tahap kepakaran yang tinggi dapat
meningkatkan daya produktiviti dan meminimunkan kos pengeluaran dan meninggikan
kualiti barangan yang dihasilkan. Kerajaan telah menubuhkan banyak intitusi
pengajian tinggi dan pusat latihan teknikal, seperti Universiti Teknologi
Malaysia dan Institut Kemahiran MARA untuk melatih dan melahirkan tenaga
pekerja mahir dan yang mempunyai semangat keusahawanan yang sesuai dengan
keperluan pembangunan sektor perindustrian.
4. Penyelidikan dan pembangunan (R&D) Dalam usaha membolehkan
barangan buatan Malaysia mendapat sokongan dan menembusi pasaran antarabangsa,
kerajaan dan pengusaha haruslah meningkatkan program penyelidikan dan
pembangunan. Kita dapat memperkenalkan teknik pengeluaran baru yang sesuai demi
meninggikan daya produktiviti dan keupayaan persaingan untuk barangan tempatan
di pasaran asing. Pengeluaran barangan yang bermutu tinggi dan murah akan
mendapat perhatian para pengguna. Institusi penyelidikan penrindustrian seperti
SIRIM dapat mengawal barang-barang pembuatan yang berkualiti.
5. Kestabilan politik. Mewujudkan iklim pelaburan yang menggalakkan.
Semua orang Semua orang perlu berganding bahu demi melahirkan sebuah masyarakat
yang aman dan mesra. Usahawan barulah berani menanam modal dan memperluaskan
aktiviti perkilangan mereka. Gangguan politik dan masalah ketenteraman boleh
mengagalkan projek pembangunan sesebuah negara. Sekiranya sesebuah negara itu
sentiasa mengalami masalah perkauman dan krisis mogok yang berleluasa, ini akan
menjejaskan pembangunan negara. Masalah ini akan mengakibatkan ramai pelabur
asing dan pemodal tempatan beralih ke negara- negara yang lebih stabil demi
menjamin keuntungan pelaburan mereka.
CONTOH PERSOALAN :
1. Huraikan langkah-langkah untuk menggalakkan pelaburan asing.
2. Pelaburan asing bantu mengatasi masalah kemelesetan ekonomi
negara. Sejauh manakah pelaburan asing dapat membawa kebaikan terhadap
pembangunan negara ?.
Konsep ekonomi dan pelaburan :
1. Kemelesetan ekonomi dunia yang serius telah menimbulkan beberapa
implikasi negatif terhadap negara. Pertumbuhan ekonomi yang lembab telah
mengakibatkan pengganguran, kejatuhan eksport dan menambahkan hutang negara.
Oleh itu, pihak kerajaan telah menjalankan pelbagai pendekatan baru demi
menarik kemasukan pelaburan asing agar dapat membawa manfaat ke arah
mempercepatkan kemajuan negara.
2. Pelaburan asing merupakan nadi penggerak ke arah pembangunan
negara. Kemasukan pemodal-pemodal asing dapat menambahkan pendapatan negara,
meningkatkan gunatenaga dan mempercepatkan pemindahan teknologi dan kepakaran
ke dalam pelbagai aktiviti ekonomi. Kerajaan telah melipatgandakan usaha untuk
menggalakkan pelaburan asing di negara ini.
Sumbangan pelaburan asing :
1. Teknologi muktahir. Membolehkan pemindahan teknologi moden ke
negara ini. Malaysia masih kekurangan sumber kewangan untuk membiayai
projek-projek latihan dan penyelidikan
demi mencapai teknologi moden. Masalah ini merupakan satu penghalang
yang menyekat kemajuan sektor perindustrian. Pelabur- pelabur asing akan
membawa bersama teknologi dan sistem pengurusan moden serta tenaga profesional
yang pakar dan produktif. Mereka juga akan melaksanakan pelbagai program untuk
melatih buruh tempatan demi mengembangkan pengetahuan kepakaran agar
pekerja-pekerja tempatan dapat diserapkan ke dalam projek pelaburan mereka.
Contohnya, projek mencarigali minyak di Terengganu.
2. Gunatenaga yang mahir. Matlamat utama kerajaan menggalakkan
pelaburan asing ialah untuk meningkatkan gunatenaga dan mengurangkan kadar
pengganguran negara. Apabila pelaburan asing bertambah, banyak kilang baru akan
didirikan. Dalam usaha menjayakan projek ini, negara kita memerlukan banyak
tenaga buruh. Maka wujudlah peluang pekerjaan yang lebih banyak. Perkembangan
ini memberi kesempatan kepada para penganggur untuk mendapatkan pekerjaan dalam
kilang- kilang tersebut.
3. Pendapatan negara bertambah. Pengaliran wang ke luar negeri akan
berkurangan kerana banyak barangan import telah digantikan dengan barangan
tempatan. Sebelum ini, kebanyakan bahan mentah dieksport ke negara-negara maju
dengan harga yang rendah. Kemudian bahan mentah ini diproses menjadi barangan
siap dan dijual semula semula ke negara ini dengan harga yang lebih tinggi.
Kemasukan pelaburan asing membolehkan banyak modal dan kepakaran disalurkan ke
kilang-kilang perusahaan tempatan. Bahan-bahan tempatan boleh diproses oleh
kilang-kilang di negara ini. Dengan cara ini, harga dan penggunaan bahan mentah
tempatan lebih terjamin.
