SM Seri Pelangai ditubuhkan pada bulan Januri 1974
dengan nama SM (R) Keb. Manchis.
1975 ditukar kepada SM Seri Pelangai. 'Seri' bermaksud bangunan sekolah
inilah yang satu-satunya bangunan besar yang menjadi seri kepada mukim
Pelangai
ketika itu.
"Pelangai' digunakan kerana terletak di Mukim Pelangai.
Bermula Januari 1974 sehingga penghujung April 1974, pelajar
ambilan pertama sekolah ini menumpang di SK Simpang Pelangai
yang ketika itu bernama SK Manchis sementera bangunan baru siap.
Seramai 45 orang pelajar dan 3 orang guru terdapat di sekolah
pada peringkat awal penubuhannya.
Sekolah ini dibina di atas tanah kepunyaan
En Mohd Noh Bin Shahid atau gelarannya 'Tok
Mungkin Noh' yang tidak diusahakan kerana berpaya
dan belukar yang seluas 10.3 ekar.
Atas keperluan penduduk kampung untuk pembinaan sekolah,
kerajaan bersetuju mengambil tanah ini dengan pampasan.
Bangunan sekolah siap sepenuhnya pada bulan Mei 1974 yang terdiri
daripada 3 blok utama dan kantin. Ambilan pertama ialah tingkatan 1
sehinggalah ke tingkatan 3 pada 2 tahun berikutnya.
Nama kelas pada masa itu ialah Putih, Unggu dan Jingga dan ditukar
pada Disember 1989 kepada nama Jujur dan Ikhlas sehinggalah sekarang ini
kecuali
tingkatan 3 menggunakan nama Harapan dan Intensif.
Tahun 1974,
3 unit rumah guru (termasuk 1 unit rumah pengetua) telah dibina dan
10 unit lagi
beberapa tahun kemudian. 1986 elektrik dibekalkan ke sekolah ini
tetapi sebelum itu, 1974 - 1975 sekolah menggunakan generator sahaja.
Tahun 1999, tingkatan
4 telah mula ditubuhkan dan tahun 2000 ini,
lengkaplah sekolah
ini mempunyai kelas bermula dari peralihan sehinggalah ke tingkatan 5.
Tahun 2001 sebuah makmal komputer telah dibina dan sehingga tahun 2002
ini,
masih dalam peringkat pembinaan.
Sekolah juga mendapat bangunan tambahan pada tahun 2002 ini.
Ketika artikel ini ditulis, kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan
dengan giatnya.
Bangunan tambahan tersebut terdiri daripada satu bangunan 4 tingkat
dan bengkel.
4 unit rumah guru juga akan dibina berhampiran rumah guru yang
ada sekarang.
Akhir tahun 2001 pengubahsuaian sekolah juga telah dijalankan
seperti mengecat semula bangunan sekolah, membina pintu pagar dan pagar
sekolah.
Semua ini telah menceriakan lagi suasana sekolah dan pembelajaran di
sekolah ini.