1. Latar Belakang               bangunan utama

Sesungguhnya menjadi hasrat kerajaan Kelantan Darul Naim dibawah kepimpinan YAB Dato' Hj. Mohamad Yaacob Menteri Besar Kelantan pada masa itu mahu melihat wujudnya disetiap jajahan di dalam negeri ini sebuah sekolah menengah ugama pusat yang kelak akan menjadi sebuah sekolah induk kepada sekolah-sekolah bukan bantuan kerajaan kelantan di dalam jajahan ini. Dengan hasrat tersebut maka tersergam menyapu awan sebuah bangunan setinggi tiga tingkat "SEKOLAH MENENGAH UGAMA kelantan (ARAB)KERAJAAN KELANTAN TANAH MERAH" di padang Siam yang merupakan sekolah yang ke-9 diisytiharkan sebagai sekolah KerajaanKelantan di bawah pentadbiran Yayasan Islam Kelantan,Nilam Puri (YIK). Penggawa Bukit Panau Tuan Haji Ashari bin Awang telah mengenal pasti tapak bagi sekolah ini,iaitu di Padang Siam.Ini berdasarkan pondokbaru Al-Marhum Tuan Guru Haji Ahmad Senik.

1.2) Objektif pembinaan bangunan baru     

i) Sebagai satu sumber rujukan tentang pengalaman penubuhan sekolah ini.

ii)Sebagai asas pembangunan masa depan berdasarkan tahap pembangunan masa lampau

 iii) Sebagai asas pengukuhan untuk melicinkan pentadbiran sekolah dari semasa ke semasa.

iv) Sebagai penentu untuk mencapai matlamat asal penubuhan sekolah ini.

v)Sebagai asas pentadbiran di antara pencapaian akademik masa kini dan masa depan.

2. Sejarah Sekolah

2.1) Kos harga pembangunan Sek.Men.Ugama (Arab)Tanah Merah Padang Siam ini ialah RM888,000,00 dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Kelantan dan siap pada pertengahan tahun 1982.

2.2)Pentadbiran YPINK mengambil pagawai-pegawai berikut untuk membincangkan pembukaannnya pada 29hb Julai 1982 :

a) YABrs.Tuan Pengarah JHEU Kelantan.      

b) YABrs.Tuan Pemangku TPINK,Ustaz Haji Hassan bin Idris.

c) YBrs Setiausaha Politik kepada Dato’ Menteri Besar  Kelantan,Encik Hashim bin Shafin.

d) YBrs.Setiausaha Akhbar kepada Dato’Menteri Besar Kelantan,Encik Ismail bin Idris.

e) YBrs.Pegawai Wazir YPINK,Ustaz Haji Hashim  bin Idris.

2.3 Pentadbiran itu mencadangkan supaya sebuah Jawantankuasa Pembukaan Rasmi SMU(A)KKTM ditubuhkan terdiri daripada tujuh orang.Jawatankuasa ini bermesyuarat pada 24 Ogos 1982 dan bersetuju menambah bilangan jawatankuasa ini kepada sepuluh orang   sebagaimana berikut

a)YB.Us.Hj A.Latif  b.Hj A.Rahman-PENGERUSI    

b)YABrs.Ket Jajahan T.Merah-TIM. .PENGERUSI   

c)YABrs.Tuan Pengarah JHEUI Kelantan-AJK 

d)YBrs.Encik A.Rahman bin Said-AJK       

e)YBrs.Encik Jaafar bin Mohammad-AJK    

f)YB rs.Tuan Pegawai RISDA Tanah Merah-AJK    

g)YBrs.Penggawa Bukit Panau-AJK    

h)Al-Fadhil Tuan Guru Hj.Ahmad bin Senik-AJK     

i)YBrs.Pegawai JKR Tanah Merah-AJK    

j)Guru Besar SMU(A)Tanah Merah-SETIAUSAHA 

2.4) Jawatankuasa Pembukaan Rasmi itu kemudiannya di ubah menjadi Jawatankuasa Pembukaan SMU(A)Negeri Tanah Merah sahaja telah membuat persetujuan menerima cadangan-cadangan yang diputuskan oleh mesyuarat tajaan antaranya :-

a) Guru Besar ialah Mohyedin Jamal.

b) Penolong Kanan ialah Us.Mohamad Yusuff Ibrahim         

c) Oleh kerana Guru Besar menunaikan fardhu Haji pada ketika proses pembukaan hendak dijalankan,maka segala urusan pendaftaran,kempen  penerangan dan perhubungan dibuat oleh Penolong  Kanan yang dilantik sebagai Pemangku Guru Besar dan dibayar elaun Guru Besar.          

d) Tarikh membuat pendaftaran yang ditetapkan ialah pada 1 Okt. 1982.

e) Kelengkapan perabot juga diputuskan sebanyak RM 57, 350,00.

f) Nama  sekolah yang diputuskan ialah Sek Men Ugama Negeri Padang Siam Tanah Merah    

g) Ringkasnya SMAPS Tanah Merah bukannya SEMAN Padang Siam Tanah Merah.