4. Menyelesaikan hutang negara. Sumber kewangan dalam projek-projek
pelaburan asing itu merupakan modal pelaburan yang tidak perlu dibayar balik.
Dalam usaha mengatasi kemelesetan ekonomi dan memajukan taraf hidup rakyat,
pihak kerajaan banyak meminjam daripada intitusi kewangan asing sehingga
menyebabkan hutang negara mencapai 45 billion ringgit pada tahun 1989. Ini
merupakan perkembangan yang kurang sihat kerana setiap tahun negara kita
terpaksa membayar balik sejumlah besar hutang tersebut ke luar negeri.
5. Pembangunan infrastruktur. Kemudahan asas yang sempurna merupakan
nadi utama untuk mempergiatkan pembangunan perindustrian. Justeru itu, kerajaan
telah memperuntukkan perbelanjaan yang besar untuk menyediakan kemudahan
elektrik dan air, di samping sistem pengangkutan yang baik demi menarik dan
menjayakan projek pelaburan asing. Pelabur-pelabur asing sendiri juga akan
menyediakan kemudahan rekreasi dan tempat kediaman untuk para pekerja.
Penyediaan perhidmatan sosial ini akan meninggikan taraf hidup sosial rakyat
negara ini. Contoh : Jalan Sultan Azlan Shah telah dibina untuk memudahkan
haluan kilang-kilang di Bayan Lepas dan Bayan Baru di Pulau Pinang.
Langkah :
1. Skim galakan. Merupakan daya tarikan yang mustahak untuk
menggalakkan pelaburan asing. Pihak kerajaan memberikan taraf perintis untuk
membolehkan syarikat-syarikat asing yang baru menikmati kemudahan pengecualian
cukai, di samping melanjutkan tempoh pengecualian cukai untuk syarikat-
syarikat asing yang sedia ada. Dalam usaha menambahkan modal asing, pihak
kerajaan juga harus melonggarkan peraturan pelaburan dengan membenarkan rakyat
asing memiliki ekuiti yang lebih besar sehingga 100% dalam sesuatu projek.
Keistimewaan ini dapat menarik pera pelabur asing untuk melabur di Malaysia.
Malaysia juga mengamalkan dasar pertukaran wang asing yang liberal.
Pelabur-pelabur asing dibenarkan membawa keluar segala keuntungan dan pulangan
modal. Ini satu-satunya insentif negara yang dihargai oleh pelabur asing.
2. Rombongan penggalakan pelaburan. Penghantaran rombongan
penggalakan pelaburan ke luar negeri adalah langkah yang wajar untuk menarik
kemasukan pelaburan asing. Sejak bulan Mei 1987, Menteri Perdagangan Antarabangsa
dan industri telah mengetuai banyak rombongan penggalakan ke luar negeri. Untuk
menyedarkan pelabur asing mengenai potensi pelaburan di Malaysia melalui
seminar pelaburan, mesyuarat serta laporan media massa. Maklumat pelaburan
untuk pelabur asing juga disampaikan menerusi pejabat Lambaga Kemajuan
Perindustrian Malaysia di luar negeri dan kedutaan asing. Langkah ini dapat
memberi penjelasan mengenai dasar-dasar baru kerajaan dan galakan serta peluang
pelaburan kepada bakal pelabur asing. Ini akan menimbulkan minat di kalangan
pengusaha asing dan memandang Malaysia sebagai sebuah destinasi pelaburan yang
menguntungkan.
3. Tapak perindustrian. Kawasan perindustrian yang sesuai dan
kemudahan infrstruktur yang sempurna mustahak untuk menjayakan sesuatu projek
pelaburan asing. Dalam usaha menarik pelabur asing, tapak perusahaan yang
strategik telah dipilih untuk dimajukan sebagai kawasan perusahaan. Kerajaan
juga perlu memperuntukkan perbelanjaan yang banyak untuk menyediakan kemudahan
elektrik dan bekalan air, di samping memperbaiki sistem pengangkutan di kawasan
perindustrian tersebut demi menjayakan projek pelaburan asing. Contohnya,
Kawasan Perindustrian Mak Mandin, Butterworth di Pulau Pinang dan Kawasan
Perindustrian Shah Alam, Selangor. Dengan adanya kemudahan infrastruktur yang
lengkap, sudah tentu ini akan memudahkan pelabur asing melaksanakan projek
pelaburan mereka di sini kerana boleh menjimatkan kos penyediaan kemudahan asas
yang diperlukan.
4. Teknologi dan kemahiran. Kerajaan telah melaksanakan rancangan
latihan kepakaran demi meningkatkan kemahiran dan kecekapan tenaga buruh dan
mempergiatkan program penyelidikan dan pembangunan untuk memperkenalkan teknik
pengeluaran moden. Daya produktiviti yang tinggi bukan sahaja menjimatkan kos penghasilan,
bahkan memaksimunkan keuntungan sesuatu projek pelaburan. Ini memang sesuai
dengan hasrat pelabur asing untuk meningkatkan keuntungan. Dengan usaha ini,
pelabur asing tertarik untuk melabur di Malaysia kerana terdapatnya tenaga
pekerja yang mahir serta tingkat teknologi yang tinggi.
