Profile Sekolah

  Ad Sapientiam
Logo Sekolah
Lagu Sekolah
Kembali ke laman utama

Organisasi

  Carta Organisasi
Senarai Guru

Sejarah

  Sejarah Sekolah
  Pengasas Sekolah
Tokoh Sekolah
Senarai Pengetua
Nostalgia

Kurikulum

  Peperiksaan
English Section
Panitia
Projek Khas
Bank Soalan


Pada permulaan, sekolah ini dinamakan Sekolah Inggeris Kerajaan dan merupakan sekolah yang tertua di negeri pahang.Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1913 dan merupakan sebuah rumah kayu beratap nipah yang terletak di jalan Besar bandar Lipis. Guru atau pengengolanya hanya seorang sahaja iaitu En. V.N. Bartlett yang berasal dari negara Ceylon.
Pada tahun 1919 sebuah bangunan dibina di tengah padang sekolah yang ada pada masa ini.Pada tahun 1926 banjir besar telah memusnahkan bangunan tersebut. Pada tahun itu juga sebuah asrama telah dibina dan bahagian bawahnya dijadikan bilik-bilik darjah.
Dalam tahun 1928 sebuah bangunan baru rumah batu dua tingkat telah dibina.dan sekolah ini dibuka dengan rasminya oleh Sir Hugh Clifford.Dari tarikh itu sekolah ini dinamakan Sekolah Clifford.
Sehingga 1935 Sekolah Clifford hanya mengajar murid hingga peringkat Cambridge rendah. Setahun kemudian kelas Sijil Sekolah di Pahang dibuka di sekolah ini.
Pada masa pemerintahan Jepun, bangunan Seklah Clifford telah dijadikan Markas Polis Askar Jepun (Kempetai)
Persekolahan disambung semula dalam tahun 1945.
Pada Tahun 1959, Sekolah Clifford telah diletakkan di bawah pentadbiran Guru besarnya sendiri.
Pada tahun 1964, Sekolah Rendah Clifford ber[pindah ke kawasan sendiri, maka semua bangunan yang ada pada masa itu dipulangkan kepada Sekolah Menengah Clifford sebagai hartanya. Seterusnya sekolah Menengah Clifford telah diubah menjadi Sekolah Menengah yang memberi palajaran pada peringkat tingkatan III,IV dan V dalam aliran Inggeris dan tingkatan IV dan V sahaja dalam aliran Melayu.
Pada tahun 1971, kementerian Pelajaran telah meluluskan sebuag bangunan baru. Di antaranya ialah sebuah bangunan mengandungi 4 bilik darjah, dua makmal sains dan perpustakaan,sebuah bangunan kantin, sebuah bangunan bengkel seni dan sebuah dewan.
Pada tahun 1974, kelas Enam Rendah Kemanusiaan dibuka diikuti oleh kelas Enam Rendah Sains dalam 1981.
Dalam tahun 1986, sebuah bangunan asrama 4 tingkat telah dibina bagi menapung murid-murid luar bandar. Pada tahun 1991 pula satu blok mengandungi 16 bilik darjah dan satu blok makmal sains dibina.
Pada tahun 1996, sekolah menengah Clifford telah dikategorikan sebagai 'Sekolah primer'. Setahun kemudian Kementerian pendidikan memilih Sekolah menengah Kebangsaan Clifford untuk menjayakan Projek Sekolah Indera Shahbandar Pahang (SISP) iaitu memberi pendidikan rendah pelajar dari kawasan luar bandar terutamanya dari Daerah Lipis dan [Raub.

RUJUKAN: SEJARAH SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI PAHANG,1888-1972 OLEH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG.
MAJALAH CLIFFORDIAN 1959-'A GLIMPSE OF CLIFFORD ANNUALS' BY MR. LIAN AH SHIN


 

 

 

 

Ko-kurikulum

  Matlamat
Penglibatan
Guru Terlibat
Pencapaian 97-98
Pencapaian 99-00

Asrama

  Pengenalan
Peraturan
   Asrama

SISP

  Latarbelakang
   Konsep

Rasional
   Matlamat
     Sejarah Sekolah
 

Mereka-mereka yang telah menjayakan laman ini