2.5) Surat pemasyuran pembukaan dikeluarkan bertarikh pada 5 September 1982.Surat iklan ini memberi tempoh pendaftaran anatara 1 Okt. 1982 hingga 30 Nov 1982. Iklan kepada orang ramai dan juga guru-guru besar didalam jajahan Tanah Merah telah mendapat sambutan yang baik.

2.6) Kenyataan akhbar juuga dikeluarkan oleh pegawai perhubungan akhbar Yayasan Islam Kelantan mengenai cadangan pembukaan sekolah ini dan disiarkan di dalam akhbar-akhbar tempatan.

2.7) Satu kertas kerja bertajuk " Pembukaan Sekolah Menengah Ugama Negeri Tanah Merah " dibentangkan kedalam mesyuarat lembaga PKINK Kertas 10 bertujuan mendapat kelulusan membuka sekolah ini mulia awal tahun 1983 dan meminta diluluskan anggaran belanja pengurusan tambahan sebanyak RM 82 000 daripada kerajaan negeri Kelantan.Manakala perbelanjaan perabot sejumlah RM 57 350 akan diambil dari wang bantuan Arab yang telah diluluskan oleh Pengerusi Lembaga PKINK.Ini bermakna bahawa sumbangan Arab telah dibelanjakan untuk peralatan sebanyak RM 57 350.

2.8) Pada 12 Dis 1982 PKINK memehon kepada MUIK mendaftarkan sekolah ini.

2.9) Pada 27 DIs 1982 YAB Pengerusi PKINK meluluskan perutkan perabot makmal sains berjumlah RM 26 825 kepada sekolah ini.

2.10) Pada 16 Jan 1983, setiausaha MUIK menulis surat kepada PKINK menyatakan bahawa Anggota majlis yang bersidang pada 4 Jun 1983 bersetuju meluluskan pendaftaran sekolah ini dengan rujukan nombor(58) dalam MUI.(KN)458/67.

2.11) Guru-guru permulaan di sekolah ini ialah :                                                                          

a) Ustaz Haji Mohyedin bin Jamal - Guru Besar mulai 1 Okt 1982.

b) Ustaz Mohd Yusoff bin Ibrahim - Penolong Kanan       mulai 1 Okt 1982.

c) Ustaz Abdullah bi n Ismail - 1 Okt 1982   

d) Ustaz Ishak bin Ismail -1 Jan 1983.  

e) Ustaz Abdul Manaf bin Ibrahim

2.12) Jumlah murid pada awal tahun 1983 ialah 192 orang dan pada akhir tahun 1983 ialah seramai 206 orang dalam tujuh kelas bermula dengan kelas Peralihan hingga ke tingkatan 4.

2.13) Dengan pembukaan SMU(A)Tanah Merah,Padang Siam ini,sekolah-sekolah bantuan penuh YPINK menjadi 9 buah semuanya pada awal tahun 1983 dan mulai 14 Ogos 1983,dengan pengambilalihan SMA Banggol Kulim bertambah menjadi 10 buah dalam tahun 1983.

2.14) Pada 23 MEI 1983,YIK membuka peluang kepada sekolah-sekolah iaitu Padang Siam,Nipah dan Pulai Chondong untuk bersedia membuka tingkatan 5 pada tahun 1984.

2.15) Pada 15 September 1983,sekolah ini diarah untuk mengatur satu majlis kesyukuran kerana mendapat bantuan perkapita sulung daripada Kementerian Pendidikkan Malaysia,disebabkan belum mendapat bantuan guru-guru Kementerian Pendidikkan Malaysia.Bantuan-bantuan biasiswa kecil MUIK juga disampaikan kepada murid- murid ini oleh wakil MUIK.

2.16) Pada 26 September 1983,sekolah ini ditinjau oleh Islamic Counsellor/Kedutaan Diraja Arab Saudi di Kuala Lumpur iaitu Syeikh Abdul Rahman Ghannam Pihak sekolah menulis surat terima kasih diatas kunjungan ikhlas itu dan mengharapkan semoga mendapat kerjasam bagi membantu sekolah ini. 2.17) Pada Januari 1984,sekolah ini meningkat kepada tingkatan lima dengan jumlah pelajarnya seramai 354 orang dalam sepuluh kelas dengan 16 orang guru.

2.18) Pada 25 Januari 1984,sekolah ini diperkenalkan kepada Rabitah Al-Alam AL-Islami menerusi surat. Hasilnya sedikit kiriman buku diberi oleh Rabitah.Sekolah ini juga membuat perhubungan dengan Universiti Madinah dengan memohon buku-buku darinya pada tahun 1984 di samping memperkenalkan wujudnya sekolah ini dan mendapat sumbangan buku-buku dan kitab-kitab.