5. Keyakinan pelabur asing. Kestabilan politik merupakan faktor
utama untuk menggalakkan pelaburan asing. Jika sesebuah negara iru sentiasa
mengalami pergolakan politik akan menjejaskan keyakinan para pelabur kerana
modal dan keselamatan mereka akan terancam. Masalah ini akan menyebabkan ramai
pelabur asing beralih ke negara-negara yang lebih stabil. Yang demikian, segala
perjuangan politik yang keterlaluan harus dielakkan demi melahirkan sebuah
negara yang aman, damai dan harmoni agar usahawan asing berani menanam modal di
negara ini. Kerajaan juga telah menandatangani Perjanjian Jaminan Pelaburan
dengan negara-negara asing. Matlamatnya ialah untuk memberi jaminan bahawa
kerajaan Malaysia tidak memiliknegarakan mana-mana syarikat asing di negara
ini. Perjanjian ini akan menambahkan keyakinan pelabur asing dan mengglakkan
kemasukan modal asing ke negara ini.
Keburukan :
1. Persaingan dengan pelabur-pelabur tempatan. Mereka dianaktirikan
dan tidak mendapat tender-tender yang sepatutnya mereka usahakan. Tidak dapat
bertanding dengan pelabur asing yang berteknologi canggih dan bermodal lumayan.
Barangan baru yang dihasilkan tidak dapat dikeluarkan oleh pelabur tempatan.
2. Tiada pemindahan teknologi. Mereka membawa kepakaran dan
kakitangan sendiri. Merugikan negara kita kerana ini adalah harapan negara.
Mereka lebih mengutamakan keuntungan menyebarkan pengetahuan baru. Hanya
membawa wang keluar dari Malaysia.
3. Pencemaran. Masalah ini akan berlaku daripada segi air, udara dan
alam sekitar. Ini bertentangan dengan konsep untuk hidup dalam alam yang
bersih. Dengan pembukaan kilang-kilang baru, hutan diterokai dan pokok ditebang
untuk tujuan tersebut. Ini telah merosakkan sistem eko-sistem dan ekologi alam
sekitar. Asap yang keluar dan sisa-sisa buangan kilang mencemarkan laut, sungai
dan udara yang bersih.
4. Kebudayaan kuning dan asing. Ini bertentangan dengan kebudayaan
yang lebih halus di negara kita. Adat, cara hidup, tarian, seni, lagu dan agama
dipengaruhi oleh pelabur-pelabur asing. Ini kerana masyarakat lebih mendewakan
kebudayaan mereka yang dianggap kompleks dan "sophisticated". Ini
secara tidak langsung telah mencemarkan hubungan kekeluargaan orang- orang
Asia. Semangat kejiranan juga merosot.
5. Penjajahan ekonomi asing. Ini amat membahayakan kerana
pelabur-pelabur asing ini boleh menyebabkan kita terlalu bergantungan kepada
mereka. Tanpa pelabur asing kedudukan ekonomi negara kta akan terjejas dan
menjadi tidak stabil. Contoh : Sekiranya Amerika Syarikat menarik balik GSP,
banyak kilang elektronik akan tutup. Ini boleh mengakibatkan ramai pekerja
kilang elektronik menganggur dan menggugat kestabilan ekonomi negara kita.
CONTOH PERSOALAN :
1. Masalah kesesakan jalan
raya menjadi semakin meruncing khususnya di Kuala Lumpur. Apakah pandangan anda
terhadap isu ini serta cadangkan langkah-langkah yang berkesan untuk
mengatasinya.
Intro :
1. Kesesakan lalu lintas dihadapi oleh kebanyakan bandaraya-
bandaraya di seluruh dunia termasuk di benua Eropah dan benua Amerika dan di
negara kita. Masalah ini sudah pun difikirkan corak penyelesaian di peringkat
kabinet.
Pandangan :
1. Sistem pengangkutan awam. Kita juga menerima hakikat bahawa
sistem pengangkutan awam yang ada pada hari ini belum lagi dapat menampung
pertambahan jumlah penggunaan jalan raya yang semakin meningkat. Walaupun
kerajaan berusaha dengan membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membaiki
sistem jalan raya di bandar-bandar besar namun masalah kesesakan masih dapat
diatasi.
2. Penggunaan kenderaan sendiri. Kesesakan adalah kerana
bertambahnya penggunaan kenderaan persendirian di ibu kota. Daripada perangkaan
statistik menunjukkan pada tahun 1987, jualan kenderaan bermotor yang berdaftar
adalah sebanyak 84,559 buah dan meningkat kepada 507393 pada tahun 1990
manakala menjelang tahun 1993 dianggarkan sebanyak 1 juta kenderaan bermotor
yang membanjiri jalan-jalan di ibu kota. Jumlah ini adalah satu perubahan yang
begitu cepat sekali.
3. Pertambahan penduduk. Di bandar-bandar besar seperti Kuala
Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh serta Johor Bharu, adalah satu fenomena biasa kalau
kita dapati bahawa kadangkala dalam sebuah keluarga memiliki lebih daripada
sebuah kereta. Malahan ramai di antara mereka yang pergi ke tempat kerja dengan
tidak berkongsi kenderaan sebaliknya mereka memandu seorang diri ke tempat
kerja dan kadangkala berkongsi kenderaan. Justeru itu tidak hairanlah soal
kesesakan lalu lintas di bandar-bandar besar ini masih tidak boleh diatasi
sepenuhnya. Adalah dijangkakan bahawa penduduk kota raya akan bertambah lebih
banyak menjelang tahun 1995. Pada masa tersebut, penggunaan kereta di bandar
ini akan makin bertambah sekiranya langkah-langkah tertentu tidak diambil
segera untuk mengatasinya.
