MIMPI RASULULLAH SAW
Bermimpi Rasululah saw, dalam perjalanan mengerjakan Haji ke Mekah. Dalam perjalanan ada sekumpulan Arab dan salah seorang berkata Ya! Rasulullah, maka apabila saya mendengar Rasulullah saya pun pergi kepada baginda dan memberi salam , baginda menjawab salam saya. Apabila bertemu ia memeluk dan mencium saya di pipi.
Sifat Rasulullah yang saya ingat kulitnya putih dan matanya hitam. Tentang ketinggiannya lebih tinggi dari saya dan memakai serban dan jubah. Bercakap berhasa Arab. Dan dalam mimpi tersebut baginda bercakap arab kepada orang arab yang ada di sekelilinginya.
HUJJAH MIMPI RASULULLAH SAW BERDASARKAN HADIS:
Hadis Tirmidzi, tajuk buku PERIBADI DAN BUDI PERKERTI RASULULLAH SAW dalam bab IV tajuk Mimpi Bertemu dengan Rasulullah saw.
1. Dalam satu riwayat yang bersumber dari 'Abdullah b Masud diceritakan bahawa Nabi saw bersabda:- "Barangsiapa yang bermimpi melihatku di dalam tidurnya, maka sesungguhnya ia benar-benar melihatku. Kerana sesungguhnya syaitan tiadak mampu menyerupaiku". - Hadis dari Imam Tirmizi dalam sunan bab mimpi hadis no 2277dan keluarkan pula oleh Ibnu Majah dalam sunan nya pada hadis 2903.
2. Abu Hurairah menerangkanRasululah saw bersabda: " Barangsiapa melihat daku pada waktu tidur, maka sesungguhnya ia benar-benar melihat aku. Kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat menyerupai (atau) menyamiku". - Dikeluarkan oleh Ibnu Majah hadis no 3901.
3. Dalam sebuh riwayat yang bersumber dari Abi malik al Asyja'i yang ia terima dari ayahnya dikemukakan:- Rasululllah saw bersabda: " Barangsiapa melihat aku dalam tidur, maka sesungguhnya ia benar-benar melihat ku".
4. Dalam sebuah riwayat yang diterima dari Abu Hurairah ra dikemukakan: Rasulullah saw bersabda: " Barang siapa melihat aku pada waktu tidur, maka sesungguhnya ia benar-benar melihat daku. Kerana sesungguhnya sayitan tidak mampu menyerupai aku". - Dikeluarkan oleh Bukhari, Muslim dan Abu Daud.
5. Yazid al farisi bercerita:
"Aku bermimpi melihat Rasulullah saw pada waktu tidur. Waktu itu Ibnu Abbas ra masih hidup, maka aku bertanya kepada Ibnu Abbas ra: " Sesungguhnya aku melihat Rasulullah saw dalam tidur".
Ibnu Abbas ra berkata: " Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda: 'Sesungguhnya syaitan tidak mampu menyerupaiku. Maka barangsiapa melihatku dalam tidur, sesungguhnya ia benar-benar melihatku." - dikeluarkan oleh Ibnu Majah bab mimpi.
"Apakah kau dapat menyebut sifat oarng yang kau lihat dalam tidur itu?" (Tanya Ibnu Abbas)
(Yazid al-Farisi menjawab): " Ya, beliau adalah seorang laki-laki dari kedua matanya, manis tersenyumnya, indah raut wajahnya. Janggutnya memenuhi ini sampai ke sini ( janggutnya memenuhi leher bagian muka)".
Nota: Yazid al-Farisi adalah seorang tabi'i, murid Ibnu Abbas.