2.19) Pada tahun 1985,sekolah ini mempunyai 431 orang pelajar dalam 12 kelas dengan 21 orang guru termasuk empat orang guru bantuan Kementerian Pendidikkan dan seorang guru Rabitah Al-Alam Al-Islami.

2.21) Pada 17 Mac 1985 Yayasan Islam Kelantan (YIK)melantik 2 orang buruh am sambilan mereka iaitu a)Encik Fauzi bin Ahmad. b)Encik Abdullah bin Abdul Rahman.

Guru-guru pada tahun 1985 ialah:-                                       guru85.jpg (148579 bytes)                                                                   

a) Ustaz Abdullah bin Ismai

b) Ustaz Abd Manaf  bin Ibrahim

c) Ustaz Ishak bin Ismail

d) Ustaz Hj Mat Nor bin Yaakob

e) Ustaz Mohsin bin Abdul Hamid       

f) Ustaz Hj Mohamad bin Mohd Yamin

g) Ustaz Hj Mohamed bin Sulaiman

h) Ustaz Ramli bin Ismail

i) Ustaz Zulkifli bin Shaari

j) Ustazah Hasnah binti Mat Dahan

k) Ustazah Mariah  binti Ismail

l) Cikgu Sabariah binti Shukri

m) Cikgu Wardiah binti Hussain

n)Cikgu Che Aziz Che Pa

o)cikgi Razmi Che Hussin

p)Cikgu Arif bin Mohd Zain

q)Cikgu Siti Fatimah binti Awang Mat

r)Cikgu Johari bin Hussain

s)Cikgu Nik Maizan bin Abdullah

t)Ustaz Mohd Zaki bin Awang

2.22)Pada tahun 1984 pihak sekolah telah memohon sebuah kantin dengan menghantar satu set standard pelan dan memohon peruntukan sebanyak RM 46 000 00. Pembinaan dibuat pada akhir tahun 1984 dengan satu tender berharga RM 65 000,00. Pada 22 Ogos 1985 pihak sekolah mendapat kebenaran untuk mengunakan kantin baru.

2.23) Pada 12 November 1985,jawatankuasa sekolah ini telah bermesyuarat dan bersetuju dengan sebulat suara supaya sekolah ini dirasmikan pembukaanya.

2.24) Pada tahun 1986,jumlah pelajar di sekolah bertambah menjadi 532 orang dengan 14 kelas.Pada 1 Januari 1986, seorang pembantu makmal ditugaskan manakala pada 20 Julai 1986,YIK telah melantik seorang pegawai kerani sambilan,iaitu Wan Norhani Wan Yusoff.

2.25) Pada 20 Mac 1986,mesyuarat Agung ibu bapa kali pertama telah diadakan untuk memilih Ahli Jawatankuasa Pengelola Kemajuan Sekolah.

2.26) Pada 18 Julai 1986, sekolah ini telah diluluskan dengan rasminya menjadi kumpulan pengakap yang ke-41 di dalam Jajahan Tanah Merah dengan pendaftaran No.m7011. Guru-guru pengakap waktu itu ialah:-                                                                                                         

a) Cikgu Wan Rosli Mat Yem

b) Cikgu Razmi Che Husain  

c) Cikgu Che Aziz Che Pa

d) Cikgu Ariffin Mohd Zain

e) Ustaz Mohsin Abd.Hamid

2.26) Pada tahun 1986,Puteri Islam telah ditubuhkan di sekolah ini dengan guru penasihatnya iaitu Ustazah Salma Mohd Kassim.

2.28) Pada tahun 1986,sekolah ini telah mencapai keputusan yang cemerlang di dalam mataguruterbaik BM SPM 1986 pelajaran Bahasa Malaysia peringkat SPM iaitu 100%.Gurunya ialah Cikgu Wan Rosli Mat Yem menerima Hadiah Penghargaan Yayasan Islam Kelantan.

2.29) Pada tahun itu juga pelajar-pelajar merupakan pelajar sulung yang mengambil peperiksaan SRP dan mendapat kululusan 70% dengan seorang seorang mendapat 8 agregat dan ditawarkan ke Kolej Islam Kelang iaitu Wan Norzati Wan Rasid.

2.30) Pada tahun 1987, junmlah pelajar sekolah ini seramai 606 orang dengan 16 kelas dan jumlah guru pula seramai 29 orang. 2.31) pada tahun itu juga buat kali pertamanya sekolah ini terpaksa mengadakan 2 sidang kerana tidak mampu menampung pelajar yang waktu itu hanya 10 kelas sidang pagi sahaja,sidang pagi dari Tingkatan Peralihan hingga tingkatan 5 dan sidang petang dari tingkatan satu hingga tingkatan dua.

Sekian.