4. Undang-undang tidak dipatuhi. Kenderaan-kenderaan komersial
seperti lori, trelar dan sebagainya perlu diberi perhatian. Kenderaan ini
banyak kali didapati tidak mematuhi arahan memasuki kawasan bandar, apatah lagi
melibatkan jalan-jalan yang sibuk. Kadang kala kenderaan berkomersial ini membawa
masuk atau mengangkat keluar barang-barang muatan yang mengikuti arahan waktu.
Apa yang ada sekarang ini adalah arahan melarang kenderaan berat daripada
memasuki pusat bandar selepas jam 9.00 hingga 6.00 petang. Jika arahan ini
tidak dipatuhi, Kuala Lumpur khususnya sebagai ibu kota yang merupakan pusat
pentadbiran dan perniagaan akan menjadi semakin sesak dengan kenderaan berat
tersebut.
Langkah :
1. Perkhidmatan kenderaan awam. Sistem perkhidmatan awam yang
terdapat di bandaraya Kuala Lumpur seperti perkhidmatan bas serta teksi perlu
diperbaiki. Pada akhir tahun 1970an, perkhidmatan bas mini telah diperkenalkan
oleh kerajaan untuk menyenangkan warga kota untuk berulang-alik ke tempat
kerja. Masalah waktu menunggu, tempat duduk dan jarak perhentian turut
mendorong pengguna memilih untuk menggunakan kenderaan sendiri. Perkhidmatan
pengangkutan awam di negara ini bergantung kepada pihak swasta.
Syarikat-syarikat swasta ini perlu memberi perkhidmatan yang sebaik mungkin
kepada pengguna.
2. Area Traffic Control. Pada tahun 1979, sistem yang diperkenalkan
ialah "Area Traffic control" seperti yang diamalkan di Singapura.
Menerusi sistem ini pengguna digalakkan mengawal jumlah penumpang yang ada di
dalam sesebuah kenderaan untuk memaksimunkan penumpang sekaligus mengurangkan
jumlah kenderaan yang masuk ke sesuatu kawasan. Sistem ini harus cuba diamalkan
di Malaysia.
3. Sistem LRT. Memperkenalkan sistem pengangkutan dalam bandar yang
seakan-akan sama dengan keretapi dan beroperasi di antara satu tempat lain
dalam bandar yang sama. Sementara LRT pula ialah sistem pengangkutan yang sama
konsepnya dengan sistem monorel tetapi memberi perkhidmatan pengangkutan di
antara bandar-bandar. Contoh : di antara Shah Alam dan Kuala Lumpur.
4. Pembangunan luar bandar. Mencadangkan supaya kilang-kilang atau
gudang-gudang ditempatkan di luar pusat bandar. Kerajaan patut mengenakan
syarat bahawa kenderaan komersial hanya boleh memasuki pusat bandar pada waktu
tertentu. Satu lagi cadangan yang agak praktikal ialah cuba menempatkan
pejabat-pejabat kerajaan di luar bandar. Bagaimanapun buat masa ini,
perlaksanaannya masih di peringkat awal.
Kesimpulan :
1. Pembuat dasar perlu merangka program tertentu untuk jangka panjang.
2. Pengguna-pengguna jalan raya harus bersedia untuk memaksimunkan
jumlah penumpang di dalam sesebuah kereta. Pihak pengusaha bas pula perlu
meningkatkan perkhidmatan. Semua pihak perlu bersama-sama cuba memberi
sumbangan supaya rangkaian jalan raya di kawasan bandar dapat digunakan dengan
sempurna dan seterusnya tidak menjejaskan imej bandar-bandar utama di Malaysia.
CONTOH PERSOALAN :
1. "Lebih kurang 13,000 kes kebakaran berlaku tiap-tiap tahun
dan dalam tempoh rancangan Malaysia ke-5 sejumlah RM1 billion kerugian akibat
kebakaran dilaporkan. Bilangan manusia yang terkorban akibat kebakaran antara
Januari dan Oktober 1990 ialah 807 orang. Ini adalah satu hal yang serius di
negara kita. Huraikan langkah-langkah yang berkesan untuk mencegah kebakaran
yang semakin meningkat untuk mengelakkan kerugian dari segi wang dan nyawa yang
terkorban.
2. Kebakaran sering berlaku. Kes kebakaran berlaku di mana- mana
sahaja. Api semasa kecil adalah kawan dan semasa besar adalah lawan. Sejauh
manakah kelalaian manusia dianggap sebagai punca utama kes kebakaran di negara
kita ?
Intro :
1. Kes kebakaran semakin meningkat. Pencegahan adalah langkah yang
baik untuk menyelamatkan kerugian harta benda dan nyawa. Langkah pencegahan
melibatkan setiap lapisan masyarakat.
Langkah-langkah :
1. Mengemaskinikan kemudahan pencegahan api. Alat mencegah api
penting di sekolah-sekolah kerajaan dan swasta, bangunan tinggi, pusat-pusat
hiburan malam, kilang, bangunan awam dan bangunan kerajaan. Jabatan
perkhidmatan bomba perlu menyelia kemudahan pencegahan api dari masa ke semasa
bagi menentukan semua alat itu dalam keadaan baik dan mencukupi. Kerjasama
pihak pemilik bangunan adalah penting. Dendaan dan hukuman perlu dikuatkuasa
bagi pemilik bangunan yang enggan bekerjasama. Penggunaan alat itu juga perlu
ditunjuk ajar oleh Jabatan Perkhidmatan Bomba.
