KECEMASAN 10: Kenderaan Dijilat Api
KEBANYAKAN KES KEBAKARAN DISEBABKAN LINTAR PINTAS DAN KEROSAKAN SISTEM ELEKTRIK ATAU LAIN-LAIN KEROSAKAN. KALAU INI BERLAKU ANDA:
Berhenti dan Matikan enjin.
Turunkan penumpang dan jauhkan mereka dari kenderaan.
Putuskan sambungan bateri secepat mungkin.
Gunakan pemadam api atau cuba redakan kebakaran dengan kain tebal, pasir atau kotoran.
Kalau sudah tidak boleh dikawal segera jauhi kebakaran kerana mungkin berlaku letupan yang disebabkan oleh petrol.