lencana.jpg (40738 bytes)                                         

 

1.    BENTUK LAMBANG

Lambang Sekolah Menengah Ugama (Arab)Kerajaan Kelantan berbentuk heksagon.

1)      Gambar Al-Quran dengan keadaan terbuka.

2)      Tangan menggenggami Al-Quran dengan diselang tulisan Arab

      (NURUN ALA NURIN)

3)      Lima bulatan berangkai.

4)      Pen yang bertulis di tengahnya (BELAJAR BERAMAL BERTAQWA)

5)      Alatan Geometri

6)      Roda bergigi lapan dengan enam yang dapat dilihat.

7)      Tercatat dalam bahasa Arab di atas sepanduk (ALMADRASAH ASSANAWIAH ADDINIAH(AL-ARABIAH)TANAH MERAH,PADANG SIAM)

8)      Di kiri dan kanan sepanduk tercatat angka tahun 1983M DAN 1403H

 

2.    PENAFSIRAN DAN PENEMPATAN WARNA

2.1       PENAFSIRAN WARNA.

1)            KUNING melambangkan kemakmuran dan kebahagiaan.

2)            HIJAU  melambangkan kesuburan dan semangat yang hidup

3)            BIRU melambangkan kesetiaan dan keamanan

4)            KUNING EMAS melambangkan kemuliaan dan keugamaan.

5)            PUTIH mlambangkan kesucian dan keikhlasan  

      2.2      PENEMPATAN WARNA.                            

1)                    KUNING  warna dasar lambang di atas sebelah kanan.

2)                    HIJAU TUA  warna dasar lambang di bawah sebelah kiri.

3)                    BIRU  warna sepanduk dan batang pen.

4)                    PUTIH  warna mata pen,alatan geomatri dan huruf tulisan.

5)                    AIR EMAS  warna tangan dan roda.                      

 

3.PENAFSIRAN DAN PERLAMBANGAN GAMBAR        

     3.1      Al-Quran  di dalam keadaan terbuka di atas dua tapak tangan ditulis dengan huruf Arab berangkai berlatarkan warna kuning melambangkan:-     

a)       Al-Quran diturunkan di dalam bahasa Arab yang cahaya  hidayatnya mengatasi cahaya-cahaya lain.

b)       Pegangan dan pedoman hidup umat Islam.

c)       Sumber inspirasi di dalam berbagai ilmu pengetahuan yang perlu dikaji dan digali sepanjang masa.

d)       Sumber pembentukan peribadi utuh.

e)       Kesukanan berlandaskan Rukun Islam dan Rukun Negara.

                       f)    Kemakmuran,kebahagiaan,kemuliaan dan keugamaan.      

3.2         PEN YANG BERWARNA BIRU DAN PUTIH dengan tulisan jawi “BELAJAR,BERAMAL,BERTAQWA”menyilang dari sudut atas ke bawah ini melambangkan:-    

a)        Mengingatkan kita akan sepotong ayat Al-Quran yang bermaksud: Yang mengajar manusia melalui pen dan tulisan.

b)        Mengingatkan kita akan sejarah perkembangan awal Islam di Nusantara.

c)        Melambangkan kesetiaan ,kesucian ,dan keikhlasan kita.

d)        Moto kita “BELAJAR BERAMAL BERTAQWA”

e)        Mengingatkan kita bahawa apa yang kita belajar di sini mestilah kita amalkan untuk kita mencapai darjah “MUTTAQIN”   

3.3        Alatan Geometri ,roda dengan enam gigi yang zahirdengan warna latar hijau tua mengingatkan kita kepada:-       

a)          Dunia hari ini berlandaskan Sains dan Teknologi.

b)          Bahawa masa itu emas.

c)          Melambangkan kesuburan dan semangat yang hidup dengan kesucian,keikhlasan,kemuliaan dan keugamaan.         

3.4                    Sepanduk dengan tulisan Arab nama sekolah(Ayat) dengan warna latar biru  dan di kiri kanannya ditulis  tahun 1983M dan1403H mengingatkan kita kepada:-

a)          Penggunaan bahasa Al-Quran (Arab) sebagai bahasa utama pengajian.

b)          Kedua-dua tahun 1983M dan1403H mengingatkan kita kepada sejarah bermulanya pengajian di sekolah ini.

c)          Melambangkan kesetiaan, kesucian dan keikhlasan.