2. Mengemaskinikan Jabatan Perkhidmatan Bomba. Menambahkan bilangan
kakitangan bomba dan juga peralatan yang mencukupi dan canggih. Pertambahan
bangunan-bangunan dan kawasan petempatan adalah tidak selaras dengan pertambahan
bilangan kakitangan perkhidmatan bomba. Peralatan-peralatan semasa operasi
kebakaran seperti alat pernafasan perlu ditambah. Sistem pili perlu lebih maju
dan moden. Ini dapat mengelakkan masalah tekanan air rendah.
3. Mewajibkan pemasangan alat pengesan kebakaran. Diwajibkan di
semua bangunan dan kawasan petempatan. Memudahkan anggota bomba mengesan tempat
kejadian kebakaran dengan cepat. Mengelakkan kerugian harta benda dan nyawa
yang maksimun. Sebelum meluluskan kegunaan bangunan untuk kerajaan dan swasta,
pihak jabatan bomba perlu mewajibkan mereka memasang alat pengesan ini. Hal ini
perlu dikuatkuasakan melalui undang-undang. Peraturan ini perlu dikuatkuasakan
dengan tegas.
4. Memperkenalkan perkhidmatan Unit Bomba Sukarela. Unit ini perlu
ditubuhkan di kilang, bangunan dan kawasan petempatan. Mengurangkan
pergantungan masyarakat terhadap ahli bomba. Tindakan pengawalan api dan
pengurusan orang awam dijalankan oleh Unit Bomba Sukarela sementara menunggu
ketibaan ahli bomba. Pihak bomba perlu memberi latihan dan memberi ceramah
kepada unit-unit ini. Kursus- kursus khas juga perlu dianjurkan untuk ali-ahli
unit ini. Contoh kilang yang mempunyai unit "fire fighting squat"
ialah Advanced Micro Devices (M) Sdn. Bhd. Penang.
5. Kempen mencegah kebakaran dan demonstrasi. Masyarakat perlu
disedarkan tentang pentingnya mencegah kebakaran. Mengadakan demonstrasi
tindakan semasa kebakaran di sekolah, kilang, bangunan tinggi dan kawasan
petempatan. Mengadakan demonstrasi ciri-ciri jerjak yang sesuai di rumah-rumah kediaman.
Media massa seperti televisyen dan radio serta majalah dan suratkhabar amat
penting untuk menjalani kempen ini. Poster-poster perlu dilekatkan di mana-mana
sahaja. Program televisyen merangkumi filem dokumentari mengenai teknik
pencegahan kebakaran dan temuduga diadakan dengan mangsa-mangsa kebakaran.
Kesimpulan :
1. Pencegahan adalah baik lebih baik daripada menghadapi kebakaran.
Penglibatan dan kerjasama semua lapisan masyarakat sangat diperlukan untuk
mengatasi masalah ini.
CONTOH PERSOALAN :
Ramai kanak-kanak di Malaysia
telah didera dengan menakutkan. Bilangan kanak-kanak yang didera agak tinggi.
Ibu bapalah yang merupakan pendera utama kanak-kanak ini. Sejauh manakah
kemiskinan merupakan punca kepada berlakunya kes penderaan kanak-kanak ?
Penderaan kanak-kanak membawa maksud
sebarang perbuatan yang boleh mencederakan kanak-kanak secara sengaja atau
tidak daripada segi fizikal, mental, emosi dan perkembangan kanak-kanak
tersebut. Walaupun telah lama wujud, namun baru-baru ini saja isu tersebut
menjadi perhatian umum.
Salah satu punca utama yang dikesan ialah
faktor kemiskinan dalam sesebuah keluarga. Kerap kali ibu bapa yang miskin
mengalami tekanan ekonomi dan kerja daripada majikan dan juga keperluan
keluarga. Tiada tempat bagi mereka melepaskan geram kecuali kepada anak-anak
mereka. Golongan ini berpendidikan rendah dan tidak memahami psikologi anak
mereka kerap menjadikan anak mereka "papan pukulan" apabila anak-anak
mereka bermanja atau pun bergaduh. Telah dilaporkan bahawa golongan berpendapat
rendah dan berpendidikan rendah merupakan golongan yang paling ramai mendera
kanak-kanak.
Selain daripada itu, cara bagaimana ibu
bapa atau penjaga diperbesarkan juga menyumbang kepada punca penganiayaan
tersebut. Ibu bapa yang pernah dibesarkan dengan cara kekerasan berpendapat
bahawa cara tersebut merupakan cara terbaik mereka mendisiplinkan anak-anak.
Kanak-kanak yang nakal dibelasah dan menjadi lebih degil mengakibatkan ibu bapa
hilang pertimbangan lantas melakukan sesuatu yang boleh mencederakan si anak
itu. Ini telah membawa kepada kes penderaan yang serius serta meninggalkan
kesan parut yang mendalam kepada kanak-kanak tersebut.
Di samping itu, penyakit sosial seperti
kemabukan dan judi juga turut mengakibatkan penganiayaan kanak-kanak. Bapa yang
pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan tambahan pula kalah berjudi tidak akan
kenal siapa anak dan isteri. Kerap kali anak-anaknya dijadikan sasaran. Dalam
keadaan yang tidak sedarkan diri itu, perkara yang serius seperti menendang dan
menumbuk kanak-kanak pasti akan berlaku. Akibatnya, lama-kelamaan sekiranya
tidak dirawati, kanak- kanak tersebut mungkin menemui maut akibat kecederaan
dalaman.
