Pusat
Sumber Sekolah (PSS) merupakan agensi yang penting
di dalam
institusi sekolah yang menyediakan pelbagai bahan, khidmat
dan
kemudahan pengajaran-pembelajaran. Oleh yang demikian,
Pusat
Sumber yang diwujudkan di semua sekolah memerlukan pengurusan yang cekap
dan
sistematik. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pula
menekankan
penggunaan Pusat Sumber dalam proses pengajaran-pembelajaran.
Oleh
itu, pembentukan Pusat Sumber yang sistematik dan berkesan adalah dengan
tenaga
dan
daya usaha semua guru, tidak hanya dipikul oleh penyelaras dan guru PSS
sahaja.
Semua
guru adalah bertanggungjawab dalam menjayakan
PSS
sebagai pusat ilmu.
Guru-guru
dan pelajar perlu peka tentang peraturan yang sedia ada.
Peraturan
yang disediakan bukan menyekat penggunaan unit-unit bilik dan peralatan
dalam
PSS tetapi sebagai panduan supaya PSS sentiasa terjaga dan terurus
dengan
baik. Situasi yang sedemikian secara tidak sedar akan memberikan
motivasi
kepada semua penghuni SMKSP untuk penggunaan PSS secara optimum.
Pengakhir
kata, sejambak kasih dihulurkan atas kerjasama semua pihak
dalam
pembentukan PSS yang cemerlang dan ceria. Sekalung penghargaan buat
pentadbir
SMKSP yang sentiasa memberikan sokongan moral dan kewangan. Bagitu juga
kepada semua warga SMKSP menjadi pendorong dan daya penggalak ke arah kemajuan
PSS
– nadi utama sekolah. Pengawas PSS yang tidak jemu-jemu
menjalankan
tugas adalah tulang belakang PSS.
Andalah
antara ratusan pelajar SMKSP yang terajin dan berpotensi.
Dimulakan
sejak tahun 1999, kemudian diteruskan pada tahun 2000 ,
seterusnya
2001 dan kini 2002,
merupakan
era baru bagi SMKSP kerana tahun ini terbinalah
LAMAN
WEB ini.
Walaupun
tidak semenarik mana, tetapi
pembinaan
laman ini tidak mudah seperti yang disangka,
selain
daripada usaha dan tenaga , pelbagai kekangan lagi terpaksa
ditempuhi,
namun terhasil jua akhirnya lamanweb ini.
Laman
Web ini diharapkan akan dapat menjadi penyumbang
kepada
Wawasan Negara ke era Teknologi Maklumat. Pelbagai bahan dimuatkan -
dalaman
maupun capaian ke laman web lain sama ada berbentuk pendidikan maupun hiburan.
Semoga
ianya berguna untuk semua.
(ZAINUDDIN
BIN YAZID)
Penyelaras
PSS
SMKSP
1999/2000/2001/2002.......