![]() ![]() ![]() |
.
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pelangai (SMK Seri Pelangai)
terletak lebih kurang 70 kilometer dari bandar Bentong.
Telah ditubuhkan pada tahun 1974.
Di awal penubuhannya, sekolah ini menumpang di SK Simpang
Pelangai.
Tetapi di tahun 1976, bangunan sekolah ini telah siap
dibina dan
bermulalah satu sejarah bahawa SMK Seri Pelangai adalah
salah sebuah sekolah
menengah yang terletak di luar bandar.
Semenjak itulah sebuah pusat sumber telah diadakan dengan
nama awalnya
ialah Perpustakaan.
Kini Pusat Sumber Sekolah (PSS) SMK Seri Pelangai mempunyai
sebuah
perpustakaan dan sebuah bilik tayangan.
dan sebuah bilik ABM (merangkap bilik penyelaras)..
Diharapkan buat masa yang akan datang, apabila bangunan
baru
telah siap, PSS dapat diperluaskan lagi dengan menjadikan
sebuah
bilik
lagi sebagai bilik ABM.
KINI tahun 2002 ini, PSS SMKSP telah mengorak langkah
lagi dengan menyahut cabaran wawasan negara dengan membina LAMANWEB
sendiri. Di harapkan LAMAN WEB SMKSP ini dapat memberi manfaat kepada semua
pihak terutamanya WARGA SMKSP sendir.
Laman web ini juga dilinkkan dengan beberapa lamanweb
yang penting terutamanya yang mempunyai kaitan dengan
para pendidik.
Semoga para pengunjung mendapat sedikit manfaat
apabila mengunjungi laman web ini.
.
|