Dalam pada itu, pasangan muda yang
berkahwin kurang bersedia untuk memikul tanggungjawab mereka. Di bandar
terutamanya si suami akan pulang lewat bekerja meletakkan segala tanggungjawab
kepada si isteri yang muda dan tidak berpengalaman untuk menjaga si anak yang
degil lagi nakal. Tanpa ajaran dan nasihat dari golongan tua, isteri tersebut
akan mendidik anaknya tidak lain tidak bukan dengan memukul sahaja.
Kadang-kadang, kes ini membawa kepada penganiayaan yang serius.
Selain itu, ibu bapa yang meletakkan
tanggungjawab mereka kepada sesetengah penjaga juga akan menyebabkan anak- anak
mereka didera. Kelewatan membayar upah dan ibu bapa yang bekerja ke luar negeri
akan menyebabkan penjaga melepaskan geram mereka ke atas kanak-kanak tersebut.
Derita ini jelas ditanggung oleh B.Balasundram yang dijumpai dalam keadaan
separuh sedar dalam tandas wanita di Hospital Besar Kuala Lumpur.
Jelaslah bahawa terdapat banyak faktor
yang menyumbang kepada penderaan kanak-kanak. Oleh itu, demi menjaga masa depan
kanak-kanak tersebut kerjasama daripada semua pihak membanteras gejala ini amat
diperlukan.
CONTOH PERSOALAN :
1. Bahan kosmetik lebih banyak mendatangkan kesan buruk daripada
kebaikan. Bincangkan.
2. Kosmetik tradisional menjamin kecantikan. Sejauh manakah anda
bersetuju dengan kenyataan tersebut ?
Konsep kosmetik :
1. Kosmetik termasuk ginju, celak, pemerah pipi, pembayang mata,
bedak, losyen dan sebagainya
2. Shiseido, Sans Soucis, Avon, Fambo, Kanebo dan Amway adalah
jenama-jenama kosmetik yang popular.
Keburukan kosmetik :
1. Kandungan bahan kimia yang tinggi. Setengah-setengah bahan
kosmetik misalnya "pearl cream" mengandungi paras merkuri (raksa) dan
logam berat plumbum yang terlalu tinggi. Bahan-bahan ini boleh menyebabkan
kerosakan sistem saraf dan keracunan bila bahan ini meresap masuk ke dalam
badan. Pendedahan ini dilakukan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang, iaitu
terdapat beberapa jenis krim muka yang boleh mencacatkan muka pemakainya.
Contoh : Arche Pearl, Dragon Face Cream dan Torelo New Pearl Park. Benzoyl Per
oksida yang ada dalam alat solek boleh menyebabkan penyakit kanser. Statistik :
1983, 853 orang wanita telah meninggal dunia di England kerana menghidapi
penyakit kanser kulit yang digelar Melanome.
2. Pembaziran ringgit Malaysia. Pembaziran wang kerana kebanyakan
kosmetik, terutamanya yang popular adalah amat mahal harganya. Ini menyebabkan
ramai wanita membelanjakan sebahagian besar pendapatan mereka untuk membeli
barangan kosmetik. Wang itu lebih baik digunakan untuk membeli barang-barang
keperluan asas, perbelanjaan sekolah dan menyimpan ke dalam bank.
3. Kelihatan lesu. Wanita yang selalu menggunakan kosmetik akan
kelihatan lesu dan kelihatan tidak bermaya jika mereka berhenti menggunakannya.
Semasa menggunakan kosmetik mereka kelihatan berseri dan matang serta cantik. Wanita
akan berasa ketagih dan menggunakan kosmetik kerana tanpa kosmetik mereka akan
berasa negatif dan rendah diri.
Kebaikan kosmetik :
1. Melicinkan kulit.
Membersihkan kulit dan menjadikannya licin serta kurang berkedut. Contoh :
Losyen pembersih, "Toner", losyen pelembap dan sebagainya. Ini kerana
alam sekitar kini selalu dicemari oleh habuk dan debu.Kita perlu selalu menjaga
kebersihan kulit dengan menggunakan alat-alat kosmetik ini.
2. Sebagai daya penarik. Minyak
wangi boleh membantu wanita yang mempunyai bau badan supaya tidak tersisih dan
rendah diri. Boleh menarik perhatian seperti yang diiklankan oleh kosmetik
"Impulse" di televisyen. Digunakan sebagai daya penarik dalam majlis
atau upacara yang melibatkan bilangan orang yang ramai.
3. Kejelitaan. Membuatkan wajah
wanita kelihatan lebih jelita, muda dan cantik. Kosmetik boleh menjadikan
wanita kelihatan segar dan matang. Alat solek dapat menutup parut jerawat yang
hodoh.
Langkah mengatasi masalah kosmetik :
1. Sikap wanita tentang kosmetik perlu diubah. Mereka perlu memahami
masalah yang dihadapi oleh mereka. Mereka perlu memahami pendidikan pengguna
dan matlamatnya. Perlu mempelajari dan bersikap lebih betul dalam menguruskan
perbelanjaan mereka. Amalkan sikap sederhana terhadap penggunaan kosmetik oleh
wanita.
2. Tindakan Persatuan Pengguna. Misalnya Persatuan Pengguna Pulau
Pinang melakukan kajian dan dedahkan bahaya bahan-bahan kosmetik dalam pasaran
kepada kaum wanita yang menggunakannya. International Organisation of Consumers
Union (IOCU) juga perlu membuat kajian dan memaklumkan maklumat yang muktahir
kepada ahli-ahlinya di seluruh dunia.
3. Tindakan kerajaan. Pemeriksaan dan analisa kandungan bahan
kosmetik oleh ahli-ahli farmasi dari jabatan farmasi dan Kementerian Kesihatan.
Penguatkuasaan akta dadah dan kosmetik dengan tegas, misalnya menjalankan ujian
rapi terhadap semua jenama kosmetik sebelum dibenarkan penjualan. Mereka yang
bersalah menjual atau membuat kosmetik merbahaya dikenakan hukuman yang berat.
4. Bantuan nasihat pakar kecantikan. Mendapatkan nasihat dan rawatan
daripada doktor atau pakar kecantikan yang berkelayakan tentang jenis alat
solek atau kosmetik yang sesuai. Pakar-pakar kecantikan ini (Beautician) perlu
mempunyai etika kerja dan profesion yang bermutu tinggi. Tidak boleh menipu dan
terlalu mementingkan keuntungan.
5. Kosmetik cara tradisional. Menjaga kecantikan tanpa bahan
kosmetik buatan kimia. Menjaga kesihatan dengan memakan makanan seimbang,
sentiasa riang dan banyak bersenam. Menggunakan bahan asli (cara tradisioanal),
misalnya menghaluskan muka dengan tomato - gantikan krim muka dan lain-lain
bahan asli seperti telur, timun, jus lemon, minyak zaitun, madu mentah serta
santan kelapa.
CONTOH PERSOALAN :
1. Pada waktu ini hospital swasta di negara ini berkembang dengan
begitu pesat. Ahli masyarakat yang mampu, ramai yang mendapatkan rawatan di
hospital-hospital tersebut. Mereka percaya bahawa pusat-pusat ini memberi
perkhidmatan yang lebih selesa. Sejauh manakah perkembangan pusat rawatan swasta
ini membawa kebaikan kepada masyarakat kita.
Intro :
1. Pusat rawatan swasta ditubuhkan untuk menampung keperluan
kesihatan di negara ini. Di bandar-bandar utama di Malaysia pertumbuhannya
bagai cendawan selepas hujan. Kepesatan ini menyebabkan permintaan yang tinggi
kepada pakar perubatan sehingga kebanyakan doktor tempatan berlumba-lumba untuk
berkhidmat serta membuka sendiri pusat rawatan swasta.
Kebaikan :
1. Pilihan untuk orang ramai. Sebelum ini, kebanyakan mereka
bertumpu di hospital kerajaan yang keadaannya kurang selesa. Mereka terpaksa
berbaris lama menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan yang sekejap. Ramai
pula yang merungut tentang ketidakcekapan kakitangan hospital kerajaan. Masalah
ini dapat diatasi dengan adanya pusat rawatan swasta. Mereka tidak perlu
menunggu lama kerana pusat rawatan swasta mempunyai strategi sendiri untuk
menghiburkan pelanggannya sehingga mereka tidak terasa menunggu lama. Mereka
berasa seperti menunggu di lobi hotel berbintang lima.
2. Kecekapan kakitangan dan kemudahan. Pihak pusat rawatan amat
mementingkan kecekapan kakitangannya. sistem pendaftaran yang teratur, rawatan
yang cekap tetapi teliti dan kemudian kecekapan dalam pemberian ubat amat
dipentingkan. Hal ini berbeza dengan hospital kerajaan. Untuk mendaftar sahaja
seseorang itu terpaksa mengisi borang sendiri sehingga memakan masa yang lama.
Untuk menunggu giliran mendapat ubat pula biasanya boleh menimbulkan kemarahan.
Masalah ketidakcekapan urusan ini dapat diatasi oleh pusat rawatan swasta yang
sememangnya amat menjaga kecekapan supaya memuaskan hati pelanggannya.
3. Perkhidmatan pakar 24 jam sehari. Orang ramai boleh mendapatkan
rawatan di pusat rawatan swasta mengikut kemahuannya. Kebanyakan pusat rawatan
dibuka 24 jam dan orang ramai boleh datang apabila memerlukan. Apabila diserang
penyakit pada larut malam, mereka tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan
rawatan. Ini berbeza dengan hospital kerajaan yang mungkin perlu menunggu
sehingga keesokan hari. Perkhidmatan ini boleh diperolehi di pusat rawatan
swasta dengan memberi bayaran doktor yang tinggi. Setiap perkhidmatan yang
diberikan oleh pakar atau jururawat perlu dibayar dalam ringgit Malaysia.
Keburukan :
1. Bayaran perkhidmatan kesihatan tinggi. Disebabkan sumber kewangan
yang mengendalikan pusat rawatan itu diperolehi daripada bayaran yang dikenakan
kepada pelanggan, biasanya bayaran yang dikenakan agak tinggi. Semakin teliti
pemeriksaan dibuat atau semakin canggih peralatan yang digunakan untuk merawat
seseorang pesakit, semakin tinggilah bayaran yang akan dikenakan. Di samping
bayaran ubat, mereka juga akan mengenakan bayaran pendaftaran dan dalam
keadaan-keadaan tertentu mereka mengenakan bayaran kepakaran. Semua ini sudah
pasti tidak mampu dibayar oleh mereka yang miskin.
2. Pusat rawatan hanya di bandar. Hanya ditubuhkan di bandar-bandar.
Sudah pasti perkhidmatannya tidak menyeluruh kepada masyarakat luar bandar.
Masyarakat dari luar bandar yang mahu mendapatkan rawatan di pusat rawatan ini
terpaksa pergi ke bandar dan ini sudah
pasti menimbulkan masalah kepada mereka. Akhirnya mereka ini terus bergantung
kepada klinik kerajaan yang berhampiran untuk mendapatkan rawatan
masing-masing.
3. Kekurangan doktor kerajaan. Perkembangan pusat rawatan swasta ini
juga membawa keburukan kepada pihak hospital kerajaan. Masalah serius yang
dihadapi ialah kekurangan doktor. Disebabkan pendapatan dari pusat rawatan
swasta lebih lumayan, hampir semua doktor berminat berkhidmat dengan swasta.
Doktor kerajaan yang ada sering kali berhenti kerja dan berkhidmat dengan
swasta. Gejala ini menyebabkan hospital
kerajaan kekurangan doktor yang berwibawa. Ini akan memberi kesan kepada
masyarakat miskin untuk mendapatkan rawatan di pusat rawatan swasta.
Kesimpulan :
1. Perkembangan pusat rawatan
swasta ini membawa kebaikan dan keburukan kepada masyarakat. Peranan mereka
untuk meningkatkan taraf kesihatan di negara ini amat penting. Negara maju
kurang pengantungan rakyat kepada khidmat kesihatan kerajaan. Orang ramai kini
semakin cenderung mendapatkan rawatan di pihak swasta.
CONTOH PERSOALAN :
1. Untuk membantu pembiayaan kos pembinaan lebuh raya, maka pengguna
jalan raya dikenakan bayaran tol. Apakah kebaikan dan keburukan yang timbul
dengan sistem pembayaran tol itu ?
Intro :
1. Bayaran tol di lebuh raya boleh mengurangkan beban kerajaan yang
berbelanja berjuta-juta ringgit Malaysia untuk mengatasi masalah kesesakan lalu
lintas di Malaysia. Lebuh raya yang mengenakan tol ialah seperti di Changkat
Jering di Perak.
Kebaikan :
1. Membantu pembiayaan jalan raya lain. Wang yang dikutip boleh
disalurkan untuk membina jalan raya yang lain. Dengan demikian pembayar tol
dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Mengurangkan beban kerajaan selaras
dengan kemajuan industri kenderaan di Malaysia.
2. Jalan raya lebih selesa. Jalan raya yang dikenakan tol dibina
dengan begitu baik dan selesa. Jalan-jalan itu lurus dan senang mengendalikan
kereta. Petrol yang digunakan juga boleh dijimatkan. Jalan itu luas dan tidak
susah untuk mengendalikan kereta yang dipandu.
3. Masa perjalanan dapat dijimatkan. Orang ramai tidak perlu
membuang masa untuk ke sesuatu tempat walau pun terpaksa membayar tol.
Contohnya, perjalanan yang biasanya memakan masa selama lapan jam iaitu dari
Butterworth ke Kuala Lumpur kini boleh sampai dengan empat jam sahaja. Ini
boleh menjimatkan masa dan keselesaan memandu.
4. Keselamatan lebih terjamin. Lorong dua hala boleh mengurangkan
kemalangan jalan raya. Ciri-ciri keselamatan lain seperti pondok telefon
kecemasan yang disediakan oleh pembinaan jalan. Lorong- lorong yang dibina itu
amat selesa dan ini boleh mengelakkan kemalangan jalan raya seperti jalan-jalan
lama yang digunakan. Jalan lama menyusahkan pemotong kereta dan lori. Lori yang
lambat perjalanannya ini boleh menyebabkan keselesaan pemandu.
Keburukan :
1. Membebankan para pengguna
Mereka
terpaksa membayar tol dan membayar cukai jalan. Ini cukup membebankan para
pengguna. Mereka yang tinggal di Butterwoth dan bekerja di pulau Pinang
dikehendaki membuat bayaran bulanan yang bernilai lebih kurang RM 260.00
sebulan. Wang ini boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan perkara lain
untuk keluarganya.
2. Menimbulkan kesesakan di pondok pembayaran tol.
Tol
Jalan Kucing, Kuala Lumpur telah menimbulkan masalah ini. Pengguna tidak
menyediakan wang kecil yang secukupnya dan perlu menunggu pertukaran wang akan
diberikan pengutip tol. Ini akan memakan masa yang lama. Katakan setiap pemandu
menggunakan masa 3 minit untuk membereskan bayaran, maka 50 kereta akan memakan
masa sebanyak 150 minit. Ini yang dikatakan kesesakan.
3. Tidak adil kepada pengguna tertentu.
Mereka
teras membayar dua kali. Cukai Jalan dibayar, kemudian tol pula perlu dibayar.
Oleh itu, kita akan berfikir wang cukai jalan digunakan untuk apa. Mereka yang
tidak menggunakan lebuh raya tidak perlu bayar. Maka, pada suatu hari nanti
apabila kerajaan tidak lagi menerima tol orang-orang ini dikecualikan daripada
bayaran dan dapat menikmati lebuh raya secara percuma.
Kesimpulan :
Pengenaan
tol ada baik buruknya kepada pengguna. Bergantunglah kepada kebijaksanaan
mereka untuk menggunakan pintu tol.